Monday, October 29, 2012

::Tak Sabar Menghabiskan::

Assalamualaikum...
Kembali ke Parit King. Oyeah! T_T
Bukan tak suka tapi tak sabar nak menghabiskan sisa-sisa pembelajaran kat Parit King ni. Ada lagi campurtolakbahagidarab dalam 2 months la aku nak habiskan master ni. Suka??Kikiki Harusla~ Tak sabar nak melangkah ke alam kerjaya. Ceewaah! Tapi Projek Sarjana aku kena la siap. Tak siap tak boleh grad. Padan muka aku. Kaki terkaku. Lidah terkedu. Hoho

So, balik rumah aritu aku dah settlekan proses mengeposkan questionnaire ke Sekolah-sekolah Vokasional. Tu baru 2 sekolah. Photostat. Stapler. Agihkan. Bungkus. Pos. Siap buli dan paw mak, ayah dan adik aku. [Thanks uolss~ Nanti kat dalam thesis tu saya tulis la perhargaan untuk family ye..Hihi]

Sesi mengstaple 240 set questionnaire. Fuhh.. Penat. Sampai terconget-conget ibu jari manja ku.. Ekekek 


Buat ayat-ayat sedih. Meraih simpati kat mak. Pastu mak tolong la aku susun. Kikiki Sonang keje aku!

Settle membungkus ke dalam plastik sampah hitam. Agak-agak la.. Plastik tu aku beli kat Pos Office kot. RM1.50. Hoho Sebab nak letak kotak pos express tu dalam plastik hitam tu. Senang cikgu tu nak kembalikan kepada aku. 

Eh? Rojak Mak Bee pula interframe. Saje nak buat aku tergoda!Uh! Settle staple dan membungkus kita makan jambu!!

Keesokkannye, sesi pengepos bermula! Ni buat ayat sedih juga. Ajak mat bangla eh adik aku teman pergi pos office. Al-maklumla... beta ni bukannya terer bawak kereta. Lesen ado pun buat pusaka dalam purse. =___=" [Nanti aku ada kereta, nanti aku lenjan habis-habisan!]

Total duit habis semata-mata kerana PROJEK SARJANA ni SETAKAT INI. [Pasni ada lagi satu sekolah tak settle]

Photostat = RM73 dapat diskaun RM70. Urm...RM3 je kurang? Setelah pujuk rayu menangis air mata darah muka simpati macam nak kena penyepak?? Tak pela... Bersyukur...
Kotak Pos Express = 6 kotak x RM7 = RM 42. [Rolling eyes]
Pos Laju = 2 bungkusan plastik hitam. RM43.40 [Agak-agak jewww]
Plastik hitam pos laju = 2 keping x RM1.50= RM3.00

 Nanti ada 1 buah sekolah lagi. 120 set questionnaire kena photostat lagi. Sabo jelah!

Melayang duit scholar Mara i.. Eh? Aku dah paw duit ayah dan mak aku kot. Duit mara aku simpan nak kahwin. Boleh gitu? hakhakhak

Pensil/Surat: Habiskan balance presentation yang tinggal saki baki ni!!



Saturday, October 27, 2012

::Tunang??::

Assalamualaikum...
Salam Aidiladha..This year, last year, last 2 years, senang cerita sejak duduk Johor ni memang beraya di Johor jela...  Nasib badan...>_<" Tapi meriah okey. [Tak payah nak buat ayat sentap-sentap Wani!]

Jemputan. Ok....


Ada apa dengan kad ni? Harusla tak ada pape. Normal macam kad orang lain. Tapi yang tak normalnya Wani & TUNANG!!!???

Perasaan time buka kad kahwin ex-housemate aku ni ialah TERKAKU, TERKEDU, TERKASIMA.. [Wahh..Overdos pulak]
Aku dah la merisik pun belum, tunang apatah lagi. Upload kat FB sebab nak bagi kawan aku yang dijemput tu baca, apa lagi,kawan-kawan lain buat ayat sentap la tunang senyap-senyap. Haha
Dah, malas nak layan. I tak ada tunang-tunang, kahwin terus! Sekali jalan jew...  Hakhak bilapuntaktahulagi 

Sekarang musim orang kahwin dan tarikh yang fames sangat for this year ialah 10.11.12. Aku dapat 6 invitation. So, kena sesi pilih memilih la... Yang mana close, yang mana patut dan wajib pergi. Tak kan semua nak pergi.. Mati I tau nyah oii~~

