Thursday, January 26, 2012

::Dunia Cyber Halal & Tak Halal::

Assalamualaikum....
Sekarang macam-macam kita boleh tengok di FB.. Memang bagus la kan bila kita share post yang berilmiah, berfaedah yang boleh di kongsi dengan orang ramai. Tapi kita perlu fikir juga, apa yang kita post or share di FB tu betul atau tidak. Atau hanya sekadar kita baca dan kita rasa betul kita pun share. Padahal kita tak tahu sumber tu betul ke tak.

Sekarang kecoh pula perang ROTI. Boikot sana. Boikot sini. Yang ni kata ada gelatin babi. Yang ni pula cakap Cina nak bankrup kan Company melayu. Pastu mula la orang ni post pastu ada yang share. Ada yang sokong. Ada yang hentam. Tapi bagi aku la.. Tak salah kita nak share sesuatu post tu tapi kita perlu ada bukti yang kukuh. Biar betul-betul ada link yang JAKIM approve kan. JAKIM. Bukan sahabat Jakim ke, Kawan Jakim ke tapi website JAKIM dan memang pegawai-pegawai JAKIM yang pantau website tu. [Kalau boleh tunjuk kad pekerja lagi bagus.haha] Ni FB JAKIM sebonar... [Rajin la pula aku cari FB Jakim kan..Macam ada share pulak..:p] Dunia dah canggih jadi sesiapa boleh menyamar jadi pegawai JAKIM. Create page yang ada nama JAKIM pastu semua orang boleh LIKE. Bila sorang dah post "nah bukti ni halal", ada pula cakap "nah bukti tak halal"..  Tapi buktinya hanya lah PRINT SCREEN. Pastu orang ramai yang memang kaki FB ni pun mula la share sana sini. Padahal tak tahu betul ke tidak. Jakim pun tak cakap apa-apa lagi. Mula la ramai menyokong apa yang kita share tu. Di buatnya apa yang kita share tu TAK BETUL.?Tak pasal dapat dosa fitnah!Grhhhh 

Banyak kali dah terjadi macam ni. Bab isu halal ni memang kes serius. Makanan kan akan jadi darah daging kita. Kadang-kadang ada strategi untuk menjatuhkan orang lain. kira macam marketing strategy la. Ni salah satunya. Tapi if seseorang yang berhati mulia nak selamatkan orang Islam dari lebih jauh terpesong mungkin juga dia share something yang memang dia tahu. Maybe dia lakukan analysis then tahu makanan tu tak halal tapi ada sijil halal dan nak selamatkan orang Islam so dia post something like that. Kadang-kadang ada company BELI logo halal tu padahal ingredient dalam tu ada CIK BI. ha...Who knows right??

Kita sibuk share post yang pasal islam sana sini, tapi diri kita tak ada nak perbaiki kepada lebih baik. Benda yang jelas terang-terang salah macam minum arak, dedah aurat tak ada pula kita nak kecoh sekecohnya. Peringatan untuk aku juga ni. Dats why aku tak berani nak share something yang aku rasa tak ada approve dari pihak yang bertanggung jawab. Tak salah nak share something yang berilmiah tetapi perlu lah ada bukti yang KUKUH. Jangan sekadar print screen semata-mata atau pun dari luahan blog-blog pastu kita share. Pasni bawak roti, tepung, minyak tu pergi Jakim. Ha...cek betul halal ke tak. Puas hati. Keh keh keh

Minta maaf dulu ye.. Mak luahkan ape yang mak rasa je.. Jangan la kome-kome sekalian terase...Keh keh keh
*Terasa ceria habis pula aku time salam dengan pengantin ni*

Pensil/Surat:Sama la kes isu Hotdog cap RAMLY.. Nasib Jakim dah approve halal. Ada bukti baru aku percaya. Jangan cakap saja tapi habuk tak ada.

5 comments:

Husna Hadzarami said...

Like this one. Sekarang banyak sangat isu macam ni. Kita share tanpa usul periksa, tak cek pun sumber boleh dipercayai ke tidak. Yang membaca benda yang di share tu pun percaya tanpa usul periksa juga.

Akak sekarang ni senang je, kalau rasa ragu-ragu, jangan makan.

Halal haram tak boleh buat main. Tak berkat hidup ada makanan haram dalam badan. Doa susah nak sampai.

Redbloodsnow said...

yeah! setuju dgn entry ni. benar spt apa dikata. share tanpa usul periksa...alih² benda tak betul.

BTW, sgt suka dgn ayat wanie yg ini --> "Kita sibuk share post yang pasal islam sana sini, tapi diri kita tak ada nak perbaiki kepada lebih baik"

It is soooooooo true :)

yanieyeap said...

urmm..susa la nak ckp isu nie!nak pecaya sgt pown xbole..

Faza said...

dah terbiase.. before bayar brg makanan tgk logo halal ker x..

kdg2 logo halal pon laen dari Jakim!

arboqskii said...

yang penting berhati2 dan alert selalu...)