Sunday, July 17, 2011

::Happy. Excited::

Assalamualaikum.....
Rasanya sejak akhir-akhir ni, tak ada apa nak cerita sangat walaupun banyak benda berlaku. Jejari aku dah malas nak mengetuk keyboard dan otak aku dah malas nak memerah idea-idea untuk ayat yang mengarut.

Ok, actually aku dah jadi penduduk Puchong Hartamas. Tahu?Tak tahu google sendiri. En.Lidiman cakap Puchong hujung2. Gasak la!Yang aku tahu, aku balik kerja 10minit dah sampai kalau bawak ala-ala minah ayu sleeping. Tapi kalau bawak ala-ala adnan sempit maw 5minit dah sampai. Tapi jangan tanya aku time pergi kerja. Maw 30minit tau! Kalau dah habis pulas minyak moto tu 15minit boleh la sampai. Tapi kena la keluar umah pukul 7pagi TEPAT!!Ok, malas lagi mahu pikir pasal pergi kerja. 

Oleh kerana aku dah pindah rumah so bekalan streamyx memang terputus la untuk sekian kali nya. Hidup tanpa online? Ah sangat laaaaa aman. Balik rumah tidur. Balik rumah pergi mengajar tuisyen. Tu jela rutin harian aku untuk seminggu yang lepas. Tapi aku kan ada bos yang sporting, ada ke patut dia bagi aku broadband company suruh aku bawak balik rumah. Ha!TQ boss!!!Laju plak tu...hahaha Sayang bos tau.:p *bodek*

Semalam Malaysia lawan Liverpool. Aku tengok bola?? Kenyataan yang manis untuk di telan. Di sebabkan En. Lidiman memang hantu raya kepada BOLA, dan juga fan of Liverpool terpaksa la beliau membelanjakan sejumlah wang untuk aku dan dia pergi tengok bola di Stadium Bukit Jalil semalam!Wah!Excited gila! Bila sampai2 je rasa nak meroyan gila. Mana taknya, dengar sorakkan penonton dalam stadium tu. Gila potato chiplah!Nasib aku tak sawan semalam. Hehehe best la tengok Live!Pasni mahu follow lagi la tengok bolaaa!!!
Semalam time dah habis kerja, mak aku call. Aku ingat saja-saja mak call nak mengadu ke apa. Aleh2 mak aku cakap ada offer letter dari UTHM untuk aku. Owh, aku dapat continue Master. Alhamdulillah. Aku dapat la course yang aku nak tu. TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION. Spesific to MATHEMATICS. 3semester so bermakna 1tahun setengah. 8/9/2011 aku start register. Kena start belajar balik la ni... Aduyaiiii.. Nasib la skarang aku ada mengajar tuisyen so tak ada la blur-blur sangat. Hope gitu la... At least, dapat juga la aku merasa pengalaman kerja walaupun xsampai setengah tahun. Huhu Lagi 2bulan jela aku dapat gaji selepas tu terpaksa mengharapkan elaun Pak Cik Ghani ler tiap-tiap bulan...Huhu


Ramai pakai baju merah. Tapi time Malaysia dapat jaringkan gol diorang sokong jugak. Gud guys!!

Muka belagak dapat tengok bola live!

 Tq En. Lidiman for the M'sia's tshirt, Handbag PUMA and football ticket!^_^

Pensil/Surat: Kena start belajar cara-cara menjadi student..huhu

2 comments:

fnd said...

Untunglah dpt mcm2.

Anonymous said...

bestnyer dpt tgk live..tp kak amy xsuka bola..hehehe