Thursday, January 26, 2012

::Dunia Cyber Halal & Tak Halal::

Assalamualaikum....
Sekarang macam-macam kita boleh tengok di FB.. Memang bagus la kan bila kita share post yang berilmiah, berfaedah yang boleh di kongsi dengan orang ramai. Tapi kita perlu fikir juga, apa yang kita post or share di FB tu betul atau tidak. Atau hanya sekadar kita baca dan kita rasa betul kita pun share. Padahal kita tak tahu sumber tu betul ke tak.

Sekarang kecoh pula perang ROTI. Boikot sana. Boikot sini. Yang ni kata ada gelatin babi. Yang ni pula cakap Cina nak bankrup kan Company melayu. Pastu mula la orang ni post pastu ada yang share. Ada yang sokong. Ada yang hentam. Tapi bagi aku la.. Tak salah kita nak share sesuatu post tu tapi kita perlu ada bukti yang kukuh. Biar betul-betul ada link yang JAKIM approve kan. JAKIM. Bukan sahabat Jakim ke, Kawan Jakim ke tapi website JAKIM dan memang pegawai-pegawai JAKIM yang pantau website tu. [Kalau boleh tunjuk kad pekerja lagi bagus.haha] Ni FB JAKIM sebonar... [Rajin la pula aku cari FB Jakim kan..Macam ada share pulak..:p] Dunia dah canggih jadi sesiapa boleh menyamar jadi pegawai JAKIM. Create page yang ada nama JAKIM pastu semua orang boleh LIKE. Bila sorang dah post "nah bukti ni halal", ada pula cakap "nah bukti tak halal"..  Tapi buktinya hanya lah PRINT SCREEN. Pastu orang ramai yang memang kaki FB ni pun mula la share sana sini. Padahal tak tahu betul ke tidak. Jakim pun tak cakap apa-apa lagi. Mula la ramai menyokong apa yang kita share tu. Di buatnya apa yang kita share tu TAK BETUL.?Tak pasal dapat dosa fitnah!Grhhhh 

Banyak kali dah terjadi macam ni. Bab isu halal ni memang kes serius. Makanan kan akan jadi darah daging kita. Kadang-kadang ada strategi untuk menjatuhkan orang lain. kira macam marketing strategy la. Ni salah satunya. Tapi if seseorang yang berhati mulia nak selamatkan orang Islam dari lebih jauh terpesong mungkin juga dia share something yang memang dia tahu. Maybe dia lakukan analysis then tahu makanan tu tak halal tapi ada sijil halal dan nak selamatkan orang Islam so dia post something like that. Kadang-kadang ada company BELI logo halal tu padahal ingredient dalam tu ada CIK BI. ha...Who knows right??

Kita sibuk share post yang pasal islam sana sini, tapi diri kita tak ada nak perbaiki kepada lebih baik. Benda yang jelas terang-terang salah macam minum arak, dedah aurat tak ada pula kita nak kecoh sekecohnya. Peringatan untuk aku juga ni. Dats why aku tak berani nak share something yang aku rasa tak ada approve dari pihak yang bertanggung jawab. Tak salah nak share something yang berilmiah tetapi perlu lah ada bukti yang KUKUH. Jangan sekadar print screen semata-mata atau pun dari luahan blog-blog pastu kita share. Pasni bawak roti, tepung, minyak tu pergi Jakim. Ha...cek betul halal ke tak. Puas hati. Keh keh keh

Minta maaf dulu ye.. Mak luahkan ape yang mak rasa je.. Jangan la kome-kome sekalian terase...Keh keh keh
*Terasa ceria habis pula aku time salam dengan pengantin ni*

Pensil/Surat:Sama la kes isu Hotdog cap RAMLY.. Nasib Jakim dah approve halal. Ada bukti baru aku percaya. Jangan cakap saja tapi habuk tak ada.

Tuesday, January 24, 2012

::Weeding+Melaka::


Assalamualaikum....
Bagi sesetengah orang bila ada rakan-rakan kahwin, dia akan cuba sehabis baik untuk attend majlis kahwin tu sebab macam orang cakap kita memberi orang menerima. Kira macam give and take. Kira macam bila pergi majlis kahwin dia, dia akan datang majlis kahwin kita. Cam gitu la kekononnye....

