Showing posts with label Berjuang. Show all posts
Showing posts with label Berjuang. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

::Berfikiran::

Assalamualaikum....
Setiap hari aku duk fikirkan planning aku selepas belajar nanti. Yela.. Around 2months lagi habis la master aku ni. Sampai termimpi-mimpi dibuatnya. Tapi thesis data tak key-in lagi. kehkehkeh Aku pun grad lambat lagi. Bulan 11 tahun depan. Nak tunggu posting alamatnya tak kerja la aku. So, better aku sendiri cari kerja dulu then kalau ada posting baru apply. Tu pun kalau kat semenanjung laaaa... Kalau kat SABAH & SARAWAK mak aku suruh kirim salam je. Hohoho

Planning aku banyak. Hope terlaksana la... Tapi kena istiqamah. Aku ni, bila sampai waktu dan ketikanya, kadang-kadang kalau penyakit malas menguasai diri, memang aku lebih dengar kata penyakit malas dari apa yang dah di planning. Macam contohnya aku cakap nak pergi kedai pukul 5pm, tup tup bila dah pukul 5pm aku akan fikir, tak pa.. Esok masih ada. Terus cancel tak pergi kedai. Selalu sangat macam tu!

Aku ingat time praktikal nanti, nak minta Kolej Polytech Mara (KPTM), Bangi. Tak pun, minta Politeknik Shah Alam. Either one la. Sebulan je kot. So, tak perlu nak beria-ria sangat. Tapi experience tu penting. Plan aku time tu:

  1. Nak mengajar tuisyen malam time aku praktikal. Cari duit. [Kalau area Shah Alam tak ada hal sangat, Tapi area Bangi aku tak familiar lagi. Tak pela, Usaha tangga kejayaan. :)]
  2. Nak stay je Shah Alam/Bangi bila habis praktikal.
  3. Nak cari kerja ikut aku punya master [Education] ataupun aku punya degree [more to Invontery / Production/ Analysis]
  4. Nak cari kelas Bahasa Inggeris. Nak improve aku punya speaking. Aku dah lama plan nak cari kelas B.I untuk speaking je. Tak nak writing. Bukan apa, nak improve aku punya percakapan. Aku still takut-takut nak speaking. Tapi bila terdesak bantai je. Tapi kalau tak paksa memang aku tak cakapla... Tapi tak tahu kat mana kelas B.I untuk dewasa..huhu [Any suggestion?? >_<"]

Kenangan bersama Pebimbing yang superduber sporting!! Paksa pakai sampin dia layankan ajee..hehe

Kak Ain! Rindu dia!

Pensil/Surat: Today, off to Paka Terengganu. My sweet memory during childhood!



Tuesday, October 23, 2012

::Malas yang Tak pernah Jauh::

Assalamualaikum...
Malas?Penyakit sejak azali yang tak pernah nak hilang dan ubatnya sengaja dibuang. Esok nak submit kritikan buku untuk subjek Sosiologi. Tapi aku gigih duk melakukan kritikan di blog. Kikiki Dasar pelajar yang cemerlang macam gini la. Peduli apa. Asalkan sebelum tidur aku dah siapkan assignment ni.
Tadi kelas pagi cancel last minit. Sem last ni memang lecturer suka kot tengok aku pakai cantik-cantik pastu pergi makan then balik rumah. Kadang-kadang tu pakai cantik-cantik pastu duduk mengadap laptop. Kadang-kadang pakai cantik-cantik pergi jalan-jalan menghirup udara segar di UTHM pastu balik. Memang SUKA SANGAT aku kan. Kelas majoriti cancel time aku dah siap-siap nak pergi kelas. Maknanya yang tersirat lagi tersurat yang berbirat la kan.... Kelas cancel time 15 minit lagi kelas nak start. Memang TERBAEK sangat. Sighhhh 

So, tadi kelas cancel terus aku dan Farah pergi makan. Lapar sangat kan. Pastu tunggu Nad. Lepas je makan terus balik rumah aku. Kebetulan rumah aku dekat dengan Kampus Bandar UTHM. Selalunya kelas kitorang di Fakulti, di ibu pejabat UTHM (Kekonon). Tapi kali ni buat kelas ganti kat Kampus Bandar. Pejam mata pun aku boleh sampai kelas tu. (Riak+Berlagak gitu) Apa lagi, dengan idea gila Nad, dia menyuarakan hasrat nak merempit naik moto dengan aku. Dah la lama aku tak bawak Jamilah dengan pakai baju kurung. Nad tu pulak pakai skirt. Aduyai... Bantai dia pinjam seluar tidur aku yang fit tu then kitorang pergi kelas naik moto. Dah la dia tak nak pakai helmet. Aku dah sound awal-awal, "kalau ada polis, Nad turun dari moto then jalan kaki ye pergi kelas" Tapi dia bidas aku balik pastu cakap nak tunjuk seluar tidur aku yang dia pakai tu, confirm polis lepas. Kutuk seluar aku nampak Nad oi!

Ok, aku dah insaf. Nak sambung buat kritikan pula. Eh, dah 4 pages la aku duk mengkritik. Lagi 1 pages siap la.....Wow~
Ni Nad. 
Selaku isteri mithali kepada Meor (Rasa gigil je nak taip mithali tu)
Selaku pelajar yang paling berumur dalam kelas Tapi perasan muda.Semua yang aku panggil Kak, dia sibuk panggil Kak juga.Ni namanya tak sedar diri! (Gasak!)
Selaku penglipur lara 3D. Kalau dia start keluarkan cerita-cerita dia, kita seperti di alam sebenar. Kita siap boleh bayangkan. Memang terbaik! (Puji-puji @_@)

Gaya tangan fav dia. Aiyaaa

Hahaha Malas aku nak rotate. Gasak!

MY BFF.
Bini orang.Kikiki

Pensil/Surat: Entry paling lama nak taip. more than 5hours untuk siapkan 1 entry. hohoholiauu!



