Wednesday, December 28, 2011

::2 Kek Kembali::

Assalamualaikum...
Minggu ni ialah study week. Tapi harapan la kan aku nak ber'study'. Actually, hari ini baru boleh rehat serehatnya. Dari last week tak boleh nak rest apa pun lagi. 

Last week on 22nd Dec, birthday aku. Aku dapat 2 surprise from my housemates and my classmates. Sangat HAPPY! Tak sangka betul! Fyi, this year is the 1st year my birthday jatuh pada hari bukan cuti sem. Before ni, dari masa sekolah lagi sampai la masuk U, sesiapa yang lahir pada bulan DECEMBER dia lah orang yang terselamat dari terkena balingan telur, taburan tepung, dll. Hehehe Biasanya bila sambut birthday di rumah, parents aku akan belanja makan. Tapi pernah mak aku beri kejutan belikan 2 cakes untuk aku. Memang happy gila time tu. hehe bukan satu tapi DUA! Hehehe 

Ha!! Kan betul dua kek mak aku bagi!hehehe

Chocolate moist & Blueberry cake! Best sangat!!hehe

Tahun ni aku dapat 2 cakes juga!hehe Tak sangka sangat-sangat! Dah la masa birthday aku tu aku memang busy sangat. Present proposal pastu habis present terus balik rumah sebab malam tu ada kelas ganti. Tengah duduk kat meja study aku tetiba housemate aku, Ashu & Kak Mas balik rumah dengan perasaan marah-marah. 1st time aku tengok Kak Mas marah gila-gila macam tu.Huhu Dah reda semua, pastu semua duduk menunggu cerita Tentang Dhia, Ashu tetiba tunjuk aku pinggan-pinggan. Aku pulak baru lepas makan before balik rumah tu memang tak layan la. Tetiba Kak Mas pusing bagi kek untuk aku! Apa lagi terkejut la... Suke sangat. Nak snap picture dengan kek tapi seksi sangat time tu so snap picture kek jela. Tu pun selepas aku dah potong.Hehehe
Walaupun nampak simple tapi serius bagi aku kek sponge dia memang best! Rasa padat je. Krim dia pun ok. Tak da la tebal. Thanx my housemates!!hihi

Selepas dah makan kek tu, aku siap-siap nak pergi kelas. Kelas pula start lambat, apa lagi merepek la kami di luar kelas tu. Pastu aku pula kena present using Smartboard. Huru hara jadi nya. Jadi badut sebentar aku kat depan tuh!Huhu Before kelas habis Ika dan Farah mintak tolong hantarkan diorang punya proposal.. Aku tak da hal la sebab keesokkan harinya aku memang nak hantar report dan CD presentation aku. Sampai-sampai je kat kereta Ika aku nampak kotak tapi aku tak pikir apa-apa pun sebab aku memang dalam kepala tunggu proposal je. Aleh-aleh Farah keluarkan kek!Perghhh! Time tu juga rasa terharu gila-gila!Nak nangis time tu juga! Mana tak nya, dah la baru kenal diorang tapi diorang dah celebrate birthday aku! Terpeluk-peluk aku pintu kereta Ika sebab terlampau terharu! Dah la time tu pukul 11pm. Tak ada orang kat Fakulti dah.. Hehehe Apa-apa pun thanx guys!:))

Blueberry Cake!! Sedap sangat!! Blueberry tu macam gel lagi!Sedap sangat!!hehehe

Ika yang tengah-tengah tu! Dayana & Peanut kebetulan tumpangkan aku datang kelas. Alang-alang ajak diorang celebrate sekali!!hihihi

Pensil/Surat:Keesokkan harinya aku pergi la Kem Bina Diri! Best juga sebab aku pergi kerana rela hati bukan paksaan..hihi



Thursday, December 22, 2011

::17th + 7 =??::


