Monday, November 5, 2012

::Lesen Gantung::

Assalamualaikum....
Almaklum lah, lesen dah berkurun ada, tapi baru sekarang nak drive. Memang harapannn. Haha After SPM memang aku dah ambil lesen kereta. Tu syarat bagi adik-adik aku semua, MESTI/WAJIB ambil lesen  kereta dan motor selepas SPM. Tapi perangai ayah aku ni, bila anak-anak dah ada lesen, bukan nak memupuk semangat dan minat untuk drive. Lagi kondem ada la. =_=" huhu Tak pa.. Aku reda. So, kitorang semua kena belajar sendiri. Means, masing-masing kena la pinjam kereta kawan-kawan ke, try bawak sampai expert then baru boleh minta nak drive kat rumah. Waaaaa... Sedayyy 

Sejak ada lesen tahun 2005 sampai la 2012 ni, ayah aku hanya bagi SEKALI je aku drive. Tu pun after dapat lesen dan kereta auto. Tak boleh la nak buat aku ni expert macam orang yang dah bawak kereta berpuluh kali. Pastu hareeemmm aku boleh drive sebab aku dah pindah Johor. Jalan memang sibuk. T_T Kena kutuk pasal lesen tu dah biasa. Reda je lah!

Tapi sejak aku kenal En. PZ memang aku tak boleh la goyang kaki sebelah driver kan. Dia tu pendengki tegar. Dia paksa aku bawa kereta dia. Kadang-kadang memang sejuk habis la kaki tangan. Tak pernah drive selama 6 tahun tetiba kena drive. Semua skill memang tumpul la. Satu-satu kena belajar. 1st time bawa kereta kat KL time nak balik Puchong. Kereta MANUAL! Memang aku takut engine mati je la. Tak pasal-pasal tayar kereta spin sampai berasap. Wakakaka Aku gelak habis la time tu. Aku pantang jumpa trafic light kat bukit. Memang mulut maki hamun la. Nak imbang, ingat aku terer sangat! Tapi kena paksa memaksa la. T_T

Weekend ni memang aku di buli habis-habisan. Turun KL dah la last minute. Aku kena paksa bawa kereta kat kawasan JEM. Gila la! Kat IOI. Memang kawasan tu tak pernah tak jem kan. Tak apa-tak apa. Tapi kat jalan jem aku tak ada la engine mati ke apa. Tapi bila sampai kawasan perumahan, Taman Bukit Puteri haaa... Nama pun bukit kan, berapa kali aku mati. Hakhak Nasib kereta tak ada. Tahan telinga jela kena marah dengan En. PZ. Tapi kagum juga la dia tu seorang yang tegar dan penyabar. Paksa juga aku bawa kereta walaupun kereta mati kat bukit selekoh, time naik bumper, time nak imbang. Haha 

Pastu semalam, Ahad, En. PZ datang untuk hantar aku rumah kazen aku. Tapi kena pergi kat Cap Square dulu ambil kunci rumah sebab kazen aku kerja. Bayangkan la nak bawa masuk KL, jalan TAR, Chow Kit. OMG. Tapi kagum juga la aku tak ada engine mati. Tak ada kena hon. Walaupun federal highway time tu memang sesak sangat. Hehe Alhamdulillah. Semuanya selamat sampai walaupun tak adala bawak 100 km/j ke. Kira lulus la bawa kereta MANUAL. hikhikhik  Kaki memang dah lenguh la tekan clash. Rasa nekad nak beli kereta Auto plak tapi rasa tak mencabar. Hahaha [Riak pula....!] 

 Apa pun aku nak ucap TQ sangat-sangat kat En. PZ sebab kalau dia tak paksa, dia tak marah mesti aku tak reti bawa kereta sampai sekarang. At least, boleh la daripada orang duk kutuk lesen aku lesen beli. Hahaha

Ni selepas kena marah tapi muka kena relax je. Haha Padahal time tengah stress kat bukit En. PZ tanya 1 tolak 1 berapa aku bantai jawab 2! Dengan confident level yang menggunung tinggi. Apa lagi, kena bantai gelak dan jadi bahan kutukan la!>_<!

Selepas dah selamat sampai Cap Square, aku halau En. PZ balik. Haha Takut dia paksa aku bawa kereta lagi kang.. hehe Kazen aku mengidam makan Pavlova kat Serai Empire Shopping Gallery. Kidnap adik aku yang kat Monash Uni dulu. Biar la dia ada exam pun esok. Kiki

Muka tak bersalah kena paksa bawa kereta. Hangin jew I tau... =_="

Pensil/Surat: Usaha tangga kejayaan!


4 comments:

Dora Natasha said...

wakakaka...

pdn muke ko wani. kene bwak KL pulak. kah kah kah!!!

tahniah pz, ko berjaya paksa dak nih bawak kete. wakaka!!

Miza Yusof said...

Miza lak kete manual memang awal-awal lagi surrender. Dapat lesen 2tahun tak bawak kete lepas tu terus bawa kete auto :)

Wanie-san said...

dora: ko memang kannn!hampeh tul!!bukan nak support akuu!

miza:tu la...skrg mmg fikir nak beli kete auto je...xnak kete manuall..huhu

nik ros said...

sama mcm family sis. mmg kena wajib ambik lesen kete ngan moto. sis kalau ikt tak nak la ambik lesen moto ni. tapi kena paksa.hoho
nasib baik lulus walaupun tu kena ambik test jpj 2 kali.haha