Sunday, October 21, 2012

::Minggu Ini::

Assalamualaikum.....
Malam ni kena tidur sorang. Mek Sue pergi settle kan assignment dia. Bagus! Macam tu la aku rasa last sem. HARU BIRU. Tak tau nak uruskan assignment yang mana satu. Assignment paling aku benci KRITIK ARTICLE/JOURNAL. Wah.. Rasa aku ni pengkritik terhebat di alam ini pulak kan. Ingat aku ni A. Samad Said ka? Ayat nak bunga-bunga. Bayangkan budak kepala kira-kira nak buat ayat mengayat. oooowwhhh damnnn. Kalau sem lepas subject Kualitatif. Nak kritik tu kena follow 9rules. WTH la kan. Rasa nak..... ok. Kata bakal pendidik kan. Harus menjaga kata susila. Tak giteww? @_@ Tapi berbaloi la dapat A..Ahakss  Sem ni kena kritik juga. Eh? Rasanya everysem kot ada kritik mengkritik. Kang aku tengok dressup orang pun aku bantai kritik. Grhhhh Housemates aku yang dua ekor lagi tu duk layan bola. Kelantan vs ATM. Sekor sokong Kelatan. Sekor lagi  ATM. Bagus sangat. Aku?Sokong Ganu..Hakhak Malas aku tengok bola. Kalau dengan En.PZ tak pe juga. Kehkeh Ambik hati. Dah dia fanatik bola. Kena la support. Apa da.. Tapi tak ada pula dia nak support aku main game The Sims. *Hukhuk Tekupmukadenganbantal*

This week memang minggu azab. Kerja non-stop until yesterday. Presentation tok sah cakap la. Everyweek. Nasib next week punya present tunda after Raya Haji. Boleh la bernafas guna hidung. Lepas je present subjek Pengukuran semalam terus lega nak mampus. Ibarat dah habis exam je. Over bebenor uu. Pastu assignment kritikan buku Sosiologi baru pendahuluan buat. Hari Selasa depan nak kena submit. Alah. 5 pages je kot. Hahaha Tapi kalau 1pages pun mahu 1 hari berperang dengan mood. Camne nak settle kan 4 pages lagi? Tu tak termasuk lagi borang soal selidik untuk Projek Sarjana aku. Memang dah siap tapi nak edit sebab dah dapat 2 lecturer untuk kesahan. At least 3 orang nak tapi aku hold kan dulu. Sorang lagi tu, nanti-nanti la aku cari. Hakhak Suka sangat bertangguh kan. Nanti semua lecturer tak sahkan soal selidik kau baru tahu Wani!


Ouh, semalam tadi aku makan KFC. Eh? Perlu ke mention? Perlu la...*Sendiri tanya sendiri jawab. =_="* Sebabnya... hari ni aku makan KFC jugak. Kahkahkah Sukanya dia.. Bila gemuk mengadu kat orang.."Aku dah gemok wei...Sedayyy" Tapi time makan tak ingat donia!Ibarat donia ini aku yang punya!!! Wawawa *Sambilsumbatrotidalammulut*

Tadi beli set Zinger burger jela. Muak juga hari-hari makan  ayam. Aku dahla bukan fanatik sangat ayam sekarang. Kadang-kadang boleh la. Kalau selalu memang loya juga tekak aku. Makan ni saja pun dah kenyang gila. *Konon.Padahal sekarang duk cari makanan*

Ok, minggu ni aku punya malas tahap gaban di tambah pula this sem kelas aku 1 kelas 1 hari then petang pulak tu. Memang harapan la aku nak pakai baju kurung. Aku bantai pakai baju muslimah then pakai skirt. Sonang. If kelas pagi, baru aku pakai baju kurung. Huahuahua Ok, saja letak pic pergi kelas hari Khamis aritu pakai spek. Biasa tak pakai. Sampaikan classmates tak tahu aku ni rabun. Sobsobsob *Buat-buattacing* Ingat aku suka-suka je ke nak pakai spek pergi kelas. Aku memang SANGAT-SANGAT prefer pakai LENS. Kat rumah or keluar area rumah je aku pakai spek. If keluar jauh-jauh, pergi kelas memang tak pakai la.. Bukan apa, aku memang tak confident if pakai spek. Muka aku sangat tak sesuai if pakai spek.hukhuk So, hari rabu ada peristiwa menyebabkan aku kena pakai spek pada kelas hari khamis. Sebab..



5



















4

























3

























2























1























TARA!!!!!!!!!!!!!!




Kikikikiki Gelak-gelak-gelak-gelak. Ok. Stop. Malas tengok lagi. Bukan sebab aku suka pakai lens ye. Sebab aku sangat cerewet berkenaan lens. Bukan sebab kena ketumbir intai orang. Bukan sebab kena gigit/kencing serangga eg:lipas, semut etc.. Bukannn.. Aku dah jumpa doc then doc cakap ada kelenjar dalam KELOPAK mata. If sebab lens, bukan effect kat kelopak mata tapi BEBOLA mata. But bebola mata aku ok je. Tak ada merah-merah ke. Tak pedih pun. Kalau ketumbir mesti ada biji merah kat aris/area bulu mata tu. Tapi nanadoo. Kalau kena gigit serangga lipas etc tu mesti ada kesan kena geget doc cakap. Confident aku jumpa doc then cakap "Mata saya saya rasa kena gigit serangga la." *Macam aku pula doc kan. Sigh.* Tapi doc dah bagi 3 jenis pils. Tapi aku makan antibiotik je. Biasala. Aku ni selagi tak sakit teruk harus tak makan ubat. Even demam pun aku tak makan ubat. Tak nak bagi badan biasa dengan ubat ni. Takut effect long term je. But now, mata aku dah okeyyy~ Kehkeh


Eh?Over pula kan. Mentang-mentang lama tak update. Habis semua random je aku cerita. Senang juga seminggu sekali harung aku cerita. Hoho

Pensil/Surat:Settlekan kerja then ganjarannya cuti 1week. Hoho


Saturday, September 22, 2012

::Habis Sudah. Buka Buku Baru::

Assalamualaikum...
Jumaat ialah penghulu segala hari dan tangga 14/09/2012 juga penghulu Latihan Mengajar 1 aku di Politeknik Shah Alam. Sangat banyak kenangan manis. Kenangan pahit tu tak ada la. Yang ada pun sedikit perbezaan pendapat. But, we can ignore it. Dun take serious. ^_^
Overall sangat best dan sangat touching when I need to say gud bye to my beloved students. Ouchh .. Rasa nak nangis teresak-esak plak.

Entry ni dah lama nak publish tapi malas benar nak mengarang ayat. Tapi gagahkan diri juga sebab nak jadikan kenangan. Kang aku lupa pula. Biasa la, dah tua ingatan makin ke laut.Grhhhh

Kita mulakan kelas yang mula-mula aku masuk then kelas yang mula-mula aku tinggalkan.