Assalamualaikum....
Tak boleh tidur lagi. Kerja banyak sangat. Tapi bila di listkan sikit la pula. Kenapala malam ni aku rasa sangat berserabut?? Ouh...Yela. Kerja datang last minit. Mana la tak huru hara hidup aku nih! Lecturer bagitahu next week yang kena present. Aleh-aleh. tadi lecturer bagi tahu balik, ESOK kena present! Perghh.. Kelam kabut la kannn... Tapi aku rasa lepas aku tahu kena present esok aku boleh pergi bukak printer then print proposal. =_="

Eh. Eh. Tujuan utama update blog malam ni sebab nak nak cakap HARI NI HARI KELAHIRAN AKU YANG KE......24..=_=" Ok, please jangan nak tanya aku nak kahwin bila. Memang aku tahu umur aku ni patut dah kahwin dan dapat anak dah kannnnn! Ah!Belajar tak habis lagi ok. Tapi hari tu aku pun pelik mak aku bagi permission aku kahwin. Siap cakap tak pe la kahwin time belajar. Ramai je buat macam tu..Huhu Tapi mak....Bukan anak mak ni tak nak..Tapi mak nak support ke kesemua majlis saya nanti walaupun saya TAK NAK PELAMIN, TAK NAK SANDING, TAK NAK BUNGA TELOR, NAK BUAT KAD KAHWIN SENDIRI, NAK BUAT MAKANAN MEWAH-MEWAH UNTUK TETAMU. Mak sanggup ke nak support??Hohoho
Dah-dah..tak perlu nak merepet kerepet lagi! Di hari ulang tahun kelahiran aku ini.. Aku nak wish kata-kata yang bermakna sikit..@_@"...

Dengan itu,
Ingatan tulus ikhlas untuk diriku,
1 angka lagi bertambah, semakin dekat ajalku.
Semakin hampir diriku dengan mautku..
Tapi, adakah diriku makin merapati  Allah yang satu??

Teguhkan Imanku.
Tetapkan keimananku.
Islam agamaku.
Al-Quran kitabku.
Kaabah Kiblatku.
Ya Allah,
Jauhilah aku dari fitnah dajal.
Jauhilah aku dari seksa api neraka.
Jauhilah aku dari fitnah sebelum dan sesudah mati.
Amin..

 22nd December 1987
until 
22nd December 2011
Thank You Allah...

Berangan nak jadi kurus balik..^_^

Pensil/Surat: Dah!Pergi buat  slide teknologi pula!

Sunday, December 18, 2011

::18.12.10 to 18.12.11::


Assalamualaikum w.b.t!!

Uh!Kena taip sepantas kilat!!Bukan ape dah nak dekat 19.12.2011 dah! Sepanjang mengenali Mr. Lidiman selama 1tahun macam-macam benda berlaku.

Update:
Saya suka dia sebab dia.......
Cakap sopan sangat. Walaupun dia marah, dia geram, dia tak pernah tinggikan suara. Dia tak pernah tengking-tengking. Dia tak pernah caci maki. Kalau dia geram sangat, dia hanya cakap "Nurul Hazwani... Ikut awak lah nak buat apa pun.." hehe

1st time jatuh hati kat dia pun bila dengar dia order makanan. Perghhh... Sopan santun sangat. Suara soft sangat-sangat. Dengan kawan-kawan pun cara dia cakap tak ada kurang ajar pun. ^_^

Dia suka saya sebab..........
Ermmm... Patutnya dia jawab la kan. Tapi tak apa, saya bagi tahu sikit-sikit..Hikhik Dia mula jatuh hati dengan saya bila tengok saya gelak macam orang gila time tengok cerita Hantu Kak Limah. Dia cakap saya be my self. Tak ada nak control ayu ke apa walaupun dat time kami bukan lagi bercinta. Haha
Picture wajib kami snap ialah pic dalam kereta. Dan kenduri kahwin adalah 1st place dating kami selepas bercouple dan kenduri kahwin berikut-berikutnya tempat saya dan dia mengenali rakan-rakan masing-masing.