Tapi beza dengan aku... Ada beberapa orang juga la kira kawan baik aku yang aku tak pergi majlis kahwin dia. Bukan malas tapi banyak faktor-faktor kekangan yang menyebabkan aku kena fikir banyak kali nak pergi macam contohnya:
 1) Transport 
2) Masa
3) Duit

Jadi bila semua ni ada aku pun secara automatik akan cancel kan kehadiran aku. Jahat bukan?:p Tapi sejak aku kena Mr. Lidiman beliau akan paksa aku pergi weeding kahwin kawan dia. Ouh?? Tapi biasanya masalah-masalah kat atas memang dapat di atasi. ^_^
Tapi sampai bila aku nak buat perangai ikut kepala aku, so bila ada majlis kahwin rakan-rakan aku especially yang agak close dengan aku, aku akan cuba pergi. AKU CUBA!YEAH!>_<"

Oleh itu, pada  22.01.2012 majlis kahwin rakan baik aku time sama-sama belajar diploma di UiTM Jengka.. Tak sampai hati la pula tak nak pergi. Dahla time diploma walaupun dia garang dengan aku tapi apa-apa pun dia juga kawan aku time aku mula-mula kenal alam Diploma. Suami dia sekarang ni pun aku memang dah kenal juga. Tak kan aku tak nak pergi kan.. Jadi, tercipta la episod Menuju Ke Majlis Kahwin di Melaka Bersama Segerombolan Manusia.....

Perjalanan bermula bersama Wak Semey!Sebelah tu OWNER WAK SEMEY.haha
Actually..Ada dua orang lagi duduk seat belakang tu. Diorang tengah gaduh. Kami malas nak layan. Hoho
Kitorang pergi dua kereta. Sebuah dari Selatan, Sebuah dari Barat. Eh. KL tu barat ke??:p So, kami bertemu di Tol Ayer Keroh~

Ni la Pengantin Baru yang Berseri-seri rupanya~Auuww!
Natasha dan Kapten Asrifuddin..^_^
Aku ingat kahwin bawah pedang. Lupa pula nak gosip-gosip kenapa tak kahwin bawah pedang.Hoho
Sebenarnye, pic pengantin teramat la sikit!Pic aku dengan kawan-kawan je banyak....

Pengantin pergi je makan beradab. HA!! Kami pun memulakan operasi! Baek punya!!!
Persandingan Lesbian??Gila Kau!!!

Berenjis-renjis bagai!!!Hakhak Menyesal pengantin jemput kami ni kot...:P

Bukan setakat pelamin! Bilik pengantin pun kami bedalll!!!!!!!!!!!

Eh?? Ambil berkat la konon...hoho
Btw CONGRATES FOR BOTH OF U!!
Semoga berbahagia ke akhir hayat~.^_^

Dah puas lenjan rumah pengantin kitorang pun pergi Bandar Hilir. Best!! Walaupun dah banyak kali pergi, tapi bila pergi dengan kawan-kawan ni lain sikit perasaannya sebab happening gila-gila! Walaupun berbaju kurung.. Kami gagahkan juga panjat bukit semata-mata nak pergi A Famosa.Hoho

Sempat jeee!

Kapal la pula.. Ada orang kempunan nak pergi tengok kapal kan.. Ha....Tengok la puas-puas!

Bukan siang hari je. Malam hari pulak pergi Umbai! Terbaik! Order macam orang gila! Nasib semua perut besar!Memang habis la!!

Ni baru sikit nampak makanan nye!Ada menu tak dapat lagi!Iksh!Sampai tak muat meja!

Eh?TERbanyak pula gambar nya. Dah lah!cukup la. This week ada lagi weeding best friends aku! Uish~
Pensil/Surat:Mood kelaut pula rasanya harini.

Wednesday, January 18, 2012

::Penyakit 'M' Menyerang::

Assalamualaikum....
Cuti sem bermula je penyakit M.A.L.A.S pun datang membiak-biak. Update blog pun malas. Dah paham sangat la. ....=_=" Tapi sekarang asyik kena MASAK pula. Mentang-mentang jadi anak tunggal disiang hari.. Apa-apa pun, aku suka gila sebab tak payah kena sound dengan mak suruh masak cepat-cepat. Hohoho Ni kira masak ikut perut aku je. Aku nak makan pukul 3,4,5..hoho Mak memang lepas tangan je sekarang. Yela... Tak perlu nak fikir nak masak apa sebab bukan ada adik-adik aku bukan ada duduk rumah pun.. . Masalahnya, aku pula yang pening fikir nak MAKAN apa..Aish... [Kalau perut dah selera buaya ni memang susah jugak]
Siakap suka hati nak rasa apa. Masak seekor tapi yang yang duduk kat rumah berapa kerat je. Aishh~