DEU3A
Rasa sedih tu ada la tapi tak sangat sebab tak ada la rapat dengan semua students. Just segelintir je. Diorang ni baik sangat. Pandai tu memang la! Kelas 1 Malaysia. Chinese, indian, malay..semua ada!hehe Cakap pun polite. So, aku relax jela. Ambik gambar semua students then salam-salam keluar. Tak ada bagi ucapan akhir pun. Haha Tapi student kelas ni yang mula-mula dapat cari Facebook aku. Memang stalker gila la!Hahaha


 Pic kelas ni banyak tapi aku letak satu jela. Tak ada pula yang aku snap ramai-ramai.


DKA3C

Kelas ni memang sedih sangat sebab walaupun aku ada la sedikit kebengangan dengan seorang pelajar tu. But overall, semua ok. Aku sayang gila kelas ni. Diorang kadang-kadang buat muka saiko kat aku time aku mengajar. Ingat tak paham padahal faham. Pastu buat muka tak bersalah. Students lelaki yang buat aku confius ingat cina tapi MELAYU. Students perempuan memang comel-comel! Ada yang malam-malam time aku dah nak tidur siap message tanya calculation nak buat macam mana. Hehe Sayang gila. Diorang pun bila aku bagi exercises memang active berdiscuss dengan rakan-rakan. Bila aku round pun diorang akan tanya-tanya apa yang tak faham. Senang cerita, semua students yang nak belajarla. Tak ada main-main. Time nak bla tu, ada la sedikit kesebakkan sebab one of the students tu sedih-sedih. Pastu aku pun dah rasa sebak. ;((



 Ni budak lelakinya. Yang kat depan tu jangan sangka Chinese ye. MELAYU okeyy. Sentap i kena tipu...huhu

Ni students perempuan. Comel-comel belake! Geram aku! Hehehe Soft je bebudak semua ni. Baik benor!hehehe 


DKA3D
Kelas yang sangat happening! Time aku mengajar, diorang diam. Muka masing-masing memang saiko habis la! Mengalahkan kelas DKA3C. Yang ni saiko tak paham. Siap aku kena paksa bagitahu kalau tak faham. Diorang ni kalau tak faham pun diam pastu pura-pura faham. Senang je aku nak tengok diorang faham ke tak. Aku bagi exercises on time dalam kelas tu juga then suruh diorang buat terus. Time tu memang tahu la siapa yang faham or tak. Tapi  kena round! Kalau tak round diorang ni TAK BUAT! Bila dah round baru la gelabah nak buat. Ingat aku tak tahu. Tapi malas la nak marah-marah. Kasi sentap sikit, kasi ugut sikit, settle. Ekekekek Time bagi ucapan nak berpisah tu, diorang tak take serious pun. Aku punyala sedih! Hampeh! Iksh...Time ambik gambar lagila kecoh! Kelas ni walaupun lemah mathematics tapi disebabkan perangai diorang yang gila-gila, happening tu, kadang-kadang tak sampai hati nak bagi fail. Bila kita panggil nak bagi kertas markah diorang pastu tanya apa yang salah, diorang sengeh-sengeh. Aduyaiii.. Orang tanya apa yang salah dia sengeh tayang gigi. Pastu tersilap nama tu toksah kira la. 1kelas ada lebih kurang 4 orang kot nama Syahirah. Bila ramai sangat aku pun confius. Yang tersalah panggil nama tu tak payah la. Memang dah selalu sangat. Diorang cam aku silap panggil bila aku sebut nama ayah diorang. Kelas ni juga paling ramai add aku kat FB. Sebab dah janji if jumpa FB aku, so aku akan approve. Tapi aku takkan bagi nama FB aku. Biasala..Stalker kan. Memang confirm la jumpa. Aishhh.. 



Ni pelajar perempuan DKA3D. See.. Contra kot dengan pelajar DKA3C. Diorang ni kecoh-kecoh. Memang bising la kelas tu.
Sama je dengan pelajar lelaki kelas diorang. Tu yang pening melayan...hoho

Ni pelajar lelaki. Nampak macam baik. MACAM okey! Tapi.. Aduyaiiii. Sabo jelah!

KELAS YANG HAPPENING!!!

DPB3C
Yang ni memang tak yah cerita. KELAS YANG SELALU KENA MARAH. KELAS YANG SELALU KENA MEMETIR. KELAS YANG SELALU LAWAN CAKAP AKU. KELAS YANG SELALU DEGIL. KELAS YANG SELALU TAK DATANG KELAS. Aiyaaa... Tak tahu nak cakap apa laaaaa.. Tapi kelas ni juga la buat aku tergelak besar!!!!!! Diorang ni mana makan saman. Time test boleh bising-bising. Meniru tu toksah cakap la! Marah arini pastu diam. Next kelas kecoh balik. Gaduh-gaduh dengan aku tu memang mainan je. Marah diam pastu sibuk panggil aku Puan.. Puan...Uh! Dah la banyak benor yang fail test math. Aduyaiiii. Sabar jela. Last kelas dengan diorang pun boleh lagi gaduh-gaduh dengan aku! Tapi aku peduli apa. Hahahahaha Bila bagi ucapan last pun sibuk menyampuk-nyampuk. Tampo kang!Grhhh


 Ni kelas yang KECOH SEDUNIA!

Btw, apa-apa pun aku kagum.. Kesemua kelas yang aku ajar, tak ada students yang datang lewat.Kalau lewat 5minit tu biasa la. Pastu diorang mesti minta maaf if datang lambat. Kalau diorang ada problem dan tak dapat datang, mesti SMS aku. Ada tu CALL aku. Aku tak kisah kalau diorang datang lambat, tapi aku pantang orang bising dan kacau pelajar lain yang nak belajar. Tu jela. Hahaha Nex sem, tak sure lagi nak mengajar kat mana. huhu Settle kan Projek Sarjana dulu!!!!


Pensil/Surat: Dah kantoi buat tak tahu aje la....


Monday, July 16, 2012

::LM 1 Bermula!!::

Assalamualaikum....

Apakah ini???? Ha.... Ni adalah benda alah yang diberi pagi tadi semasa taklimat sebelum diagihkan kepada pembimbing masing-masing. Pen hitam, merah, Marker biru, hitam Jabatan aku bagi FREE.! Suka nokssss! Aku dapat Jabatan Matematik Sains Komputer (JMSK). And sudah semestinya aku kena mengajar MATEMATIKKK! Suka? Ontah la! Tak tahu budak-budak lagu mano... Jangan aku berdondang sayang sudeh la dalam kelas. Esok tak start mengajar lagi sebab pensyarah pembimbing aku tak ada lagi cuma aku perlu ganti kelas beliau. Kena berjalan kaki kuruskan badan, buangkan lemak-lemak berlebihan dan menuju ke puncak kejayaan.. Yela tu. Kena la terkedek-kedek ke Jabatan Elektrik! Hampeh! Kenapa la tak suruh je budak-budak tu datang fakulti akuuuu. Grhhhh!

