Thursday, July 22, 2010

::Kenapa Aku???::



Lepas makan2 lepak2 gosip2 naik bilik bukak laptop, bukak laman web sosial kegemaran rakyat Malaysia tetiba tengok ada notification dari kazen aku.Dia post something dekat wall aku. Aku aku klik.[Motif cerita step by step??] ALAMAK!!!KENAPA AKU!!!!!?????OMG!OMG!OMG!


Photobucket
Lihat rakan2...Apa saya patut buat??

Selepas puas menjerit2, bergolek2, meronta2 sampai histeria, memaki hamun aku pun bentangkan kertas kerja duduk satu meja dengan rumate aku discuss apakah langkah seterusnya....[Ok, aku tipu] Aku hanya menjerit kecil di dalam hati...Sambil berkata "Kenapakah aku insan bertuah di pilih?Kenapa kah bukan insan yang laen?Owh..Bersyukur..." [Sumpah!tipu lagi!-_-"]

Sebenarnye aku terkejut gilos!Pastu pening nak belajar makeup simple2 dengan siapa..Aleh2, esok rumate aku Sharlini akan menjadi mangsa...Hehehehe [Gelak jahat] Dan Jira selaku rumate aku juga akan membantu aku untuk mengajar cara2 make up..Aku tak pandai part nak pakai foundation je sebab aku memang tak pakai foundation..Takut nanti terover nampak pelik semacam..huhu So, esok kelas makeup dibuka di Jalan Plumbum...huhu Dah la aku ni tak reti makeup2..Aleh2 aku di jadikan mak andam..iksh2...

Pensil/Surat:Mintak2 trip ke Bank Negara di tunda....huhu



Wednesday, July 21, 2010

::Nak Panggil Apa ye?::



Kalau pergi kedai nak shopping ke window shopping ke whatever la... Mesti confius nak panggil ape kat promoter kat situ.

Minggu lepas time aku pening2 nak cari kasut aku panggil sorg promoter Jusco ni KAKAK. Aku mintak size kasut kat dia tapi aku nampak gak la dia cam muka kepelikan tapi aku pikir mybe die tengok aku dan member aku kapoci nak mampus masa beli kasut. Bising je memanjang. Nasib dia tak kasi pelempang kasut size 11..Huhuhu Pastu dia plak yang panggil aku KAKAK. So, sekarang siapa yang KAKAK? Dia atau aku? [Eh..aku muda lagi ye!Lempang kang sekor2 cakap aku tua!Matang tak ape..;p] Mybe dia hormat aku macam aku hormat dia...Susah jugak kan... Nasib dia tak panggil aku makcik ke nenek ke..Huhuhu Yang perempuan tak ada masalah sangat...Aku tengok muda ka tua ka aku panggil je KAKAK. Biar diorg berasa muda walaupun diorg tu dah tua..huh

Tapi org laki lain sikit...Kalau yang lelaki aku tengok muka stok2 jambu aku panggil la ADIK... Kalau yang muka hensem2 aku panggil la ABANG...Kalau muka matang2 dukung anak aku panggil ENCIK..Kalau muka memang sah2 ada cucu aku panggil PAKCIK. Tapi orang laki ni KADANG2 [Dah capslock ye...So not all laki2] kalau dah sah2 tua aku panggil PAKCIK sibuk jugak nak bahasakan diri diorg ABANG..Ayoyo...Bila panggil PAKCIK harga pun mahal!Apa kes!!Dish2!!!

Eeee...Nampak kasut ni???Bagi makan kasut baru tau!!!huhu



Tuesday, July 20, 2010

::Diri Saya..Yeke??::


Saya kadang2 malas la jugak nak jawab tag ni..Tapi demi kawan baik saya, Iera yang selalu bermain bersama2 saya ketika kami masih kecil dan dia telah meninggalkan saya ketika kami masih memerlukan each other.. Dia telah berpindah ke Kuala Berang tapi hubungan kami tidak berhenti di situ sahaja... Setiap bulan kami akan contact bertanya khabar. Sampai sekarang kami masih belum lost contact..Ok2..kita teruskan dengan tag..lalalala

1) Siapakah diri anda di rumah?
Saya masih lagi manusia biasa yang punya kaki dua mata dua tangan dua. Belum bertukar menjadi Erra Fazira..Tunggu2 jugak bile nak bertukar jadi Lisa Surihani...Lalala

2) siapakah diri anda di samping rakan?
Saya ialah Omas yang dalam cerita Abu,Opik dan Laura. Jangan tanya saya kenapa saya Omas.

