Assalamualaikum....
Bila di beri muka di pijak-pijak.
Bila di marah di kutuk-kutuk.
Niat kerana Allah SWT dan hala tuju aku masa mula-mula nak start mengajar pelajar-pelajar aku ni memang nak bagi diorang sukakan MATHEMATICS. Bagi yang lemah akan berusaha keras untuk sama-sama tidak ketinggalan ke belakang. Aku tak nak jadi seorang pendidik membiarkan pelajarnya ketinggalan tanpa mencuba menarik mereka bersama-sama untuk bergerak ke hadapan.
Aku mengajar 4 kelas means ada pelbagai ragam.
1st Pelajar DEU3A (Pelajar Electronik Perubatan)
Pelajar pandai. Kelas mix. 1 Malaysia katakan. Semua bangsa ada. Senang nak ajar. Pelajar mudah faham. Tak perlu explain tigapulohempatkali benda yang sama. Tapi suka masuk kelas lambat. Suka merungut bila belajar lebih sikit. Suka nak balik awal. Aku jenis tak kisah if silibus dapat habiskan seperti yang dalam lesson plan. Masalah sekarang kelas ni banyak ketinggalan sebab diorang suka habiskan kelas awal. Aku plak tak nak la push diorang if diorang dah tak ada mood. Kebetulan kelas waktu tengah hari pastu puasa. Memang masing-masing buat muka monyok la. Itu sekian pasal pelajar, belum pasal kelas plak. Whiteboard kecik la. Whiteboard payah nak padam la. Aleh-aleh aku bawak duster sendiri pergi kelas.
2nd Pelajar DKA3C (Pelajar Kejuruteraan Awam)
Pelajar yang sedang-sedang. Majority students memang ingin belajar. Berusaha untuk memahami apa yang diterangkan. Tapi 1 orang pelajar suka provok aku. Sebab kelas ni je satu-satunye kelas tahu aku sedang menjalani Latihan Mengajar. Pelajar ni tak padan dengan pendek, ingat pelajar pandai tapi harapan jela. Quiz pun fail. Pelajar yang rendah diri, yang mengaku dia lemah math pulak yang dapat highest dalam quiz. Dia ni belagak, suka argue apa yang aku explain. Satu hari tu aku dah tak tahan sangat dengan dia aku sound dia direct. Lantak la. Tapi budak macam tu ada dia kisah? Dia gelak-gelak je. Since tu, semua pelajar tak berani tegur aku walaupun aku tersalah tulis nombor di whiteboard kecuali pelajar yang baik dengan aku. Baru tahu tinggi rendah langit tu.
3rd Pelajar DKA3D (Pelajar Kejuruteraan Awam)
Pelajar yang lemah. Pelajar yang sporting. Kelas yang sangat happening. Tapi sesetengah pelajar yang tak serius dengan apa yang aku ajar. Diorang fikir aku mengajar pastu akan bagi jawapan dalam soalan gamaknya. Kadang-kadang aku bengang juga. Explain la banyak kali pun bukan diorang berusaha nak faham. Nak disuap je semua nya. Semalam aku tertinggikan suara, baru terdiam semua. Ingat aku kat depan boleh buat macam bola ke?
4th Pelajar DPB3C (Pelajar Perkhidmatan Bangunan)
Pelajar yang sedang-sedang dan ada yang pandai dan ada yang sangat lemah. Kelas yang suka bercakap tanpa henti. Pelajar lelaki yang berusaha nak belajar walaupun suka bercakap sangat. Tapi tadi aku naik hangin sampai rasa panas muka. Aku mana pernah marah orang, tapi disebabkan aku ni pelajar LM, pembimbing aku suruh aku buat kelas ganti untuk pelajar kelas ni. Tapi semua pelajar merungut. Sebelum ni aku ikut je apa diorang cakap. Nak rest, nak balik awal tapi tadi diorang tak nak buat kelas ganti. Bila aku tanya bila free semua cakap penat la apa la. Aku yang duk explain kat depan tak penat? Tapi ada aku merungut depan diorang? Aku puasa juga. Aku mula dah start hangin bila diorang cakap quiz susah. Aku tak ajar. Amboiiii.. Memang soalan tu tak minta lukis pie chart, tapi calculation untuk dapatkan angel and percentage tu ada. Aku dah terang dan siap suruh buat kat depan lagi tapi ajar aritu. Tu pun diorang cakap aku tak ajar lagi? Mana la aku tak bengang. 1st time semua terdiam, terkedu, aku pun keluar kelas awal. Malas nak mengamuk lama-lama lagi. Kita nak tolang dia, dia tak nak tolong kita.
Aku yang hepi go lucky ni pun kadang-kadang boleh mengamuk juga.
Ok, fine. Bye