Tuesday, October 23, 2012

::Malas yang Tak pernah Jauh::

Assalamualaikum...
Malas?Penyakit sejak azali yang tak pernah nak hilang dan ubatnya sengaja dibuang. Esok nak submit kritikan buku untuk subjek Sosiologi. Tapi aku gigih duk melakukan kritikan di blog. Kikiki Dasar pelajar yang cemerlang macam gini la. Peduli apa. Asalkan sebelum tidur aku dah siapkan assignment ni.
Tadi kelas pagi cancel last minit. Sem last ni memang lecturer suka kot tengok aku pakai cantik-cantik pastu pergi makan then balik rumah. Kadang-kadang tu pakai cantik-cantik pastu duduk mengadap laptop. Kadang-kadang pakai cantik-cantik pergi jalan-jalan menghirup udara segar di UTHM pastu balik. Memang SUKA SANGAT aku kan. Kelas majoriti cancel time aku dah siap-siap nak pergi kelas. Maknanya yang tersirat lagi tersurat yang berbirat la kan.... Kelas cancel time 15 minit lagi kelas nak start. Memang TERBAEK sangat. Sighhhh 

So, tadi kelas cancel terus aku dan Farah pergi makan. Lapar sangat kan. Pastu tunggu Nad. Lepas je makan terus balik rumah aku. Kebetulan rumah aku dekat dengan Kampus Bandar UTHM. Selalunya kelas kitorang di Fakulti, di ibu pejabat UTHM (Kekonon). Tapi kali ni buat kelas ganti kat Kampus Bandar. Pejam mata pun aku boleh sampai kelas tu. (Riak+Berlagak gitu) Apa lagi, dengan idea gila Nad, dia menyuarakan hasrat nak merempit naik moto dengan aku. Dah la lama aku tak bawak Jamilah dengan pakai baju kurung. Nad tu pulak pakai skirt. Aduyai... Bantai dia pinjam seluar tidur aku yang fit tu then kitorang pergi kelas naik moto. Dah la dia tak nak pakai helmet. Aku dah sound awal-awal, "kalau ada polis, Nad turun dari moto then jalan kaki ye pergi kelas" Tapi dia bidas aku balik pastu cakap nak tunjuk seluar tidur aku yang dia pakai tu, confirm polis lepas. Kutuk seluar aku nampak Nad oi!

Ok, aku dah insaf. Nak sambung buat kritikan pula. Eh, dah 4 pages la aku duk mengkritik. Lagi 1 pages siap la.....Wow~
Ni Nad. 
Selaku isteri mithali kepada Meor (Rasa gigil je nak taip mithali tu)
Selaku pelajar yang paling berumur dalam kelas Tapi perasan muda.Semua yang aku panggil Kak, dia sibuk panggil Kak juga.Ni namanya tak sedar diri! (Gasak!)
Selaku penglipur lara 3D. Kalau dia start keluarkan cerita-cerita dia, kita seperti di alam sebenar. Kita siap boleh bayangkan. Memang terbaik! (Puji-puji @_@)

Gaya tangan fav dia. Aiyaaa

Hahaha Malas aku nak rotate. Gasak!

MY BFF.
Bini orang.Kikiki

Pensil/Surat: Entry paling lama nak taip. more than 5hours untuk siapkan 1 entry. hohoholiauu!



3 comments:

~AmyLiana86~ said...

kalau dang malas xjd menda satu kan dik..hehe

Aujinz said...

Ya ampun, teleng teleng kepala aku nak tengok gambo Wanie-sangggg..

Rara Nasiha said...

5 jam? perhhh gila lama. biar betik sampai 5 jam? betul-betul karangan ni. hehe :D