3) 5 benda yang anda idamkan tetapi belum tercapai.
(i) Nak jadi Perdana Menteri
(ii) Nak kawin dgn anak raja
(iii) Nak jadi tokey balak
(iv) Nak jadi jutawan
(v) Nak jadi seorg hamba yg taat dan patuh pada suruhanNYA...

4) siapakah nama pasangan anda.
Anuar Zain..Eh!Silap....Farid Kamil...erkkk???Zizan Raja Lawak....Owh..Bukan jugak..Datuk K?ha!Lagi la bukan!!!! -__-"

5) ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
Saya suka dia sebab dia pandai menyanyi..Saya suka dia sebab dia pandai berlakon..Saya suka dia sebab dia pandai melawak....Siapa kah dia?Jawapannya ada dia atas...huhuhu

6) bila tarikh anda couple?
Ni Couple yang Indie Band tu ke??Aku pun tak sure bila diorg tubuhkan group diorg tu...

7) apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Diorg selalu muncul di tv tanpa pengetahuan aku...Menci2...


8) lagu tema cinta anda.
Lagu Doremon.....So cute kan?Kan?Kan?

9) apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?
Semoga Keabadian Cinta milik kita..Eceh2....

10) tag 10 rakan anda yang lain.
Lelong2....5 sepuluh!5 sepuluh!Durian Kampung mari!!!uh???T_T


Pensil/Surat:Okeh!Esok ada quiz walaupon saya tak pernah masuk kelas tetibe ada quiz..Motif??



Monday, July 19, 2010

::I Miss To.....::


Kalau kita ada someone yang kita sayang, kita cinta, kita rindu, kita suka.... Susah untuk kita mencari seseorg yang lain untuk menganti tempat nya.

Kalau kita setia dan dia setia, kita ketemu KEBAHAGIAN.
Kalau kita setia dan dia berpaling tadah kita ketemu KESAKITAN.
Kalau kita tidak setia dan dia setia kita ketemu KEKESALAN.

Tapi, saya rindu dia.

1) Saya rindu untuk cakap "Hai morning!Buat ape?Dah breakfast?"
2) Saya rindu untuk terima msg "Oit budak kedek2 buat ape!??"
3) Saya rindu untuk dia msg "Awak lah perempuan terakhir di hati saya"
4) Saya rindu untuk terima wish birthday panjang2 dari dia.
5) Saya rindu untuk dengar dia cakap "Saya malas nak cari perempuan lain.Saya nak fokus study."
6) Saya rindu untuk tahu hati saya milik dia.
7) Saya rindu untuk ketawa bila dia bercakap tukar2 suara pelakon.
8) Saya rindu untuk dia call saya cakap rindu saya.
9) Saya rindu untuk dia dtg depan rumah ajak keluar.
10) Saya rindu untuk menjadi pendengar yang setia.



Photobucket
I MISS U. Serious.T_T

Pensil/Surat:Tetibe entry Jiwang..Sob..Sob..



Sunday, July 18, 2010

::Tak Ada Rezeki::


Kadang2 kalau dah bukan rezeki kita, kite pertahankan la mcm mana pun memang tak akan kekal.

Kadang2 bila tak ada duit, byk je barang yang kita nak ada.

Kadang2 bila kita ada duit, cari balik barang yang kita nak, dah SOLD OUT! opss...ter'caps lock' plak.

Kadang2 bila kita nak cari sesuatu barang yang kite beria sangat2 nak tapi tak ada.

Kadang2 bila kita TAK NAK CARI apa2 barang, byk plak ada. -____-" sigh2....

----------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang ingin di sampaikan....

Bila aku dah beli jam tetiba ada plak design chantek dan brand plak memang bukan calang2..Harga plak lagi murah dan lebihan duit tu boleh buat aku beli 1 seluar jeans..Bengang2...