Kek Coklat kala bosan. Ni pun sekian hal. Tak tahu nak buat apa, godak-godak dapur jumpa tepung serbuk koko.. Apa lagi follow ayah aku pergi kedai pastu paw beli barang tambahan. Haa...Jimat duit aku.HAHAHA 

Pensil/Surat: Masak ni kalau paw duit ayah beli barang-barang baru rasa bahagia even masak ala kadar jee.... Keh keh keh 

Friday, January 13, 2012

::Meh Aku Pulak Yang TRY!::

Assalamualaikum.....
Yes!Now, saya sudah berada di Home Sweet Home setelah berjaya mengharungi 4jam dalam bus yang suka berhenti-henti tu. Alhamdulillah.. 

Sampai-sampai je rumah aku pun cerita la kat mak pasal berat aku sekarang yang dah cecah 45.4KG.Ye. 45.4KG! Uh! Dulu 36.5KG. Tu dulu la okey... =_=" Dua bulan lepas pun baru 40.6KG. Pastu naik 44.6KG dalam masa sebulan!!!!Sekarang..Aish....Tak payah cerita lah! Mak pulak bantai gelak. Hampeh tul. 

Tetibakan... mak panggil aku then bagi........JENG JENG...
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
NI DIA!!!!!!!!!!
Baru borak dengan housemate aku pasal Premium Beautiful ni dua hari lepas. Tak pasal-pasal mak bagi aku benda alah ni. Of kos la aku tak reti dan tersangatlah MALAS nak pakai. Aku fikir aku bukan gemuk pun. =_=" Tapi bila mak cakap yang benda ni mak beli dekat RM3RIBU terus aku telan air liur.. Berkesan sangat ke? Mak aku beli tapi dia malas pakai. Hahaha Pastu nak bagi siapa lagi kan kalau bukan aku. Kata anak perempuan seorang kan..Hahaha Untung-untung.^_^

Actually, aku just tak nak bagi perut buncit je. Pasal berat aku tu dah ideal sangat-sangat dah. So, aku nak tengok, sejauhmana keberkesanan PB. Testimonial bukan main duk puji-puji melambung. Meh aku try pulak!

Muka semangat nak tengok kesannya! [Pakai baru sehari nak kecoh!]

Pensil/Surat:Untung juga anak perempuan sorang ni.HikHikHik

Thursday, January 12, 2012

::Merajuk KONON!::

Assalamualaikum.....
Sekarang asyik main games je. Kadang-kadang bosan juga. Yela,  Memula happy la juga lama-lama aish... Kenapa asyik aku je menang ni. [Eh? eh? Mengada-ngada betul]

Semalam time last paper, aku gaduh dengan ayah aku. Hahahaha  Actually, aku nak ayah aku datang ambil aku. Malas gila nak balik naik bus. Yela. Bayangkan. Naik kereta 1jam 15minit dah sampai Pontian. Naik bus 4jam okey baru sampai. Dah la kena tukar bus 3KALI. Bus lompat-lompat yang aircond pakai semulajadi tu. Yang kejap berhenti kejap jalan tu. Yang kejap laju kejap macam siput babi tu. [Sedikit beremosi ye tuan-puan sekalian =_="] Tapi ayah aku kan seorang yang sangat rajin, beliau awal-awal dah mendahului aku cakap 
"PAS EXAM NANTI BALIK NAIK BUS YE. TAK PAYAH SURUH MAK AMBIL." 

WHAT??? 
@_@

Cepat benor ayah mendahului akuuuuu! 

Aku kan anak kesayangan ayah. 
[Abaikan perut kami itu. Sekarang dah slim OKEY!*Eh? Marah pula*]

Anak kesayangan ayah yang merajuk ni yang .........

Siap mogok tak nak balik rumah.
Siap cakap kalau rajin, paling awal balik pun minggu depan.
Siap message mak cakap dah habis exam tapi tak nak balik.
[Konon mogok la tueww]

Aleh-aleh..
Cek purse, duit tinggal saki baki je.
Tak nak minta dengan ayah lagi. Kata merajuk kan.
1 hari duk rumah sewa tanpa buat apa-apa dah bosan gila.

