Assalamualaikum...
Aku ni online tetiap hari.. Balik kerja online tapi nak update 1 entry sehari bapak gila malas. Bukan setakat sehari tapi seminggu pun semput2 je aku boleh buat. Tapi tak mengapa. Usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Tak gitu? Eh.Ade kaitan?
Actually, malam tadi aku chat dengan Cik Ucen.. Really2 miss her. Bukan dia sahaja, Si Gedged, Miss Jira.. Ouh.. My lovely rumates! Susah wo mau dapat rumates seperti mereka. Hati kental, jiwa keras. Kena kutuk, kena perli, kena petir diorang tak da hal ler. Tak ada nak tacing2. Nak menangis. [Tapi Si Gedged selalu nangis dalam toilet..opss]
Aku nak bagitahu aku.....
1) Rindu mahu naik moto TAF pakai gear 1 sahaja pastu budak lelaki kat kedai mamak sound kitorang!
2) Rindu mahu study di PTAR sambil snap picture gila sebab tak nak bagi mengantuk!
3) Rindu mahu buat kerja gila pakai cantik2 dalam bilik pastu snap picture!
4) Rindu mahu keluar karok pada awal sem dan selepas final!
5) Rindu mahu karok dalam bilik bila kekurangan duit!
6) Rindu mahu masak bersama dan pening memikirkan menu!
7) Rindu mahu bagi rumates stress bila aku tidur pakai kasut baru!
8) Rindu mahu berkomplot dengan Cik Ucen buli GEDGED!
9) Rindu mahu 'memetir' dengan rumates!
10) Rindu mahu bergosip dengan Si GEDGED dan Miss Jira tapi Cik Ucen jadi pembangkang yang tegar!
11) Rindu mahu menangis depan diorang dan kena marah dengan mereka!
12) Rindu mahu ber'medan' dengan diorang!
13) Rindu mahu buli ROZABEDAH Si Gedged dan KUMALASARI Cik Ucen!
14) Rindu mahu beli barang dapur yang gila punya banyak termasuk beras dan minyak masak hanya dengan naik motor!
15) Rindu mahu buat rules untuk diri sendiri tapi kena perli dengan rumates!
16) Rindu mahu cakap Si Gedged GEMOK dan Miss Jira GELAP!
17) Rindu mahu bershopping bersama Si Gedged!
18) Rindu mahu kena hempap dengan Miss Jira!
19) Rindu mahu jadi batu api bila Miss Jira gaduh dengan Cik Ucen!
20) Rindu mahu rambut aku yang chantek kena kutuk dengan diorang!
Rindu mahu kembali bersama mereka................sob sob sob
Tak tahu la dapat rumates gila macam ni lagi ke tak.... ......
Pensil/Surat: Mata sila bertahan sampai jam 6.30am!