Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Friday, July 11, 2014

::I'm Back. Middle of 2014::

Assalamualaikum...
Setelah berbulan-bulan dan hampir setahun tidak update blog, hari ini tetiba entah kenapa terasa teruja nak update blog. -__-" 

1st of all, Aku dah kahwin. Haha Yes, 13/12/13. Nice date (Perasan) Aku tersangat malas untuk update blog cerita berkenaan wedding aku. Samaada belah aku mahupun belah Piji. 1 of the reason is GAMBAR KAHWIN YANG OFFICAL TAK DAPAT LAGI! T_T tskkkkkk tskkkkk (Menangistersedusedulagi) 
Tapi sebelah suami aku dah dapat sebab aku hire photographer just untuk snap picture during our ceremony sahaja. No outdoor. No album photo. Actually aku 3 kali buat majlis kahwin. Hewhehwhew Gila orang bosan kot. HAHA Who cares??? 


Nikah. Shawl DIY.


 Tak sanding pun.  Dress DIY, shawl DIY, Veil DIY.

 Belah Piji. 
Baju DIY. Veil DIY

Hehehe ni pun confirm la DIY. Bunga kantan hand bouquet. Idea last minutes. Jimat! Total RM10. HAHAHA (kedekut) Siap boleh guna untuk masak lagi okeyyy.

Tahun ni raya of course kampung aku. Suami menurut perintah!Haha Sebenarnya aku tak kisah pun if raya belah Piji. Tapi kebetulan adik ke 4 aku balik dari UK. So, this time la elok untuk kami berkumpul 1 family. Kakak ipar aku pula sporting. Dia follow aku beraya kat kampung aku. So complete la! hehe Kalau di panjangkan umur, tahun depan parents aku beraya without aku dan abang aku la sebab turn belah mentua pula..hihi Fair and square la. But aku kena rotate 3 times sebab aku ada 3 kampung. T_T

Ok, hopefully aku rajin nak berblog selepas ini. Owh.. 1 more thing. Aku tak pregnant lagi. Aku kena buat list la jawapan-jawapan yang bakal aku bagi untuk sesiapa yang bertanya time raya nanti. urmmm... Tetiba rasa memahami perasaan orang yang dah kahwin tapi tak dapat anak lagi. Rezeki Allah yang bagikan. Cepat atau lambat sahaja. Dan Allah dah tentukan bila masa yang sesuai untuk aku dapat anak. Aku tak ada merancang, cuma dulu before kahwin rasa macam nak ada after setahun kahwin. Sebab nak manja-manja dulu puas-puas dengan suami. HAHAHA Mungkin Allah tunaikan hasrat aku time tu. Tapi takkan aku nak cakap macam tu kat kakak-kakak, makcik-makcik yang bertanya nanti...urmmmm Mungkin aku boleh bagi jawapan "U tahu bila u nak mati? Tak tahu kan...  Sama juga macam I,, I pun tak tahu bila Allah nak bagi I anak. Cuma I berusaha dan terima seadanya. U pun kena la berusaha kumpul amalan untuk bawal bekal di akhirat nanti." Dushhhh! Penampor size 10 aku dapat kot!

Pensil/Surat: Tetiba rasa nak jadi businesswoman. haha IBR :)


Thursday, November 15, 2012

::Permulaan Sesuatu yang Baru::

Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah. Tahun islam yang baru. Macam-macam orang berazam. Aku? Harus la nandooo! Bagi aku tak payah tunggu tahun baru nak berazam bagai. Setiap hari boleh berazam kannnn. Actually, jauh disudut hati aku, aku memang dah lama inginkan perubahan. Yes. P.E.R.U.B.A.H.A.N. Bukan perubahan terhadap pembangunan ke apa, tapi terhadap DIRI SENDIRI. Kita manusia tak cukup sempurna. Banyak sangat kekurangan. Aku bukan la seorang yang mempunyai sosial life yang teruk pun. Aku tak suka hang out. Aku prefer duduk diam-diam kat rumah. Gila terpinggirkan?Haha Tapi ada aku kisah.. 

