Tuesday, February 28, 2012

::Zaman Persekolahan::


Assalamualaikum...
Untuk menjadi seorang yang slim anda tidak sepatutnya tidur selepas makan malam. Oleh itu, anda perlu mencari sesuatu perkara yang menyeronokkan. Update blog adakah sesuatu yang menyeronokkan? Harusla tak.=_="

Perkara yang paling seronok adalah ketika zaman persekolahan. Ya, itu bagi aku la. Ada juga orang yang tak. Tapi ada aku kisah? Eh, kena la kisah kerana bersimpati kepada sesiapa yang tidak dapat menikmati zaman sebelum akhil baligh.T_T

Masa zaman tadika, memula ayah aku nak hantar aku pergi sekolah di PASTI, ala yang baju kaler-kaler hijau dan pelajar lelaki pakai kopiah dan pelajar perempuan semuanya pakai tudung putih. Ini kerana punca utama aku perlu bertadika di situ sebab abang aku. Dia dah masuk situ. Kira senang la, balik sama-sama. Abang aku 6 tahun dan aku 5tahun. Konon-konon balik dari PASTI tu, boleh la abang aku pimpin tangan aku. Yela, selaku menjadi abang yang mithali. So sweeeeeettttt.....Tapi harapan la kan.... 1st day pergi PASTI, aku mengamuk buka tudung tak nak masuk kelas. Aleh-aleh aku bertadika di area rumah je. Tak pakai tudung dan perlu pakai baju petak-petak warna merah. Iaitu di TADIKA KEMAS TNB. T_T Actually, aku was-was juga dengan cerita ni, sebab aku tak ingat pun semua tu. Aku mengamuk?Buka tudung? Kadang-kadang ayah aku suka sangat menokok tambah cerita untuk memalukan aku depan adik-adik.huhu

Masuk darjah satu, aku ni pemalu sikit. Sampai sekarang aku jadi pemalu. Sungguh, memang tiada kata-kata dusta dari diriku.^^, Mak bagi aku bawa bekal mee goreng. Aku pergi makan dengan kawan-kawan aku masa rehat.  Masa tu, aku duduk dalam satu baris tu hujung sekali, sekali bekas aku jatuh dan habis tumpah mee goreng aku. Aku menangis sampai habis waktu rehat. Cikgu dan makcik kantin siap pujuk bagi aku mee goreng makcik kantin punya lagi tapi aku tak nak. Habis waktu rehat, kawan aku bawa aku masuk kelas. Aku lupa dah macam mana aku stop menangis. >_< Sebenarnya, aku memang suka menangis. Hati bak senipis kulit bawang. Wek!

Aku pergi sekolah naik bus sekolah yang warna kuning tu. Biasala, duduk kuaters TNB so, TNB la support semua tu. Tapi bus hanya hantar di hujung baris rumah je. Rumah aku tengah-tengah dan nak ke akhir dah. Jadi, aku kena jalan kaki sikit la. Tak jauh pun. Masa awal-awal darjah satu, aku turun bus then dah tak tahan gila nak kencing, aleh-aleh masa tengah jalan nak balik rumah tu aku kencing dalam kain. Ye, ye aku tahu tak baik kencing masa berdiri apatah lagi kencing ketika berjalan kan.. Tapi nak cover kena bijak. Padahal rumah aku tu kalau jalan kaki tak sampai 2minit pun. Buat malu dengan ayah je.T_T Kenapa malu dengan ayah? Sebab ayah je yang tahu aku terkucil dalam kain. Kawan-kawan mana tahu. Kenala ada stratergi bila rasa dah nak terkucil tu. Janganlah berjalan bersama rakan-rakan. Tu pun nak kena ajar ke. [Emo pula aku. *_*!]

Darjah 4 ni kira dah matang la sikit. Sikitla sebab parents bagi aku pergi camping di sekolah kira matang la tu kan? Ceh! Camping separuh. Sepatutnya balik hari Sabtu tapi Jumaat tengah hari dah balik. Aku pun confius kenapa aku dikejutkan dari tidur ketika berada di dalam khemah waktu pelajar lelaki pergi solat Jumaat dan yang paling mengejutkan aku, mak aku dah pun ada di sekolah untuk mengambil aku. Dengar cerita dari abang aku, dia bagitahu, cikgu cakap aku menangis tersedu-sedu. Jadi cikgu fikir aku homesick. Cikgu suruh abg aku call mak aku suruh datang ambil. Apa jadah la pulak kan homesick. Padahal aku ni punyala jiwa kental. Aleh-aleh, tak pasal aku kena perli dengan ayah. Ayah cakap aku tak malu menangis. Ayah ni, suka sangat kutuk saya. T_T Tapi serius, aku tak rasa aku menangis. Sungguh!

Dah la tu, macam cerita bnyak memalukan aku je. Suka benor mengaibkan diri sendiri. Rasanya, makanan tadi semua dah hadam. Boleh tidolah. Zzzzzzzzz

Muka baik macam gini mana la buat perkara-perkara memalukan diatas...=_="

Pensil/ Surat:  Esok perlu pulang ke Parit King kesayangan! ^_^


9 comments:

sea_lavender said...

Tringat zaman kecik kte jgak.. mnja dgn ayah heeee =D

erine roslan said...

tergamak ko bukak tudung walhal rambut kauuuu........

HAHAHAHA

~AmyLiana86~ said...

zaman kecik2 paling best kan wanie..heheeh

~AmyLiana86~ said...

zaman kecik2 paling best kan wanie..heheeh

~AmyLiana86~ said...

zaman kecik2 paling best kan wanie..heheeh

fnd said...

bila nak buat lagi..kencing sambil berjakan kaki..steady tu

iera said...

Bkpe xlri laju2.... Kan dh t'kencing. Ops! Hehe

Best kan mse kecik2... Blom agi part kte main ptg2 tu. Time ptg je msti g dpn umh wanie ajk maen sme2. Rse nak kembali cam zaman bdk2 dlu jer. Xpyh nk tension2...

Dlm kls plop kte maen tkr2 sticker lah... Mcm2 zmn sek rndh dlu

Kuazue Mohamad said...

hai..zaman yg paling manis...

Rara Nasiha said...

aku pernah terberak dalam seluar, dahtu kene tinggal sat kat toilet, pi lari kuar sebab takut sambil tak pakai baju. malu bila ingat balik. :)