Sunday, May 1, 2011

::Masa Kicik-Kicik Dulu::


Assalamualaikum.....
Sekarang ni memang rajin habis la! Rajin update blog. Rajin blogwalking. Rajin makan. Rajin tidur. =__=" Biasanya mood ni datang time Final Exam. Walaupun aku tak ada ambil apa-apa exam this semester tapi aku kena buat presentation. Kena buat pemplet. Kena buat poster. Kena fikir nak hias booth macam mana. Kira macam markah untuk final la juga tu. Jadinya, mood nak update blog mengada-ngada datang time aku sebenarnya busy. Hampeh!

So, time aku berblogwalking tadi, aku ada terjumpa satu blog ni yang cerita pasal Mona Fendi. Terus terimbas zaman kanak-kanak dulu. Banyak juga benda yang menakut-nakutkan aku time kanak-kanak dulu. Entah pape la aku ni.

Mona Fendi
Kalau tanya budak sekarang siapa Mona Fendi mesti diorang tak tahu. Sebab kes Mona Fendi ni pun berlaku masa aku sekolah rendah. Sekarang umur aku 20++ [Tak nak bagi tahu juga umur tu!]. Kira dah lebih sepuluh tahun juga la. Dulu masa tengah femes habis dengan kisah ni, macam-macam versi dengar. Tapi part yang aku paling takut dulu masa orang cakap dia boleh terbang selepas tu pergi rumah polis. Ada yang cakap dia boleh kecik kan tangan pastu boleh lepas dari gari. Dia kan bomoh. Muka sentiasa senyum. So, bila aku teringat saja pasal Mona Fendi ni, mesti aku cuak habis. Aku takut Mona Fendi tahu aku teringat kat dia pastu dia terbang datang rumah aku muncul depan muka aku time tidur.. Gila bodoh time tu. +___+

Kan aku dah cakap dia suka senyum.. Sentiasa senyum... Dia meninggal hukum gantung tu pun orang cakap dia senyum....Entah betul entah tidak...

Muka Berulat
Ha... Yang ni pun femes juga masa aku kecik-kecik dulu. Bila terborak dengan kawan-kawan pasal orang muka buruk ni, mesti pastu balik rumah kayuh basikal laju-laju. Masuk dalam rumah kunci pintu! Yang pasal orang muka buruk berulat ni aku tak tahu la betul ke tak. Tapi ada yang cakap  seorang perempuan ni dia nak cantik, pastu pergi jumpa bomoh dan bomoh tu masukkan susuk kot dalam muka dia [Aku pun dah lupa]. Pastu kena pantang jangan tengok cermin dalam masa 40hari tak silap. Tapi perempuan ni langgar pantang tu, dia tengok cermin pastu muka dia jadi buruk ada ulat-ulat. So, nak muka tu jadi baik semula, kena isap darah remaja perempuan. Perempuan muka berulat ni pun pergi jela ketuk pintu rumah orang yang ada remaja perempuan, pastu dia akan tanya muka dia cantik ke tak. If ada orang cakap tak cantik dia isap darah, if ada orang cakap cantik kena buang ulat kat muka dia. Aku dulu memang takut gila. Padahal mak aku tak ada pula warning aku apa-apa pasal ni dulu. Tak betul la tuh! Buat penat je takut dulu! +____+