Niat aku dah lama ada. Aku nak baiki dari segi sikap dan pemakaian aku. Aku bukan la seorang free hair ke, keluar pakai baju lengan pendek ke tapi aku rasa banyak lagi perubahan mengikut garis islam yang aku tak follow. Macam bertudung, sekarang aku kurangkan angkat tudung tinggi-tinggi. Pergi kelas pun aku akan silang yang menutup dada. Cuma kalau keluar, sometimes aku ada juga la selempang tinggi-tinggi if malas sangat. Aku tak nak la kata TAK DAPAT SERU LAGI NAK BERTUDUNG LABUH-LABUH. Aku pun tak nak la kata NAK BERTUDUNG LABUH-LABUH KENA IKHLAS. Sekarang jangan nak cakap pasal IKHLAS, SERU, HIDAYAH ke. Semua ni dah lama termaktub dalam Al-Quran. Hidayah suruh bertudung dengan sempurna dari zaman nabi kita dah ada. Memang wajib!   So, nak lawan lagi? Tapi kita ni je tahu tapi buat-buat tak tahu. Bebal. Kepala batu. Kalau sampai ke mati seru dan hidayah tak sampai?Camne? Benda ni kena paksa. Lagi satu ISTIQAMAH. Tu la aku nak kuatkan diri aku untuk melakukan perubahan ke arah landasan islam yang sebenar. Selalu sangat leka. Kadang-kadang hari ni dah rasa kuat, esok kembali tabiat lama. MasyaAllah... >_< 

Bab pakai stokin, aku pun tak faham diri aku ni.. Pergi kelas dulu masa diploma memang selalu pakai stokin. Masa degree pun sama. Tapi bila keluar jalan-jalan if pakai wedges ke, heel ke tak pakai plak. Tapi bila pakai kasut aku pakai plak stokin.Iksh... Sekarang aku masih amalkan pakai stokin time pergi kelas. Cuma time keluar jalan-jalan aku tak pakai melainkan aku pakai kasut, aku pakai la stokin. Ni pun kena tekad! Selalu amalkan pakai stokin bila keluar. 

Yang memang aku NAKKKK SANGAT-SANGAT buat ialah pakai hand sock. Memang nak sangat. Sekarang kadang-kadang pergi kelas ada la pakai. Kalau tak teringat aku tak pakai la. Haha Entah, part ni aku rasa memang aku kena start pakai la sebab tangan orang akan nampak. Kadang-kadang baju memang long sleeve tapi if terangkat, tersingkat sikit, dah nampak. Especially, pakai baju kurung..  Sekarang pun, hand sock banyak jenis yang cantik-cantik. Tak sabar nak pergi beli banyak-banyak.hehe

Apa yang kita nak buat memang dengan niat. Apa yang aurat kita dedahkan semua ayah kita yang tanggung if kita belum berkahwin. If ayah kita dah tegur tapi kita still degil tu memang kita tanggung la. Aku admit, ayah aku memang tak pernah complaint pasal pemakaian aku. Mak aku je yang selalu bising-bising. Even sekarang aku suka pakai t-shirt muslimah, mak aku still marah pasal seluar jeans aku. Aku jenis suka pakai seluar jeans yang ketat if pakai baju muslimah sebab baju muslimah labuh paras lutut. So, tak ada masalah la kan. Tapi tak bagi mak aku. Hahaha Tak apa, sekarang aku gila skirt, so kurangkan pakai jeans, kita pakai skirt pula. Hoholiooo!

Tetiba rasa nak merenung nasib. Huhu

Pensil/Surat: Niat. Kekuatan. Tekad. Istiqamah.


Thursday, November 8, 2012

::Berfikiran::

Assalamualaikum....
Setiap hari aku duk fikirkan planning aku selepas belajar nanti. Yela.. Around 2months lagi habis la master aku ni. Sampai termimpi-mimpi dibuatnya. Tapi thesis data tak key-in lagi. kehkehkeh Aku pun grad lambat lagi. Bulan 11 tahun depan. Nak tunggu posting alamatnya tak kerja la aku. So, better aku sendiri cari kerja dulu then kalau ada posting baru apply. Tu pun kalau kat semenanjung laaaa... Kalau kat SABAH & SARAWAK mak aku suruh kirim salam je. Hohoho

Planning aku banyak. Hope terlaksana la... Tapi kena istiqamah. Aku ni, bila sampai waktu dan ketikanya, kadang-kadang kalau penyakit malas menguasai diri, memang aku lebih dengar kata penyakit malas dari apa yang dah di planning. Macam contohnya aku cakap nak pergi kedai pukul 5pm, tup tup bila dah pukul 5pm aku akan fikir, tak pa.. Esok masih ada. Terus cancel tak pergi kedai. Selalu sangat macam tu!

