Friday, December 31, 2010

::Noktah-noktah akhir::

Assalamualaikum....
Dua hari mengambil jawatan sebagai bibik amat memenatkan. Finally, petang semalam berjaya sudah menyelesaikan bilik aku. Gila banyak baju2 aku! Baru paham kenapa mak aku bising baju aku banyak sangat. Tu pun adala dalam 5plastik beg aku bungkus baju2 yang dah rasa berabad dan tak perlu pakai lagi. Sedekah je la. Tapi dalam kepala hotak sibuk lagi memikirkan baju2 yang dah di admire kan. Cuma tunggu gaji masuk sajo...hoho 

Hari ni dah 31 December pastu say gud babai la untuk tahun 2010. Banyak sangat kenangan pahit untuk tahun ini. Tapi kenangan manis menutup segala kepahitan yg aku lalui untuk tahun 2010.

1) Kuliah sudah ditinggalkan. Alhamdulillah sepanjang aku menjadi student UiTM tiada satu paper pun aku repeat. Termasuk la time diploma dan degree. Sekarang, aku hanya ada 1sem je lagi tapi just praktikal sebelum melangkah keluar dari UiTM. Hope aku lulus dengan cemerlang!Insyaallah.

2) Setelah sekian lama aku tidak melakukan kerja part time, bulan2 akhir sebelum aku melangkah pergi dari Shah Alam, aku telah melakukan satu kerjaya. Alasan. Mau cari duit untuk shopping. Sigh~

3) Rumates yang mereng telah aku tinggalkan. Entah bila boleh ketemu lagi setelah hampir 6tahun kenal dan hampir 3tahun menjadi rumates, mereka la rumates yang paling COOL, ROCK, SENGAL, RELAX. Cik Ucen=En. Lelaki. Miss Jira=Pehempap. Si GedGed= Manusia gedik. Ouh. Tak mau la cakap lagi. Sedih. T__T.

4) Tahun 2010 jugak first time aku jumpa blogger. Terus kamceng sampai sekarang. Memang semua otak sengal bengal!hohoho

4)Melepaskan seseorang yang kita sayang untuk orang lain. Tanpa mengetahui apa salah dan silap kita. Gila frust. Baru tahu begitu perasaan frust tertonggeng. 4 tahun 1/2 ending nya, Nothing. Zero.

5) Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku. Aku dapat seseorang yang lagi lagi lagi lagi better dengan apa yang aku lepaskan. Tak sangka masih wujud manusia seperti ini. Selama ni aku buta hati. Thank you Allah kerana memberikan aku seseorang yang boleh memadamkan segala memori pahit aku.^___^/7

My Asset:


Photobucket
Motobot yang cedera tak parah! Pergi sodok belakang moto orang.Ouh..Pakcik Ghani belom tau.Hohoho

Rumates Bonget:
Photobucket
 Tak di buat orang pakai baju raya posing before raya dalam bilik. GILA!

Photobucket
Tak di buat orang pakai chantek2 pastu naik moto main bowling. Bengom!

Geng Blogger:
Photobucket1st time jumpa semua kamceng bagai nak rak!Still contact sampai sekarang. Miss u!

Ex-Classmates:
Photobucket
Reunion budak2 Physic time diploma. Bila degree semua berpecah.

My Soul:
Photobucket
<3

2011.Welcome~
Hope..2011 bakal memberi kejutan yang mengembirakan untuk aku.
Happy New Year ebebodi!
^__~
 
Pensil/Surat:Bertukar kerjaya pulakkkk~

Wednesday, December 29, 2010

::Disini Juga::

 Assalamualaikum...
Kekok sudah diri ini. Tidak tahu mahu memulakan dari mana. Setelah sekian lama meninggalkan dunia blog. Ke'busy'an berstatus sebagai wanita bekerjaya memang mencabar kehidupan seharian. Lebih2 lagi bekerja bukan mengikut office hour dan office day. Gila ouh! Orang cuti kita kerja. Orang kerja kita cuti! Sedih sungguh! T_____T

