Tuesday, January 24, 2012

::Weeding+Melaka::


Assalamualaikum....
Bagi sesetengah orang bila ada rakan-rakan kahwin, dia akan cuba sehabis baik untuk attend majlis kahwin tu sebab macam orang cakap kita memberi orang menerima. Kira macam give and take. Kira macam bila pergi majlis kahwin dia, dia akan datang majlis kahwin kita. Cam gitu la kekononnye....

Tapi beza dengan aku... Ada beberapa orang juga la kira kawan baik aku yang aku tak pergi majlis kahwin dia. Bukan malas tapi banyak faktor-faktor kekangan yang menyebabkan aku kena fikir banyak kali nak pergi macam contohnya:
 1) Transport 
2) Masa
3) Duit

Jadi bila semua ni ada aku pun secara automatik akan cancel kan kehadiran aku. Jahat bukan?:p Tapi sejak aku kena Mr. Lidiman beliau akan paksa aku pergi weeding kahwin kawan dia. Ouh?? Tapi biasanya masalah-masalah kat atas memang dapat di atasi. ^_^
Tapi sampai bila aku nak buat perangai ikut kepala aku, so bila ada majlis kahwin rakan-rakan aku especially yang agak close dengan aku, aku akan cuba pergi. AKU CUBA!YEAH!>_<"

Oleh itu, pada  22.01.2012 majlis kahwin rakan baik aku time sama-sama belajar diploma di UiTM Jengka.. Tak sampai hati la pula tak nak pergi. Dahla time diploma walaupun dia garang dengan aku tapi apa-apa pun dia juga kawan aku time aku mula-mula kenal alam Diploma. Suami dia sekarang ni pun aku memang dah kenal juga. Tak kan aku tak nak pergi kan.. Jadi, tercipta la episod Menuju Ke Majlis Kahwin di Melaka Bersama Segerombolan Manusia.....

Perjalanan bermula bersama Wak Semey!Sebelah tu OWNER WAK SEMEY.haha
Actually..Ada dua orang lagi duduk seat belakang tu. Diorang tengah gaduh. Kami malas nak layan. Hoho
Kitorang pergi dua kereta. Sebuah dari Selatan, Sebuah dari Barat. Eh. KL tu barat ke??:p So, kami bertemu di Tol Ayer Keroh~

Ni la Pengantin Baru yang Berseri-seri rupanya~Auuww!
Natasha dan Kapten Asrifuddin..^_^
Aku ingat kahwin bawah pedang. Lupa pula nak gosip-gosip kenapa tak kahwin bawah pedang.Hoho
Sebenarnye, pic pengantin teramat la sikit!Pic aku dengan kawan-kawan je banyak....

Pengantin pergi je makan beradab. HA!! Kami pun memulakan operasi! Baek punya!!!
Persandingan Lesbian??Gila Kau!!!

Berenjis-renjis bagai!!!Hakhak Menyesal pengantin jemput kami ni kot...:P

Bukan setakat pelamin! Bilik pengantin pun kami bedalll!!!!!!!!!!!

Eh?? Ambil berkat la konon...hoho
Btw CONGRATES FOR BOTH OF U!!
Semoga berbahagia ke akhir hayat~.^_^

Dah puas lenjan rumah pengantin kitorang pun pergi Bandar Hilir. Best!! Walaupun dah banyak kali pergi, tapi bila pergi dengan kawan-kawan ni lain sikit perasaannya sebab happening gila-gila! Walaupun berbaju kurung.. Kami gagahkan juga panjat bukit semata-mata nak pergi A Famosa.Hoho

Sempat jeee!

Kapal la pula.. Ada orang kempunan nak pergi tengok kapal kan.. Ha....Tengok la puas-puas!

Bukan siang hari je. Malam hari pulak pergi Umbai! Terbaik! Order macam orang gila! Nasib semua perut besar!Memang habis la!!

Ni baru sikit nampak makanan nye!Ada menu tak dapat lagi!Iksh!Sampai tak muat meja!

Eh?TERbanyak pula gambar nya. Dah lah!cukup la. This week ada lagi weeding best friends aku! Uish~
Pensil/Surat:Mood kelaut pula rasanya harini.

4 comments:

Aujinz said...

awak semakin comel.. hua hua hua.. apekah rahasianye?.. koh koh koh

Wanie-san said...

perli ke en aujinzzz?????hoho

Redbloodsnow said...

wahhh kapten koooo laki dia...vavavava :) Congrats utk mereka. pssttt..zie teringinnnn sgt nk ke melaka taw. never been there :(

Nurul Bariah said...

best2..cuti2 mlysia stlh lme xblk..lain kali g lg ek..pstikn tmpt tu ade laut..i nk pki topi sawah..haha..