1) Malu-malu tahi kambing lagi. Otw pergi kahwin Maul & Zura di Rembau. ^^<

2) Otw pergi kenduri kahwin Lalang & Ecah di Bangi. 
(Walaupun muka bertampal tetap gagahkan diri pergi!) >_

3) Otw pergi kenduri kahwin Akmal & Lisa di Melaka (selang sehari selepas kenduri Ecah)
4 ) Otw kenduri kahwin Faizal & .....(lupa nama wife dia) di Banting


5) Weeding adik Capek..Pic dalam kereta masih dengan Mr. Lidiman..Hoho




6) Otw pergi kenduri Yana & Adam di Telok Panglima Garang.. Auuum!! Hehehe

Semoga Allah panjangkan perhubungan kami.
Amin..

Saturday, December 17, 2011

::Eh?Hai Lemak::


Assalamualaikum....

Perasaan nak menimbang-nimbang berat badan tadi sangat berkoba-koba. Apa taknya, sekarang dah makan nasi 1 kali sehari. Rasa boleh la turun 1 or 2 KG. Walaupun semua seluar jeans ketat bila dipakai. Confident kena la mencanak naik. Baru ada style..-_-" Apa lagi... Naik penimbang, yang munculnya..... Angka yang tak ku sangka! 4KILO NAIK!! Apa nak jadi dengan badan aku ni! Sebab tu la aku rasa perut aku berlemak sangat!
Oleh kerana terlampau happy dengan bacaan penimbang tadi, aku pun singgah kedai beli nasi lemak ayam. Alang-alang dah berlemak tu, tak salah la kan nak menambahkan berat lagi.T_T

P ergi kenduri Yana & Adam. Ambil nasi banyak sangat. Pernah pergi kenduri orang kahwin makan nasi dua pinggan. Nasib la orang tak perasan. T_T

Muka mintak pelempang! Lepas kenduri pergi beli tiket bus di TBS pastu pergi cari kek sebab lapar.
Terima kasih nafsu makan kerana membenarkan lemak bertandang. hukhukhuk

Pensil/Surat: Berjaya juga pujuk Pakcik Ghani datang ambik aku..:P

Wednesday, December 7, 2011

::Bila Musim Cuti Sekolah::

Assalamualaikum....
2 weeks lagi dah start study week.. Tapi 2 weeks before study week ni rasa dah nak magrin jeee! Semua assignment kena submit before 24hb Dec. Lecturer pula bagi last minutes. Pasrah je la. Esok ada lawatan then report pulak kena buat. Proposal next week kena present, concept paper for falsafah lagi, mini proposal untuk physiology lagi. Aduyai... Orang lain time cuti sekolah ni sibuk buat persiapan nak kahwin. Aku sibuk buat persiapan nak habiskan sem 1 ni. Sekejap pula rasa. Tup tup dah nak habis 1 sem. Tinggal 2 sem lagi dan ini bermakna aku ada lagi 1tahun untuk habiskan master ni. Insyaallah..

Group members aku ada yang tengah sibuk buat persiapan untuk weeding beliau bulan February tahun depan. Kesian pula aku tengok. Dulu happy go lucky je bila datang kelas tapi sekarang nampak sangat dia kuat berfikir. Tapi respect gak la, bab study dia maintain je. Tak ada la assignment, report tak siap ke. Ramai pula kawan-kawan baik aku nak kahwin. Yang aku tumpang gembira best friend aku time Diploma, Tasha. Tadi baca blog dia. Sekarang ni pun tengah sibuk buat persiapan kahwin dia. Dulu ingat lagi, keluar dating dia pinjam baju aku aleh-aleh kantoi dengan bf dia bila ada picture aku pakai baju sama, Haha Adat la tinggal kat hostel duduk pinjam baju kan..=_=" Sampai juga jodoh dia kahwin dengan Asri. Aku tahu dari dulu lagi Asri tu memang baik. hihi

Picture time Pre-Graduation Part 6 Diploma...^_^/

Minggu ni aku dan Mr Lidiman insyaallah akan attend weeding kawan dia. Sejak couple dengan Mr. Lidiman ni aku rasa banyak benor la pulak aku pergi kenduri orang kahwin dan mostly semua kawan-kawan Lidiman! Iksh3... 1st time keluar dating selepas couple pun pergi kenduri kawan dia kat Rembau. Perghh.. Hoho

<3

Pensil/Surat:  Dah-dah pergi sambung buat proposal la Wanie oiii!

