Saturday, July 21, 2012

::Salam Ramadhan::

Assalamualaikum.....
Pejam celik pejam celik dah tiba bulan Ramadhan bulan kemuliaan. Aku berharap Ramadhan kali ni banyak ibadat yang aku dapat lakukan berbanding tahun lalu yang aku rasa sangat-sangat lagho. Sekarang, kebetulan pula aku tengah menjalani Latihan Mengajar (LM). So, ilmu yang aku sebarkan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajarku. Aku harap kesabaran aku tak tercabarla time aku mengajar tu. Harap aku boleh kawal keadaan kelas. Setakat ni semua dengar kata. Tak ada nak melawan ke apa. Time aku mengajar diorang diam, pay attention dengan apa yang aku sampaikan.


Ya Allah,
Ampunkan dosaku samaada kecil mahupun besar, sedar mahupun tidak.
Jadikan aku hamba yang patut terhadapMu Ya Allah.
Ameen...


HAPPY FASTING!

Friday, July 20, 2012

::KAK??PUAN OK!::

Assalamualaikum....
Bersiaran langsung dari Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK). Wahhh...Gituu... Blog boleh access tapi FACEBOOK and YOUTUBE harapannnn! Ouh, aku dapat online guna staff punya. Sebab kami dapat buat email staff. Diibarat staff la.. ^_^ So far so good. Ada la juga sikit-sikit perkara yang tak kena. Tapi ok la. Lecturer semua baik and anggap kitorang ni macam lecturer juga. Sampaikan Ketua Jabatan pun panggil aku lecturer bukan pensyarah pelatih! Puan Amidah SANGAT BAIK! Humble, baik! :)

Ok, aku dapat mengajar subject Engineering Mathematics 3. Tak la susah sebab perkara basic tapi yang problemnya pelajar ni confius aku ni pelajar or pensyarah. SENTAP GILA AKU! Ada pelajar tu siap berlagak dengan aku. Ada tu tak percaya aku pensyarah. Bila dah ada yang panggil aku KAK terus aku bagitahu panggil saya PUAN!Ha! Biarla berasa tua pun asalkan diorang respect aku as their lecturer. Bila dah start mengajar ni baru aku tahu betapa susahnya nak menyampaikan ilmu! Grhhh Ingat senang, mudah, semudah A.B.C. Tapi....Urmmmm.....T_T Kita faham tapi tak semestinya kita boleh menyampaikan ilmu tu dengan baik. Tapi I'll try my best! Oyeah! 

Subject Engineering Mathematics pula kena mengajar. Redah jew la!

Sejak dah start mengajar aku balik rumah dah malas gila! Mengantuk tok sah royah la! [Padahal selalu je ngantuk]. 2hari memula start mengajar tu balik je rumah cari tilam TIDUR terus. Lama-lama life dah stabil boleh la manage diri sendiri. Tak adala balik tu penat sangat ke apa pun. Ekekek
Ok la, duduk tempat Dora The Explorer eh Dora Natasha ni sejuk pulak.
Pensil/Surat:  Pensyarah pembimbing gila cool!!!





Monday, July 16, 2012

::LM 1 Bermula!!::

Assalamualaikum....

Apakah ini???? Ha.... Ni adalah benda alah yang diberi pagi tadi semasa taklimat sebelum diagihkan kepada pembimbing masing-masing. Pen hitam, merah, Marker biru, hitam Jabatan aku bagi FREE.! Suka nokssss! Aku dapat Jabatan Matematik Sains Komputer (JMSK). And sudah semestinya aku kena mengajar MATEMATIKKK! Suka? Ontah la! Tak tahu budak-budak lagu mano... Jangan aku berdondang sayang sudeh la dalam kelas. Esok tak start mengajar lagi sebab pensyarah pembimbing aku tak ada lagi cuma aku perlu ganti kelas beliau. Kena berjalan kaki kuruskan badan, buangkan lemak-lemak berlebihan dan menuju ke puncak kejayaan.. Yela tu. Kena la terkedek-kedek ke Jabatan Elektrik! Hampeh! Kenapa la tak suruh je budak-budak tu datang fakulti akuuuu. Grhhhh!

