Thursday, May 10, 2012

::Jalan-jalan release tensiooonn::


Bismillahirahmanirahim...
Malam ni aku akan ke Alor Star sebab nak pergi ambil adik aku kat Kuala Nerang. Aku je yang nak ikut. Adik bongsu aku duduk rumah sebab die banyak kerja dan satu lagi dia tak suka pergi jalan-jalan! Nanti sibuk nak balik awal! Hope semuanya selamat la. Padahal aku banyak je kerja! Assignment. Proposal tapi gasakkk! Tetap aku nak pergi jugak jalan-jalan! Ponteng kelas esok! Padahal aku memang tak ada kelas esok tapi lecturer aku buat kelas ganti pulak. Nasib baik subjek Koko je...
Dah lama tak pergi Kedah ni, pastu nak jalan-jalan kat Penang pula. Hope everything is ok! 

Ya Allah selamatkan perjalanan kami sekeluarga...


Sunday, May 6, 2012

::Dua Budak Gemok::

Bismilahirahmanirahim.....
Dalam beberapa harini aku tak gaduh dengan Fizi! Suka?Harus la...Kalau gaduh aku rasa fedup gila! Nak buat ape pun BENC! hoho Sekarang lebih berhati-hati dengan dia. Jangan cuba mencari sesuatu yang boleh membuatkan suatu pergaduhan itu terjadi! Bila dia semak kita just bagi kata-kata semangat je sikit-sikit. Pastu biar dia rest. Jangan banyak tanya nanti nahas kau! Hahaha  Sekarang dia sakit lidah, tak boleh bercakap sangat tetapi boleh bahan aku! Dari mula-mula couple sampaila sekarang pantang silap taip message or chat je diamesti bahan aku! Grhhhh!

Sebenarnya bukan aku sahaja yang dah berisi tapi Fizi pun sama. Aku suka dengan berat sekarang. Biar orang cakap aku gemuk pun tapi aku happy! Cuba aku tak suka part buncit sikit! Dulu tak buncit pun... Ni jadi buncit sebab time praktikal dulu pas makan je terus meniarap! tak sampai 2 bulan amal macam tu tak pasal-pasal buncit sampai sekarang! Geram tul! Nak kempiskan balik bukan mudah! Sekarang nekad nak aerobik tiap-tiap hari. Time cuti haritu tergendala sebab laptop lama tak ada sound!Sound rosak. Laptop baru ni Fizi hadiahkan speaker lagi! Memang semangat la nak gegarkan Parit King ni! Hahaha Fizi pun berisi sebab jumpa dia aritu dia dah buncit! Tengok dia futsal! Padan muka! Bak kata ayah aku " Mu buncit sebab sokmo kata ke ayoh buncit!" Sama macam fizi jugak! dia cakap aku buncit, tu la dia buncit balikkkk! Keh keh keh Sekarang pun tak ada la nampak Fizi tu bongkok sangat. Dulu nampak la juga sikit. Bagus juga tu! Dia belagak dengan aku cakap dia tak akan gemok, ambik kau! Tak payah tunggu kahwin dah bunciiiit!!!llalalala


Friday, May 4, 2012

::Sila Adil::


Bismillairahmanirahim....
Plan malam ni nak tidur awal sebab dah beberapa hari tidur lambar pukul 3 tapi bangun awal. Huhu Bila buka FB bukan aku update post ke apa. Just baca apa la yang orang share di wall masing-masing.Harini orang ramai post berkenaan Allahyarham Bob kuman. Sangat simpati pasal dia sakit haritu. Allah memang sayang kan dia. Semoga dia di tempatkan di tempat orang beriman... 

Selain pasal tu.. Sekarang ni tak habis-habis lagi pasal perhimpunan BERSIH  aritu.. Adoii... Entah la. Aku malas nak pikir mana-mana. Sokong mana-mana. Dalam family aku pun sebenarnya politik campur. Hahahaha Sebab tu aku atas pagar.  Bila berita je and bila part berita pasal Bersih ni aku terus tutup. Malas aku dengar. Tak tahu yang mana yang betul.Yang mana salah. Siapa sokong kerajaan memang cakap kerajaan betul. Siapa sokong pembangkang akan cakap pembangkang betul. Aku just fikir macam ko tak suka orang tu, so apa yang dia buat ko benci, menyampah, semua tak betul. So sama juga dalam kes ni, bila goverment buat kebaikan dipertikaikan. Pembangkang buat kebaikan pun di pertikaikan. Aku dah lama pendam. Aku nampak bila orang yang memang fanatik dengan politik ni memang fikir part dia jeeeee yang betul. Surat khabar dan berita dah lama aku boikot! Malas nak layan. Sebab apa? Surat khabar banyak sangat mengampu. Takkan la goverment ni tak ada buat salah walaupun sekelumit. Takkan la semua yang pembangkang buat tu salah. Macam tak logik. Kata negara demokrasi. Tapi part mana yang demokrasi??? TV? Ada tv yang cerita pasal pembangkang?????? Tak ada pun. Pasal keburukkan pembangkang banyak la. Surat khabar harakah di haramkan jual di public. Just sesetengah kedai je ada jual. So?? Macam mana orang nak nampak siapa betul siapa salah. At least, if ada tv n surat khabar pasal pembangkang rakyat boleh menilai. Ni langsung tak ada. Aku malas nak dengar sebelah pihak je. Kalau kita suka orang tu, dia buat salah pun kita pejam mata. Cuba adil. Kalau pembangkang tuduh kerajaan, cuba siarkan berita dua-dua belah pihak. Ni tak, pembaca berita ayat nak gempak habis. Sebab tu aku tak daftar mengundi. Aku tak nampak siapa yang betul dan siapa yang salah. 

