Tuesday, November 29, 2011

::Cutikah?T_T::


Assalamualaikum......
Hari ini hari Selasa. Aku masih berada di Pontian. Di rumahku syurgaku. Oh! Guane ni! Harini dah la ada kelas. Full pulak tu! Dari 8.00am sampai 5.00pm kelas aku. Betapa ruginya aku tidak dapat menuntut ilmu pada harini. Macam poyo nak mampus ayat aku. sejak bila berubah jadi konon-konon baik ni??

Ermmm.. Aku rasa tak perlu bebel panjang la. Actually, semalam aku dah bersiap dan dah SAMPAI pun di stesen bus untuk pulang ke kampus kesayanganlasangatkan di Parit Raja. Aku memang akan balik rumah sewa hari Isnin sebab Isnin tak ada kelas dan KEBIASAAN SANGAT-SANGAT, bus yang nak pergi ke Batu Pahat ni KOSONG. Baca tu, KOSONG. Tapi semalam di cermin kaunter tiket tu dah tulis siap-siap "TIKET BUS KE MELAKA, KL HARI ISNIN 28/11/11 TELAH HABIS"  Aku terkesima la jugak. Selama ni dalam bus tu hanya ada tak lebih dari 10 orang penumpang! Macam mana boleh habis! Tiket bus tu pula memang tak boleh beli awal sebab sesiapa yang nak pergi ke Batu Pahat, kena tengok kekosongan bus yang ke Melaka. If seat ade kosong boleh la tumpang. If tak ada memang selamat la.. Rupa-rupanya baru teringat, semalam kan cuti Awal Muharam, so ramai la cuti sampai Isnin.. =_=" Oleh kerana parents aku tak ada, terpaksa la aku pulang hari Rabu. Siapa nak hantar aku balik if aku nak balik juga kan... So, harini ponteng kelas dan esok pula memang aku tak ada kelas. Dah alang-alang tu, esok jela terus balik rumah sewa.

Ingat aku tak pergi kelas hari ni dapat bangun lewat ka? Hampeh! Aku kena bangun awal sebab nak pegi settle kan medical checkup kat Klinik Kesihatan untuk biasiswa My Master. If tak settle harini tak tahu lagi bila boleh settle sebab Kementerian hanya bagi 14hari sahaja start dari hari permohonan diluluskan. Memang kena rushing la. Duit banyak betul melayang la. Kena beli setem hasil lagi. Bukan 1 keping tapi 3 keping. 1keping=RM10 so 3keping=RM30. Medical checkup pulak RM40.. Erk..hukhuk

Perut tengah lapar gila-gila. Semuanya urusan rasmi kerajaan tu settle pukul 1pm. Balik rumah je, solat pastu siap-siap barang untuk masak.Kalau aku ni duduk seorang diri kat rumah ni, aku masak simple-simple je. Ni ada adik aku pulak, dah la request nak makan paprik. Reda jela. Tengah masak-masak teringat pula masak dengan roomates time degree dulu. Macam-macam karenah. Owh.. Miss that moments so much...T________T

 Malas nak rotate. Gasak jela.

Sudah makan berat, kita makan ringan pula. Jajan orang kahwin bagi. Hehe

Pensil/Surat: Continue nak buat CFP pula. Aish..cuti pun macam tak cuti juga.hukhuk