 Pensil/Surat: Ok, nak settlekan apa-apa yang patut pastu kroghhh kroghhh



Friday, July 13, 2012

::Bersiap tapi tak Siap::

Assalamualaikum....
Tinggal 2 days lagi aku boleh goyang inul eh goyang kaki sebelum bermulanya LATIHAN MENGAJAR (LM)! Auchhh.. Habis la masa tidurku terganggu. Habisla games ku terabai. Habis la waktu makan ku terjejas. So sad.. Nangis sendu-sendu sambil lap hingus Aku pun tak tahu macam mana nanti. Kawan-kawan lain dah buat preparation semua. Kasut bertutup, buku LM, Fail LM, beg kelas, jumpa Ketua Jabatan, semua diorang dah. Tapi aku? HAMPEH!

Eh? Eh?Eh? Suka-suka hati pulak kan fikir aku tak buat apa-apa preparation... Please okey. Jangan ingat aku ni ambil remeh semua tu. Ni WANIE la! Kasut bertutup dah ada okey! Aku dah beli siap-siap! Susah gila kot nak jumpa kasut yang berkenan di hati. Sekali dapat! Perghhh Super beb wa cakap lu! Harga pun boleh sesak nafas! RM200! Tapi aku beli harusla ada discount. Tak ada discount mahu aku tenungsambilkelip-kelipmata aje... Ekekek LEATHER, COMFORT, CANTIK, CUTE, MIUT, TULUS MULUS, BUNGA SETOMPOK, MENGANCAM! Sampaikan nak pakai pun sayang. Boleh cam gitu? Cantik sangat ke kasut ko tu Wanie.Syok sendiri la. Eh? Peduli apa aku! Kalau tak cantik di hati takkan aku beli. Dah berapa hari cari kasut, tak jumpa-jumpa yang berkenan. Aku takkan beli kasut yang bukan aku minat. Kalau terpaksa beli, 2, 3 kali je pakai pastu biarkan! Biarla kasut tu mahal macam mana pun, kalau tak suka, aku memang jarang pakai and elakkan.

Jangan nanti pelajar aku rajin-rajin buangkan bunga tu sudah!
Ha... Ambik kau! Besar gedak aku tonjolkan! Nanti dah pakai kat kaki bau cagu pulak tak boleh la nak tunjuk. Nanti nak beli lagi pattern lebih kurang macam ini tapi color yang boleh matching dengan semua baju. Wah! Gituuu.. Nanti mak aku tengok mesti hati tersentap-sentap lagi! Mana taknya, mak aku fobia dengan perkataan BELI. Tu kalau aku yang sebut la. Duit banyak habis bershopping. =_="

Buku LM aku dah siap tampal nama semua just tak balut je lagi. Boleh la tu. Fail dah settle juga. Beg mengajar dah ada 2 bijik lagi! Jumpa Ketua Jabatan harus la tak lagi. Pergi Shah Alam pun belum, ada hati nak jumpa Ketua Jabatan dah. Harapan jela kan......



Pensil/Surat: Tawakal jela... Tak boleh buat gapo-gapo dah~~

Thursday, July 12, 2012

::Dengan kuasa bulan...Bertukar!!!::

Assalamualaikum...
Oyeah-oyeah.. Setelah berbulan aku memprivacy kan blog, hari ini aku kembali dengan azam baru, layout baru, nama baru. OMG.OMG.OMG! Sangat bersemangat anda ye. Kita tunggu minggu depan, apa kesudahan nya. Eleh, beria sangat tukar itu ini, tup tup update hampeh. Tak payah nak beria sangat la Wanie. Cepuk juga diri sendiri ni!