 Pensil/Surat: Ok, nak settlekan apa-apa yang patut pastu kroghhh kroghhh



Friday, July 13, 2012

::Bersiap tapi tak Siap::

Assalamualaikum....
Tinggal 2 days lagi aku boleh goyang inul eh goyang kaki sebelum bermulanya LATIHAN MENGAJAR (LM)! Auchhh.. Habis la masa tidurku terganggu. Habisla games ku terabai. Habis la waktu makan ku terjejas. So sad.. Nangis sendu-sendu sambil lap hingus Aku pun tak tahu macam mana nanti. Kawan-kawan lain dah buat preparation semua. Kasut bertutup, buku LM, Fail LM, beg kelas, jumpa Ketua Jabatan, semua diorang dah. Tapi aku? HAMPEH!

Eh? Eh?Eh? Suka-suka hati pulak kan fikir aku tak buat apa-apa preparation... Please okey. Jangan ingat aku ni ambil remeh semua tu. Ni WANIE la! Kasut bertutup dah ada okey! Aku dah beli siap-siap! Susah gila kot nak jumpa kasut yang berkenan di hati. Sekali dapat! Perghhh Super beb wa cakap lu! Harga pun boleh sesak nafas! RM200! Tapi aku beli harusla ada discount. Tak ada discount mahu aku tenungsambilkelip-kelipmata aje... Ekekek LEATHER, COMFORT, CANTIK, CUTE, MIUT, TULUS MULUS, BUNGA SETOMPOK, MENGANCAM! Sampaikan nak pakai pun sayang. Boleh cam gitu? Cantik sangat ke kasut ko tu Wanie.Syok sendiri la. Eh? Peduli apa aku! Kalau tak cantik di hati takkan aku beli. Dah berapa hari cari kasut, tak jumpa-jumpa yang berkenan. Aku takkan beli kasut yang bukan aku minat. Kalau terpaksa beli, 2, 3 kali je pakai pastu biarkan! Biarla kasut tu mahal macam mana pun, kalau tak suka, aku memang jarang pakai and elakkan.

Jangan nanti pelajar aku rajin-rajin buangkan bunga tu sudah!
Ha... Ambik kau! Besar gedak aku tonjolkan! Nanti dah pakai kat kaki bau cagu pulak tak boleh la nak tunjuk. Nanti nak beli lagi pattern lebih kurang macam ini tapi color yang boleh matching dengan semua baju. Wah! Gituuu.. Nanti mak aku tengok mesti hati tersentap-sentap lagi! Mana taknya, mak aku fobia dengan perkataan BELI. Tu kalau aku yang sebut la. Duit banyak habis bershopping. =_="

Buku LM aku dah siap tampal nama semua just tak balut je lagi. Boleh la tu. Fail dah settle juga. Beg mengajar dah ada 2 bijik lagi! Jumpa Ketua Jabatan harus la tak lagi. Pergi Shah Alam pun belum, ada hati nak jumpa Ketua Jabatan dah. Harapan jela kan......



Pensil/Surat: Tawakal jela... Tak boleh buat gapo-gapo dah~~

Saturday, July 7, 2012

::Habis dan Kembali::

Bismillairahmanirahim....
Dah 2 days aku habis exam untuk semester 2 ni. Last paper orang lain bertarung dengan pen dan kertas tapi aku bertarung dengan MENGANTUK! Gila 2 hours aku jawab exam dalam keadaan mamai. Serious aku memang tak boleh handle aku punya tahap mengantuk tu. Bila tinggal 30 minutes akhir baru aku segar dan jawab soalan last dengan laju nya. Memang tak boleh buat apa lah!

Habis je exam settle-settle hal sikit pastu terus pergi Batu Pahat cari tempat karoke best+murah! 3HOURS hanya RM8/PERSON. Mana nak cari? Tempat exclusive gila! Macam Red Box tau! Tapi aku rasa better dia lagi la. Hehehe Aku pergi dengan Ika dan Farah. Masing-masing dengan style sendiri. Tapi still tak puas. Nanti nak ajak Ucen la plak karok! Lagi seminggu aku kena pergi Shah Alam. Latihan Mengajar selama 2 bulan di Politeknik Shah Alam. Tak tahu la apa nanti jadi..Lillahitawakalallah.




Semalam 1st time pergi Batu Pahat naik moto. Sue follow belakang dengan kereta. Aku nak pos motor ke En. PZ. So, pos laju available di Batu Pahat je. Kat sini pejabat pos biasa je ada. After siap-siap semua aku dan Sue pergi Summit, shopping kasut dan cd The Sims 3, The Sims World Advantures, The Sims 3 Katy Perry. But so sad... Window 7 aku juz boleh install The Sims 3 only. Yang lain apa problem pun aku tahu... Sedayyyy!


Pensil/Surat: Tak siap kemas barang lagi! Esok dah kena balik Pontiannn!

Tuesday, June 19, 2012

::Beban PS dilepaskan::

Bismillahirahmanirahim.....
18/6/2012 tarikh aku present PS1 (Proposal). Waduh... Nebes sungguh! Yela! Hari 1st! Nasib la yang jadi ketua panel tu lecturer aku yang microteaching. Berdebar juga la. Tapi bila dah kat depan tak nebes plak. Siap lawan panel lagi. Panel cakap A aku bantai cakap B. Aleh-aleh ketua panel juz cakap " Tak pe la. teruskan. Kalau saya cakap lagi awak jawab lagi" Hahahaha Ada la juga kena tegur yang bab 1. Bahagian Latar belakang kajian. Kena buat penambahan. Yang objektif plak ada juga salah. Aku ni kekonon nye nak buat ayat best la sikit.. Tak nak guna ayat macam biasa aleh2 ambik kau! Dia terus tegur. Padahal buat je ayat lebih kurang macam objektif yang pertama n kedua tu. Grhhhh Apela kau ni Wanie! Bab 3 yang metodologi tak ada kena tegur pun just kajian rintis je aku kena explain lebih. method yang aku guna dan kaedah analisis dah betul dah. Alhamdulillah.. Cuak juga tu sebab lecturer aku tak guard langsung bab 3! bab 1 je banyak kali kena ubah. Habis je present lecturer terus cakap ok, tq. gud presentation! Wah! Terus rasa kembang semangkuk!:p Maybe slide aku tak ada meleret dan aku explain tak tengok slide pon. Dah lecturer aku. Memang aku tahu la dia punya style macam mane...^__^

Apa-apa pun esok aku nak balik rumah! Biar la kualitatif aku tak siap lagi pun. aku nak balik gak! hoho Chaiyokkkk!