Owh, Selamat Bertunang to 
Apiz dan Ina.. [Aku orang tengah yang kenalkan.Hahaha]
&
Sue ngokngek aka rumate dan Jamil!
Best friends aku!Yeah! Nanti I follow uolllsss ye..Ekekek

Pensil/Surat: Malas betul balik Parit King tomolo..huhu


Wednesday, October 24, 2012

::Tabiat Pelupa?::



Assalamualaikum....
Lupa. Pelupa. Dah sebati dalam diri aku ni. Dah jadi darah daging pun. Dah lali. Kalau 'daging lupa' tu buat sup confirm-confrm liat nak mampus. Dulu aku ingat lagi time degree, kalau housemates pesan beli barang apa-apa ke siap buat list untuk aku sebab aku kan memang kepala pelupa. Jangan la pesan pakai air liur je, memang confirm dan di jamin halal lah aku akan balik dengan tangan kosong.Lalala

Kalau nak kira kes pelupa aku ni kadang-kadang kronik nak mampus. 

KES 1
Tempat: Rumah sepupu ayah aku during Hari Raya Aidilfitri last year kot if not mistake la..
Pelupa: Aku bawak handbag puma kecik je... Then after dah semua nak balik tu, aku slumber badak keluar rumah, salam tuan rumah terus masuk kereta. Baru gerak dalam 300meter gitu, kazen ayah aku call cakap handbag aku ada kat rumah dia. Gelabah la aku. Mau tak gelabah, aku risau la Pak Cik Ghani tu start engine bebelan dia. Bernanah telinga aku ni. So, dengan reda dan pasrah, kena la juga berdas-das dari my lovely daddy tu.. =_=" [Bukan nak risau handbag tu]

KES 2
Tempat: Dapur ibuku bukan ibumu
Pelupa: Bila dah start duk dapur dengan mak ni, harusla tolong menolong kan.. Tapi aku ni pesen kalau masak potong ikut suka time duduk umah sewa. TAPI kalau duduk dengan mak aku harapan la kan. Setiap kali masak aku akan tanya, "Mak, ni nak potong macam mana?""Mak, ni cukup tak?" "Mak, nak letak apa lagi?" "Mak,bla bla...." "Mak, bla bla...." Ha... Lama-lama mak aku pun.... "Mung ni! Sokmo masok pun dok tahu!Mendela hok mu tahu!!" Perghhh kena la tadah telinga kena marah. Apa taknya, mak aku ni ada protokol kalau nak potong memotong ni. Kalau salah potong kena marah. Walaupun dah selalu masak dan mak aku dah selalu ajar cara-cara potong style dia, tapi basa kepala pelupa+bengap macam aku ni, memang kim salam jela....

 Kita skip semua kes-kes PELUPA yang lain.... Kita go through dengan kes kronik yang niii.... 

Apakahhh??????????

Tempat: BANYAK TEMPAT
Pelupa: MOTOR! Kes ni, aku pernah buat entry lagi! Pastu kes ni kembali lagi. Wah.. Suka mak okeyyy~ [Bukan nak tayang keychin bear yang super duber i loike tu ye] Tapi nak habaq, ni aku rasa kes yang ke 10++ kot aku tertinggal kunci kat motor. Dasar orang miskin tak sedar dek untung! Ni, housemate aku send kat FB aku. Aku tak tahu pun aku tertinggal kunci kat motor.Kikikiki Semalam before balik, aku kuncila tayar Jamilah [Nama motor aku. Memang klasik okey], then aku bla macam tu je after kunci tayar tu sebab kawan aku dah sampai nak ambik aku,so memang selamat la aku kena bahan dengan kawan-kawan aku! Tadi diorang pakat bahan kat FB. Nyampah mak noksss oi!


See....memang reda jela..Hukhuk ni belum En. PZ masuk campur. Bila dia masuk campur....


Oooo..makan UNTA so daya ingatan dia kuat la?? Tak payah nak berbohong la! En. PZ tu jalan balik rumah pun boleh sesat berpuloh kali! Aku ni dah lali kalau sesat jalan dengan En PZ tu...Kuat daya ingatan KONON! Grhhh

Pensil/Surat: Memang  rasa dah kaya sangat ni!