Biru mata hati. Jangan biru kepala hotak sudah. Konon sweettt pastu sejuk mata memandang, sejuk lagi perut ibu mengandung la ye layout color BLUE ni? Eh, memang pun. Best. Tenang. Damai. Rasa kejap-kejap nak buka blog, sengeh sorang-sorang menampakkan gigi kapak. Kalau gigi emas tak pe juga! Motif bertukar dari layout color pink to blue? Tak ada motif semuanya. Pink aku tak suka. Blue pun tak suka. Not my fav color. Tapi untuk mendamparkan hati ketika membaca blog, YES! We need to choose color pastel not color LUNA! Kalau pilih favorite color aku, mahu hati aku membara je bila buka blog aku. Tak suka aku. Yela, MERAH Uoolss oii~~ Nampak sangat aku tukar color je. Background bantai je gambar apa pun asalkan tak serabutkan mata aku! hohoohhhooolioooo

Eh, ok la. I tak suka mengarang entry syok sendiri walaupun ai suka syok sendiri. Dah kata kan, Blog Ai, Yu jangan kisah. Curlasss ko Jah! >_<"


Pensil/Surat: Update blog sambil melayan Zaiton Sameon. Eh?? Layan LAGU Makcik Zaiton okeyyy~


Wednesday, July 11, 2012

::Shopping ONLINE?::

Bismilahirahmanirahim....
Lately aku sangat-sangat suka shopping online! Why?
  1. Jimat masa.
  2. Rambang mata.
  3. Cantik.
  4. Senang cari. *Search je terus dapat*
  5. Nak habiskan duit.
Ok, aku jadi macam ni sebab housemate aku SEMUA kaki shopping online sampaikan aku terus terikut-ikut. Dulu ada la juga tapi macam lens and VCO je. But now, baju, dress, kain pasang, ubat, tudung  semua bantai shopping online. Tapi aku jenis akan cari sendiri kedai-kedai yang jual online ni. Tak ada tanya sesiapa. Search sampai dapat. Pastu aku akan compare harga. Kadang-kadang benda sama je tapi lain kedai lain harga. Of course aku ambil yang murah. Nak kata semua yang aku beli aku pakai tak juga. Ada 1 dress yang beli konon nak pakai time kawan aku kahwin sebab dia kahwin kat hotel. Aleh-aleh, tak jadi pakai sebab GOJES SANGAT! Malu I! @__@ Padahal dress tu labuh and material lycra. So, bila pakai kalau berpeluh akan nampak jelas and kain terlampau lembut habis semua pakaian dalaman berbekas nampak. For sure, I do not wear dat dress!Gila apa kalau nak pakai! Price RM70. Rugi kan? SANGAT RUGI! *Nasib En. PZ yang support*

Oleh sebab ada segelintir kawan aku tahu tabiat aku ni, diorang siap tanya kat FB aku website mana yang ok untuk shopping online. Malu la aku orang tahu aku suka shopping online.. HoHO Ada juga yang tanya kat inbox FB. Tapi tak kisah la, sharing is caring. Sekarang aku gila dress! Aku dah beli 4 dress online! Belajar dari pengalaman. Aku tak kan ambil dress material Lycra. Make sure, material chiffon harus ada FULL LINING! Nak selamat beli material COTTON. hehehe Dress kat Poplook sangat cantik! Tapi cepat je SOLD OUT! So, aku beli 1 je dress kat Poplook sebab harga mahal sikit. Dress yang aku beli mostly below RM50 je kat satu website ni. Material OK SANGAT! ^_^ Sekarang dah nak stop beli dress just tengah survey skirt chiffon yang below RM50 sebab kebanyakkn aku jumpa semua above RM60! Tak nak aku beli! >________<"

Pensil/Surat: Duduk rumah goyang kaki. Next week start mengajar!!!!!!!!!





Saturday, July 7, 2012

::Habis dan Kembali::

Bismillairahmanirahim....
Dah 2 days aku habis exam untuk semester 2 ni. Last paper orang lain bertarung dengan pen dan kertas tapi aku bertarung dengan MENGANTUK! Gila 2 hours aku jawab exam dalam keadaan mamai. Serious aku memang tak boleh handle aku punya tahap mengantuk tu. Bila tinggal 30 minutes akhir baru aku segar dan jawab soalan last dengan laju nya. Memang tak boleh buat apa lah!