Wednesday, January 11, 2012

::RM200 untuk Buku je??::

Assalamualaikum...
Hip!Hip!Hip!HOREEEYYY!!
Okey...Kita lompat kegembiraan dahulu sebab aku telah berjaya menempuh exam untuk semester 1 ni. Alhamdulillah..... So, tinggal lagi 2 semester lagi untuk aku habiskan Master aku ni. Insyaallah..^_^ [Kejap pula aku rasa] 

Kerajaan ada bagi tahu yang semua pelajar Universiti akan dapat kupon RM200 untuk beli buku. Tapi bagi pelajar macam aku ni yang memang-suka-sangat-photostat  buku-buku tu semua, so, aku nak buat apa pula dengan kupon tu. Takkan nak pergi beli nasi lemak + Teh O ais pakai kupon pulak kan..Mahu pakcik tu lempang aku bertubi-tubi. =_=" Siapa sanggup tukarkan kupon tu dengan duit untuk aku?? Wah... Best juga tu..hohoho Berangan!!!

Pakai sopan-sopan mana tahu dia kasi kupon lebih kan..HikHikHik

Nah!Suka tak?Suka tak??Weiii~~ 
Ingat RM50 je ke???
Hello~~ Baik sikit!

4keping lagi uolssss!! [Dengan muka belagak + mendabik dada]
RM50 X 4 = RM200
Hahaha 
Suka mak nyah oiiii!
Nak pergi kedai buku beli novel banyak-banyak..
EH!!Kantoi pulaaa...
Tak baik ok menyalah gunakan wang rakyat..
Lalalalalala

Pensil/Surat: Exam dah habis apa mahu buat pula!!!


Wednesday, January 4, 2012

::Exam Mood+Annoying!::


Assalamualaikum wbt...
Pagi tadi selamat satu paper exam aku tebas. Tunggu lagi 5hb aku bakal tebas paper ke 2 iaitu subjek Pedagogi. Pernah dengar perkataan PEDAGOGI??Kalau pernah dengar anda mesti seorang pendidik. Kalau bukan, anda mesti seorang yang suka mencari ilmu...Yela tu~~ Ok2, munurut mr Google, Pedagogi berasal daripada word PAIDAGOGOS. 

PAID : KANAK-KANAK (Bukan bayar okeh)

AGOGOS: PEMBIMBING (Bukan tarian agogo okeh)

Ni bahasa Latin la. Sebenarnya sebelum masuk ke alam Master ni aku langsung tak pernah dengar perkataan ni. So, bila dah ambil subjek ni mula la duk membuat tafsiran mengikut kehendakhatiakusendirikaupeduliape. Hohoho Rupanya, pedagogi ni sangat penting kepada sesiapa yang mengambil course Education. Bila berlakunya sesuatu kes berkaitan guru, mesti aku dan Nad akan cakap dia ni tak ambil Pedagogi la tu. Tak tahu cara mengajar yang betul. Tak tahu nak bimbing pelajar. Bla bla bla..Hahaha Bajet dah katam sangat la subjek Pedagogi tu?? =_=" Sigh!

Exam kalau kira lusa tapi aku apa pun tak study lagi. Kalau dah pandai tak apa la kan. Ni satu benda pun tak tahu. Macam mana ni? Malam tadi aku dengan roomates aku tergolek-golek tak tahu nak buat apa. Berborak, menyanyi, menonton television. Petang tadi, sepetang aku melakukan anjakkan paradigma.. mengantikan malam tadi hanya tidur 4jam..Huhu Ni aku tidur lambat bukan sebab aku study tau! Jangan salah faham pula. [Macam la orang kisah sangat kau study ke tak wanie oiii!]

Ha, aku sebenarnya annoying teramat kepada sesiapa yang post puji diri sendiri la terbagus. Belagak. Aish... Tolong la. Tak payah la nak cakap kau tu di ibarat lelaki idaman malaya KONON. Gf kau lah paling untung dapat lelaki macam kau. Eh? Hello!! Dari aku tak rasa apa-apa dekat kau sampai aku rasa annoying+menyampah+meluat kat status kau. Tak payah la post status BODOH macam tu. Orang lain ramai lagi terbagus dari kau tapi aku tengok tak pula dia nak cakap "saya beruntung dapat gf bla bla bla sebab saya pun bf yang bla bla bla" Aku rasa kan nak delete je post kau dari Home FB aku tapi tak boleh. Menyemak je duk naik kat home aku. Ada juga rasa nak Delete then Block ko terus sebab tak nak bagi status BODOH kau macam tu naik kat wall home aku. Boleh cam gitu?? Ekekekek Status kau before ni aku tak tahu la macam mana kan sebab aku tak ambil kisah sangat tapi status terbaru kau tu buat aku tertanya-tanya masa mula-mula aku baca. First ayat yang terlintas dalam kepala aku, "Siapa yang bodoh gila buat status macam HAREEEMMM ni??" Aleh-aleh tengok nama kau! Rasa nak gelak guling-guling pula. Ni aku ni, dah kenal kau luar dalam, dah leh bayang muka belagak kau tu. Muka bangga kau tu. Bila orang kutuk hangin. Nak orang pujiiiii memanjang. Puih!Puih! Eh... dah-dah. Cukup. Hehehe Agak-agak kalau kau post status bodoh macam tu lagi aku rasa kau tak layak ada dalam list friends aku lah. Tu je lah aku boleh cakap.Hohoho

Nak juga la try buat status ala-ala gedik tapi bukan BODOH macam kau.

