Assalamualaikum....
Tinggal 2 days lagi aku boleh goyang inul eh goyang kaki sebelum bermulanya LATIHAN MENGAJAR (LM)! Auchhh.. Habis la masa tidurku terganggu. Habisla games ku terabai. Habis la waktu makan ku terjejas. So sad.. Nangis sendu-sendu sambil lap hingus Aku pun tak tahu macam mana nanti. Kawan-kawan lain dah buat preparation semua. Kasut bertutup, buku LM, Fail LM, beg kelas, jumpa Ketua Jabatan, semua diorang dah. Tapi aku? HAMPEH!Eh? Eh?Eh? Suka-suka hati pulak kan fikir aku tak buat apa-apa preparation... Please okey. Jangan ingat aku ni ambil remeh semua tu. Ni WANIE la! Kasut bertutup dah ada okey! Aku dah beli siap-siap! Susah gila kot nak jumpa kasut yang berkenan di hati. Sekali dapat! Perghhh Super beb wa cakap lu! Harga pun boleh sesak nafas! RM200! Tapi aku beli harusla ada discount. Tak ada discount mahu aku tenungsambilkelip-kelipmata aje... Ekekek LEATHER, COMFORT, CANTIK, CUTE, MIUT, TULUS MULUS, BUNGA SETOMPOK, MENGANCAM! Sampaikan nak pakai pun sayang. Boleh cam gitu? Cantik sangat ke kasut ko tu Wanie.Syok sendiri la. Eh? Peduli apa aku! Kalau tak cantik di hati takkan aku beli. Dah berapa hari cari kasut, tak jumpa-jumpa yang berkenan. Aku takkan beli kasut yang bukan aku minat. Kalau terpaksa beli, 2, 3 kali je pakai pastu biarkan! Biarla kasut tu mahal macam mana pun, kalau tak suka, aku memang jarang pakai and elakkan.
Jangan nanti pelajar aku rajin-rajin buangkan bunga tu sudah!
Ha... Ambik kau! Besar gedak aku tonjolkan! Nanti dah pakai kat kaki bau cagu pulak tak boleh la nak tunjuk. Nanti nak beli lagi pattern lebih kurang macam ini tapi color yang boleh matching dengan semua baju. Wah! Gituuu.. Nanti mak aku tengok mesti hati tersentap-sentap lagi! Mana taknya, mak aku fobia dengan perkataan BELI. Tu kalau aku yang sebut la. Duit banyak habis bershopping. =_="
Buku LM aku dah siap tampal nama semua just tak balut je lagi. Boleh la tu. Fail dah settle juga. Beg mengajar dah ada 2 bijik lagi! Jumpa Ketua Jabatan harus la tak lagi. Pergi Shah Alam pun belum, ada hati nak jumpa Ketua Jabatan dah. Harapan jela kan......
Pensil/Surat: Tawakal jela... Tak boleh buat gapo-gapo dah~~
No comments:
Post a Comment