December akan melabuhkan tirai. Satu bulan yang cukup bermakna. Setelah 2tahun setengah menetap dan bermaustatin di Shah Alam sekarang sudah tiba masanya aku menukar status warganegeri. Perlu sedar diri. Kehidupan aku tidak lagi sebebas merpati. Makan minum tidak lagi di tanggung sendiri. Parents bakal menjadi pemerhati. =__="

Sedih ouh tinggalkan rumates. Rumates yang tiada hati perot. Bab membuli berada di tangga teratas! Setiap orang mempunyai karekter jahat masing2. Kecuali aku. SOPAN masih berada di dalam diri. Owh.. Terpuji puleeee... ^_~ 

Photobucket 
Terserlah ke GED kan Si Ged ini..hohoho

Setelah meletak jawatan sebagai wanita bekerja, rakyat2 jelata disekeliling aku selalu menanyakan gaji aku. Berapa banyak duit masuk. Bila sesi paw mengepaw dibenarkan. Ouh.. Sabar saja la. Sepanjang aku bekerja pun aku selalu mengepaw abg dan ayah aku. Sama saja. Adik2 paw aku. Aku paw abang aku. Abang paw ayah aku. Mangsanya AYAH ler...hohoho 

Seharian mengemas bilik+rumah masih belum siap2. Apa bulih buat. Kemas pastu tido. Kemas tido. Kemas tido pastu dah tak larat sangat pergi mandi ketika jarum pendek di nombor 4 dan jarum panjang di nombor 12. dan matahari masih muncul!Uish... Meninggalkan bilik beberapa bulan kepada adik2 memang jahanam jadinya. Semua benda nak di pecahkan. Satu habuk pun tidak di lapkan. Rambut bertaburan mengalahkan kedai gunting rambut. APA KES! Nasib mereka memiliki kakak yang rajin walaupun mulot membebel2 mengalahkan orang berpidato. 

Photobucket

Kena start memupuk semangat berblog.hohoho Slow n Steady~

Pensil/Surat: Owh..saya sudah merindui PZ.. huhu

Wednesday, December 22, 2010

::22.DECEMBER.2010::

 Assalamualaikum.....
Hohohoho Aduyai!! Sangat busy! Tak sompat nak update blog mahupun uruskan diri! Kerja je memanjang!
Dari pukul 10am-11pm! Balik online kejap tido! Rehatnye time tido tu je la!

Tidak seperti tahun2 lepas, tahun ini, pada tarikh ini, aku masih di Shah Alam. So, nothing special lor.. T__T

Ok2.. Malas nak update beria! Membebel entah pape! Straight to da point!

HEPI BIRTHDAY TO ME!
Oyeah!Oyeah! I sudah membesar! Walaupun masih tidak cukup Inci!
Tetapi pada tahun ini.....
1) Tiada kek!
2) Tiada senyuman manis dari parents!
3) Tiada sesi ayah belanje makan!
4) Tiada bergayut sepanjang hari !
T_____________T
Ah! Next week la mintak sume tu selepas meletak jawatan sebagai Wanita Bekerjaya!!HOhohoho

*U masih belum wish!I'm still waiting! Kalau tidak! Malam ni i bakar u idop2!!*
[Org bekenaan sahaja..hohoho]

Sunday, December 19, 2010

::..........@>~..........::

Awak datang kita hepi.
Awak sakit kita sedih.
Awak sengal kita gelak.
Awak serius kita diam.
Awak bercakap kita kagum.
Dari mula awak telah menyebabkan kita serasi.


A day before today.
Nothing to said but u give me a spirit.
I'm hepi.
^_________^
ILYSMPZ.

Thursday, December 9, 2010

::Ada Tapi Dah Terlambat::

Assalamualaikum.......
Semenjak streamyx tarak ada ni nak buka blog pun malas apatah lagi nak blogwalking mahupun nak update blog. JANGAN MIMPI. Berukband Si Ged ni mencabar kewibawaan kesabaran aku yang memang sekian lama memiliki tahap kesabaran yang minimum...=___=" [Cakap banyak plak! Nasib dia ada berukband!Ko ada apa?Cipanziband??huhu]

Sekarang tempat kerja tu macam aku punya. Dah tak ada nak skema2, diam dan diri lama2 mengadap seluar. Datang kerja buat2 kemas baju seluar baju pastu borak tak pun pergi cari pasal dengan orang. hehe Last wik, partner lama aku dah quit pastu ada sorang budak lelaki yang ganti. Student UiTM gak. Saje2 kerja macam aku nak cari duit time cuti sem. Sekejap je dah boleh ngam. 