Ehem. Ehem. "Saya, Wanie beruntung gila dapat bf macam Mr. Lidiman kerana dia sempoi, sporting, tak mengongkong saya, suka bahan saya, suka kutuk-kutuk saya pendek,  rendah. suka panggil saya bon bon. Kadang-kadang panggil saya bonzai. Saya berasa untung gila! Tak macam sesetengah couple tu suka maki hamun gf dia. Suka caci maki gf dia. Suka memaksa gf dia buat apa yang dia suka, apa yang dia nak. Tak suka tau. Tak suka tau dapat bf macam gitu. Menci!Menci! Ekekekeke" Buleh ke macam gini?? [Rasa nak lempang gak diri sendiri] Tak payah aku buat status macam gini, baru nak post dah kena spam dengan Mr. Lidiman! Hohohoho

Nah!Aku kasi tepek KHAS muka loya aku terhadap status kau yang BEST sangat tu!!
*Rolling eyes*

Sebelum mengundur diri aku mintak ampun dulu ya Pak! LARIIIIIKKKKKKK setempat.Hahahaha

Pensil/Surat:Nak exam pun sempat buat status cari pasal dengan orang..!hoho


Wednesday, December 7, 2011

::Bila Musim Cuti Sekolah::

Assalamualaikum....
2 weeks lagi dah start study week.. Tapi 2 weeks before study week ni rasa dah nak magrin jeee! Semua assignment kena submit before 24hb Dec. Lecturer pula bagi last minutes. Pasrah je la. Esok ada lawatan then report pulak kena buat. Proposal next week kena present, concept paper for falsafah lagi, mini proposal untuk physiology lagi. Aduyai... Orang lain time cuti sekolah ni sibuk buat persiapan nak kahwin. Aku sibuk buat persiapan nak habiskan sem 1 ni. Sekejap pula rasa. Tup tup dah nak habis 1 sem. Tinggal 2 sem lagi dan ini bermakna aku ada lagi 1tahun untuk habiskan master ni. Insyaallah..

Group members aku ada yang tengah sibuk buat persiapan untuk weeding beliau bulan February tahun depan. Kesian pula aku tengok. Dulu happy go lucky je bila datang kelas tapi sekarang nampak sangat dia kuat berfikir. Tapi respect gak la, bab study dia maintain je. Tak ada la assignment, report tak siap ke. Ramai pula kawan-kawan baik aku nak kahwin. Yang aku tumpang gembira best friend aku time Diploma, Tasha. Tadi baca blog dia. Sekarang ni pun tengah sibuk buat persiapan kahwin dia. Dulu ingat lagi, keluar dating dia pinjam baju aku aleh-aleh kantoi dengan bf dia bila ada picture aku pakai baju sama, Haha Adat la tinggal kat hostel duduk pinjam baju kan..=_=" Sampai juga jodoh dia kahwin dengan Asri. Aku tahu dari dulu lagi Asri tu memang baik. hihi

Picture time Pre-Graduation Part 6 Diploma...^_^/

Minggu ni aku dan Mr Lidiman insyaallah akan attend weeding kawan dia. Sejak couple dengan Mr. Lidiman ni aku rasa banyak benor la pulak aku pergi kenduri orang kahwin dan mostly semua kawan-kawan Lidiman! Iksh3... 1st time keluar dating selepas couple pun pergi kenduri kawan dia kat Rembau. Perghh.. Hoho

<3

Pensil/Surat:  Dah-dah pergi sambung buat proposal la Wanie oiii!

Saturday, December 3, 2011

::Serabut dah::


Assalamualaikum...
Esok pagi 3hb Dec, eh?Dah masuk 3hb kot!Ok-ok, pagi nanti..=_=" Aku ada test Philosophy. Macam mana orang otak Math ni nak merembes idea untuk subjek Falsafah? Aku rasa mahu esok keluar calculation je. Dulu time degree pernah ambil subjek Philosophy of Sciences. Ni time master kena ambil pulak Falsafah dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Jem kepala otak gua...~_~!

Please la... Dah la selepas test kena rushing pergi bus stand nak pergi KL pula. Malam esok parents aku balik dari Mekah. Abang dan adik aku dah pergi KL harini. So, esok aku perlu gerak ke KL naik bus je la. Bercampur-campur dah perasaan ni.


Tokoh falsafah:
1) Sacrates- Pembentukan pengetahuan yang murni amat penting bagi mencapai kebijaksanaan.
2) Cicero- The mother of all art.
3) John Wild - Usaha untuk memahami faktor-faktor dasar sesuatu yang kita alami.
4) John Dewey- Usaha manusia untuk membuat penyesuaian sesuatu yang lama dengan yang baru.
5) Al-Farabi - Cintakan kebijaksaan dan falsafah ialah pokok segala ilmu.
6) Ibnu Sina - Dapat mengawal pemikiran manusia daripada terpesong.

Mazhab Falsafah:
1) Idealisme
2) Realisme
3) Pragmatisme
4) Prograsivisme
5) Eksistensialisme

Ni jela kot aku boleh ingat. Padahal soalan dia tak ada la sedirect macam gini. Eh? Rasa berilmiah pula kan entry aku harini. =_="

Eh, sempat pula la kan update blog!
Pensil/Surat: Wish me gud luck..Baru nak sedar diri oi!

Thursday, December 1, 2011

::Mungkin Boleh Dimulakan Kembali::

Assalamualaikum....
Semalam aku mula update 1 entry setelah sekian lama tak update dan tetiba rasa banyak sangat kan masa terluang [padahal CFP merayu-rayu suruh dilengkapkan]. Aku pun dengan rajin pergi click entry aku yang lepas-lepas. Bukannya pergi jelajah blog orang. Lepas tu mula la rasa macam nak delete semua entry lama-lama. Rasa malu pun ada, tapi bila baca entry lama-lama ni terimbas-imbas kenangan dulu masa degree. Aku mula blogging time degree. Masa tu blog ni tak femes mane pun. Aku blogging pun sebab ada baca blog senior-senior dulu macam Puan Lifesaver, Yanie Putrajaya Budak Gebu. Serius suka baca blog senior-senior ni. Kelakar. Tapi sekarang diorang dah tak blogging. Yang ada sekarang ramai budak-budak baru. Dulu diorang blogging bukan kejar duit pun sebab dulu Nuffnang mana wujud pun lagi. Haha 

Mungkin orang tak suka share pasal diri mereka diorang pikir blog ni mengarut. Mungkin la. Depend pada individu tersebut. Tapi bagi aku la, bila kita cerita apa yang menarik berlaku pada diri kita dan jarang berlaku pada hari lain dan kita coretkan dalam blog, mungkin suatu hari nanti bila kita baca, kita akan imbas kembali. Lebih-lebih lagi pesen orang macam aku ni, pelupa yang amat. So, bila baca balik peristiwa tu akan refresh la kembali. Macam aku pernah buat entry aku sorok baju anak ayam gedged, benda tu akan menyebabkan aku teringat peristiwa yang berlaku dalam bilik 5, Jalan Plumbum. Pastu mula la pergi post di wall ex-rumates cakap rindu. Sekarang mula rasa menyesal sebab tak update blog masa kerja dulu. Tak cerita pasal aku gaduh dengan bos, dengan orang Proton. Pasal aku accident keling langgar aku, aku langgar housemate aku. Kang dah lupe bila semua tu berlaku.huhu

