Friday, June 8, 2012

::Microteaching::

Bismilahirahmanirahim...
Rasa sesak nafas pun ye jugak. Tapi aku rasa if aku concentrate buat PS (Projek Sarjana)/ Proposal ni boleh je siap sebab aku rasa bulan terakhir ni kelas banyak cancel dan ada kelas dah habis belajar. So banyak masa free. Orang lain bersengkang mata aku kadang-kadang dengan slumbernye tidoooo...

Pagi tadi ada kelas microteaching. Kena la mengajar kat depan. Konon praktis jadi lecturer la. Rakan-rakan aku sabotaj aku betul! Diorang buat perangai! Tau la excited sangat belajar matematik. Tapi tak payah la over sampai aku dah habis mengajar pun suruh aku continue lagi! hoho Dah habis mengajar lecturer akan bagi komen. Alhamdulillah..semuanya positif. Ada juga la mistake aku buat dan memang aku tahu salah aku tu. Aku bagi soalan untuk budak-budak ni dan aku tak suruh diorang buat dulu. aku suruh diorang terus buat kat depan. Tu jela. Pastu lecturer aku cakap orangnya kecik tapi tak sangka suaranya.....*Paham-paham la sendiri* Haha aku pun terkejut juga lecturer cakap macam tu. sebab tu la time aku mengajar ada rakan-rakan aku cakap "Cik ni garang sangat.. Takut tauuuu" Ingat diorang main-main. Hehe Yang lain memang ada la perkara yang aku tak sengaja. Macam aku terperli halusss student masuk lambat. Lecturer cakap bagus jugak sebab pelajar ni kita jangan marah dia nanti lagi dia tak suka kita. So if nak tegur kena ada cara. Kesian kawan aku tu kena perli dengan aku. Aku tak sangka plak aku perli dia dan rakan-rakan lain gelak. Lupa nak say sori..huhu
Jadual exam dah keluar. Tempat praktikal dah tahu. Bila start praktikal pun dah tahu. dan yang penting, KETUA PANEL PS PUN DAH TAU JUGAKKK!! 1 week more to gooo! Cepat-cepat la lepaskan presentation PS niiiii...dah tak sanggup nak mengadap PS memanjang!



1 comment:

erine roslan said...

goodluck my friend!! ko garang memang sesuai pon jadi cikgu.. mesti student ko takut kat ko nanti :DD