Thursday, December 1, 2011

::Mungkin Boleh Dimulakan Kembali::

Assalamualaikum....
Semalam aku mula update 1 entry setelah sekian lama tak update dan tetiba rasa banyak sangat kan masa terluang [padahal CFP merayu-rayu suruh dilengkapkan]. Aku pun dengan rajin pergi click entry aku yang lepas-lepas. Bukannya pergi jelajah blog orang. Lepas tu mula la rasa macam nak delete semua entry lama-lama. Rasa malu pun ada, tapi bila baca entry lama-lama ni terimbas-imbas kenangan dulu masa degree. Aku mula blogging time degree. Masa tu blog ni tak femes mane pun. Aku blogging pun sebab ada baca blog senior-senior dulu macam Puan Lifesaver, Yanie Putrajaya Budak Gebu. Serius suka baca blog senior-senior ni. Kelakar. Tapi sekarang diorang dah tak blogging. Yang ada sekarang ramai budak-budak baru. Dulu diorang blogging bukan kejar duit pun sebab dulu Nuffnang mana wujud pun lagi. Haha 

Mungkin orang tak suka share pasal diri mereka diorang pikir blog ni mengarut. Mungkin la. Depend pada individu tersebut. Tapi bagi aku la, bila kita cerita apa yang menarik berlaku pada diri kita dan jarang berlaku pada hari lain dan kita coretkan dalam blog, mungkin suatu hari nanti bila kita baca, kita akan imbas kembali. Lebih-lebih lagi pesen orang macam aku ni, pelupa yang amat. So, bila baca balik peristiwa tu akan refresh la kembali. Macam aku pernah buat entry aku sorok baju anak ayam gedged, benda tu akan menyebabkan aku teringat peristiwa yang berlaku dalam bilik 5, Jalan Plumbum. Pastu mula la pergi post di wall ex-rumates cakap rindu. Sekarang mula rasa menyesal sebab tak update blog masa kerja dulu. Tak cerita pasal aku gaduh dengan bos, dengan orang Proton. Pasal aku accident keling langgar aku, aku langgar housemate aku. Kang dah lupe bila semua tu berlaku.huhu

Tapi tak bermakna aku nak mula blogging macam dulu pergi jelajah blog orang. Kalau setakat baca blog-blog yang memang dah di link kan dalam blog aku ni mungkin aku baca la. Kalau rajin aku komen kalau tak ada idea aku baca sahaja..:) Sebenarnya leceh juga nak update blog ni. Nak kena resize picture then need to put watermark bagaila. Leceh ok. Update blog tak letak gambar pula macam tak menarik. Ok, sebab aku tak letak lagi gambar-gambar orang yang rapat aku masa Master ni so sekarang mungkin masa yang sesuai untuk munculkan diri-diri mereka. Kalau sekarang aku start sebut nama Nadiah tu boleh kira dia lah teman rapat setakat ni. Walaupun dah kahwin tapi lagaknya macam budak-budak. Kalah aku yang muda remaja ni. Erk?? =_="


Members group. Apa-apa presentation je, ni la group aku. Gila?Memang pun... Dats why aku lebih suka sesi pembelajaran time Master. Eh, time Diploma suka juga ok! Time degree banyak mengajar aku erti INDEPENDENT. Ouh...T_T


Takat-takat ni jela, aku pun esok kelas pagi. Sabtu pagi, 3hb Dec 2011 ada test. Malam sabtu tu pula parents aku pulang dari menunaikan haji. Hope, everything will be ok. Insyaallah...

Pensil/Surat: Sayangilah  ibubapa anda selagi mereka masih hidup. 

3 comments:

sea_lavender said...

mengimbau kenangan ye~~
indah3x =)

Lelaki Ini said...

ithulah..
sy suka baca blog yg tulis pasal personal..
suka bila baca apa yg owg lain lalui

JeeMacey said...

betol la wanie..kadang2 rs nk delete je entry lama...ntah apa yg merapu ntah..tp syg pulak nk delete..bila bc sendiri boleh gelak..huhuhu...skrg pon jee dh jrg update blog...suntuk masa...