Aku decide...
Aku mengalah. Tak jadi balik minggu depan. Tapi balik esok.
Sob sob sob.
TERPAKSA LA balik naik bus yang lompat-lompat tu~
T_T

Ye.Ye.Ye. Saya tahu saya kalah. Esok saya balik la ye. [Senyum perli je tu ayah] 
Dah tahu dah. Esok mesti kena kutuk kaw-kaw punya dengan ayah!

Pensil/Surat: MALAS GILA NAK PACKING BARANG NAK BALIK RUMAH!!

Wednesday, January 11, 2012

::RM200 untuk Buku je??::

Assalamualaikum...
Hip!Hip!Hip!HOREEEYYY!!
Okey...Kita lompat kegembiraan dahulu sebab aku telah berjaya menempuh exam untuk semester 1 ni. Alhamdulillah..... So, tinggal lagi 2 semester lagi untuk aku habiskan Master aku ni. Insyaallah..^_^ [Kejap pula aku rasa] 

Kerajaan ada bagi tahu yang semua pelajar Universiti akan dapat kupon RM200 untuk beli buku. Tapi bagi pelajar macam aku ni yang memang-suka-sangat-photostat  buku-buku tu semua, so, aku nak buat apa pula dengan kupon tu. Takkan nak pergi beli nasi lemak + Teh O ais pakai kupon pulak kan..Mahu pakcik tu lempang aku bertubi-tubi. =_=" Siapa sanggup tukarkan kupon tu dengan duit untuk aku?? Wah... Best juga tu..hohoho Berangan!!!

Pakai sopan-sopan mana tahu dia kasi kupon lebih kan..HikHikHik

Nah!Suka tak?Suka tak??Weiii~~ 
Ingat RM50 je ke???
Hello~~ Baik sikit!

4keping lagi uolssss!! [Dengan muka belagak + mendabik dada]
RM50 X 4 = RM200
Hahaha 
Suka mak nyah oiiii!
Nak pergi kedai buku beli novel banyak-banyak..
EH!!Kantoi pulaaa...
Tak baik ok menyalah gunakan wang rakyat..
Lalalalalala

Pensil/Surat: Exam dah habis apa mahu buat pula!!!


Tuesday, January 10, 2012

::1 KILOGRAM LAGI?::

Assalamualaikum...

Ha....Apa motif stoking yang gila punya cun ini 
dengannnnnnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
v

Jangan nak tengok lama sangat lah!

Ha! Oleh kerana berat telah mencecah 1 lagi angka ke hadapan...
Jadi, pada 2012 aku bernekad mahu berazam

AEROBIC SETIAP HARI!!!

Perghhh... 8 video nak pulun sehari memang semput la..
4 video pun dah boleh semput...
Aish.. Tak mengapa..Usaha-usaha-usaha-usaha dan usaha sampai bosan~

Aerobic dalam rumah sudehhh. Jimat. Peluh tak payah cerita la.. Menitik-nitik boleh buat garam kauuu!

Pensil/Surat: Esok last paper...Semoga Allah  membantu aku dan rakan-rakan yang lain..Amin..

Friday, January 6, 2012

::Padah Berjanji::

Assalamualaikum....
6hb Januari ialah hari lahir adik aku yang bongsu. Sejak ada FB ni, dia asyik berFB je. Orang dah besar katakan. Sikit-sikit nak FB. Apa best sangat ke FB tu?? [Macam mengata diri sendiri je..=_="]

Oleh kerana teknologi terlampau canggih sangat kan.. Aku pun wish kat FB dia la.. Nak suruh dia mempraktikkan lagi skill penggunaan dan pemahaman die terhadap FB ni. Yela, dia baru wat FB ni tak sampai 2 bulan lagi. Aku dengan BANGGA dan GAH nya siap tanya dia nak hadiah apa. Aku tahu dia pesen malu-malu kambing nak minta hadiah-hadiah ni.

Mula-mula dia tak tahu nak minta apa.. Aku pikir dia nak suruh aku belanje KFC ke PIZZA ke sebab dia ni suka makan! Aleh-aleh dia dah sound aku cakap dia ON DIET!Ouh??Hahaha Last-last dia minta hadiah 

SNAPBACK-NEW ERA HATS-FITTED HATS-NEW ERA CAPS-CUSTOM.. 

