Thursday, November 15, 2012

::Permulaan Sesuatu yang Baru::

Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah. Tahun islam yang baru. Macam-macam orang berazam. Aku? Harus la nandooo! Bagi aku tak payah tunggu tahun baru nak berazam bagai. Setiap hari boleh berazam kannnn. Actually, jauh disudut hati aku, aku memang dah lama inginkan perubahan. Yes. P.E.R.U.B.A.H.A.N. Bukan perubahan terhadap pembangunan ke apa, tapi terhadap DIRI SENDIRI. Kita manusia tak cukup sempurna. Banyak sangat kekurangan. Aku bukan la seorang yang mempunyai sosial life yang teruk pun. Aku tak suka hang out. Aku prefer duduk diam-diam kat rumah. Gila terpinggirkan?Haha Tapi ada aku kisah.. 

Niat aku dah lama ada. Aku nak baiki dari segi sikap dan pemakaian aku. Aku bukan la seorang free hair ke, keluar pakai baju lengan pendek ke tapi aku rasa banyak lagi perubahan mengikut garis islam yang aku tak follow. Macam bertudung, sekarang aku kurangkan angkat tudung tinggi-tinggi. Pergi kelas pun aku akan silang yang menutup dada. Cuma kalau keluar, sometimes aku ada juga la selempang tinggi-tinggi if malas sangat. Aku tak nak la kata TAK DAPAT SERU LAGI NAK BERTUDUNG LABUH-LABUH. Aku pun tak nak la kata NAK BERTUDUNG LABUH-LABUH KENA IKHLAS. Sekarang jangan nak cakap pasal IKHLAS, SERU, HIDAYAH ke. Semua ni dah lama termaktub dalam Al-Quran. Hidayah suruh bertudung dengan sempurna dari zaman nabi kita dah ada. Memang wajib!   So, nak lawan lagi? Tapi kita ni je tahu tapi buat-buat tak tahu. Bebal. Kepala batu. Kalau sampai ke mati seru dan hidayah tak sampai?Camne? Benda ni kena paksa. Lagi satu ISTIQAMAH. Tu la aku nak kuatkan diri aku untuk melakukan perubahan ke arah landasan islam yang sebenar. Selalu sangat leka. Kadang-kadang hari ni dah rasa kuat, esok kembali tabiat lama. MasyaAllah... >_< 

Bab pakai stokin, aku pun tak faham diri aku ni.. Pergi kelas dulu masa diploma memang selalu pakai stokin. Masa degree pun sama. Tapi bila keluar jalan-jalan if pakai wedges ke, heel ke tak pakai plak. Tapi bila pakai kasut aku pakai plak stokin.Iksh... Sekarang aku masih amalkan pakai stokin time pergi kelas. Cuma time keluar jalan-jalan aku tak pakai melainkan aku pakai kasut, aku pakai la stokin. Ni pun kena tekad! Selalu amalkan pakai stokin bila keluar. 

Yang memang aku NAKKKK SANGAT-SANGAT buat ialah pakai hand sock. Memang nak sangat. Sekarang kadang-kadang pergi kelas ada la pakai. Kalau tak teringat aku tak pakai la. Haha Entah, part ni aku rasa memang aku kena start pakai la sebab tangan orang akan nampak. Kadang-kadang baju memang long sleeve tapi if terangkat, tersingkat sikit, dah nampak. Especially, pakai baju kurung..  Sekarang pun, hand sock banyak jenis yang cantik-cantik. Tak sabar nak pergi beli banyak-banyak.hehe

Apa yang kita nak buat memang dengan niat. Apa yang aurat kita dedahkan semua ayah kita yang tanggung if kita belum berkahwin. If ayah kita dah tegur tapi kita still degil tu memang kita tanggung la. Aku admit, ayah aku memang tak pernah complaint pasal pemakaian aku. Mak aku je yang selalu bising-bising. Even sekarang aku suka pakai t-shirt muslimah, mak aku still marah pasal seluar jeans aku. Aku jenis suka pakai seluar jeans yang ketat if pakai baju muslimah sebab baju muslimah labuh paras lutut. So, tak ada masalah la kan. Tapi tak bagi mak aku. Hahaha Tak apa, sekarang aku gila skirt, so kurangkan pakai jeans, kita pakai skirt pula. Hoholiooo!

Tetiba rasa nak merenung nasib. Huhu

Pensil/Surat: Niat. Kekuatan. Tekad. Istiqamah.


2 comments:

nik ros said...

sis pun masih nak perbaiki diri. sis lagi selesa pakai inner walaupun baju kurung tu tak jarang pun.sebab rasa lebih selesa mcm tu. nak angkat tangan pun tak rasa kekok.
masih lagi cuba tuk pakai stoking. tak berjaya lagi.huhu

Aujinz said...

terbaek.. jangan takut untuk berubah.. XD