Wednesday, February 8, 2012

::Pelik Itu Kawan Saya yang bernama NURAZREEN ROSLAN::


Assalamualaikum......
Kita mulakan dengan Bismillah... Ok, kita teruskan dengan sesi imbas kembali!

1) IKAN
Ada orang tu tak makan ikan even IKAN BILIS. Yela, dia fobia sebab pernah makan nasi lemak ikan bilis. Pastu dia ternampak perut ikan bilis yang berwarna kehitaman. =_=" Sejak itu beliau fobia terhadap kesemua jenis ikan! Tetapi dia tak tahu, kalau dah tinggal satu rumah sewa ni, kadang-kadang housemate ni keji la perangai nya. Lain la dia alergic terhadap ikan, kami pun tak ada la keji sangat kan. If kami nak makan lauk Tumis Bayam ke, atau apa-apa lauk yang perlu meletakkan ikan bilis, kami mesti kisar ikan bilis halus-halus then masukkan dalam lauk tu. [Tapi time nak letak tu pastikan dia tiada di dapur. Kami akan buat sorok-sorok.] Bila dah siap masak pastu semua makan termasuklah dia. HAHAHAHA Selepas dah sudah makan, baru bagitahu lauk tu ada ikan bilis. Pasti mukanya pandang tak puas hati. ^_^

2) BAJU ANAK AYAM
Ada budak tu dia ada baju tidur yang warna kuning gila-gila punya terang!! Kalah kuning di raja! Kami panggil baju anak ayam. Tapi dia kena reda dapat rumates yang pesen suka cari pasal. Oleh sebab kami dah tahu dia akan pakai baju anak ayam tu selepas mandi, awal-awal kami dah sorok baju anak ayam tu tepi tingkap. Selepas dia mandi, time dia tercari-cari baju tu, kita buat-buat busy study. Dia pasrah tak jumpa baju anak ayam tu then dia pakai baju lain. Hahaha Selepas dia pakai baju lain, baru bagitahu kita sorok baju dia. :p Kadang-kadang kalau dia dah pakai baju anak ayam tu, kami sedia spek hitam awal-awal. Sudah je dia pakai baju anak ayam tu, kita terus pakai spek hitam.Study sambil pakai spek hitam. Cool tu...B-)

3) NAIK MOTO LAJU-LAJU
Ada budak tu kalau kita bawa moto laju-laju lagi dia suka. Kadang-kadang dia yang paksa kita bawak moto laju padahal kita ni bukan main berhemah bawak moto. Punyala tak nak melanggar undang-undang tau~ Masalahnya, dia tu duduk belakang je. Bukan bawak pun moto tu. Yang jadi mangsa bawa moto tu, aku la! Pernah sekali tu kami naik moto then pakai gear 1 saja. Bukan bawak slow tapi bawak laju. Imagine kan betapa bisingnya bunyi moto tu. Siap kena sound dengan budak-budak lelaki kat kedai mamak lagi. Hahaha Kadang-kadang saja break mengejut. Tak pun nak keji lagi time di traffic light bila dah hijau je terus pulas minyak laju-laju. Dia yang duduk belakang terkejut la! Lalalalala

4) KAROKE
Ada satu bilik tu penghuninya memang suka sangat-sangat berkaroke. Pantang awal sem mesti ada sesi berkaroke. Dia ni bila menyanyi suka sangat nyanyi lagu gedik-gedik. Tak pun bila part tinggi je mesti bagi orang lain nyanyi. Kadang-kadang saja je ambik lagu yang tinggi-tinggi sebab nak uji dia. Hahaha Yang pasti, kalau lagu ziana zain semua dia tahu la. Yang kita tak pernah dengar pun dia tahu. Huhuhu

5) BOYFRIEND
Dalam satu bilik, aku sorang je yang ada boyfriend. 4 orang lagi penghuninya tiada boyfriend sebab mereka jual mahal. Eh?Motif pulak. So, dia ni selalu cakap "Kalau aku ada boyfriend dan boyfriend aku tu hensem, aku tunjuk la kat korang. Kalau tak hensem aku tunjuk time aku kahwin jela. Korang datang tengok time aku kahwin jela ye" Eh?Boleh pulak gitu minah ni! Tapi sekarang beliau dah ada orang istimewa. Disebabkan kami semua dah tengok boyfriend beliau ni kira paham-paham sendiri la ye. Hahahaha

Tapi kan, walau macam mana pun dia, bagi aku dia lah SAHABAT DUNIA AKHIRAT. Kalau nak buat sesi luah perasaan yang tak lain dan tak bukan dia la orang yang dicari. Pernah dulu dia time aku gaduh dengan ex bf aku, dia pergi hantar message kat ex aku tu. Siap sound marah-marah ex aku tu. Sampai ex aku malu dengan dia. Hahaha Padan Muka! Sapa suruh cari pasal dengan aku. Dia lah salah seorang sahabat aku yang reda kena tukar nama banyak kali. Dari ERIN--> EWIN-->WIWI-->GEDGED-->GED..haha Dia seorang pendengar yang setia. Ibaratnya, telinganya tempat aku luah perasaan. Walaupun sekarang kami dah berjauhan dan mempunyai hala tuju masing-masing memang dia la tempat aku cari kalau ada masalah. Sayang dia ketat-ketat!

Entry ni di buat sempena Hari Lahir beliau yang ke 25! Sebab kalau sebelum-sebelum ni boleh la buat kejutan buli time birthday beliau. Kali ini tak dapat la. Takkan aku nak buat kejutan pergi Kampung Gajah, Perak pula kan. Kang semput pula dia tengok aku sampai Kampung Gajah!:p

OMEDETTO TANJOBI NURAZREEN ROSLAN-SAN ~
SEMOGA BERBAHAGIA BERSAMA IFZAN MOHD SAYA. [kihkihkih Gelak sopan]
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR.
SEMOGA MENDIRIKAN RUMAH TANGGA CEPAT.
SEMOGA LEBIH TERER MASAK.





Birthday yang ke 23..Memang kaw-kaw punya kena!hoho

Ko perasan tak gedged, semua pic aku letak time aku kurus. Hahahaha

Pensil/Surat: Entry dibuat ketika keadaan demam dan selesema. Dah lama tak demammmm...hukhuk

4 comments:

Beruwang said...

oo sekarang time dah montel tak maw ambik gambo sama ke?

Wanie-san said...

hakhakhak bukan mcm tu la unclee!hehehe

fnd said...

kau takde ke gmbr baju ayam dia?

Anonymous said...

he..part kisar ikn bilis ps2 cmpr dlm mknn ak suke..sll gak wt cm2 kt org yg xsuke mkn sayur:)mmg keji..tp utk kebaikn die jugak kn..