Tapi tak bermakna aku nak mula blogging macam dulu pergi jelajah blog orang. Kalau setakat baca blog-blog yang memang dah di link kan dalam blog aku ni mungkin aku baca la. Kalau rajin aku komen kalau tak ada idea aku baca sahaja..:) Sebenarnya leceh juga nak update blog ni. Nak kena resize picture then need to put watermark bagaila. Leceh ok. Update blog tak letak gambar pula macam tak menarik. Ok, sebab aku tak letak lagi gambar-gambar orang yang rapat aku masa Master ni so sekarang mungkin masa yang sesuai untuk munculkan diri-diri mereka. Kalau sekarang aku start sebut nama Nadiah tu boleh kira dia lah teman rapat setakat ni. Walaupun dah kahwin tapi lagaknya macam budak-budak. Kalah aku yang muda remaja ni. Erk?? =_="


Members group. Apa-apa presentation je, ni la group aku. Gila?Memang pun... Dats why aku lebih suka sesi pembelajaran time Master. Eh, time Diploma suka juga ok! Time degree banyak mengajar aku erti INDEPENDENT. Ouh...T_T


Takat-takat ni jela, aku pun esok kelas pagi. Sabtu pagi, 3hb Dec 2011 ada test. Malam sabtu tu pula parents aku pulang dari menunaikan haji. Hope, everything will be ok. Insyaallah...

Pensil/Surat: Sayangilah  ibubapa anda selagi mereka masih hidup. 

Tuesday, November 29, 2011

::Cutikah?T_T::


Assalamualaikum......
Hari ini hari Selasa. Aku masih berada di Pontian. Di rumahku syurgaku. Oh! Guane ni! Harini dah la ada kelas. Full pulak tu! Dari 8.00am sampai 5.00pm kelas aku. Betapa ruginya aku tidak dapat menuntut ilmu pada harini. Macam poyo nak mampus ayat aku. sejak bila berubah jadi konon-konon baik ni??

Ermmm.. Aku rasa tak perlu bebel panjang la. Actually, semalam aku dah bersiap dan dah SAMPAI pun di stesen bus untuk pulang ke kampus kesayanganlasangatkan di Parit Raja. Aku memang akan balik rumah sewa hari Isnin sebab Isnin tak ada kelas dan KEBIASAAN SANGAT-SANGAT, bus yang nak pergi ke Batu Pahat ni KOSONG. Baca tu, KOSONG. Tapi semalam di cermin kaunter tiket tu dah tulis siap-siap "TIKET BUS KE MELAKA, KL HARI ISNIN 28/11/11 TELAH HABIS"  Aku terkesima la jugak. Selama ni dalam bus tu hanya ada tak lebih dari 10 orang penumpang! Macam mana boleh habis! Tiket bus tu pula memang tak boleh beli awal sebab sesiapa yang nak pergi ke Batu Pahat, kena tengok kekosongan bus yang ke Melaka. If seat ade kosong boleh la tumpang. If tak ada memang selamat la.. Rupa-rupanya baru teringat, semalam kan cuti Awal Muharam, so ramai la cuti sampai Isnin.. =_=" Oleh kerana parents aku tak ada, terpaksa la aku pulang hari Rabu. Siapa nak hantar aku balik if aku nak balik juga kan... So, harini ponteng kelas dan esok pula memang aku tak ada kelas. Dah alang-alang tu, esok jela terus balik rumah sewa.

Ingat aku tak pergi kelas hari ni dapat bangun lewat ka? Hampeh! Aku kena bangun awal sebab nak pegi settle kan medical checkup kat Klinik Kesihatan untuk biasiswa My Master. If tak settle harini tak tahu lagi bila boleh settle sebab Kementerian hanya bagi 14hari sahaja start dari hari permohonan diluluskan. Memang kena rushing la. Duit banyak betul melayang la. Kena beli setem hasil lagi. Bukan 1 keping tapi 3 keping. 1keping=RM10 so 3keping=RM30. Medical checkup pulak RM40.. Erk..hukhuk

Perut tengah lapar gila-gila. Semuanya urusan rasmi kerajaan tu settle pukul 1pm. Balik rumah je, solat pastu siap-siap barang untuk masak.Kalau aku ni duduk seorang diri kat rumah ni, aku masak simple-simple je. Ni ada adik aku pulak, dah la request nak makan paprik. Reda jela. Tengah masak-masak teringat pula masak dengan roomates time degree dulu. Macam-macam karenah. Owh.. Miss that moments so much...T________T

 Malas nak rotate. Gasak jela.

Sudah makan berat, kita makan ringan pula. Jajan orang kahwin bagi. Hehe

Pensil/Surat: Continue nak buat CFP pula. Aish..cuti pun macam tak cuti juga.hukhuk




Monday, April 25, 2011

::______::

Assalamualaikum......
Kali ni blog di update sebab tak tahu dah nak buat ape. Report?Done.![Esok hantar] Master? Done.![Juz nak post je] Resume?Done.! [Tq Cik Ucen]. Jobstreet? Done.! [Tak kena bebel dengan LIDIMAN lagi] Semua di siap kan HARI INI setelah berminggu-minggu menangguhkan dan menbengkalaikan kerja-kerja tersebut. Esok submit report practical then post borang master. Lusa say gudbye to Shah Alam and Pontian here I come!!! [Gila! Tiket balik pun tak beli lagi!]

Presentation practical aku on 11th May. Sepatutnya tak perlu la aku balik, just stay je di Shah Alam tapi disebabkan parents aku nak pergi honeymoon terpaksala aku balik...[Setiap tahu pergi honeymoon tapi tak pernah nak bawak aku!]  Kena jaga Si Gemok dan Si Kurus di rumah. Nasibla Si Gulong balik juga. Bolehla jadi driver diorang. Tak sanggup aku nak bangun pepagi semata-mata nak hantar Si Gemok pergi sekolah. Owh..Aku kakak yang kejam?? Who's care~~

Sejak datang Shah Alam ni kena berdikari la plak..Aish.. Dulu ke hulu hilir merempit je. Sekarang Rapid KL peneman setia. Rasa kagum la plak sekarang dah pandai naik bus Rapid. Tapi bab sistem pakai kad tu memang tak boleh nak bla! Dah la memula naik bus bantai duduk seat OKU. Terbaik la. Mentang-mentang aku Ex-OKU. Sengal.

