Wednesday, January 4, 2012

::Exam Mood+Annoying!::


Assalamualaikum wbt...
Pagi tadi selamat satu paper exam aku tebas. Tunggu lagi 5hb aku bakal tebas paper ke 2 iaitu subjek Pedagogi. Pernah dengar perkataan PEDAGOGI??Kalau pernah dengar anda mesti seorang pendidik. Kalau bukan, anda mesti seorang yang suka mencari ilmu...Yela tu~~ Ok2, munurut mr Google, Pedagogi berasal daripada word PAIDAGOGOS. 

PAID : KANAK-KANAK (Bukan bayar okeh)

AGOGOS: PEMBIMBING (Bukan tarian agogo okeh)

Ni bahasa Latin la. Sebenarnya sebelum masuk ke alam Master ni aku langsung tak pernah dengar perkataan ni. So, bila dah ambil subjek ni mula la duk membuat tafsiran mengikut kehendakhatiakusendirikaupeduliape. Hohoho Rupanya, pedagogi ni sangat penting kepada sesiapa yang mengambil course Education. Bila berlakunya sesuatu kes berkaitan guru, mesti aku dan Nad akan cakap dia ni tak ambil Pedagogi la tu. Tak tahu cara mengajar yang betul. Tak tahu nak bimbing pelajar. Bla bla bla..Hahaha Bajet dah katam sangat la subjek Pedagogi tu?? =_=" Sigh!

Exam kalau kira lusa tapi aku apa pun tak study lagi. Kalau dah pandai tak apa la kan. Ni satu benda pun tak tahu. Macam mana ni? Malam tadi aku dengan roomates aku tergolek-golek tak tahu nak buat apa. Berborak, menyanyi, menonton television. Petang tadi, sepetang aku melakukan anjakkan paradigma.. mengantikan malam tadi hanya tidur 4jam..Huhu Ni aku tidur lambat bukan sebab aku study tau! Jangan salah faham pula. [Macam la orang kisah sangat kau study ke tak wanie oiii!]

Ha, aku sebenarnya annoying teramat kepada sesiapa yang post puji diri sendiri la terbagus. Belagak. Aish... Tolong la. Tak payah la nak cakap kau tu di ibarat lelaki idaman malaya KONON. Gf kau lah paling untung dapat lelaki macam kau. Eh? Hello!! Dari aku tak rasa apa-apa dekat kau sampai aku rasa annoying+menyampah+meluat kat status kau. Tak payah la post status BODOH macam tu. Orang lain ramai lagi terbagus dari kau tapi aku tengok tak pula dia nak cakap "saya beruntung dapat gf bla bla bla sebab saya pun bf yang bla bla bla" Aku rasa kan nak delete je post kau dari Home FB aku tapi tak boleh. Menyemak je duk naik kat home aku. Ada juga rasa nak Delete then Block ko terus sebab tak nak bagi status BODOH kau macam tu naik kat wall home aku. Boleh cam gitu?? Ekekekek Status kau before ni aku tak tahu la macam mana kan sebab aku tak ambil kisah sangat tapi status terbaru kau tu buat aku tertanya-tanya masa mula-mula aku baca. First ayat yang terlintas dalam kepala aku, "Siapa yang bodoh gila buat status macam HAREEEMMM ni??" Aleh-aleh tengok nama kau! Rasa nak gelak guling-guling pula. Ni aku ni, dah kenal kau luar dalam, dah leh bayang muka belagak kau tu. Muka bangga kau tu. Bila orang kutuk hangin. Nak orang pujiiiii memanjang. Puih!Puih! Eh... dah-dah. Cukup. Hehehe Agak-agak kalau kau post status bodoh macam tu lagi aku rasa kau tak layak ada dalam list friends aku lah. Tu je lah aku boleh cakap.Hohoho

Nak juga la try buat status ala-ala gedik tapi bukan BODOH macam kau.

Ehem. Ehem. "Saya, Wanie beruntung gila dapat bf macam Mr. Lidiman kerana dia sempoi, sporting, tak mengongkong saya, suka bahan saya, suka kutuk-kutuk saya pendek,  rendah. suka panggil saya bon bon. Kadang-kadang panggil saya bonzai. Saya berasa untung gila! Tak macam sesetengah couple tu suka maki hamun gf dia. Suka caci maki gf dia. Suka memaksa gf dia buat apa yang dia suka, apa yang dia nak. Tak suka tau. Tak suka tau dapat bf macam gitu. Menci!Menci! Ekekekeke" Buleh ke macam gini?? [Rasa nak lempang gak diri sendiri] Tak payah aku buat status macam gini, baru nak post dah kena spam dengan Mr. Lidiman! Hohohoho

Nah!Aku kasi tepek KHAS muka loya aku terhadap status kau yang BEST sangat tu!!
*Rolling eyes*

Sebelum mengundur diri aku mintak ampun dulu ya Pak! LARIIIIIKKKKKKK setempat.Hahahaha

Pensil/Surat:Nak exam pun sempat buat status cari pasal dengan orang..!hoho


7 comments:

Anonymous said...

Hey!Jangan kutuk orang!hahaha

ucena said...

wah ! emo sungguh cik hazwani

Anonymous said...

pedagogi??
hahaha
macam nama katun!

Wanie-san said...

puan capa:hehehe tak kutuk la..mengata aje...hoho

ucen:emo la!siap gedged pon emo gak tauuu!

lelaki ini: hahaha kalau nak sebut pon mcm bunyi tau!mcm2!:)

F. said...

gud luck beb 4 next paper :)

Anonymous said...

bahahahaha... aku tau sape.... hahaha

Wanie-san said...

Faza:tq beb!:)

gedged:hahahaha diam2 sudeyyy ye!!klu die bace confrm die sentap!ahaha