Bila aku nak sangat2 cari purse untuk mengantikan purse Milk Teddy yang layak di pakai oleh budak2 sekolah, boleh plak tak ada purse yang design chantek2 dan harga bawah RM50. So terpaksa beli purse yang harga menghampiri RM100. Tapi bile dah beli boleh plak ada purse harga seratus lebih tapi less 70% dan harga nya hanya RM35++.. What-the-funny??????? Rasa nak tikam2 je mata tak nak bagi nampak purse tu!

Bila aku TERPAKSA [bukan disengajakan] membeli kasut, tak ada plak design yang aku nak. Harga pun semua bukan calang2. So, terpaksa la beli design yang tak suka sgt tapi harganya bersamaan design yang aku suke + boleh aku makan McD+Kfc serentak. Tapi time aku memang tak nak kasut, ada plak design fav aku siap harga pun not bad la...Ergggghhhhhhhhhhh


Photobucket
Ni bengang terhadap buah kelapa..T_T


Pensil/Surat:Aiyaaaa..Duit tarak ada.....Duit macam air je keluar......



Saturday, July 17, 2010

::Onak dan Duri::


Setiap hari Jumaat mesti hari untuk bergembira oleh saya dan housemate...
Semalam Jumaat...Sekali lagi saya dan rakan2 telah keluar berjalan2 membazirkan masa dan wang..[Perghhh...Ayat nak BM darjah 6]

First, time nak bersiap2 semua pening nak pakai baju ape sebab dah jemu dengan baju masing2..Aleh2 bukak drawer org laen skodeng baju.Mana tau ada yang berkenan..Conclusion nye ADA!hahaha Apa la...buat tema BLACK & WHITE.. Boleh plak melayan sekor2 punya perangai..Tengah2 hari buta panas terik terpancar nak pakai baju HITAM...OMG!mau makin rentung...Tapi kawan punya pasal..Reda je la...[masing2 dah boron nak tambahkan lagi ke'keboron'gan]

Before nak gerak pun masing2 nak tergedik2 nak ambik pic...Siap pinjam camera housemate lagi..Apa la..So..Sesi menGEDik bermula la....


Photobucket
Opsss..terintroduction plak...Huhu

Photobucket
Bersama Rumate CEN,GED,JIR ^_^

Dah habis duk poyo2 kat rumah kitorg pergi tasi plak!
Ha..Yang ni satu hal gak! Tengah syok2 duk posing sakan sekali dengar bunyi macam benda berterabur terjatuh dlm air!Tengok kat tasik...HUJAN!!!!!!!!!!!!!!!! Kami lari2 anak itik la sebab hujan tu mengejar...Org semua pelik sebab kitorg lari mcm org gila...Diorg tak tahu hujan dah nak datang...Tapi memang giler gak sekor2...Dah la lari bajet masuk kereta sekali masing2 sarung helmet..Mau kena gelak!
  • Dah la pakai nak beria sekali naik moto.
  • Dah la lari bajet tak nak basah kena hujan sekali naik moto.
2la bengom..But..So fun!!!

Photobucket
Opss...Me again.....

Photobucket
Wakakaka!

Photobucket
Owh...Make in Love With Cen..-___-"

Pensil/Surat:Selesema+Batuk enggak mau baek2 juga!!




Thursday, July 15, 2010

::Bukan la!::


Mereka 1: "Akak,paper ni last sem susah ke??"
Aku : "Erkk??Tak tahu la dik..Akak baru ambik dis sem..."

Mereka 2: "Akak extend ke??"
Aku : "Macam mane ye nak cakap.....uhu"

Mereka 3: "Akak repeat paper ni ek?"
Aku:"OMG!i'm not one of da repeaters!!"

------------------------------------------------------------------------------------------------
Uish...tu la ayat2 yang biasanya akan di soalkan kepada aku. Bukan apa, Aku dari tahun pertama degree sampai ke tahun ke 3 ni.. Asyik menumpang kelas orang je. Semua subject menumpang. Sampaikan lecturer fikirkan aku ni repeaters. Kadang2 sedih jugak..Yela..Setakat ni alhamdulillah aku tak pernah repeat mana2 paper sejak diploma & degree. Cgpa pun xpernah bawah 3pointer. So..Frust sangat.