Monday, December 5, 2011

::Cakap-cakap yang Habuk pun Tak ada::

Assalamualaikum...
Rasa malas sangat nak face dengan orang yang sangat berhipokrit ni. Cakap bukan main buat orang nampak dia ni la the best. Dia lah yang paling bagus. Tolong la. Kalau orang tak kenal kau memang orang tak tahu la kan perangai kau tu macam mana. Tapi kalau dah kenal luar dan dalam, jangan harap nak kelentong. Eleh, cakap bukan main tak buat itu ini, sebab tak suka la, sebab jiwa tak boleh terima lah. Padahal hati pesen tak reti nak hargai orang, selfish. Hei, kadang-kadang geli baca statement kau. Bukan takat geli-geli je, gelak guling-guling sekali la juga. Yang tak boleh terima tu, cakap tak minat, tak suka tapi statement dah terbentang luas duk tunjuk dia pun pesen duk heboh sekampung. Kapoci gila. Grhhh...


Pensil/Surat: Kan dah buat aku bebel. 

Sunday, December 4, 2011

::Excited!::

 Assalamualaikum...
Baru je sampai Pontian. Semalam lepas test Falsafah terus pergi KL selepas tu sampai TBS Mr. Lidiman dah tunggu sebab nak hantar aku pergi KLIA. Weekend this week memang agak huru-hara tapi sangat gembira hulalalala!! Sebabnya.........~~

1) Parents aku selamat pulang menunaikan Haji.. Alhamdulillah.. Aku tengok makin sihat je ayah dan mak aku ni. Makan kurma banyak sangat ler tuuu..

Ni masa duduk menunggu parents aku keluar dari terminal. Parents aku selamat sampai KLIA dalam pukul 8.40pm tetapi kena tunggu beg pula 2 jam. Apa lagi, sesi melepak adik-beradik la. Dah lama tak jumpa kan.hoho Subjek utama kutuk-mengutuk la.. Memang gila la sorang-sorang. ^_^


 Time ni parents aku dah keluar dari terminal. Duk discuss la. Ouh, pasangan tengah-tengah tu Pakcik dan Makcik aku. 

Weee~~~~~~ Semua berkumpul! Ha!Sihat-sihat je kan parents aku tu! Sangat rindu woo!
2) Dapat surprise dari Mr. Lidiman!!!! Tak pasal-pasal dapat present for our anniversary! Haha. Gila suka kot! Bukan tu saja ye.. Mr. Lidiman bagi Advance Birthday present jugak! Bergolek-golek rasa suka!!!!! TQ Mr. Lidiman!

 Wihuuu!! Mr. Smurf!! Tak dapat lagi nama untuk beliau. Kena bermesyuarat senat dulu.. Lala Mr. Smurf hadiah sempena birthday aku yang soon soon lagi. Motif tak sabo bebenor Mr. Lidiman nak bagi kan.. Grhhhh =_="

Ni pula jam Esprit.. Ni sempena Anniversary kami yang soon soon jugak. Motif bagi awal juga kan. Walaupun birthday dan anniversary bulan Dec aku rasa tak perlu la nak bagi awal berminggu-minggu kan. Hoho

 
 Dapat je dalam kereta terus pakai peluk!! Suka!! Tapi kan.. Dua-dua warna biru. Ikut warna favorite dia la pula kan. Mentang-mentang time birthday Mr. Lidiman aku bagi coklat warna merah ikut color favorite aku kan.>__<"

Sebenarnya, ada kisah pasal hadiah tu. Time sampai TBS tu aku terus turun bawah sebab Mr. Lidiman tunggu dalam kereta. So, sampai-sampai je terus bukak pintu belakang then aku nampak kotak dalam plastik. Aku campak kotak tu kat hujung sebab aku nak letak beg aku. Masuk kereta dah jalan Mr. Lidiman tetiba cakap takutla kitorang tak jumpa lagi this month so dia nak bagi hadiah awal. WHAT!!! Ape lagi aku ambil kotak kat belakang tu. Tadi bukan main duk campak. Pikirkan barang kerja beliau.. Hehehe Soriii!!

Pensil/ Surat: Ok, dah. Nak pergi makan kurma banyak-banyak.hehe Macam nak pakai inai mekah juga. Gatai nooo!

 

Saturday, December 3, 2011

::Serabut dah::


Assalamualaikum...
Esok pagi 3hb Dec, eh?Dah masuk 3hb kot!Ok-ok, pagi nanti..=_=" Aku ada test Philosophy. Macam mana orang otak Math ni nak merembes idea untuk subjek Falsafah? Aku rasa mahu esok keluar calculation je. Dulu time degree pernah ambil subjek Philosophy of Sciences. Ni time master kena ambil pulak Falsafah dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Jem kepala otak gua...~_~!

Please la... Dah la selepas test kena rushing pergi bus stand nak pergi KL pula. Malam esok parents aku balik dari Mekah. Abang dan adik aku dah pergi KL harini. So, esok aku perlu gerak ke KL naik bus je la. Bercampur-campur dah perasaan ni.


Tokoh falsafah:
1) Sacrates- Pembentukan pengetahuan yang murni amat penting bagi mencapai kebijaksanaan.
2) Cicero- The mother of all art.
3) John Wild - Usaha untuk memahami faktor-faktor dasar sesuatu yang kita alami.
4) John Dewey- Usaha manusia untuk membuat penyesuaian sesuatu yang lama dengan yang baru.
5) Al-Farabi - Cintakan kebijaksaan dan falsafah ialah pokok segala ilmu.
6) Ibnu Sina - Dapat mengawal pemikiran manusia daripada terpesong.

Mazhab Falsafah:
1) Idealisme
2) Realisme
3) Pragmatisme
4) Prograsivisme
5) Eksistensialisme

Ni jela kot aku boleh ingat. Padahal soalan dia tak ada la sedirect macam gini. Eh? Rasa berilmiah pula kan entry aku harini. =_="

Eh, sempat pula la kan update blog!
Pensil/Surat: Wish me gud luck..Baru nak sedar diri oi!

Thursday, December 1, 2011

::Bila Lapar::

Assalamualaikum...
Ehem... Ada 2 perkara yang buat aku kadang-kadang hangin la. Eh?Bukan kadang-kadang. Tetapi apabila berlakunya perkara tersebut aku hangin. Lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan MAKANAN!

1) Perut memang dah lapar tahap kronik la kan, dalam kepala duk berfikir nak masak sekian.sekian.sekian. Balik je rumah terus prepare barang-barang nak masak then masak. Tengah-tengah masak tup tup gas habis............................................. [AGAK-AGAK NAK HEMPUK DIRI SENDIRI DENGAN SENDUK KE NAK SELAM MUKA DALAM AIR??] Perut memang duk berdondang sayang bagai. Hangin la jugak kan.! Gggrhhhh! Dugaan!

2) Perut aku memang sentiasa lapar ok. Bila dah siap masak semua tu apa lagi terus ambil pinggan nak ceduk nasi la ye. Aleh-aleh buka periuk nasi yang ada hanya BERAS+AIR. Ouh!! Kepala lutut luuuu! Masak nasi tak tekan COOK How come nasi nak masak! Tunggu beribu tahun pun memang cam gitu jeee! Rasa nak pergi kedai makan kat kedai jeh!!!

Actually, semua ni memang selalu berlaku masa duduk rumah sewa. Tengah masak tomyam lagi. Satu periuk besar!Aleh-aleh gas habis. Maghrib pula tu. Ada pula la kan service hantar gas malam-malam. Alternative lain ceduk semua tomyam tu letak dalam periuk nasi. Masak dalam periuk nasi. Canggih tak?? =_^/v..

