Assalamualaikum...
Mentang-mentang kerja tak ada. Memang aku survey benda-benda nak D.I.Y jela. Selepas tu mula la excited nak DIY semua sendiri.. Ni tengah fikir, printer bila nak pergi tukar cartridge. Kalau duduk Shah Alam senang. Pergi je Plaza Alam Sentral. Ni duduk Puchong.. Memang susah sikit la nak usung printer aku yang sebesar anak badak tu. Kalau tak pasang external ink tak apa. Ni kena more careful la sebab dah pasang external tu. Huhu
So next project DIY aku ialah paper bag for door gift and photobooth props. Semua picture photobooth props untuk di print dah ada. Aku ambil di website ni Bespoke Bride. Memang senang la. Tak payah la aku nak guna PhotoScape nak edit-edit picture bibir yang mungil, misai yang lentik, spek yang kacak. Hikhikhik
Nice je!
Gigih ni nak print, gunting tambal.huhu
Website Ohhappyday memang banyak idea DIY yang kita boleh ambil. Siap bagi free printable lagi. Yang lain banyak kena bayar.
Tapi nak buat photo props tu kena tau juga apa yang perlu dititik beratkan. Sebab aku perasan, ada yang buat photo prop stick ni tapi tak nampak sangat gambarnya photo prop stick tu macam masa Engagement Day kazen aku. Tak clear. Aku pelik juga. Last-last baru aku tahu, kalau nak buat photo prop stick ni, Color gambar kena terang dan gambar kena besar-besar. Jangan guna color yang pastel sangat. Kena campur dengan color terang. So, di websites yang aku download gambar tu, memang besar-besarla semua gambarnya.
Jadinya, aku nak pergi beli Kertas A4 putih yang tebal. Yang 150gm. Macam tebal kertas manila tu atau tebal lagi tak silap. Then yang sponge nipis size A4 better tampal juga di belakang paper tu. Biasa ada jual di Populor atau MPH. Tapi tengok dulu. Kalau kertas tu aku dapat cari yang tebal dari 150gm tu aku rasa tak payah letak la. Actually, sponge tu aku boleh cilok kat tempat kerja aku ni je. Banyak tak guna dan di buang. So, aku tak risau sangat. Hikhik Cuma pemegang tu je aku tak sure diorang beli lidi yang panjang dan tebal tu kat mana. Kena survey ni! Kang aku guna chopstick sudah! ^_^
Comel pula budak-budak ni punya photoprop stick.Haha
Nextt idea!!!!
Hihihi agak-agak boleh ke tak?? Photobooth buat cam gini aje??? ^_^
Pensil/Surat: Kena list yang mana penting dan yang mana tak ni!
4 comments:
sangat cantik okay.hihi. :)
waa..bagusnya .buat sendiri photobooth props yea. rajin
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment