Saturday, January 1, 2011

::Meninggalkan dan mengasah kembali::

Assalamualaikum...
Penat seh hari ini. Bukan penat membibik. Tapi penat bergotong royong untuk menjahanamkan dapur bersama ibunda tersayang...hohoho 1bulan terakhir di rumah sewa aku telah mencipta sejarah tidak menyentuh dapur gas, mahupun kuali dan periuk. Kerjaya mencari rezeki lebih penting dari menjadi chef! Jadinya, tiap2 hari ber'medan' mahupun ber'roti' je ler.... Aish...

Punyai keluarga yang besar sangat memerlukan kos yang tinggi! Mana taknye, kos tenaga kerja, kos barang2 basah dan kering, kos masa. Kebetulan semuanya lelaki..Masaknye bukan sikit tapi banyak gila! Makannya semua seperti naga! Tukang masaknya berapa kerat saja! Semua tahu memuncungkan bibir, memonyokkan muka, mengerutkan dahi menunjukkan protes 'SAYA LAPAR. ANDA TIDAK PAHAMKAH?'


Photobucket
Geng Naga+Boye..*Sila abaikan perempuan berbajuorenyangoverexcitedterlampau*

Berbeza masak bersama bonda dengan masak bersama rakan2. Kalau masak dengan mak aku... Aish... Jangan main2.. Semua ada rules. Semua kena potong perfect. Semua nya kena hidang dalam bekas yang proper. Tak leh bantai pakai sebarang bekas dan bekas PLASTIK di larang sama sekali. Dats why la rumah aku memang tak ada pinggan plastic. Gelas plastic pun tak ada. Kalau tetamu datang kena guna pinggan lain. Pinggan yang jarang guna. Pastu kalau tak guna mak aku bising cakap "Bila lagi nak guna. Tak kan beli nak buat perhiasan.." =__=" Sampaikan aku kalau makan di rumah sewa mesti nak makan dalam pinggan kaca dan gelas kaca. huhu
 
Tapi.... Kalau masak dengan rakan2.. Gasak kau la nak potong macam mana.  Asalkan time nak makan nanti semua ada rupa. Tapi biasanya aku akan tunjuk dulu mula2 nak potong macam mana. Bukan diorang tak pandai tapi takut salah. Padahal aku tak kisah pun. Suke hati la. Ikut geografi rumah korang. Macam mana mak korang potong macam tu la korang potong. Boleh sumbat dalam mulut. Boleh makan. Habis cerita.. Sebenarnya masa mula2 masak untuk housemate aku pun terikut2 perangai mak aku. Semua benda kena buat cara aku. Tak boleh berbeza. Tapi lama2 dah tak larat nak berperangai sebegitu. Aku suruh je diorg buat macam mana. hoho

Photobucket
Inilah penjahanam dapur yang berjaya! *Yang tengah tu bukan Nenek Kebayan ye. Itu adalah Puan GedGed*

Ingat nak buat azam untuk tahun 2011 pada 1.1.11 ni. Tapi rasanya tak perlu la. Bukan aku pernah tunaikan azam2 aku sebelum ni pun.Lalalala

Pensil/Surat:Cuak+takut+berdebar untuk menghadapi hari praktikal yang bakal muncul tidak lama lagi.
 

6 comments:

erine roslan said...

ape lak PUAN? i CIK tau... isk3

shamsiah shamsuddin said...

selamat berpraktikal...

YobSumo said...

hehehehe. eh sama lah mak kita wei! bila tetamu datang ade je pinggan lain. penduduk tetap rumah tak layak pakai pinggan tu. haha.

wahida said...

salam sis...selamat tahun baru...salam kenal, saya dah follow, kalau sudi folllow me back k!!

Wanie-san said...

gedged:
opsss..bukan typing error tau..mmg sengaje DENGKI tulis PUAN..hoho

shamsiah:
Tq yunk~

Yob:
Memang sepesen la mak kite kalau gituuu..hehehe

wahida:
thanx yep!i visit ur blog back...

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

tu pak ghani & mak wan kan


hehehhe