Tuesday, October 23, 2012

::Malas yang Tak pernah Jauh::

Assalamualaikum...
Malas?Penyakit sejak azali yang tak pernah nak hilang dan ubatnya sengaja dibuang. Esok nak submit kritikan buku untuk subjek Sosiologi. Tapi aku gigih duk melakukan kritikan di blog. Kikiki Dasar pelajar yang cemerlang macam gini la. Peduli apa. Asalkan sebelum tidur aku dah siapkan assignment ni.
Tadi kelas pagi cancel last minit. Sem last ni memang lecturer suka kot tengok aku pakai cantik-cantik pastu pergi makan then balik rumah. Kadang-kadang tu pakai cantik-cantik pastu duduk mengadap laptop. Kadang-kadang pakai cantik-cantik pergi jalan-jalan menghirup udara segar di UTHM pastu balik. Memang SUKA SANGAT aku kan. Kelas majoriti cancel time aku dah siap-siap nak pergi kelas. Maknanya yang tersirat lagi tersurat yang berbirat la kan.... Kelas cancel time 15 minit lagi kelas nak start. Memang TERBAEK sangat. Sighhhh 

So, tadi kelas cancel terus aku dan Farah pergi makan. Lapar sangat kan. Pastu tunggu Nad. Lepas je makan terus balik rumah aku. Kebetulan rumah aku dekat dengan Kampus Bandar UTHM. Selalunya kelas kitorang di Fakulti, di ibu pejabat UTHM (Kekonon). Tapi kali ni buat kelas ganti kat Kampus Bandar. Pejam mata pun aku boleh sampai kelas tu. (Riak+Berlagak gitu) Apa lagi, dengan idea gila Nad, dia menyuarakan hasrat nak merempit naik moto dengan aku. Dah la lama aku tak bawak Jamilah dengan pakai baju kurung. Nad tu pulak pakai skirt. Aduyai... Bantai dia pinjam seluar tidur aku yang fit tu then kitorang pergi kelas naik moto. Dah la dia tak nak pakai helmet. Aku dah sound awal-awal, "kalau ada polis, Nad turun dari moto then jalan kaki ye pergi kelas" Tapi dia bidas aku balik pastu cakap nak tunjuk seluar tidur aku yang dia pakai tu, confirm polis lepas. Kutuk seluar aku nampak Nad oi!

Ok, aku dah insaf. Nak sambung buat kritikan pula. Eh, dah 4 pages la aku duk mengkritik. Lagi 1 pages siap la.....Wow~
Ni Nad. 
Selaku isteri mithali kepada Meor (Rasa gigil je nak taip mithali tu)
Selaku pelajar yang paling berumur dalam kelas Tapi perasan muda.Semua yang aku panggil Kak, dia sibuk panggil Kak juga.Ni namanya tak sedar diri! (Gasak!)
Selaku penglipur lara 3D. Kalau dia start keluarkan cerita-cerita dia, kita seperti di alam sebenar. Kita siap boleh bayangkan. Memang terbaik! (Puji-puji @_@)

Gaya tangan fav dia. Aiyaaa

Hahaha Malas aku nak rotate. Gasak!

MY BFF.
Bini orang.Kikiki

Pensil/Surat: Entry paling lama nak taip. more than 5hours untuk siapkan 1 entry. hohoholiauu!



Sunday, October 21, 2012

::Minggu Ini::

Assalamualaikum.....
Malam ni kena tidur sorang. Mek Sue pergi settle kan assignment dia. Bagus! Macam tu la aku rasa last sem. HARU BIRU. Tak tau nak uruskan assignment yang mana satu. Assignment paling aku benci KRITIK ARTICLE/JOURNAL. Wah.. Rasa aku ni pengkritik terhebat di alam ini pulak kan. Ingat aku ni A. Samad Said ka? Ayat nak bunga-bunga. Bayangkan budak kepala kira-kira nak buat ayat mengayat. oooowwhhh damnnn. Kalau sem lepas subject Kualitatif. Nak kritik tu kena follow 9rules. WTH la kan. Rasa nak..... ok. Kata bakal pendidik kan. Harus menjaga kata susila. Tak giteww? @_@ Tapi berbaloi la dapat A..Ahakss  Sem ni kena kritik juga. Eh? Rasanya everysem kot ada kritik mengkritik. Kang aku tengok dressup orang pun aku bantai kritik. Grhhhh Housemates aku yang dua ekor lagi tu duk layan bola. Kelantan vs ATM. Sekor sokong Kelatan. Sekor lagi  ATM. Bagus sangat. Aku?Sokong Ganu..Hakhak Malas aku tengok bola. Kalau dengan En.PZ tak pe juga. Kehkeh Ambik hati. Dah dia fanatik bola. Kena la support. Apa da.. Tapi tak ada pula dia nak support aku main game The Sims. *Hukhuk Tekupmukadenganbantal*

