Thursday, November 8, 2012

::Berfikiran::

Assalamualaikum....
Setiap hari aku duk fikirkan planning aku selepas belajar nanti. Yela.. Around 2months lagi habis la master aku ni. Sampai termimpi-mimpi dibuatnya. Tapi thesis data tak key-in lagi. kehkehkeh Aku pun grad lambat lagi. Bulan 11 tahun depan. Nak tunggu posting alamatnya tak kerja la aku. So, better aku sendiri cari kerja dulu then kalau ada posting baru apply. Tu pun kalau kat semenanjung laaaa... Kalau kat SABAH & SARAWAK mak aku suruh kirim salam je. Hohoho

Planning aku banyak. Hope terlaksana la... Tapi kena istiqamah. Aku ni, bila sampai waktu dan ketikanya, kadang-kadang kalau penyakit malas menguasai diri, memang aku lebih dengar kata penyakit malas dari apa yang dah di planning. Macam contohnya aku cakap nak pergi kedai pukul 5pm, tup tup bila dah pukul 5pm aku akan fikir, tak pa.. Esok masih ada. Terus cancel tak pergi kedai. Selalu sangat macam tu!

Aku ingat time praktikal nanti, nak minta Kolej Polytech Mara (KPTM), Bangi. Tak pun, minta Politeknik Shah Alam. Either one la. Sebulan je kot. So, tak perlu nak beria-ria sangat. Tapi experience tu penting. Plan aku time tu:

  1. Nak mengajar tuisyen malam time aku praktikal. Cari duit. [Kalau area Shah Alam tak ada hal sangat, Tapi area Bangi aku tak familiar lagi. Tak pela, Usaha tangga kejayaan. :)]
  2. Nak stay je Shah Alam/Bangi bila habis praktikal.
  3. Nak cari kerja ikut aku punya master [Education] ataupun aku punya degree [more to Invontery / Production/ Analysis]
  4. Nak cari kelas Bahasa Inggeris. Nak improve aku punya speaking. Aku dah lama plan nak cari kelas B.I untuk speaking je. Tak nak writing. Bukan apa, nak improve aku punya percakapan. Aku still takut-takut nak speaking. Tapi bila terdesak bantai je. Tapi kalau tak paksa memang aku tak cakapla... Tapi tak tahu kat mana kelas B.I untuk dewasa..huhu [Any suggestion?? >_<"]

Kenangan bersama Pebimbing yang superduber sporting!! Paksa pakai sampin dia layankan ajee..hehe

Kak Ain! Rindu dia!

Pensil/Surat: Today, off to Paka Terengganu. My sweet memory during childhood!



5 comments:

~AmyLiana86~ said...

gud luck wanie..wah untungnya muda2 da de master.. =)

Miza Yusof said...

selamat maju jaya wanie :)
alahai kecik comel molek orangnya :)

nasha said...

bangi pun ok la dear,aku kan kat bangi,anything ko nak minta tolong ckp je,even rumah sewa pun aku blh cari..tuisyen english pun ada,nak ngajar tuisyen mlm2 pun blh jugak,byk pusat tuisyen tgh nak cari cikgu tuisyen skrg ni...so no worries klu stay kat bangi pun..wink!;)

Dora Natasha said...

kenape gambor aku tkder? kenapa? kenapa?

hehhee.. tp aku plan nk dok shahalam gaak terus pasnih. ayuh kite ke shah alam balik! hehe

nik ros said...

byk perancangan tu.apa pun good luck yea :)