Thursday, April 28, 2011

::Cari pasal nampak::


Assalamualaikum...
Masa sekolah dulu, mesti kita fikir apa yang cikgu cakap tu betul. Kira macam Teacher always right la..Macam gitu. Tapi bila besar ni, bila fikir balik kadang-kadang ada juga yang tak betulnya.. Bukan nak mengungkit kisah time sekolah. Aku tahu, time sekolah dulu aku memang pediam, pemalu, penyopan.. [Kalau rasa nak tolong lempang dipersilakan] ^0^ Tapi ni kes adik bongsu aku yang gemok lagi comel lagi kuat merajuk lagi suka memberontak lagi kuat makan..Ok2..Stop.!

Harini adik aku  ada Hari Kantin. Jadi murid-murid kena beli makanan pakai kupon. Dan kupon tu kena BELI! 1 kupon= RM4. Ok fine. Murid-murid kena beli kupon dengan GURU beberapa hari sebelum Hari Kantin ni. Tak kisah la kan. Ayah aku kasi la duit untuk beli kupon tu. Then, masa adik aku bagi duit untuk beli kupon tu dengan guru kelas dia, boleh guru tu cakap "Beli 1 kupon je?NI LA ORANG KAYA KEDEKUT!Same je dengan Ali [Bukan nama sebenar]" Ah!???Apakah?? 

Ali tu kawan adik aku tapi dah tukar sekolah. Kebetulan ayah dia sama kerja dengan ayah aku. Masalahnya, kenapa sampai dia sebut nama budak tu padahal budak tu dah tak sekolah kat situ dah? Kenapa perlu mention ORANG KAYA KEDEKUT?? Apa masalah guru tu nak suruh beli kupon banyak2? RM4 tu tak cukup ke nak beli makanan? Adik aku pergi sekolah bawak RM2. Cukup je makan. Tak ada plak selama ni dia bersunggut duit tak cukup nak beli makanan. Siap adik aku boleh beli jajan lagi time balik sekolah. Tak paham dengan guru tu. Adik aku tu dah la gemuk, nak suruh makin gemuk ke beli makanan banyak2?? Tak pasal2 keesokkan harinya ayah aku kasi lagi duit suruh beli 1 lagi kupon. Adik aku kasi RM5 tapi boleh pulak guru tu cakap "Balance ni derma je la ye kat sekolah" Ouh? Pulak? Aish... Sebenarnya, bukan adik aku je yang pernah kena. Ibubapa lain yang kerja macam ayah aku pun ada yang kena. Entah kenapa la dia aim sampai macam tu sekali.. Aish....=_=" Tak paham den. Nak bebel lebih2 abang aku seorang guru juga.huhu
Pensil/Surat:Esok bermula kerjaya sebagai IBUBAPA kepada si gemok dan si kurus....


 

6 comments:

Rozami said...

sekolah tu nak duit ker?

Rozami said...

oh ya baik tulis surat rasmi... bg general untuk teguran

cc: jabatan pelajaran

FzaIbrahim said...

pehhhhhh!
gila melampau cikgu tu.
suka hati dia je.
nama je cikgu tapi pangai x hormat hak org lgsung.
haiyaaaaa.

Solehah said...

cikgu tu bior betul..masuk tabung sekolah ke, ape?huhu..

Wanie-san said...

kapten:
entah la atok oi...ak pon xpaham dgn sekolah tu..dah slalu sgt kena..bila bab duit je..mcm2 karenah...

fzaIbrahim:
memang melampau gak la...bukan kat sekolh je kena..kt tuisyen pon kena perli juga...huhu

aboyandnick:
insyaallah..i'll do dat...

Solehah :
mybe la kot...tp sek tu dh kaya kot..aduhh

iQa~ said...

totally agree... Siap bleh ckp pasal kete ayah pakai lg...menyampah!