Habis je exam settle-settle hal sikit pastu terus pergi Batu Pahat cari tempat karoke best+murah! 3HOURS hanya RM8/PERSON. Mana nak cari? Tempat exclusive gila! Macam Red Box tau! Tapi aku rasa better dia lagi la. Hehehe Aku pergi dengan Ika dan Farah. Masing-masing dengan style sendiri. Tapi still tak puas. Nanti nak ajak Ucen la plak karok! Lagi seminggu aku kena pergi Shah Alam. Latihan Mengajar selama 2 bulan di Politeknik Shah Alam. Tak tahu la apa nanti jadi..Lillahitawakalallah.




Semalam 1st time pergi Batu Pahat naik moto. Sue follow belakang dengan kereta. Aku nak pos motor ke En. PZ. So, pos laju available di Batu Pahat je. Kat sini pejabat pos biasa je ada. After siap-siap semua aku dan Sue pergi Summit, shopping kasut dan cd The Sims 3, The Sims World Advantures, The Sims 3 Katy Perry. But so sad... Window 7 aku juz boleh install The Sims 3 only. Yang lain apa problem pun aku tahu... Sedayyyy!


Pensil/Surat: Tak siap kemas barang lagi! Esok dah kena balik Pontiannn!

Monday, July 2, 2012

::Sepetang Bersama::

Bismillahirahmanirahim....
Wah...tajuk harini macam ada apa-apa je. Biasala.. Hikhikhik



Shopping Time!!
Belt - 4. (1 for me & 3 for him). *Iksh...Bila nak pakai tuuu.~*
Wallet and Purse. (Me & Him)
Body Scrub. (Of kos for ME!)


My new purse.
 I loike it!
 Actually, I really like da purple color. But....Urm.. No have new ones. Tinggal yang display je..huhu 
En. PZ marah aku ambik yang display..hoho

Pensil/Surat:  Thank Allah  temukan saya dengan seorang insan yang begitu mengambil berat tentang diriku.Alhamdulillah... :)




Sunday, July 1, 2012

::Sentap!::

Bismillahirahmanirahim...
Aish..minggu exam. Ya. Exam. Exam. 2papers down and 1 more to go. 3papers only??? For final exam YES! but in examination slip NO! Total subjek aku ambik dis sem dalam 5 papers + 1 Proposal + 1 latihan mengajar. So nanti time dapat result semua tu include sekali dalam GPA sem 2. Oyeahhh! T___T

Hidup ni memang tak pernah terlepas dari ujian. Ujian dari manusia. Ujian dari Maha Esa. Sometimes, bila di timpa musibah baru manusia kenal erti kehidupan. Erti ragam manusia. Aku ni rasanya simple je orangnye. But aku memang cakap banyak. Orang tanya 1 aku explain panjang lebar. Kadang-kadang rasa nak stop je bercakap. Tak nak cakap banyak lagi. But, I always FAIL. T___T Ok, dah.

Duduk rumah sewa ni macam-macam ragam kita boleh lihat. Aku sekarang kalau housemate aku mengata belakang housemate aku yang lain aku diam KALAU aku rasa benda tu bukan 1 masalah besar pun. Perlu ke nak take serious. BUT kalau aku rasa benda tu memang serious aku pun join sekali BERGOSIP. ekekek. Actually, hari ni berlaku satu perkara yang buat aku sentap. Perlu ke aku nak sentap??? YES!!! Benda simple kot Wanie. YES. Memang simple. Oleh kerana benda tu simple la aku nak sentap. >_<" Aku memang geram tahap overdos and rasa nak meletopppp je. Aku nak luah kat rumate aku, Sue tapi tak boleh sebab aku takut housemate aku dengar.

