Tuesday, May 31, 2011

::Dia. Terima Kasih::


Assalamualaikum...
Bercuti dalam kesakitan. Gila tak best. Memang takdir menentukan segalanya. Sudah jatuh di timpa tangga. Memang terbaek la.  Baru aku mengomel tak ada cuti untuk 2minggu ni. Aleh2, Allah kasi cuti dengan kesakitan. Best wooo! =__="

Semalam aku sakit mata... Dari minggu lepas lagi sakit mata. Minggu lepas sakit sebelah mata je. Semalam dah sakit dua2 belah. Dah la sakit mata, pastu accident plak. WOW! PAKEJ! Yang terbaek sekali, pakej dengan luka-luka. Luka di muka paling best. Nak rasa sangat kan bergesel dengan jalan tar. Ambik ko! Sedebush kena! TERBAEKK!

Photobucket
Adik beradik aku sudah pakat mengutuk. Ade ke patut samekan luka aku dengal break moto antik ayah aku!

Oleh kerana kedegilan diri sendiri, balasan Allah kasi cash! Tak payah tunggu lama2... Bila dah jadi begini rasa bersalah plak kat someone. Bukan sengaja nak lawan cakap dia. Bukan sengaja tak ikut apa dia suruh. Tapi untuk berubah perlu take time. Dah terbiasa hidup dengan perangai mandi lambat, makan tangguh2, kuat tidur bla bla bla macam mana nak ubah sekelip mata. Perlu masa... Dengan rendah diri walaupun diriku sedia ada rendah,

Saya ingin memohon maaf kepada awak. Saya tak pernah menjadi seseorang yang begitu sempurna di mata awak. Awak begitu baik. Bila dengar saya accident awak terkejut, terus cakap nak datang jumpa saya. Macam saya tak pernah kena accident lagi teruk. Tapi awak lain...Awak datang dengan penat2 sebab kerja banyak. Saya tahu fikiran awak semak. Sori, saya selalu buat diri awak risau tentang saya. Awak tahu saya boleh berdikari sebab selama ni saya boleh je berdiri dengan kaki sendiri sebelum kehadiran awak. Tapi awak tetap jugak guide saya. Tak bagi saya buat semua sendiri. Awak susah2 cari tempat interview saya. Hantar saya pergi interview. Saya tak tahu apa lagi saya boleh buat untuk diri awak. Yang saya tahu, degil. Keras kepala. Selalu lawan cakap awak. Bila awak tegur, saya diam. Bengang. Nak nangis. Kadang2 saya rasa saya nak go away je dari diri awak.... Bagi perempuan yang lebih sempurna untuk awak. Tapi saya tahu. Saya tak boleh kehilangan diri awak. Nanti siapa nak bebel kat saya lagi. Siapa lagi saya nak buli. T__T Saya takkan buat awak risau lagi. PROMISE!


Pensil/Surat: Baru kerja dah MC banyak kali....Mana la gaji xkurang..huhu

Sunday, May 1, 2011

::Masa Kicik-Kicik Dulu::


Assalamualaikum.....
Sekarang ni memang rajin habis la! Rajin update blog. Rajin blogwalking. Rajin makan. Rajin tidur. =__=" Biasanya mood ni datang time Final Exam. Walaupun aku tak ada ambil apa-apa exam this semester tapi aku kena buat presentation. Kena buat pemplet. Kena buat poster. Kena fikir nak hias booth macam mana. Kira macam markah untuk final la juga tu. Jadinya, mood nak update blog mengada-ngada datang time aku sebenarnya busy. Hampeh!

So, time aku berblogwalking tadi, aku ada terjumpa satu blog ni yang cerita pasal Mona Fendi. Terus terimbas zaman kanak-kanak dulu. Banyak juga benda yang menakut-nakutkan aku time kanak-kanak dulu. Entah pape la aku ni.

