Thursday, January 12, 2012

::Merajuk KONON!::

Assalamualaikum.....
Sekarang asyik main games je. Kadang-kadang bosan juga. Yela,  Memula happy la juga lama-lama aish... Kenapa asyik aku je menang ni. [Eh? eh? Mengada-ngada betul]

Semalam time last paper, aku gaduh dengan ayah aku. Hahahaha  Actually, aku nak ayah aku datang ambil aku. Malas gila nak balik naik bus. Yela. Bayangkan. Naik kereta 1jam 15minit dah sampai Pontian. Naik bus 4jam okey baru sampai. Dah la kena tukar bus 3KALI. Bus lompat-lompat yang aircond pakai semulajadi tu. Yang kejap berhenti kejap jalan tu. Yang kejap laju kejap macam siput babi tu. [Sedikit beremosi ye tuan-puan sekalian =_="] Tapi ayah aku kan seorang yang sangat rajin, beliau awal-awal dah mendahului aku cakap 
"PAS EXAM NANTI BALIK NAIK BUS YE. TAK PAYAH SURUH MAK AMBIL." 

WHAT??? 
@_@

Cepat benor ayah mendahului akuuuuu! 

Aku kan anak kesayangan ayah. 
[Abaikan perut kami itu. Sekarang dah slim OKEY!*Eh? Marah pula*]

Anak kesayangan ayah yang merajuk ni yang .........

Siap mogok tak nak balik rumah.
Siap cakap kalau rajin, paling awal balik pun minggu depan.
Siap message mak cakap dah habis exam tapi tak nak balik.
[Konon mogok la tueww]

Aleh-aleh..
Cek purse, duit tinggal saki baki je.
Tak nak minta dengan ayah lagi. Kata merajuk kan.
1 hari duk rumah sewa tanpa buat apa-apa dah bosan gila.

Aku decide...
Aku mengalah. Tak jadi balik minggu depan. Tapi balik esok.
Sob sob sob.
TERPAKSA LA balik naik bus yang lompat-lompat tu~
T_T

Ye.Ye.Ye. Saya tahu saya kalah. Esok saya balik la ye. [Senyum perli je tu ayah] 
Dah tahu dah. Esok mesti kena kutuk kaw-kaw punya dengan ayah!

Pensil/Surat: MALAS GILA NAK PACKING BARANG NAK BALIK RUMAH!!

7 comments:

erine roslan said...

gile ar 4 jam.. naik bas ke naik beskal weiiii?????

Wanie-san said...

hahaha tu la aku xnak naik bus!!!!!uh!

ber_u_wang said...

apa kata naik moto ..mungkin laju sikit dari basikal

Aujinz said...

hahahhahaha.. tue laa sape suruh melawan cakap ayah.. kih kih kih..

Wanie-san said...

uncle:ayah mana kasi balik naik moto uncle!beg maw letak mano??hoho

en aujinz:tu la..derhaka pule rasenye!haha

Lifesaver Hamzah said...

oooooooooooo....balik rumah tak mau..jumpa bf laju jeeeeeeeee...hahahaha

Wanie-san said...

eh??camno puan capa tau ni??hikhikhik