Saturday, April 30, 2011

::Tak Kisah::


Assalamualaikum....
Ni la masalah bila nak start menaip. Intro tak tahu nak taip apa. Grrrhhhh! 
Tak tahu la nak cakap kalau ada sifat TAK KISAH dalam diri ni bagus ke tak. Banyak benda aku buat tapi aku tak kisah. Tak endah. 

1) Laptop
Laptop aku sedia maklum dah jadi Mr. OKU. [Ada aku cerita dalam entry ini dan entry ini] T_T Balasan terlampau 'sopan' membelainya. Pastu mula la menyusahkan orang.If nak bawak Mr. OKU tu, mesti kena naik kenderaan yang melebihi 2 tayar. Ni aku balik Johor, Mr. Lidiman kasi pinjam Mr. Black dia. Bukan aku minta nak pinjam. Ouh. TQ dear.. ^_^/v Ni la bila ada sifat TAK KISAH. Sanggup berpelukkan ke hulu hilir bawa  Mr. OKU tu. Bukan tak nak baiki tapi susah la nak baiki.. Dah boleh guna lagi kan, so guna la sampai tak boleh guna..=p

Photobucket
Mr. Black dalam gengamanku..Hohoho


2) Handphone
Handphone aku dah lama speaker rosak. Bila ada orang call kena buat loudspeaker. Tak pun pakai earphone. Bukan aku tak nak baiki tapi dulu la [2, 3 tahun lepas] aku pernah pergi kedai, ingat nak baiki tapi tuan kedai tu cakap kalau baiki around RM100++..Emmm... Kedekut pula time tu.. Terus cancel nak baiki. So, sampai sekarang la pakai handphone tu. Dah nama TAK KISAH kan. Asal boleh message, call, snap picture ok la... >__<

3) Mandi
Sekarang tabiat aku mandi lewat-lewat. Tak kisah la mandi pagi ke, malam ke. Kalau pagi mandi nya pukul 12pm ke atas. Malamnya mandi pukul 9pm ke atas. Mak aku selalu bising. Tapi aku tetap TAK KISAH. Mak aku cakap malam jangan mandi lewat-lewat, nanti dapat sakit. Aku bidas balik, "Kalau mandi air suam tak dapat la sakit." Pandai melawan pulak..=__="

4) Bilik
Bilik aku ni bukan privacy sangat. Adik-adik aku suka suki masuk buat macam bilik diorang. Kalau aku tak ada, bilik ni macam jadi hak milik Si Gulung. Dan barang-barang dia la yang buat space bilik aku ni bertambah kecik. Pastu mula la sound aku di Facebook cakap balik rumah lambat sikit la, jangan balik rumah la. Sigh =_=". Masalahnya, aku pun TAK KISAH pula walaupun barang-barang dia menyemak dalam bilik aku. Tak ada la nak ambil pastu pergi campak dalam bilik dia. 

Photobucket
Sebelum ni ada gitar letrik je dalam bilik aku. Semalam Si Gulung lepak dalam bilik aku boleh pulak dia bawak masuk gitar kapok tu pastu tinggalkan dalam bakul aku. Hampeh! Barang-barang lain macam tu juga, pastu mula la tanya aku, Kak Nurul nampak earphone tak? Nampak USB tak? Nampak surat mara tak? Nampak tu tak? Nampak ni tak.? Uh!

5) Masak
Aku biasa masak bila aku rasa lapar. Bukan orang lain rasa lapar.  =D So, bila adik-adik aku mengadu cakap lapar, baru aku pergi masak.Macam hari ini, aku dah umpan diorang dengan breakfast burger. Aku bangun awal buat burger untuk diorang, pastu aku naik bilik sambung tidur. Pukul 12pm aku baru bangun. Haha Pukul 2pm baru start masak. Pukul 4pm siap masak. Lunch diorang pukul 4pm la. Sebab perut aku TAK KISAH makan lambat. Dan perut aku sentiasa kenyang if dapat tidur sahaja. [Buruk perangai!]

Photobucket
Minum petang untuk hari ini. Tomyam + Terung masak GEDGED + Ayam goreng pedas.

6) Perasaan
Aku kurang alert tentang perasaan orang. Maybe bagi aku benda tu simple, so buat TAK KISAH je la. Sometimes kita rasa simple, tapi orang tu dah makan hati. Auucch.. Mesti sakit makan hati tu. -__-" Kita terasa if orang buat kita, tapi kita TAK KISAH pula if kita buat orang. Adooii... Sorry sangat-sangat kepada yang terasa saya buat dia. Tak sengaja la.



Pensil/Surat: Ouh! Pamplet, poster, slide untuk presentation aku masih belum buat! Mentang-mentang lambat lagi present buat TAK KISAH pulak!


 

9 comments:

Anonymous said...

laptop aku dulu pun OKU tp aku tak kisah nak ganti dia. ngeeee


adik buli ko rupanya.... kesian betol

hans said...

laptop aku baru jadi OKU bulan nih
hahahaha

definitely.me said...

hahaha.
perangai lebih kurang aku je.
bagus bagus.
laprop aku jatuh, jadi OKU pn aku pakai rilek je.

hp lak penutup bateri ilang, aku mls nk amik port.
pakai mcm bese je. HAHAHA

dem. hahaha

Wanie-san said...

kapten aka Ah Fatt:
sbb ko kaya...tu la ko xkisah ganti baru...hoho
mane de adik ak buli ak!lalalala

hans:
haha ada duit??melaburla kepada laptop yg lbh canggih!

fzaIbrahim:
haha same la...laptop mmg xleh nak tutop dah...hp dlu lg teruk..siap msg org tp xleh space..bantai guna gak...:p

definitely.me said...

hahahha.
ok ok. kau lagi comel ah kalau mcm tu.
haha :p

Anonymous said...

hahahaha aku nampak terung resepi aku... auwww terharu ok terung resepi aku sampai ke pontian :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
hidup kekadang memang begitu..sibuk memanjang

Wanie-san said...

FzaIbrahim:
selagi bleh b'jimat kita b'jimatt...:p

gedged:
U suke x?suke x??Auwww...i fofula kan terung u..hoho

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o:
memang bz...kdg2 xbz tp buat bz...:)

YobSumo said...

huh TAK KISAH banyak benor ni wanie! ckp phone pakai loudspeaker? dem! itu patut kisah!