Dulu time aku duduk rumah sewa sekali dengan Ucen, Gedged, Kak Jira, Lini, kitorang share everyting! Barang-barang aku ialah barang-barang diorang dan begitu jugak sebaliknya. Kita tahu barang orang dan kita mestila guna pun dengan baik. Dulu nak pinjam apa-apa tak payah mintak. Ko nak pinjam ambik je. Nanti dah pakai baru bagitahu sebab kalau bagitahu nanti kena marah. Eh? Macam tu ke? Memang pon!Hahah so sweet diorg tu. >_<" Kitorang satu bilik habiskan perfume Britney Spears Kak Jir. Hahaha Tapi jenuh jugak nak habiskan perfume mahal tu! 1 sem tak habis-habis. Kak Jir plak pakai yang murah je.  Kitorang pakai perfume dia yang mahal! Kalau orang lain mesti dah marah gila tuuuu! :p

Time master ni, aku dengan Sue memang tak kisah langsung share apa-apa. Tak mengira pun. Sue senang je orang nye. Kalau minta nak pinjam nanti dia mesti cakap "AMBIK JELA!KANG AKU CEPUK KEPALA KO!" *Dengan nada petir* Hahaha Tapi dengan housemates yang lain kena minta izin la sebab Sue aku dah kenal dari kecil lagi. Ok, aku pun dengan housemates aku pun aku buat perkara yang sama macam housemates aku time degree. Diorang nak guna barang aku ke, nak pinjam ke aku tak kisah. Suka hati la. Sampaikan kasut pun aku bagi la. Kalau pergi kedai beli barang dapur aku dahulu kan duit aku. Aku bayar dulu then diorang bayar kemudian. Kadang-kadang aku lupa berapa harga barang tu aku bantai je cakap harga bawah dari apa yang aku bayar. Macam contoh harga tu RM8.70 tapi aku lupa yang sen sen tu aku terus cakap RM8 jela. Aku dah lupe. Sebab bagi aku jangan nak berkira dengan orang nanti orang berkira dengan aku. So give and take la orang cakap kan.

Tapi! Tak semua orang macam yang kita harapkan. Aku tak ada masalah pun dengan SEMUA Housemates aku. Tak. And i'm happy to know and be their housemates. But sometimes aku kecewa la juga. Benda simple pun nak mengajuk then tak nak tegur tapi bila ada kepentingan boleh pulak tegur and cakap elok-elok. Grhhhh Tolong jangan jadi childish boleh tak. Geram aku. Aku ni jenis tak simpan dalam hati. Hari ni aku geram+marah tapi hari ni juga aku cool. Asalkan orang tu ok dengan aku. Aku tak adalah nak emo sampai keesok pastu bawak kelusa pastu ketulat! Tapi 1je, aku kena cari orang untuk aku luahkan. So, dengan kuasa kredit RM0.25 untuk 10minit call Celcom ke Celcom aku pun gayut dengan Ucen. Kadang-kadang aku call Gedged tapi RM0.25 for 5minutes je la sebab Gedged pakai Maxis. Huhu Aku tak peduli! Asalkan aku dapat gayut and luah perasaan!!! Lepas tu aku ok la. Simple je.