Spirit
Spirit ni yang main guna duit dan susunan A B C sampai Z dalam 1 kertas tu.... Yang ni memang aku ingat la! Kecoh masa aku darjah 6. Gila kecoh habis. Sampai habis sekolah rendah aku still takut. Sebabnya, ada budak lelaki di sekolah aku main spirit ni time Kem motivasi. Kebetulan, kitorang budak darjah 6 kena tidur dalam kelas untuk 3hari 2 malam. Spirit yang budak ni main pula, yang jenis bawak sabit. So, benda tu akan sabit kepala orang yang tuan dia suruh. Aigoooo... Kira macam seru makhluk halus la ni. Cikgu pun kecoh, makcik kantin pun kecoh. Masuk kelas cikgu aku boleh tanya, "Siapa yang saya nampak  pakai baju tidur turun tangga malam tadi pergi kantin?" Kitorang cakap la tak ada. Cikgu aku time tu tengah ronda-ronda kawasan. Dalam pukul 1pagi macam tu la. Pastu makcik kantin duk heboh pasal ada budak mintak spanar nak bukak pintu bilik. Time tu awal pagi gak. Padahal tak ada pun. Pintu kitorang elok je... Aku pulak 1malam tu dengar orang berjalan slow-slow luar bilik darjah time semua tengah tidur. Aku suluh bawah pintu tak ada pulak kaki.  Macam cuak gak la.. Sampaikan cikgu kena buat perhimpunan bagi nasihat bagai. Habis je Kem Motivasi tu, aku balik rumah tidur dengan lampu terbuka! Pintu terbuka. Tak kunci. Takut punya pasal. Takut ada orang tak suka aku pastu main spirit tu seru benda tu datang sabit kepala aku... Kolot tul betul pemikiran time tu! [Aku siap terhafal lagi kata-kata yang nak seru benda tu..Nasib dah lupe]

Sekarang dah besar, dah tahu yang mana betul yang mana salah. Yang mana perlu takut yang mana tak. Yang perlu kita takut hanya pada Allah S.W.T...

Pensil/Surat: Tapi zaman kanak-kanak la paling best! ^__^
 

17 comments:

FzaIbrahim said...

lol.
kes mona fendi tu sumpah scary.
mastika byk buat coverage psl tu. T__T

yg spirit tu pn aku percaya gk.
kwn aku siap benda tu dok depan dia lagi sembang2 sgala.
last2 bru tau tu bukan kwn dia bila pensel jatuh takde kaki rupanya kwn dia.
T___T

EasyFareez said...

gila psycho mona fendi asyik senyum. bak kata mak, ada orang muka dia sentiasa senyum even dia dok senyum haha

Wanie-san said...

fzaIbrahim:
mmg scary habis r time tu...dah ler umah die kat tganu..klu lalu area umah die mesti t'ingt2...huhu
lg seram ko nye kwn main spirit!siap leh borak!ak member2 setakt main pastu duit ghaib tu ade la...huhu

gulong:
haha gitu la muka dia...always smile..xpernah masam pon...mu ingt ke pasal dia??mcm tu gak mak cakap, ada org mati senyum org beriman dan sebalik nya..ha...

Woofer Storm said...

bila dgr balik cite mona fendi ni,memang seram gak..heheeee

Rozami said...

eleh. dah besar2 pon ko penakot lg ni

ama said...

bila sebut mona fendi buat aku nak cabut lari

lilinshafie said...

teringat zaman kecik2. comel je kan. hahaha=)

Aujinz said...

hahhahhaha...

zaman kecik kecik tetap yang terbaek..

iQa~ said...

hahaha...btul2...time kecik2,ginila cerita2 yg akan wat kite semua dok dlm umah jekan...hehehe~

Wanie-san said...

Woofer Storm:
mana xseram..tgk muka die pon seram..hehe

kapten:
mandai la ko!nuduh ak je tau!hakhak

ama :
haha nape la ramai tkt dgn die ye..emmm

lin:
zaman kecik2 la zaman paling gojes..ngehh

aujinz:
zaman kecik zaman xpikir masalah!hehe

iqa:
2la pasal..dengar cite mcm2 gni mesti balik umah duk dalam umah..tkt punya pasal..:D

Arief Arf said...

hahaha mona fendy.. zman2 skolah dulu.. spirit of the coin tu pun slalu gak..
nostalgia nostalgia

rafiq said...

seram jugak tengok muka mona tu betul2.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

kak monaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, datanglah ke dalam mimpi wanie-san mlm ni kuikuikui!

bofoyengfeng said...

halamak...gambar mona tu memang scary la..

Kamal Hayat said...

Waktuu kecik lucu la..
salam kenal

Solehah said...

sama jugak la zaman kita. cerita yang sama..hehe..hantu susu ada?huu

nurmiey said...

wanie! aku ingt gak yg mse bdk2 laki men spirit 2..sume xnk tido tepi pintu..ble nk tdo xtgk tngkp dh! nk g mne2 pn b'teman..siyes takot mse 2..hahaha