Aku ingat time praktikal nanti, nak minta Kolej Polytech Mara (KPTM), Bangi. Tak pun, minta Politeknik Shah Alam. Either one la. Sebulan je kot. So, tak perlu nak beria-ria sangat. Tapi experience tu penting. Plan aku time tu:

  1. Nak mengajar tuisyen malam time aku praktikal. Cari duit. [Kalau area Shah Alam tak ada hal sangat, Tapi area Bangi aku tak familiar lagi. Tak pela, Usaha tangga kejayaan. :)]
  2. Nak stay je Shah Alam/Bangi bila habis praktikal.
  3. Nak cari kerja ikut aku punya master [Education] ataupun aku punya degree [more to Invontery / Production/ Analysis]
  4. Nak cari kelas Bahasa Inggeris. Nak improve aku punya speaking. Aku dah lama plan nak cari kelas B.I untuk speaking je. Tak nak writing. Bukan apa, nak improve aku punya percakapan. Aku still takut-takut nak speaking. Tapi bila terdesak bantai je. Tapi kalau tak paksa memang aku tak cakapla... Tapi tak tahu kat mana kelas B.I untuk dewasa..huhu [Any suggestion?? >_<"]

Kenangan bersama Pebimbing yang superduber sporting!! Paksa pakai sampin dia layankan ajee..hehe

Kak Ain! Rindu dia!

Pensil/Surat: Today, off to Paka Terengganu. My sweet memory during childhood!



Friday, August 10, 2012

::Ingin Menjadi yang Disukai tetapi Ditindas::



Assalamualaikum....
Bila di beri muka di pijak-pijak.
Bila di marah di kutuk-kutuk.  


Niat kerana Allah SWT dan hala tuju aku masa mula-mula nak start mengajar pelajar-pelajar aku ni memang nak bagi diorang sukakan MATHEMATICS. Bagi yang lemah akan berusaha keras untuk sama-sama tidak ketinggalan ke belakang. Aku tak nak jadi seorang pendidik membiarkan pelajarnya ketinggalan tanpa mencuba menarik mereka bersama-sama untuk bergerak ke hadapan. 

Aku mengajar 4 kelas means ada pelbagai ragam.

1st Pelajar DEU3A (Pelajar Electronik Perubatan)
Pelajar pandai. Kelas mix. 1 Malaysia katakan. Semua bangsa ada. Senang nak ajar. Pelajar mudah faham. Tak perlu explain tigapulohempatkali benda yang sama. Tapi suka masuk kelas lambat. Suka merungut bila belajar lebih sikit. Suka nak balik awal. Aku jenis tak kisah if silibus dapat habiskan seperti yang dalam lesson plan. Masalah sekarang kelas ni banyak ketinggalan sebab diorang suka habiskan kelas awal. Aku plak tak nak la push diorang if diorang dah tak ada mood. Kebetulan kelas waktu tengah hari pastu puasa. Memang masing-masing buat muka monyok la. Itu sekian pasal pelajar, belum pasal kelas plak. Whiteboard kecik la. Whiteboard payah nak padam la. Aleh-aleh aku bawak duster sendiri pergi kelas. 

2nd Pelajar DKA3C (Pelajar Kejuruteraan Awam)
Pelajar yang sedang-sedang. Majority students memang ingin belajar. Berusaha untuk memahami apa yang diterangkan. Tapi 1 orang pelajar suka provok aku. Sebab kelas ni je satu-satunye kelas tahu aku sedang menjalani Latihan Mengajar. Pelajar ni tak padan dengan pendek, ingat pelajar pandai tapi harapan jela. Quiz pun fail. Pelajar yang rendah diri, yang mengaku dia lemah math pulak yang dapat highest dalam quiz. Dia ni belagak, suka argue apa yang aku explain. Satu hari tu aku dah tak tahan sangat dengan dia aku sound dia direct. Lantak la. Tapi budak macam tu ada dia kisah? Dia gelak-gelak je. Since tu, semua pelajar tak berani tegur aku walaupun aku tersalah tulis nombor di whiteboard kecuali pelajar yang baik dengan aku. Baru tahu tinggi rendah langit tu.