Macam ni la...Aku ni dulu diploma under fakulti Sains Gunaan pastu bile continue degree aku ambik course under fakulti Sains Komputer & Matematik. So, banyak la subject yang aku tak boleh transfer kredit. Dah la dari diploma Sains hanya 2org students je...Sedih kan?Sob..Sob.. Dat's why la aku banyak menumpang kelas org laen sebab students batch aku boleh transfer kredit byk giler pastu boleh ambik subject laen.Aku plak laen.. Memang aku survive sendiri je time duk Shah Alam ni...Apa boleh buat..Nak belajar punya pasal...T_T


Photobucket
Kadang2 hidup tak selalunya bahagia...


Photobucket
Sometime, i miss dis moments...But... Nobody is Perfect...



Pensil/Surat:Wa...sakit tekak!Tak pe2....Kesakitan penghapus dosa...Byk dosa sgt kot..




Friday, July 9, 2010

::Momok??~~::


Dalam beberapa minggu ini..Saya telah buang tabiat...Mula2.. Saya tumbuk kulit kayu manis..Tepek2 la kat muka...Perghhhh...Pedih giler!Selepas beberapa minutes baru la hilang pedih tu...Best plak...hehehe~

Dalam beberapa hari ini..Saya buang tabiat nak pakai bedak sejuk...Perghhhh Sejuk nye!Suke2!!! So, Tiap2 malam saya jadi momok la dalam bilik...huhu


Photobucket
Momok Jalan Plumbum..Keh Keh Keh

Pensil/Surat:Hari ini jalan2 bazir masa....Berjaya tidak membazir duit..^^




Thursday, July 8, 2010

::Pekan Bukan Bandar::



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Setelah di kira2...Boleh dikatakan la hampir seminggu pulang dari Kem Motivasi di Pekan, Pahang hidupku semakin hampir terurus...Hanya baju yang baru di basuh belum di lipat... [Hope selepas ni dapat seru la...]

Sangat enjoy dengan kem tersebut. Tapi adat la..Tak semuanya perfect..Semuanya masih baru belajar...Aku ada jugak la sometimes benda yang kurang berkenan sebab before ni aku penah jugak handle kem mcm ni pastu pernah join even lagi besar lagi...Everything more better than kem yg aku join baru2 ni.. Tapi mungkin mereka masih baru dan mereka tak tahu apa yang kurang.. Aku join pun last minutes sbb housemate aku ajak. Aku jadi Exco ape pun aku tahu..Datang meeting yang last baru tahu.huhu -__-"

Aku pergi Sek. Men.Keb. Nenasi, Pekan Phg... Best sekolah tu walaupun pendalaman sikit sebab sekolah tu tepi pantai!Dah lama tak jumpe pokok kelapa yang tinggi2!!!Jakun den...=p Students sekolah tu pun tak ramai..Studnet yang aku dapat semuanya baik2 belaka. Habis kem ni pun diorg mesti tiap2 hari mesti call or msg aku cakap rindu...Auwww.....Malu nyah!ekekeke Siap ada students laki tu cerita pasal gf dia la..Ramai sangat tak tahu nak pilih yang mana...Confirm la times LDK aku byk merapu dengan diorg.. Byk borak2...Aku mana pandai sangat nak motivate mereka2...Aku pun kwn2 aku yg motivate aku..Hahahahaha Sebab tu la diorg pun sempoi..Ada group aku tu yang mak die dah meninggal...Ada tu problem dengan kawan..Certa sambil menangis2...Simpati jugak aku...sob...sob...sob...

Photobucket
Time ni baru sampai SMK Nenasi...Aku biasala perasan lebh...huhu


Photobucket
kakak2 Fasi yang penyopan...Auwwww


Photobucket
My Group yang Enjoy!!!!Kak Fasi yang berasa tinggi sila duduk....:)


Pensil/Surat:Dah start kuliah dis wik..Ayoyoyo....Best wo...Kelas pagi je..Ptg tak ada..so boleh masak time puasa nanti!!Oyeah!!!


Thursday, July 1, 2010

::Spaghetti Kampung::




Saya memang untuk mengingati sesuatu benda yang jarang di buat...Apatah lagi subject membaca... memang lemah gemalai betul la!

