Monday, September 9, 2013

:: Kad Kahwin & Sambal Tempoyak Udang Petai ::

Assalamualaikum...
Satu beban sudah lepas. Hari Sabtu ada Pameran pengantin di PKNS, Bangi, Plaza Alam Sentral (PAS), Shah Alam dan ada jualan murah Kad Kahwin di Utusan Sehari, Kajang. Di sebabkan aku duduk Puchong, opkos aku pergi Bangi sebab doket. Pastu setelah menempuh kesesatan dan hujan ribut. Aku sampai. Tapi tak banyak choice dan tak menarik sangat. Aku kedekut then aku nak cari yang bawah RM 0.30 memang nan ado la.. Kebetulan nak cari sticker dan button badge lagi..Tak banyak. Dalam 300 pcs je. Nak pergi Utusan Sehari memang dah tak sempat sebab promotion tu dia buat dari pukul 10 pagi sampai 7 petang je. Aku sampai PKNS, Bangi dah pukul 6 petang. Bahana main masak-masak dlu. Hahaha Last-last aku dengan Ucen rushing pergi PAS. Hopefully sampai before pukul 8 malam. Alhamdulillah.. Memang sampai before pukul 8 then sempat la mengusha... Memang lebih menarik daripada kat Bangi tu. Then aku jumpa 1 promotion ni RM450 untuk 1000pcs kad kahwin, 1000pcs TQ tag, 2 banner. Aku tengok kad kahwin pun jenis tebal dan design menarik. Terus la aku grab! Kira TQ tag aku ambik 300pcs, 700 pcs bagi En. FZ. Kira untung juga la. 1 kad jatuh dalam RM0.25.. Alhamdulillah.. :) 

Kalau fikir pasal kad kahwin memang murah je dalam kepala. Nanti lepas kahwin orang buang juga. Untung la kalau ada orang nak simpan kad kahwin aku ni! Retis sangat uolssss. [Aku pun buang kad kahwin orang. Cis!]

Alkisahnya, aku tunggu Ucen balik kerja baru pergi Bangi then Kajang. Tapi sebab aku sibuk masak lauk memang tak jadila pergi awal. Masing-masing melantak makan bertambah 3 pinggan. Lapar punya pasal.Aku ni kalau kempunan terus jadi kes serius. Mana taknya, aku akan meroyan sebut makanan tu berhari-hari selagi aku tak dapat. Sampaikan orang jadi rimas dengan aku. So, biasa aku akan gigihkan diri cari barang-barang pastu masak. Kerana kempunana Sambal Tempoyak Udang Petai. Resepi aku cilok sana sini. Hentam keromon. Aku tau aku akan lupa. Baik aku taip siap-siap. Nanti senang tengok sini aje. Hihihi

Confident mesti ada nak tunjuk menu masakan.  :P Kerabu mangga tak payah taip resepi. Senang sangat! :p

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK UDANG PETAI

Bahan-bahan :
1) Bawang merah - 6 ulas*
2) Bawang putih - 4 ulas*
3) Halia - 1 cm (agak-agak)*
4) kunyit hidup - 2 cm (agak-agak)*
5) cili padi (ikut citarasa)*
6) Lada merah - 4 biji*
7) udang - 1/2 kilo
8) Tempoyak - 1 setengah sudu
9) Serai - 2 batang (di ketuk)
10) Daun kunyit - di hiris/ siat jeee
11) Gula + Garam
12) Petai

*Kisar semua bahan 

Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sampai naik bau.
2) Masukkan tempoyak dan kacau. (Kalau nak pekat letak banyak). 
3) Lepas dah sebati, masukkan air sedikit dan kacau.Air tu depend la.. Nak pekat letak sikit. Nak cair letak banyak.
4) Masukkan petai. Pastu letak garam gula. Rasa la. If ada masam-masam, lemak-lemak.. ok la tu.
5) Lepas petai dah lembut letak udang pastu daun kunyit. Kacau la sampai semua sebati.
6) Siap dihidangkan!!!! ^_^

Pensil/Surat: Petang ni kempunan ikan goreng jew..ekekeke


1 comment:

Nik said...

kad kwen buat yg simple sudah.asal terang dan jelas jea..hehe