Kalau duduk rumah parents tong gas memang ada tong gas spare. Gas habis tukar je. Senang cerita. Tapi kalau duduk rumah sewa nak buat macam gitu... ermmmm.....ermmm.... Rasanya paham-paham sendiri lah ye.
Muka-mukatahapkroniknakmampus,tunggupizzataksampai-sampai!

Pensil/Surat: Perut tengah main dram ni , tunggu makanan. Sabo jelah!

::Mungkin Boleh Dimulakan Kembali::

Assalamualaikum....
Semalam aku mula update 1 entry setelah sekian lama tak update dan tetiba rasa banyak sangat kan masa terluang [padahal CFP merayu-rayu suruh dilengkapkan]. Aku pun dengan rajin pergi click entry aku yang lepas-lepas. Bukannya pergi jelajah blog orang. Lepas tu mula la rasa macam nak delete semua entry lama-lama. Rasa malu pun ada, tapi bila baca entry lama-lama ni terimbas-imbas kenangan dulu masa degree. Aku mula blogging time degree. Masa tu blog ni tak femes mane pun. Aku blogging pun sebab ada baca blog senior-senior dulu macam Puan Lifesaver, Yanie Putrajaya Budak Gebu. Serius suka baca blog senior-senior ni. Kelakar. Tapi sekarang diorang dah tak blogging. Yang ada sekarang ramai budak-budak baru. Dulu diorang blogging bukan kejar duit pun sebab dulu Nuffnang mana wujud pun lagi. Haha 

Mungkin orang tak suka share pasal diri mereka diorang pikir blog ni mengarut. Mungkin la. Depend pada individu tersebut. Tapi bagi aku la, bila kita cerita apa yang menarik berlaku pada diri kita dan jarang berlaku pada hari lain dan kita coretkan dalam blog, mungkin suatu hari nanti bila kita baca, kita akan imbas kembali. Lebih-lebih lagi pesen orang macam aku ni, pelupa yang amat. So, bila baca balik peristiwa tu akan refresh la kembali. Macam aku pernah buat entry aku sorok baju anak ayam gedged, benda tu akan menyebabkan aku teringat peristiwa yang berlaku dalam bilik 5, Jalan Plumbum. Pastu mula la pergi post di wall ex-rumates cakap rindu. Sekarang mula rasa menyesal sebab tak update blog masa kerja dulu. Tak cerita pasal aku gaduh dengan bos, dengan orang Proton. Pasal aku accident keling langgar aku, aku langgar housemate aku. Kang dah lupe bila semua tu berlaku.huhu

Tapi tak bermakna aku nak mula blogging macam dulu pergi jelajah blog orang. Kalau setakat baca blog-blog yang memang dah di link kan dalam blog aku ni mungkin aku baca la. Kalau rajin aku komen kalau tak ada idea aku baca sahaja..:) Sebenarnya leceh juga nak update blog ni. Nak kena resize picture then need to put watermark bagaila. Leceh ok. Update blog tak letak gambar pula macam tak menarik. Ok, sebab aku tak letak lagi gambar-gambar orang yang rapat aku masa Master ni so sekarang mungkin masa yang sesuai untuk munculkan diri-diri mereka. Kalau sekarang aku start sebut nama Nadiah tu boleh kira dia lah teman rapat setakat ni. Walaupun dah kahwin tapi lagaknya macam budak-budak. Kalah aku yang muda remaja ni. Erk?? =_="


Members group. Apa-apa presentation je, ni la group aku. Gila?Memang pun... Dats why aku lebih suka sesi pembelajaran time Master. Eh, time Diploma suka juga ok! Time degree banyak mengajar aku erti INDEPENDENT. Ouh...T_T


Takat-takat ni jela, aku pun esok kelas pagi. Sabtu pagi, 3hb Dec 2011 ada test. Malam sabtu tu pula parents aku pulang dari menunaikan haji. Hope, everything will be ok. Insyaallah...

Pensil/Surat: Sayangilah  ibubapa anda selagi mereka masih hidup. 