Erkkk apakah ini semua?? Yang aku tahu ni topi. Tapi topi pesen apa?? Kat mana nak cari?? Macam mana adik aku tahu semua ni??Fening pula aku nak mencarinya.. Siap cakap tak beli yang ori pun tak apa. HA???? Macam mahal pula je...



Kenala tunjuk ceria konon-konon aku boleh belikan KAN??Tak kan tetiba cakap tak nak, tacing pula kang aku juga yang susah. Dah la semalam aku terharu gila time mak call, mak cakap adik aku tengah hitung hari tunggu aku balik selepas habis final ni. Siap tahu bila last paper aku.. WAHH!! [Tetiba rasa nak balik rumah On da spot juga tau!! T_T]

Tapi kan.. Kalau aku
1) Tak dapat cari, aku beli je lah cap billabong yang ada kat pasar malam tu. Aci tak adik? Hahaha
2) Tak cukup duit, aku suruh je Pak Cik Ghani support dalam 2:1. Kira Pakcik Ghani 90% aku 10%. Aci tak??Hahaha
Demimu adik, akan di usaha kan.^_^
Pensil/ Surat: Demi keluarga apa pun sanggup. Air di cincang takkan putus.  


Thursday, January 5, 2012

::Dahlah Cacat, Tak ada Nama pula::

Assalamualaikum....
Dulu sebelum tidur aku mempunyai dua peneman. Satu lelaki dan satu perempuan. Cute sangat. Masa degree memang selalu jadi mangsa buli aku. Selalu sangat la. Kadang-kadang aku tendang suruh duduk kat kaki aku. Kadang-kadang aku sayang. Kadang-kadang kalau geram aku gigit-gigit!

Sekarang pun aku ada lagi diorang. Tapi aku ada tambah lagi dua peneman. So, keseluruhannya 4!! Hehehe Suka ke? Tak suka pun. Mana la taknya.... Dollah  dan Mr. Kacak duduk kat Pontian.. Salmah dekat someone.. Kiah parut je dengan aku sekarang ni.. Tapi malam-malam yang tidur dengan aku bukan Kiah Parut pun, peneman lain.. Tapi aku pun konpius...

Aku  tengah pening juga.. Beliau ni jadi peneman aku sejak aku sekolah lagi.. Tapi nama tak ada pun... Kesian pulak... Adakah sebab beliau cacat aku telah menyisihkanya???

------------------------------------------------------------------------


DOLLAH [warna kuning]
Kacak tak? *Sambil urut janggut*


SALMAH [warna biru]
Sweet tak?? *Sambil kenyit-kenyit mata*


------------------------------------------------------------------------
KIAH PARUT 
Cantik tak??? *Sambil kembang-kembang hidung*


------------------------------------------------------------------------
MR. KACAK aka MR. RIGHT
Hensem tak???? *Sambil selak-selak jambul*



Bukan main senyum je mereka semua ini....

TAPI..Peneman aku yang ni....

------------------------------------------------------------------------
??????
Sedih tak?????????? *Erkkk..Ermmm Nak kata menangis tak nampak. Nak kata senyum tak jelas..*


Tapi beliau la setia denganku sejak kecik lagi..Sob Sob Sob...
Akanku cari nama yang Best-best untuk mu..
Miss Cinderella ke..
Sofia Jane ke..
Siti Nurhaliza ke...
Mesyuarat senat mesti luluskan lah!!

^_^


Pensil/Surat: Tak ada kerja kan.. Dua exam sudah berlalu.. Alhamdulillah...^_^

Wednesday, January 4, 2012

::Exam Mood+Annoying!::


Assalamualaikum wbt...
Pagi tadi selamat satu paper exam aku tebas. Tunggu lagi 5hb aku bakal tebas paper ke 2 iaitu subjek Pedagogi. Pernah dengar perkataan PEDAGOGI??Kalau pernah dengar anda mesti seorang pendidik. Kalau bukan, anda mesti seorang yang suka mencari ilmu...Yela tu~~ Ok2, munurut mr Google, Pedagogi berasal daripada word PAIDAGOGOS. 

