Tuesday, June 28, 2011

::Tidur::

Assalamualaikum....
Sejak dah kerja ni memang tak pernah lagi aku update blog pasal kerja aku. Ouh, Kerja? Sangat enjoy. Mana nak dapat boss yang memang kasi galakkan aku tidur? =__=" Memang tak berkembang la minda aku. Macam mana boss nak marah aku, bila dia cakap A, aku cakap B. Memang pesen bebal suka melawan cakap orang, dengan boss sendiri pun bantai buat perangai.

Actually, aku tak rasa aku nak stay kerja ni lama. Sekarang aku tengah tunggu offer sambung master. Bulan 7 nanti baru dapat tahu. If tak dapat aku akan apply next time sem. Kalau tak dapat aku tahu sebab apa,... Aku apply master time result final tak dapat lagi. Tak sabar sangat nak sambung study!

Harini boss puji aku. Wa~~ Walaupun aku assistant beliau yang SUKA TIDUR, CAKAP BANYAK, BANYAK MC, DATANG LAMBAT tapi boss sayang saya.HAHAHA Suka nya saya! Ala... aku memang selalu tidur kat opis. Tapi kalau aku ada banyak kerja, aku mana ada tidur. Aku akan siapkan kerja, bila dah siap baru aku tidur. Kalau aku tak tidur aku membebel kat boss. Boss malas nak dengar aku berleter dia kasi la aku tidur. Tu la dia puji aku pastu dia cakap "Tapi satu je wani ni, suka tidur!Gigit jugak la dia ni!" :p wek!wek! Dah la nak puji-puji cara kerja saya malu2..Ala boss...puji jela....saya tak termakan punya dengan pujian bosss...hohoho

Malas dah nak cakap pasal kerja. Esok pergi kerja goyang kaki lagi. Kalau tak tangguh kerja memang la senang hidup. Tiap2 hari just update ape yang patut. Buat kerja cepat2 pastu cari kerusi best TIDUUUURRR!!!!

Nice picture. Thanx a lot En. Fifi. Time wedding kawan Mr. Lidiman. 
Pensil/Surat: Wa...Sukanya dapat Ikan Nemo dan penyu!!! Penat Mr. Lidiman pikul dari Pulau Redang! Balasan pergi holiday tak ajak saya!!


Friday, June 10, 2011

::Confident saja::

Assalamualaikum.....
Sekarang musim cuti sekolah. Banyak benor kenduri kahwin yang kena attended. Masalahnya bukan kawan aku pun. Kawan Mr Lidiman. Hahaha Terpaksa follow. Terpaksa ke? Ok. Paksa rela dengan keadaan yang separa normal but not totally normal. Yela, dengan face yang bercium dengan jalan tar, mahu pula jadi normal pergi kenduri kahwin kan. Nasib bukan aku yang kahwin. Haha Kalau tak, mahu aku postpone my weeding. :p
Bila dah berwajah kepelikkan ke majlis kahwin ni, jangan buat muka terkejut la kalau mata semua tertumpu to ur face. Buat selumber kebadakan sahaja. Kulit badak tebal kan? So, tebalkan saja muka anda. Asalkan anda dapat makan, perut kenyang, nampak pengantin, salam, ambil berkat, ambik gambar bukti anda datang selepas tu paham2 la. Mintak diri pulang la. Jangan biarkan saham kefemesan anda melonjak ke tahap maksima.

Photobucket
Nampak tak?nampak tak cacat?Tak nampak kan?Kena la pandai cover...:P

Photobucket
Okeh.biarkan badan kiri anda mengadap camera jika anda mahu selamat.

Photobucket
Jika badan kanan anda mengadap camera jadi la seperti di atas. Hampeh.

Photobucket
Tak payah susah-susah nak intai.Memang terang lagi bersuluh la cacat nye....
Ni baru 1 kenduri kawen. Padahal aku pergi 2 kenduri kawen dan satu dinner di hotel. Tapi gambar nya tak tak ada kat aku. So tak dapat la upload....Confident je ada penampal di muka. Memang dasar tak tahu malu macam gitu la..... =_="

Pensil/Surat: Sekarang dah tak perlu pakai penampal bagai! Luka sudah kembali pulih..^_^/