Tuesday, November 29, 2011

::Cutikah?T_T::


Assalamualaikum......
Hari ini hari Selasa. Aku masih berada di Pontian. Di rumahku syurgaku. Oh! Guane ni! Harini dah la ada kelas. Full pulak tu! Dari 8.00am sampai 5.00pm kelas aku. Betapa ruginya aku tidak dapat menuntut ilmu pada harini. Macam poyo nak mampus ayat aku. sejak bila berubah jadi konon-konon baik ni??

Ermmm.. Aku rasa tak perlu bebel panjang la. Actually, semalam aku dah bersiap dan dah SAMPAI pun di stesen bus untuk pulang ke kampus kesayanganlasangatkan di Parit Raja. Aku memang akan balik rumah sewa hari Isnin sebab Isnin tak ada kelas dan KEBIASAAN SANGAT-SANGAT, bus yang nak pergi ke Batu Pahat ni KOSONG. Baca tu, KOSONG. Tapi semalam di cermin kaunter tiket tu dah tulis siap-siap "TIKET BUS KE MELAKA, KL HARI ISNIN 28/11/11 TELAH HABIS"  Aku terkesima la jugak. Selama ni dalam bus tu hanya ada tak lebih dari 10 orang penumpang! Macam mana boleh habis! Tiket bus tu pula memang tak boleh beli awal sebab sesiapa yang nak pergi ke Batu Pahat, kena tengok kekosongan bus yang ke Melaka. If seat ade kosong boleh la tumpang. If tak ada memang selamat la.. Rupa-rupanya baru teringat, semalam kan cuti Awal Muharam, so ramai la cuti sampai Isnin.. =_=" Oleh kerana parents aku tak ada, terpaksa la aku pulang hari Rabu. Siapa nak hantar aku balik if aku nak balik juga kan... So, harini ponteng kelas dan esok pula memang aku tak ada kelas. Dah alang-alang tu, esok jela terus balik rumah sewa.

Ingat aku tak pergi kelas hari ni dapat bangun lewat ka? Hampeh! Aku kena bangun awal sebab nak pegi settle kan medical checkup kat Klinik Kesihatan untuk biasiswa My Master. If tak settle harini tak tahu lagi bila boleh settle sebab Kementerian hanya bagi 14hari sahaja start dari hari permohonan diluluskan. Memang kena rushing la. Duit banyak betul melayang la. Kena beli setem hasil lagi. Bukan 1 keping tapi 3 keping. 1keping=RM10 so 3keping=RM30. Medical checkup pulak RM40.. Erk..hukhuk

Perut tengah lapar gila-gila. Semuanya urusan rasmi kerajaan tu settle pukul 1pm. Balik rumah je, solat pastu siap-siap barang untuk masak.Kalau aku ni duduk seorang diri kat rumah ni, aku masak simple-simple je. Ni ada adik aku pulak, dah la request nak makan paprik. Reda jela. Tengah masak-masak teringat pula masak dengan roomates time degree dulu. Macam-macam karenah. Owh.. Miss that moments so much...T________T

 Malas nak rotate. Gasak jela.

Sudah makan berat, kita makan ringan pula. Jajan orang kahwin bagi. Hehe

Pensil/Surat: Continue nak buat CFP pula. Aish..cuti pun macam tak cuti juga.hukhuk




Thursday, October 27, 2011

::Kegembiraan Dalam Kesedihan::

Assalamualaikum....
Selamat sudah cuti panjang aku. Orang lain cuti just weekend je. Tapi aku dari Khamis minggu lepas sampai Rabu this week aku bercuti. Melepak di Shah Alam. Memang best! Walaupun kadang-kadang aku just tinggal dalam rumah je tapi tetap best sebab aku berada di Shah Alam. [Gila belagak bunyi! Tapi ada aku kisah!??]