Ok, kes harini. Aku tak paham kenapa housemate aku tetiba tak nak cakap dengan aku. Diam. Tak ada nak tegur-tegur panggil aku ALEX Madagaska ke apa. Tak ada nak panggil ANAK GHANI. Diam je, Aku pun malas nak take serious aku ignore jela. Aku lalu lalang depan bilik dia aku diam je. Aku jenis orang tak nak tegur aku pun tak tegur la. Buat apa terhegeh-hegeh kat orang tak sudi. Cehhhh...cam gitu. :p Pastu dengan housemates lain bukan main dia tegur beramah mesra. *1 rumah 4 orang je ye* Aleh-aleh petang tadi Zila and Sue bagitahu aku yang dia ni bengang dengan aku sebab aku pinjam novel dia then aku bukak ternganga. Kira macam aku bukak kan novel tu pastu aku terlekup. Actually time tu aku tak jumpa lagi penanda novel tu. Aku tak ada lipat-lipat bucu novel dia tu.Aku buat pun aku rasa dalam sekali dua je! After aku jumpa penanda buku tu aku tanda guna penanda tu je la. Tu pun kejap je aku buat sebab aku nak baca balik. If aku nak stop baca aku tutup terus. Aku pun tak tahu yang dia jenis sayang sangat novel dia tu jika nak bandingkan bilikdiayangbersepahdanmejastudytakadarupamejastudy.[Ha!Kan aku dah mengata kau! Nasib blog aku ni dah jadi diary aku je] Pasal tu dia tak nak tegur aku. YES!I'm admit kesalahan aku tu tapi before aku pinjam tu at least bagitahu aku ko tak suka orang lipat ke, penyet ke, bukak laus-luas ke novel ko tu. Kalau ko pesen macam Zila sampai novel pun balut dan bilik kemas aku tak kisah. Aku paham. Memang jenis jaga barang betul-betul. Aku pun bukannye jahanamkan novel ko tu. Elok je aku tengok. Ni sampai mengadu kat Sue bagitahu "Aku 3bulan jaga novel tu elok je, Wani pinjam 3hari dah macam gitu rupanya" [Lebih kurang ayat cam gitu la] Wei! Memang aku sentap habisssssssssssss la. Novel ko tu tak ada jahanam pun! Aku pun paham la barang orang! Aku pun bukan nak pinjam sangat! Kalau sayang sangat novel tu TAK PAYAH tunjuk-tunjuk kat orang. KAU BELI KAU BACA KAU SIMPAN ELOK-ELOK. Tak payah sampai nak tagged kat aku kat FB pastu menunjuk kat orang ko banyak novel. Ibarat macam nak bagi aku pinjam plak. Aku baca tak habis pun aku terus pulang and MULAI HARI INI AKU TAK AKAN PINJAM APA-APA BARANG MILIK DIA. AKU TAK KEBULUR BARANG ORANG LA! [Nampak kan aku bengang]. Aku tak kuar makan pun dengan housemates aku malam tadi. Aku order air je dengan Sue. After aku pulangkan novel tu elok-elok plak tegur aku and siap tanya nak pergi makan tak. Before tu CAKAP dengan aku pun tak apatah lagi nak OFFER aku! Dia tegur aku jawab la. Kan aku dah bagitahu, aku jenis bengang-bengang pun harini juga aku ok. 

So, tadi aku kol Ucen and Gedged. Aku cerita everything. Bengang. Tu tak termasuk lagi kes dia campak pos laju aku tengah panas. [Konon bergurau. Tapi kasar sangat tu derrrr!] Campak pos laju aku tepi katil aku time aku tidur sebab dia bengang dia kena keluar ambil barang aku. Helloooo! Kalau tak nak ambil jangan keluar! Selama ni Sue ambil barang aku tak pernah sekali pun dia mengeluh. Siap offer lagi kat aku if nak suruh dia ambilkan kat post office if aku balik kampung. Siap bukak kan aku punya post laju lagi. Aku tak kisah pun. Dah kata barang aku barang dia. So, apa nak kisah kan.

Ok, over la plak kali ni aku update entry. Mau sebulan pulak aku tak update kan. Ok fine.
Esok En. Lidiman nak mai. Haisshhh.. Rasa macam excited pula tapi macam biasala. Aku time-time kul 2,3,4 pagi ni bukan mengantuk pun lagi. Aku baring awal pun nanti aku main games je. Tak mengantuk langsung! Kul 4 lebih juga aku tidur. Biasala, terbawa-bawa perangai tidur lambat sejak buat proposal aritu la! Aishhh.. Bahaya ni.

Pensil/Surat: Tabahkan hatiku Ya Allah. Berikan aku kekuatan, kesabaran. Kikiskanlah sifat negetif dalam diriku ini. Amin...