Mona Fendi
Kalau tanya budak sekarang siapa Mona Fendi mesti diorang tak tahu. Sebab kes Mona Fendi ni pun berlaku masa aku sekolah rendah. Sekarang umur aku 20++ [Tak nak bagi tahu juga umur tu!]. Kira dah lebih sepuluh tahun juga la. Dulu masa tengah femes habis dengan kisah ni, macam-macam versi dengar. Tapi part yang aku paling takut dulu masa orang cakap dia boleh terbang selepas tu pergi rumah polis. Ada yang cakap dia boleh kecik kan tangan pastu boleh lepas dari gari. Dia kan bomoh. Muka sentiasa senyum. So, bila aku teringat saja pasal Mona Fendi ni, mesti aku cuak habis. Aku takut Mona Fendi tahu aku teringat kat dia pastu dia terbang datang rumah aku muncul depan muka aku time tidur.. Gila bodoh time tu. +___+

Kan aku dah cakap dia suka senyum.. Sentiasa senyum... Dia meninggal hukum gantung tu pun orang cakap dia senyum....Entah betul entah tidak...

Muka Berulat
Ha... Yang ni pun femes juga masa aku kecik-kecik dulu. Bila terborak dengan kawan-kawan pasal orang muka buruk ni, mesti pastu balik rumah kayuh basikal laju-laju. Masuk dalam rumah kunci pintu! Yang pasal orang muka buruk berulat ni aku tak tahu la betul ke tak. Tapi ada yang cakap  seorang perempuan ni dia nak cantik, pastu pergi jumpa bomoh dan bomoh tu masukkan susuk kot dalam muka dia [Aku pun dah lupa]. Pastu kena pantang jangan tengok cermin dalam masa 40hari tak silap. Tapi perempuan ni langgar pantang tu, dia tengok cermin pastu muka dia jadi buruk ada ulat-ulat. So, nak muka tu jadi baik semula, kena isap darah remaja perempuan. Perempuan muka berulat ni pun pergi jela ketuk pintu rumah orang yang ada remaja perempuan, pastu dia akan tanya muka dia cantik ke tak. If ada orang cakap tak cantik dia isap darah, if ada orang cakap cantik kena buang ulat kat muka dia. Aku dulu memang takut gila. Padahal mak aku tak ada pula warning aku apa-apa pasal ni dulu. Tak betul la tuh! Buat penat je takut dulu! +____+

Spirit
Spirit ni yang main guna duit dan susunan A B C sampai Z dalam 1 kertas tu.... Yang ni memang aku ingat la! Kecoh masa aku darjah 6. Gila kecoh habis. Sampai habis sekolah rendah aku still takut. Sebabnya, ada budak lelaki di sekolah aku main spirit ni time Kem motivasi. Kebetulan, kitorang budak darjah 6 kena tidur dalam kelas untuk 3hari 2 malam. Spirit yang budak ni main pula, yang jenis bawak sabit. So, benda tu akan sabit kepala orang yang tuan dia suruh. Aigoooo... Kira macam seru makhluk halus la ni. Cikgu pun kecoh, makcik kantin pun kecoh. Masuk kelas cikgu aku boleh tanya, "Siapa yang saya nampak  pakai baju tidur turun tangga malam tadi pergi kantin?" Kitorang cakap la tak ada. Cikgu aku time tu tengah ronda-ronda kawasan. Dalam pukul 1pagi macam tu la. Pastu makcik kantin duk heboh pasal ada budak mintak spanar nak bukak pintu bilik. Time tu awal pagi gak. Padahal tak ada pun. Pintu kitorang elok je... Aku pulak 1malam tu dengar orang berjalan slow-slow luar bilik darjah time semua tengah tidur. Aku suluh bawah pintu tak ada pulak kaki.  Macam cuak gak la.. Sampaikan cikgu kena buat perhimpunan bagi nasihat bagai. Habis je Kem Motivasi tu, aku balik rumah tidur dengan lampu terbuka! Pintu terbuka. Tak kunci. Takut punya pasal. Takut ada orang tak suka aku pastu main spirit tu seru benda tu datang sabit kepala aku... Kolot tul betul pemikiran time tu! [Aku siap terhafal lagi kata-kata yang nak seru benda tu..Nasib dah lupe]

Sekarang dah besar, dah tahu yang mana betul yang mana salah. Yang mana perlu takut yang mana tak. Yang perlu kita takut hanya pada Allah S.W.T...

Pensil/Surat: Tapi zaman kanak-kanak la paling best! ^__^