21hb Oktober 2011 selamat sudah parents aku pergi ke Mekah. Alhamdulillah....Semuanya berjalan lancar. Parents aku pun dah selamat tiba di sana hope nanti diorang selamat pulang ke tanah air dan beroleh haji mabrur..Sedih sangat-sangat time hantar parents aku. Semua adik-beradik mak aku datang hantar termasuk la cousins aku. Memang meriah juga la sebelum bertolak pergi Kelana Jaya untuk hantar parents aku tu. Gerak 5buah kereta. Sampai tersesat-sesat sebab hujan lebat sesangat!! 9.30pm parents aku dah kena siap-siap pergi KLIA. So, kitorang dapat jumpa sampai pukul 9.30pm je la. Memang saat-saat nak pergi tu semua menangis! SEDIH SANGAT-SANGAT! Adik aku yang last memang dah tersedu-sedu dah. Kesian pulak aku tengok. Dia dah la paling rapat dengan parents aku sebab bongsu kan. Aku dah tak leh nak bercakap ape dah. Adik-adik aku yang lelaki semua tu yang agak-agak nampak jiwa kental semuanya bercucuran air mata lah! Tapi kena bersyukur, sampai juga seruan parents aku pergi haji. Alhamdulillah.

 Ni wajah-wajah kesedihan. Picture dengan parents aku tak sempat nak transfer dalam laptop aku.


23hb Oktober 2011 aku pun selamat berkonvokesyen. Happy memang happy tapi part UiTM pasang video hargailah ibubapa tu memang aku dah kering tekak habis.Tahan air mata. Gila kau!Mana la tak rasa sedih+hiba+sebak! Parents aku dah la tak datang, yang datang just abang aku dan pakcik aku je. Tahan la juga aku ni dari air mata bercucuran jatuh... Tup tup ayah aku bagi message said Congrates on my convocation! Waaaaaaaa T_____T Macam mana nak buat ni! Sedih yang amat tau!Tau! Sabar-sabar. Tapi yang terbaiknya, aku punya seat dalam dewan tu depan sekali. Tak boleh la nak gedik-gedik ambik gambar! Depan Naik canselor, Dekan-dekan. Uish..Sopan habis aku duduk Siap kepit bagai! 

Btw, aku nak nak ucap TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA kepada
1) Abang, Ayah Cik, Adik aku Fareez sebab sudi menggantikan parents aku dan menunggu sehingga habis konvokesyen dan juga sehingga semua orang balik!hehe
2) Nurazreen & Ifzan Mohd kerana datang awal gila!Tq sebab bagi bebear purple. Boleh aku buat pukul ko Gedged.Hehehe
3) Hafiz Hamzah & Ina (adik Ina & housemate Hafiz sekali) kerana datang sampai tersesat-sesat baru boleh jumpa. Tq juga sebab mung Topih tak habis-habis mengutuk aku ye!Tq juga bagi bebear blue dan bebear kuning. Boleh buat pukul mu Topih! Haha
4) Lini & Najwa kerana sanggup datang walaupun invitation aku last minit. Hahaha Tq juga sebab bagi bunga kain tu!hehe
5) DANNNNNNNNN SPECIAL VVIP aku time konvokesyen kali ni ialah Husna, Kak Azira & HAFIZI PIZIE.haha Ha!Ni sebab diorang aku tunggu lama baru sampai pastu sempat lagi bagi Fresh Flower beserta BEBEAR KATAK BERPARUT! Main kasar nampak korang ni!Nasib la aku pasrah je time tuuuuu!huhuhu

Apa-apa pun Arigatorgozaimasu sesangat!Hehehe ^_^/v Terubat kesedihan aku...:)

 Ladies Nite! Pergi makan steamboat di Tupai-tupai! Beshhhh!! ^_^
Ni malam before aku convo. Ex-rumates tercayang~


 Mata ucen terbaek!hahaha
*sabotaj*



 Abang, Me, Fareez si pencinta yangs setia.Hahaha

 Kan aku dah cakap Topih Gila! Keje nak buli aku!!


 Bersama pasangan kapel seiras!haha

 Ambik KAU!!

 Mr. Lidiman sabotaj sayaaaa!!!!

 Ucen kantoi! Ingat ko tinggi sangat ke!haha

 Wink Wink ^_^



Sampai malam okey kitorang bergambar!

Owh, sori tak inform entry ni banyak gambar. Hahaha

Pensil/Surat: Bakal  merasai hunjung minggu di Parit King! Best kewww?? huhu