Friday, May 4, 2012

::Sila Adil::


Bismillairahmanirahim....
Plan malam ni nak tidur awal sebab dah beberapa hari tidur lambar pukul 3 tapi bangun awal. Huhu Bila buka FB bukan aku update post ke apa. Just baca apa la yang orang share di wall masing-masing.Harini orang ramai post berkenaan Allahyarham Bob kuman. Sangat simpati pasal dia sakit haritu. Allah memang sayang kan dia. Semoga dia di tempatkan di tempat orang beriman... 

Selain pasal tu.. Sekarang ni tak habis-habis lagi pasal perhimpunan BERSIH  aritu.. Adoii... Entah la. Aku malas nak pikir mana-mana. Sokong mana-mana. Dalam family aku pun sebenarnya politik campur. Hahahaha Sebab tu aku atas pagar.  Bila berita je and bila part berita pasal Bersih ni aku terus tutup. Malas aku dengar. Tak tahu yang mana yang betul.Yang mana salah. Siapa sokong kerajaan memang cakap kerajaan betul. Siapa sokong pembangkang akan cakap pembangkang betul. Aku just fikir macam ko tak suka orang tu, so apa yang dia buat ko benci, menyampah, semua tak betul. So sama juga dalam kes ni, bila goverment buat kebaikan dipertikaikan. Pembangkang buat kebaikan pun di pertikaikan. Aku dah lama pendam. Aku nampak bila orang yang memang fanatik dengan politik ni memang fikir part dia jeeeee yang betul. Surat khabar dan berita dah lama aku boikot! Malas nak layan. Sebab apa? Surat khabar banyak sangat mengampu. Takkan la goverment ni tak ada buat salah walaupun sekelumit. Takkan la semua yang pembangkang buat tu salah. Macam tak logik. Kata negara demokrasi. Tapi part mana yang demokrasi??? TV? Ada tv yang cerita pasal pembangkang?????? Tak ada pun. Pasal keburukkan pembangkang banyak la. Surat khabar harakah di haramkan jual di public. Just sesetengah kedai je ada jual. So?? Macam mana orang nak nampak siapa betul siapa salah. At least, if ada tv n surat khabar pasal pembangkang rakyat boleh menilai. Ni langsung tak ada. Aku malas nak dengar sebelah pihak je. Kalau kita suka orang tu, dia buat salah pun kita pejam mata. Cuba adil. Kalau pembangkang tuduh kerajaan, cuba siarkan berita dua-dua belah pihak. Ni tak, pembaca berita ayat nak gempak habis. Sebab tu aku tak daftar mengundi. Aku tak nampak siapa yang betul dan siapa yang salah. 

Salah satu lagi aku tak beli surat khabar sebab ayah kawan adik aku pernah di buang kerja *if aku tak silap la tak pun di gantung or di beri warning* sebab ayah dia reporter then dia tulis berita yang more to pembangkang la pastu tak pasal-pasal ketua editor marah. Masalah dia yang ambil berita tu, dia tahu la apa yang berlaku. Habis tu kena menipu la dalam laporan walaupun pembangkang tu ada buat perkara yang betul???

Yang berita TV aku tak tengok sebab kawan aku sendiri dan BEKAS PEMBACA BERITA SWASTA YANG MEMANG FEMES  sendiri yang cerita. Dia bukan sahaja hanya membaca berita tetapi dia juga yang kena jadi wartawan. so ada satu kes ni dia yang pergi dapatkan berita tu then dia yang buat ayat untuk dia baca time membaca berita tu, aleh-aleh time dia baca berita tu dia pelik. Kenapa ayat berita dia lain dan DI UBAHH?? Bukan sekali tapi banyak kali. Bila dia dah tak tahan sangat sebab menipu orang ramai dan ibarat memfitnah dia pun ada 1 kali tu dia tak ikut pun skrip berita tu, tapi dia baca ikut ayat dia yang betul. Tak lama lepas tu dia di panggil tapi cara dia cerita macam dia tak kena marah sebab berita betul kan. So, lepas dia fikir masak-masak dan tak nak dapat rezeki tak berkat dia pun berhenti kerja tu then sambung master sama macam aku. Gaji dia yang bulan dia ada baca berita palsu tu dia tak usik. Dia sedekah tak silap. So, sebab tu jangan percaya bulat-bulat apa dalam paper dan apa yang berita tuuu! Satu lagi, kalau kita tak nampak sendiri apa yang berlaku just depend on video, artikel, jangan percaya 100%. Ermm..

Ok, dah aku luah kan. Nak tidur. Sila bagi keamanan Malaysia ni. 


2 comments:

Fnd Rocka said...

(angguk-angguk kepala dengar celoteh petir)

Wanie-san said...

tu dia...dah dapat masuk blog aku ngutuk akuuuu!!