Semalam dia cabar aku! Aku baru datang kerja pastu dia cakap dia dah pandai jahit. Terasa sedikit tercabar disitu sebab dia lelaki dan aku masuk kerja dulu seminggu awal dari dia tapi dia dah tau jahit sikit2 tapi tak ada la terer pun...Ceh...<----Nada dengki. Dengan semangat kedengkiaan membuak2 dalam hati aku tu, aku pun excited nak belajar menjahit on da spot gak! Semua pekerja kat situ dah gelak. Selama ni aku bukan tak nak belajar tapi tak ada orang nak offer aku pun suruh menjahit.. hohoho Semalam jadi la aku tukang jahit seluar yang bengkang bengkok. Kalah jalan yang di patuk ular...Sigh....Partner aku tu dah kutuk kaw2 aku pnya jahitan. Gilo!

Photobucket
Fokus2!!!

Actually, mak aku memang tukang jahit dan terer giler2 menjahit. Gaun baju pengantin pun mak aku tahu jahit. Siap ada orang nak tempah baju dan nak baju yang pesen2 mengarut2. Jadi, mak aku kena la design kan... Tapi sepanjang aku hidup ni, tak pernah sedetik pun aku nak mewarisi bakat mak aku tu. Yang aku tahu suruh mak aku stop menjahit sebab mak aku sangat2 cerewet bab menjahit pastu aku la yang jadi mangsa. Aku kena tolong tetaskan, tolong sembat, tolong jahit butang, cangkuk. Takkan nak suruh aku gunting kain lak kan? Mau nak ganti kain orang yang ratus2 tu..huhu [Ganti kain buruk leh r....:p] Sejak kerja part time ni pastu bahagian aku plak ada alter seluar dan selalu je tak cukup orang untuk jahit seluar.. So, perasaan menyesal membuak2 plak sebab tak pernah nak belajar jahit dari dulu...hoho t least basic pun ok la... Ni tarak apa pun ada!!! Dah terlambat dong...

Pensil.Surat: Yes! Aku memang gila tapi aku tak gila kan KAU!Plz berambus!

Thursday, December 2, 2010

::Sudah Lama meninggalkan::


Assalamualaikum..........
Wah! Gila la! Lama la plak tak update blog. Terasa janggal sudehhh... [Bonget kau wanie!] Bukan ape, semenjak menjadi WANITA BEKERJAYA, masa untuk menglagho agak kureng. Fokus adalah mencari rezeki! Lalalala

Best kerja walaupun kadang2 boring if tak ada customers. Tapi bila ada customers mau aku gila meroyan! Mula gelabah! Sekarang dengan partner aku pun dah kamceng. Dengan pekerja lain pon ok. Alhamduillah.. Jadi sekarang ada 1bulan je untuk bekerja sebelum buka sem baru. Pastu kena balik Johor la plak continue untuk praktikal. Urusan praktikal tak settle2 lagi. Tak jumpe lecturer lagi untuk ambil surat offer praktikal. Mesti kena marah nanti! Huhuhu Dah la kena buat surat penolakkan untuk company yang aku tak nak. Aduyaiiiii....  Pening! Kena settle slow2 la macam ni.

Rasa dalam seminggu ni hidup tidak terurus. Dengan streamyx nye xde. Aish.... Kalau cakap pasal streamyx mau aku naik GILA. Susah berurusan dengan orang yang suka buat keputusan sendiri. Naik bengang je rasa. So sekarang kalau nak online kena pinjam berukband Si Ged. Nasib aku kerja. Kalau tak kerja boleh gila duduk rumah tanpa internet! Huhuhu

Pensil/Surat: Sekarang saya ada mangsa buli baru! ^____^/