Monday, March 22, 2010

::Warkah Jiran::

Kepada jiranku...

Salam sejahtera buat saudara sekalian. Mungkin saudara terkejut menerima surat layang yg memang tidak di undang oleh saudara2 sekalian. Kita memang tidak pernah bersua muka, berborak kosong, jauh sekali beriadah setiap petang bersama2. Tujuan surat ini adalah ingin memberi sedikit teguran atau dalam bahasa sopannya KATA2 MAKIAN DAN CACIAN kepada saudara2 sekalian. Harap saudara menerima dengan hati yg terbuka. Lapang kan dada.. Tenangkan fikiran.

Seperti yang di nyatakan di atas, saya tahu..Di rumah saudara mempunyai motor berkuasa kuda..Besar betul motor nya walaupun kelihatan agak klasik.Jika di jual di kedai moto mungkin tidak laku..Tapi cuba jual di kedai besi buruk..Sure nilainya agak tinggi dari basikal tua.Kuat sungguh bunyinya ya.. Saya fikirkan bunyi motorbot yang ingin berlepas ke pulau2 pelancongan.. Apabila di intai..Rupanya moto saudara.. Sedap bunyinya sampaikan saya terkejut dari lamunan.. Lajukah motobot saudara itu?Ataupun sekadar bunyi2 yang menyakitkan telinga penduduk di kawasan rumah kita ini? Kalau sekadar bunyi saja yang kuat,Lajunya entah ke mana baek saudara bawak moto merah buruk saya itu saja..Sopan saja bunyinya..Kdg2 tidak sedar bunyi moto sy keluar masuk kawasan perumahan ini..Rintihan ini juga di tujukan kepada saudara yg bermoto 'bespa'.

Selain bunyi2an motobot itu, saya juga ingin melepaskan sedikit amarah saya terhadap pengintipan saudara2 sekalian di bahagian dapur rumah kami..Mungkin sekarang sudah berkurangan..Saya harapkan tiada lagi ya..Bukan apa.Saudara sudah semestiannya tahu,rumah kami ialah rumah perempuan kesemuanya, Tak perlulah saudara hendak menjengah kami di dapur itu..Tidak perlu ya.. Sudah kepastian kami tidak memakai pakai muslimah atau lebih tepat sekali pakaian menutup aurat. Kami tidak pernah ingin menjengah saudara di dapur. Pandang pun jauh sekali lah!

Di akhir kata, saya berharap saudara2 menjaga tingkah laku saudara. Kami bukan la ingin memarahi saudara. Tapi kami merasakan saudara tidak menghormati kami selaku jiran saudara. Dah la saudara mencuri 4baldi air di rumah kami.. Pastu meletakkan kenderaan 4 roda dengan keadaan begitu melampau posisinya.. Kami tahu rumah kami tiada kereta2 besar,mahal2 seperti saudara2. Tapi...tak perlula sampai parking di hadapan rumah kami.. Maafla jika kami meletakkan note yg chantek tulisan dan kata2 romantis di hadapn cermin kereta saudara. Kami hanya ingin bergurau manja sahaja..

Oleh itu, majula kebajikan masyarakat untuk kepentingan diri sendiri.. "\^v^/"

Sekian, wassalam.

Pensil.Surat: Tido ku diganggu!!!!






21 comments:

faiq said...

sorry2...pasni aku dah x buat lg..x taw lak, ko yg duk dlm kejiranan aku

Beruwang said...

dok umah pakai shot aje ke? sehingga mamat tu skodeng dari dapur?

Amal said...

tak sukan ah lu!
dah sah2 jenguk kat dapur tu nak beramah mesra.
bagi lauk pauk.
sembang sembang macam ahli mesyuarat tingkap tu.
keh keh
lain kali pasang kelambu luar rumah.

MOMMY CGG said...

hi wanie san>>:)
nak pgl ambulans je ke dik??
nak pgl tok kadi tak??
hUhU:)
kali terakhir ketemu kamu Di SHAH ALAM:)

Cik cumey said...

Ahhhh...meNyampahh tauuu...ader x antara saudara2 tuh yang ensem????hahhah

Anonymous said...

amboi...sound secara berhemah..mentang2 hensem..hehhee

Unknown said...

ahaha
mungkin nak beramah mesra tapi x tau macm mane..

Anonymous said...

hahaha

wei jangan marah jiran yg pakai baju melayu hitam tuh.. haha

yang lain2 takpe.

esp yg curik air 4 baldi dr paip kite.

aku x dengar pun bunyi enjin dorg?
huhu~

Wanie-san said...

faiq:
hahaha bgus!laen kali ko buat lg aku bom moto ko!huhu

ber_u_wang:
xde pon..tp diorg mmg suke skodeng..geram tau uncle!!huhu

siv :
sbb 2la aku xnk tegur diorg..kang tiap2 ari skdeng abis la lauk aku nak makan!cis!huhu
xberminat aku nak wat mesyuart pagar dgn mereka2!ko nk ngorat dtg sini!huhu

miEz haNeM :
kakak haniem!!^^
ketemu jua disini yup!=]
panggil bomba jela terus..heheh

Cik cumey:
semua xada yg hensem wpon naek kereta mewah!nak ngorat mai sni!hehehe

Lifesaver:
pn. capa..xda sorg pon yg ensem!muahahaha

izzad b*:
2la..nak jadi peramah pon biar bertempat..huhu

erine roslan:
hahaha ko ni nak kate pekak xjugak..aku ngan kak jira selalu emo doh ngan bunyi moto die 2!bengang wei...ko selalu merayap..mmg r xdgr..huhu
pkai baju melayu warna itam??gatai no....huhu

fara said...

Isk. naseb baek baldi jer...
klo dah camtu, baju kain sume kene jage gak la!
tak psl2 ade yg ilang dr ampaian plak...

Hasnah said...

hidup bjiran kena la hormat meghormati antara 1 sama lain..

Mimie.Candy Cane said...

hahahaha...wanie2...ni mesti kes tak tahan sangat da ni..

Anonymous said...

apa lg print dan poskan ler
haha

daun kesum said...

AYYO,.

MEMANG MELAMPAU,.
LAIN KALI KALU DIA NGINTAI LAGI, JOLOK AJE MATE DIA NGN GARPU.
CURI AIR LAGI.
DHLA BISING,.

SURAT LAYANG KAMU TU,ADE BALASAN KE BELUM?


OH YA,.

ADA AWARD NTOK KAMU CIKWANIE,.
AMBIKLAH,.

http://cikti-mm.blogspot.com/2010/03/dua-tolak-satutmbah-duadarab-zerotambah.html

putera aftus said...

ekzos dia problem agaknya.. sbb tu bunyi kapal tu..

Husna Hadzarami said...

haha. kenapa rasa kelakar lak ni :P

ni kat rumah sewa eh?
tu la problemnya kalau berjiran dengan rumah bujang lelaki.
tapi jangan gaduh2 ye dik. ni la namanya hidup berjiran (macam ketua rukun tetangga lak aku ni :P)

hans said...

fuh kelakar ada tak kelakar punada
hehehe

mr.kordes said...

kakakahH!!!sian2...huhu./...tmbak aje waks@

aleen avril said...

dorg wat macm tuh kat ko ker????

xpe mlm nih aku suh dorang pindah...

dorang kan sewa umah aku tuh..

mlm nih aku halau dorang ok...jgn riso...

hanie said...

dia intai periuk korang tu...dgn harapan..sila antor brg sepinggan dua,.

hahaha~

Botak said...

hahaha..,
lepas ni aku nak parking kapal terbang depan umah ko lah...
msty bes ny kan...
:))