PAID : KANAK-KANAK (Bukan bayar okeh)

AGOGOS: PEMBIMBING (Bukan tarian agogo okeh)

Ni bahasa Latin la. Sebenarnya sebelum masuk ke alam Master ni aku langsung tak pernah dengar perkataan ni. So, bila dah ambil subjek ni mula la duk membuat tafsiran mengikut kehendakhatiakusendirikaupeduliape. Hohoho Rupanya, pedagogi ni sangat penting kepada sesiapa yang mengambil course Education. Bila berlakunya sesuatu kes berkaitan guru, mesti aku dan Nad akan cakap dia ni tak ambil Pedagogi la tu. Tak tahu cara mengajar yang betul. Tak tahu nak bimbing pelajar. Bla bla bla..Hahaha Bajet dah katam sangat la subjek Pedagogi tu?? =_=" Sigh!

Exam kalau kira lusa tapi aku apa pun tak study lagi. Kalau dah pandai tak apa la kan. Ni satu benda pun tak tahu. Macam mana ni? Malam tadi aku dengan roomates aku tergolek-golek tak tahu nak buat apa. Berborak, menyanyi, menonton television. Petang tadi, sepetang aku melakukan anjakkan paradigma.. mengantikan malam tadi hanya tidur 4jam..Huhu Ni aku tidur lambat bukan sebab aku study tau! Jangan salah faham pula. [Macam la orang kisah sangat kau study ke tak wanie oiii!]

Ha, aku sebenarnya annoying teramat kepada sesiapa yang post puji diri sendiri la terbagus. Belagak. Aish... Tolong la. Tak payah la nak cakap kau tu di ibarat lelaki idaman malaya KONON. Gf kau lah paling untung dapat lelaki macam kau. Eh? Hello!! Dari aku tak rasa apa-apa dekat kau sampai aku rasa annoying+menyampah+meluat kat status kau. Tak payah la post status BODOH macam tu. Orang lain ramai lagi terbagus dari kau tapi aku tengok tak pula dia nak cakap "saya beruntung dapat gf bla bla bla sebab saya pun bf yang bla bla bla" Aku rasa kan nak delete je post kau dari Home FB aku tapi tak boleh. Menyemak je duk naik kat home aku. Ada juga rasa nak Delete then Block ko terus sebab tak nak bagi status BODOH kau macam tu naik kat wall home aku. Boleh cam gitu?? Ekekekek Status kau before ni aku tak tahu la macam mana kan sebab aku tak ambil kisah sangat tapi status terbaru kau tu buat aku tertanya-tanya masa mula-mula aku baca. First ayat yang terlintas dalam kepala aku, "Siapa yang bodoh gila buat status macam HAREEEMMM ni??" Aleh-aleh tengok nama kau! Rasa nak gelak guling-guling pula. Ni aku ni, dah kenal kau luar dalam, dah leh bayang muka belagak kau tu. Muka bangga kau tu. Bila orang kutuk hangin. Nak orang pujiiiii memanjang. Puih!Puih! Eh... dah-dah. Cukup. Hehehe Agak-agak kalau kau post status bodoh macam tu lagi aku rasa kau tak layak ada dalam list friends aku lah. Tu je lah aku boleh cakap.Hohoho

Nak juga la try buat status ala-ala gedik tapi bukan BODOH macam kau.

Ehem. Ehem. "Saya, Wanie beruntung gila dapat bf macam Mr. Lidiman kerana dia sempoi, sporting, tak mengongkong saya, suka bahan saya, suka kutuk-kutuk saya pendek,  rendah. suka panggil saya bon bon. Kadang-kadang panggil saya bonzai. Saya berasa untung gila! Tak macam sesetengah couple tu suka maki hamun gf dia. Suka caci maki gf dia. Suka memaksa gf dia buat apa yang dia suka, apa yang dia nak. Tak suka tau. Tak suka tau dapat bf macam gitu. Menci!Menci! Ekekekeke" Buleh ke macam gini?? [Rasa nak lempang gak diri sendiri] Tak payah aku buat status macam gini, baru nak post dah kena spam dengan Mr. Lidiman! Hohohoho

Nah!Aku kasi tepek KHAS muka loya aku terhadap status kau yang BEST sangat tu!!
*Rolling eyes*

Sebelum mengundur diri aku mintak ampun dulu ya Pak! LARIIIIIKKKKKKK setempat.Hahahaha

Pensil/Surat:Nak exam pun sempat buat status cari pasal dengan orang..!hoho