This week memang minggu azab. Kerja non-stop until yesterday. Presentation tok sah cakap la. Everyweek. Nasib next week punya present tunda after Raya Haji. Boleh la bernafas guna hidung. Lepas je present subjek Pengukuran semalam terus lega nak mampus. Ibarat dah habis exam je. Over bebenor uu. Pastu assignment kritikan buku Sosiologi baru pendahuluan buat. Hari Selasa depan nak kena submit. Alah. 5 pages je kot. Hahaha Tapi kalau 1pages pun mahu 1 hari berperang dengan mood. Camne nak settle kan 4 pages lagi? Tu tak termasuk lagi borang soal selidik untuk Projek Sarjana aku. Memang dah siap tapi nak edit sebab dah dapat 2 lecturer untuk kesahan. At least 3 orang nak tapi aku hold kan dulu. Sorang lagi tu, nanti-nanti la aku cari. Hakhak Suka sangat bertangguh kan. Nanti semua lecturer tak sahkan soal selidik kau baru tahu Wani!


Ouh, semalam tadi aku makan KFC. Eh? Perlu ke mention? Perlu la...*Sendiri tanya sendiri jawab. =_="* Sebabnya... hari ni aku makan KFC jugak. Kahkahkah Sukanya dia.. Bila gemuk mengadu kat orang.."Aku dah gemok wei...Sedayyy" Tapi time makan tak ingat donia!Ibarat donia ini aku yang punya!!! Wawawa *Sambilsumbatrotidalammulut*

Tadi beli set Zinger burger jela. Muak juga hari-hari makan  ayam. Aku dahla bukan fanatik sangat ayam sekarang. Kadang-kadang boleh la. Kalau selalu memang loya juga tekak aku. Makan ni saja pun dah kenyang gila. *Konon.Padahal sekarang duk cari makanan*

Ok, minggu ni aku punya malas tahap gaban di tambah pula this sem kelas aku 1 kelas 1 hari then petang pulak tu. Memang harapan la aku nak pakai baju kurung. Aku bantai pakai baju muslimah then pakai skirt. Sonang. If kelas pagi, baru aku pakai baju kurung. Huahuahua Ok, saja letak pic pergi kelas hari Khamis aritu pakai spek. Biasa tak pakai. Sampaikan classmates tak tahu aku ni rabun. Sobsobsob *Buat-buattacing* Ingat aku suka-suka je ke nak pakai spek pergi kelas. Aku memang SANGAT-SANGAT prefer pakai LENS. Kat rumah or keluar area rumah je aku pakai spek. If keluar jauh-jauh, pergi kelas memang tak pakai la.. Bukan apa, aku memang tak confident if pakai spek. Muka aku sangat tak sesuai if pakai spek.hukhuk So, hari rabu ada peristiwa menyebabkan aku kena pakai spek pada kelas hari khamis. Sebab..



5



















4

























3

























2























1























TARA!!!!!!!!!!!!!!




Kikikikiki Gelak-gelak-gelak-gelak. Ok. Stop. Malas tengok lagi. Bukan sebab aku suka pakai lens ye. Sebab aku sangat cerewet berkenaan lens. Bukan sebab kena ketumbir intai orang. Bukan sebab kena gigit/kencing serangga eg:lipas, semut etc.. Bukannn.. Aku dah jumpa doc then doc cakap ada kelenjar dalam KELOPAK mata. If sebab lens, bukan effect kat kelopak mata tapi BEBOLA mata. But bebola mata aku ok je. Tak ada merah-merah ke. Tak pedih pun. Kalau ketumbir mesti ada biji merah kat aris/area bulu mata tu. Tapi nanadoo. Kalau kena gigit serangga lipas etc tu mesti ada kesan kena geget doc cakap. Confident aku jumpa doc then cakap "Mata saya saya rasa kena gigit serangga la." *Macam aku pula doc kan. Sigh.* Tapi doc dah bagi 3 jenis pils. Tapi aku makan antibiotik je. Biasala. Aku ni selagi tak sakit teruk harus tak makan ubat. Even demam pun aku tak makan ubat. Tak nak bagi badan biasa dengan ubat ni. Takut effect long term je. But now, mata aku dah okeyyy~ Kehkeh


Eh?Over pula kan. Mentang-mentang lama tak update. Habis semua random je aku cerita. Senang juga seminggu sekali harung aku cerita. Hoho

Pensil/Surat:Settlekan kerja then ganjarannya cuti 1week. Hoho