Friday, September 30, 2011

::Memori Kembali Mengimbas::

Assalamualaikum....
Eh, setiap minggu balik rumah pastu setiap minggu update blog. Macam bagus pulak. MACAM la. At least setiap minggu update bukan setiap hari..=_="

So far, setiap subject that i taken mesti ada presentation. Ouh...Semput! Bab-bab present ni memang aku surrender awal-awal la. Bukan tak suka tapi gugup kot. Practices lain. Yang keluar lain. Lagi-lagi kalau slide buat last minutes. Maw aku meroyan dulu! Apa boleh buat.. Nak menjadi pendidik mesti la kena tahu apa itu pedagogi.. Motif??

Before this, aku ada mention yang aku suka sangat pergi library. Aku ada reason kenapa aku prefer lepak library after class.
1. Broadband di rumah sewa lembab mengalahkan siput khinzir. Khinzir tak lembab mcm tu. *Sopan lagi ye*
2. Duk library boleh buat-buat cari buku banyak-banyak tapi tak baca. Simpan kat rumah. Buat harta pusaka. >.<
3. Dan yang sebenar-benarnye.............Duk di rumah sewa boleh buat aku mati kutu. Segala kutu boleh mampus! Balik rumah sewa, duduk, makan, study. Mana hiburan ni weiiii... Hiburan yang di maksudkan ialah lawak jenaka daripada rumate. Kutuk mengutuk. Caci mencaci. Buli membuli. Mana ini semua!!!!  

Ouhhh.......Grhhh...! 

Aku lupa... Semua itu hanya boleh didapati di pasaran gelap Bilik 5, Jalan Plumbum , Shah Alam sahaja.
Edisi terhad. Hanya sekali seumur hidup mereka ada..... :(
Jangan berangan anda akan dapat di Parit Raja! T___T

 Motif upload picture convo depa semua?? My Convocation day is coming soon soon soon. I lioke u!

 Miss uoolsss~~Meow... *Ucen tak payah la buat senyum Shila sangat!*


The best roommates . ^_^

Pensil/Surat: Oleh hal demikian, saya akan sentiasa pulang ke rumah setiap hujung minggu. Jangan jeles~~

 

Friday, September 23, 2011

::Mari Belajar Makan::

 Assalamualaikum.....
Finally balik juga aku ke rumah tercinta.. [Poyo je ayat] Rumah 1 jam je dari kampus tu pun nak kecoh. Sejak dah start belajar ni tak ada pulak aku mengomel pasal universiti baru. Suasana baru. Kawan baru. Rumah sewa baru. Transport baru.
Nak kata suasana di tempat baru ni boleh di katakan ok la. Yela, dalam kelas tu kira aku ni paling muda la. Tapi kawan yang selalu berkepit dengan aku ni umur 4tahun beza dengan aku. Tapi perangai mengalahkan orang umur sama dengan aku.Tak padan dengan dah kawin! Yang best nye 1 kepala. Suka makan.Tak main la diet-diet ni. Pantang habis kelas je, muka saling pandang memandang pastu senyum-senyum dah tau sangat la...Nak pergi makan la tu~ Tup-tup.. Tak sampai seminggu dapat pulak 1lagi kawan baru. Pesen perangai sama. Pantang habis kelas, nak makan cari kitorang. Makan nasi habis 1 pinggan pastu jalan rasa nak ngensot jee....

Activity yang selalu buat after lunch, apa lagi kalau bukan ke library. Nak jadi pelajar cemerlang kan......Kagum?Kagum?? Miahahaha! Apa tak nya... Dua subject bantai kitorang dapat group 1st kena present. Mau tak mereng sorang-sorang. Cari buku. Kalau boleh semua buku di library tu nak pinjam. Rasanya dengan rak-rak buku la nak pinjam! =_="

Ok, tu je nak update. Tak ada gambar. So, malas nak membebel lagi.

Da~

Pensil/Surat: Best juga belajar dekat dengan rumah. Tiap-tiap minggu balik.^______^


 

Tuesday, September 6, 2011

::Bukan cerita raya::

Assalamualaikum....

Masing-masing mesti sibuk update cerita raya kan?Ah, aku malas. Niat di hati memang ada nak update cerita raya tapi raya tahun ni macam tak best je. Eh. Bukan macam. Tapi memang tak best. =_=" Eh. tapi best juga, dapat balik kampung. Kalau raya di Pontian ni memang bangun tidur melanguk depan tv jela. Tahun ni tak dapat jumpa kawan-kawan sekolah. Tapi kutipan duit raya tahun ni agak memberangsangkan. Adakah umur makin meningkat wajah kelihatan makin kebudakkan? Ouh, sangat perasan la kau Wanie! [Opss....Intro pasal hari raya pula..]

8/9 ni aku register sebagai student UTHM. Persiapan untuk masuk belajar balik?Agak-agak setakat mana aku dah siap semua?Hahaha. Ok.Stop gelak. Tak payah nak gelak bagai. Semua benda penting kau tak buat lagi Wanie. Medical check-up?X-ray?Borang penjamin pertama dan kedua?Tanda tangan saksi? Barang-barang diri? Dah siap?Ha....Gelak la lagi. T_T Esok saya pergi medical check-up.

Aku dah tembam!Haha Ramai yang tegur. Pasrah. Actually, makanan ada dalam mulut aku tu. Cover baik punya! :p
 
Ghani's Family. Happy Family. ^_~
Tema Blue+Putih. Tapi ada yang terbabas. So, yang terbabas tu di panggil Adik angkat.Haha

Ha...Yang barisan belakang tu memang poyo terlebih.=p

Ok.. Dah mahu Sleeping beauty. Update blog ni pun hanya cukup syarat. Ketegaran nak berblogging seperti dulu hanya lah tinggal kenang-kenangan sahaja. Sebelum tu nak cakap Saya sayang Man Lidi.Merindui beliau.

Pensil/Surat: Merindui housemate+roomate Uitm. ;((