Friday, January 6, 2012

::Padah Berjanji::

Assalamualaikum....
6hb Januari ialah hari lahir adik aku yang bongsu. Sejak ada FB ni, dia asyik berFB je. Orang dah besar katakan. Sikit-sikit nak FB. Apa best sangat ke FB tu?? [Macam mengata diri sendiri je..=_="]

Oleh kerana teknologi terlampau canggih sangat kan.. Aku pun wish kat FB dia la.. Nak suruh dia mempraktikkan lagi skill penggunaan dan pemahaman die terhadap FB ni. Yela, dia baru wat FB ni tak sampai 2 bulan lagi. Aku dengan BANGGA dan GAH nya siap tanya dia nak hadiah apa. Aku tahu dia pesen malu-malu kambing nak minta hadiah-hadiah ni.

Mula-mula dia tak tahu nak minta apa.. Aku pikir dia nak suruh aku belanje KFC ke PIZZA ke sebab dia ni suka makan! Aleh-aleh dia dah sound aku cakap dia ON DIET!Ouh??Hahaha Last-last dia minta hadiah 

SNAPBACK-NEW ERA HATS-FITTED HATS-NEW ERA CAPS-CUSTOM.. 

Erkkk apakah ini semua?? Yang aku tahu ni topi. Tapi topi pesen apa?? Kat mana nak cari?? Macam mana adik aku tahu semua ni??Fening pula aku nak mencarinya.. Siap cakap tak beli yang ori pun tak apa. HA???? Macam mahal pula je...



Kenala tunjuk ceria konon-konon aku boleh belikan KAN??Tak kan tetiba cakap tak nak, tacing pula kang aku juga yang susah. Dah la semalam aku terharu gila time mak call, mak cakap adik aku tengah hitung hari tunggu aku balik selepas habis final ni. Siap tahu bila last paper aku.. WAHH!! [Tetiba rasa nak balik rumah On da spot juga tau!! T_T]

Tapi kan.. Kalau aku
1) Tak dapat cari, aku beli je lah cap billabong yang ada kat pasar malam tu. Aci tak adik? Hahaha
2) Tak cukup duit, aku suruh je Pak Cik Ghani support dalam 2:1. Kira Pakcik Ghani 90% aku 10%. Aci tak??Hahaha
Demimu adik, akan di usaha kan.^_^
Pensil/ Surat: Demi keluarga apa pun sanggup. Air di cincang takkan putus.  


5 comments:

Fnd Rocka said...

belikan je ketayap

Un Phat Lee said...

ps3 lah weyh

Anonymous said...

nak jgk hadiah in advance!!!haha

K2r~90 said...

Perh da lame x dpt adiah pong

Wanie-san said...

fndrocka : ketayap utk ko je..:p
un phat lee: dah ado..x box lg de kat umah tu..huhu
puan capa:xpayah nak ngada2 ye.. suh mr.ke.
K2r~90 : hahaha suh parents bg..hehe