Salah satu lagi aku tak beli surat khabar sebab ayah kawan adik aku pernah di buang kerja *if aku tak silap la tak pun di gantung or di beri warning* sebab ayah dia reporter then dia tulis berita yang more to pembangkang la pastu tak pasal-pasal ketua editor marah. Masalah dia yang ambil berita tu, dia tahu la apa yang berlaku. Habis tu kena menipu la dalam laporan walaupun pembangkang tu ada buat perkara yang betul???

Yang berita TV aku tak tengok sebab kawan aku sendiri dan BEKAS PEMBACA BERITA SWASTA YANG MEMANG FEMES  sendiri yang cerita. Dia bukan sahaja hanya membaca berita tetapi dia juga yang kena jadi wartawan. so ada satu kes ni dia yang pergi dapatkan berita tu then dia yang buat ayat untuk dia baca time membaca berita tu, aleh-aleh time dia baca berita tu dia pelik. Kenapa ayat berita dia lain dan DI UBAHH?? Bukan sekali tapi banyak kali. Bila dia dah tak tahan sangat sebab menipu orang ramai dan ibarat memfitnah dia pun ada 1 kali tu dia tak ikut pun skrip berita tu, tapi dia baca ikut ayat dia yang betul. Tak lama lepas tu dia di panggil tapi cara dia cerita macam dia tak kena marah sebab berita betul kan. So, lepas dia fikir masak-masak dan tak nak dapat rezeki tak berkat dia pun berhenti kerja tu then sambung master sama macam aku. Gaji dia yang bulan dia ada baca berita palsu tu dia tak usik. Dia sedekah tak silap. So, sebab tu jangan percaya bulat-bulat apa dalam paper dan apa yang berita tuuu! Satu lagi, kalau kita tak nampak sendiri apa yang berlaku just depend on video, artikel, jangan percaya 100%. Ermm..

Ok, dah aku luah kan. Nak tidur. Sila bagi keamanan Malaysia ni. 


Thursday, May 3, 2012

Sentap Mak Tengok!

Bismillahirahmanirahim...
Hari ni nak kata huru hara tu tak juga tapi semalam memang huru hara habis! Gila boleh di buatnya.. Cuti Hari Buruh tapi hidup aku ibarat bekerja seperti buruh! Mana taknya..Ayah aku ajak anak buah dia datang lunch kat rumah. Kebetulan ajak Kak Dila juga. Aku suka Kak Dila datang sebab aku suka main dengan anak-anak dia walaupun sometimes sombong gila!kecik-kecik dah sombong! geget baru tahu!Tapi taktik kena tererrrr.... Umpan diorang dengan games! Ambik kau!Siap si Huda boleh bagi tahu "Adik tak nak balik. Adik nak main meow-meow." haha Si Hanis dah merajuk sebab asyik games yang dia nak main si Huda sibuk nak main jugak. Si Hanis mintak dukung main pusing-pusing si Huda nak juga. Mau la Hanis tak emo.^_^ Petang semalam jugak buat ayat kesian kat ayah then ayah pun hantar pulang ke pangkal jalan.. T_T Balik parit king setelah sekian lama bercuti. Eh?Lama ke? 1week je kot!!!! Balik semalam pakat bukak kedai print la...Dengan print report storyboard tebal2 pastu tak binding! Giloooo! Nasib tadi present Alhamdulillah lecturer tak ada complaint ape-ape. Just Gantt Chart Nad salah letak tarik..:P

Harini huru-hara dengan broadband YES! Hari tu pergi upgrade dengan Fizi, so tetiba balik semalam tak boleh nak guna. Dah la banyak benda nak guna internettt!! 4KALI CALL AND 4KALI JUGAK OPERATOR LAIN-LAIN ANGKAT! Grhhhh Dah tak tahan sangat operator yang lasssssst sekali aku MARAH dia. Tapi sebenarnye operator yang last sekali tu yang ajar ajaran yang betulll..kihkihkih Operator yang before2 tu ajaran entah pape la di ajornyeee sewel boleh aku!@_@ Last-last Alhamdulillah... berjaya.. Laju?? Yup! Boleh la!Tak ada la loading lame sangat pon!hihi

Haaaa!! Yang sentap nyeeeeee.....To be continue... Baik aku buat satu entry khas untuk hal itu. Baru la aku tak baca nanti entry ni serupa rojak buah! Paling tak pon macam pasembooo!huhu

Ya Allah, kuatkan lah hati hamba mu yang lemah ini. Kuat dan tabahkan hati ini supaya menjadi insan yang sabar dan berfikiran positif..Amin...