Motif update blog hari ialah AKU HANGIN DENGAN CELCOM. Bukak Facebook ramai pula yang cuba mahu memaki hamun Celcom. Nasib aku seorang yang sabar. [Sabar ke???] Lampu toilet boleh plak problem tak menyala! Luku-luku juga la lampu ni. 


Photobucket
Hahaha Thanx to LIDIMAN sebab sanggup datang Shah Alam semata-mata nak teman saya makan. [Padahal depan rumah je kot. =p]

Photobucket
Zoo. Genting, Cameron. Penang. [Dalam list. Muahahahahaha]


Pensil/Surat:2 jam tunggu finally lampu toilet menyala.. =_=". Tetiba rasa nak tukar layout blog......

Monday, March 14, 2011

::Weng Kepala!::

Assalamualaikum....
Pening.Serabut.Tak tahu nak pikir yang mana dulu tapi yang pasti buat yang wajib dulu. Sekarang bukan masanya nak lagho2 beria. Tapi selepas habis kerja, nak lagho tu boleh la. Pergi karok 2,3 lagu ke. Pergi melepak tepi pantai ke. Pergi minum petang ala2 orang kaya yang tak pernah habis duit ke. Pergi shopping selendang ke..[walaupun tak pakai2 selendang tu..sigh =__="]

Report praktikal memang dah kena buat.. So, now dalam progress. Problem nye tak ada rujukan dari senior. Semua kena buat dan fikir sendiri. Bertawakal saja la. Hope boleh run la software tu... Tapi tengah2 sibuk buat report ni, mak aku dah suruh isi borang master for education sebab takut lambat lak.. Aigooo.. Kalau isi pastu terus submit no hal la. Yang problem ye, kena mintak sokongan daripada lecturer, kena mintak surat final year dari fakulti la, kena buat surat kepada majlis peperiksaan la sebab slip keputusan MUET aku bagi alamat UiTM Jengka tempat aku belajar dulu dan aku tak pergi ambik pun slip MUET tu. Aku dahla praktikal kat Johor. So, kena pergi Shah Alam la mintak sokongan,pastu kena post surat la.. Tapi demi persediaan untuk masa depan ku relakan sahaja...T___T

Actually, habis degree nanti umur aku dah tua. [Sedar diri=_="] Tapi disebabkan ramai grad tak ada kerja so, terpaksa la aku lonjak 1step lagi untuk sambung Master. Insyaallah, i will. If ada rezeki kerja before aku sambung Master, maybe aku pikir balik la nak sambung ke tak. Aku nak kerja sebenarnye tapi parents aku suruh mohon Master juga. Jadi, ikut jela cakap orang tua..kan.kan.kan......=)

GO GO GO!!!
DO UR BEST 4 PRACTICAL!!
ONLY 1 MONTH TO GO!!!
GAMBATTE KUDASAI!!HAIKK!

Pensil/Surat: Aku dah kembali slim. Sila percayai...

Monday, November 22, 2010

::Saya Sempoi Je::


Assalamualaikum.....
Today is MONDAY. Yes! Mati2 aku fikir semalam hari Isnin. Siap nak pergi jumpa lecturer ambil surat tawaran.. Iksh2... =__=" Jap2... Hari ni ke budak2 SPM akan memulakan perjuangan? Bukan esok ke? Aku rasa adik aku bagi tahu hari Selasa dia start exam. But, as usually.. Aku memang pelupa. So tak sure la... Lalala

Tahun ni aku ada 2 orang adik yang telah dan bakal ambil Exam BESAR! Besar Punya! ^.^ Adik aku no. 4 akan menduduki SPM dan adik no. 5 telah menduduki PMR. Adik aku no. 4 ni lain sikit. Bukan lain dari segi rupa. Lain dari segi perwatakan. [Lain rupa adik aku yang no 3]. Dia rajin study.Full Stop! Trial SPM pun dia dah boleh straight A's. Exam biasa2 pun dia boleh semua A kecuali BM. Jadah BM tak boleh A?? Tapi yang trial tu pun sebenarnya cikgu2 dia buat conference naikkan markah BM dia sebab dekat2 nak A.hahaha Kantoi~ Tapi risau jugak SPM ni sebab last week dia cuti 3days sempena Raya Korban, boleh plak dia demam. Demam exam gamaknye. Nak cakap dia 24hours study tak juga. Cuma dia RAJIN. Hope time exam ni dia tak push sangat la diri dia. Aku dah warning siap2, tak kasi dia study. lalala

Eh. Eh.. Dalam ramai2 adik beradik aku paling sempoi kot study! Ha...Parents aku langsung tak kisah pasal pelajaran aku. Mak aku tak adanya nak pukul2 suruh study. Esok exam hari ni golek2 tengok tv. Perghhh suka gila kot! ^_^ Result pun buat aku golek2 suka kehampaan! T__T Tapi result SPM boleh buat mak aku bangga juga dengan aku! Cuma aku frust Add Math tak boleh A....Sob..Sob.. Ni pasal tak cukup masa lor! Aku memang tak study. Kalau aku study mesti result aku gempak kot! Ceh. [Tak payahla wanie..Dah terlewat] Aku ada meja study tapi meja study aku penuh dengan perhiasan2 yang entah pape. So aku study atas katil. Buka buku tak sampai 15minutes aku  pun Kroghh Kroghhh Kroghhh... Mak aku selalu geleng kepala. Macam mana nak dapat result yang gempak kalau cara study memang ciri2 pelajar yang hampeh? Tapi paling suka dan takkan tidur kalau study ialah baca buku Sejarah! Aku pun kagum sebenarnya dengan diri aku sebab aku memang tak suka menghafal tapi Sejarah aku selalu dapat A! Dari form 1 lagi. Aku  takkan menghafal tapi aku membaca dan membayangkan jalan cerita. [My fav subject still Mathematic lor.] 

Tapi sebenarnya bila aku study walaupun 15minutes tapi berkualiti ok. Aku betul2 study selepas tu gasak la nak tidur ke nak tengok tv ke. Aku tak boleh study straight 2hours. Serius. Tapi alhamdulillah la.... Aku dapat juga offer Matrik Tangkak dan Diploma UiTM . Aku pilih Diploma walaupun cikgu aku cakap aku BODOH tak pergi Matrik. Saya telah buktikan pilihan saya tidak salah. Nanti la cerita pasal aku dipanggil BODOH tu! Triple Sigh! =___="

Photobucket
GOOD LUCK my Little Brother~

Photobucket
Kadang2 dia sekepala dengan aku juga...^_^

Pensil/Surat:Cari kerja!Cari kerja!