Saya suke memasak!Saya suke masak apa yang saya nak makan...Tapi apabila tinggal di rumah sewa jela... Kalau duduk kat rumah..Mak la yg selalu masak.. Saya prefer menguyah sampai kenyang je....huhuhu -___-"

Tapi oleh kerana saya lemah untuk mengingati resepi2 yang saya jarang masak.. So, saya akan call mak saya... Bertanya itu ini... Kadang2 takut jgk kena marah...Yela...Tahun lepas dah tanya..Pastu tahun ni tanya lagi...Mesti mak bengang..huhu

Jadi saya kena ambil alternative untuk menulis resepi didalam blog saya ini... Erkkk...Lantak la!Asalkan saya tak lupa dan tak perlu bertanya lagi!!

Ya...Tuan2 dan Perempuan2... Sekali lagi saya dipilih untuk menjadi tukang masak kepada pasangan yang hangat bercinta yang suka main tutup2 mulut...Razman & Dot Dot Dot... Oleh kerana saya tidak mahu memasak Mee Goreng Pedas lagi dan bajet yang Razman bagi agak TINGGI walaupun tidak la setinggi saya...Jadi saya telah memilih untuk memasak Spageti Kampung...Yela...Spageti yang tidak masam tapi Pedas...Ya...PEDAS mesti ada didalam masakn ku...hahahaha

Ok...Kita mula kan dengan Bismillah...^^

Bahan2 yang di lanyak..

Daging Cincang..Basuh dulu ye..Ni tak basuh agi..Ada darah lagi skit2.

Sos Spageti Kimball tapi aku guna yang original dan cendawan ye..Korang punya spageti ikot korang la!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan sebenar yang tiada kepura2an.
[Bahan2 ni untuk 10 org makan ye..Kira cam dua paket spageti la]

Bawang Besar : 2ulas [Potong ikut suka..tapi aku prefer potong dadu la]
Bawang Putih : banyak ulas...hahaha Aku dah lupa letak byk mana [Potong dadu...Cincang la senang!]
Cendawan Butang : 1 tin [Hiris nipis]
Tomato : 2 biji [Potong dadu buang biji]
Daging cincang : 1 bungkus.[Aku suka guna Cap Abg Ramlee]
Sos Spageti : 2 tin [aku suka campur original+cendawan]
Lada Boh or lada giling tapi bukan tenggiling...haha


Cara-cara memasaknya......


1)Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga baunya harum menyelubungi rumah anda..
2)Lada boh letak la 3,4 sudu..Suka hatila!Nak pedas letak banyak..Tapi jgn byk sgt...Sekeh kang!Kacau2 sampai pening....
3)Letak daging cincang..Kacau2 sampai lenguh.Hehe kacau sampai ratala!
4)Letak sos spageti..Kacau2 lagi..Biarkan seketika..Biar daging tu masak dan mengelegak.
5)Pastu letak la cendawan butang tu..Kacau2..Rasala..Kalau masam dan tawar letak la garam..Boleh hilangkan rasa masam.tapi kalau dah letak lada boh..tak adala masam..
6)Last sekali, letak tomato yang didadu ya tuan2 dan perempuan2..Kacau2..Biarkan mengelegak dan rasa2 dah masak...SIAP LA!tu pun susah ka!

Extra:Kalau nak tambahan..boleh letak meatball dalam kuah spageti tu..

Percaya atau tidak resepi saya ini..Hanya saya dan sesiapa yang merasa sahaja tau sebab saya buat ikut suka saya!Lalala

Saya tak snap pic spageti yang di masak sebab En.Razman tak sabar nak celebrate birthday dot dot dia sampaikan aku yang tengah masak pon dia sibok call,msg suruh cepat..nasib aku tak letak racun tikus dlm kuah spageti tu!Iksh!Nasib Si CC dtg tlg dgn Nadia..Thanx my buddy...:))

Hepi Birthday Azza Cayunk!
Love U!
Jgn gaduh2 lagi dengan Si Tong Oksigen tu ye!
Jadi matang..Matured..:)




Pensil/Surat:Esok pergi Kem Motivasi..Kena motivate budak sekolah..Aduh..Mesti jahanam2 budak2 tu....