3rd Pelajar DKA3D (Pelajar Kejuruteraan Awam)
Pelajar yang lemah. Pelajar yang sporting. Kelas yang sangat happening. Tapi sesetengah pelajar yang tak serius dengan apa yang aku ajar. Diorang fikir aku mengajar pastu akan bagi jawapan dalam soalan gamaknya. Kadang-kadang aku bengang juga. Explain la banyak kali pun bukan diorang berusaha nak faham. Nak disuap je semua nya. Semalam aku tertinggikan suara, baru terdiam semua. Ingat aku kat depan boleh buat macam bola ke? 

4th Pelajar DPB3C (Pelajar Perkhidmatan Bangunan)
Pelajar yang sedang-sedang dan ada yang pandai dan ada yang sangat lemah. Kelas yang suka bercakap tanpa henti. Pelajar lelaki yang berusaha nak belajar walaupun suka bercakap sangat. Tapi tadi aku naik hangin sampai rasa panas muka. Aku mana pernah marah orang, tapi disebabkan aku ni pelajar LM, pembimbing aku suruh aku buat kelas ganti untuk pelajar kelas ni. Tapi semua pelajar merungut. Sebelum ni aku ikut je apa diorang cakap. Nak rest, nak balik awal tapi tadi diorang tak nak buat kelas ganti. Bila aku tanya bila free semua cakap penat la apa la. Aku yang duk explain kat depan tak penat? Tapi ada aku merungut depan diorang? Aku puasa juga. Aku mula dah start hangin bila diorang cakap quiz susah. Aku tak ajar. Amboiiii.. Memang soalan tu tak minta lukis pie chart, tapi calculation untuk dapatkan angel and percentage tu ada. Aku dah terang dan siap suruh buat kat depan lagi tapi ajar aritu. Tu pun diorang cakap aku tak ajar lagi? Mana la aku tak bengang. 1st time semua terdiam, terkedu, aku pun keluar kelas awal. Malas nak mengamuk lama-lama lagi. Kita nak tolang dia, dia tak nak tolong kita. 

Aku yang hepi go lucky ni pun kadang-kadang boleh mengamuk juga.
Ok, fine. Bye



Sunday, July 1, 2012

::Sentap!::

Bismillahirahmanirahim...
Aish..minggu exam. Ya. Exam. Exam. 2papers down and 1 more to go. 3papers only??? For final exam YES! but in examination slip NO! Total subjek aku ambik dis sem dalam 5 papers + 1 Proposal + 1 latihan mengajar. So nanti time dapat result semua tu include sekali dalam GPA sem 2. Oyeahhh! T___T

Hidup ni memang tak pernah terlepas dari ujian. Ujian dari manusia. Ujian dari Maha Esa. Sometimes, bila di timpa musibah baru manusia kenal erti kehidupan. Erti ragam manusia. Aku ni rasanya simple je orangnye. But aku memang cakap banyak. Orang tanya 1 aku explain panjang lebar. Kadang-kadang rasa nak stop je bercakap. Tak nak cakap banyak lagi. But, I always FAIL. T___T Ok, dah.

Duduk rumah sewa ni macam-macam ragam kita boleh lihat. Aku sekarang kalau housemate aku mengata belakang housemate aku yang lain aku diam KALAU aku rasa benda tu bukan 1 masalah besar pun. Perlu ke nak take serious. BUT kalau aku rasa benda tu memang serious aku pun join sekali BERGOSIP. ekekek. Actually, hari ni berlaku satu perkara yang buat aku sentap. Perlu ke aku nak sentap??? YES!!! Benda simple kot Wanie. YES. Memang simple. Oleh kerana benda tu simple la aku nak sentap. >_<" Aku memang geram tahap overdos and rasa nak meletopppp je. Aku nak luah kat rumate aku, Sue tapi tak boleh sebab aku takut housemate aku dengar.

Dulu time aku duduk rumah sewa sekali dengan Ucen, Gedged, Kak Jira, Lini, kitorang share everyting! Barang-barang aku ialah barang-barang diorang dan begitu jugak sebaliknya. Kita tahu barang orang dan kita mestila guna pun dengan baik. Dulu nak pinjam apa-apa tak payah mintak. Ko nak pinjam ambik je. Nanti dah pakai baru bagitahu sebab kalau bagitahu nanti kena marah. Eh? Macam tu ke? Memang pon!Hahah so sweet diorg tu. >_<" Kitorang satu bilik habiskan perfume Britney Spears Kak Jir. Hahaha Tapi jenuh jugak nak habiskan perfume mahal tu! 1 sem tak habis-habis. Kak Jir plak pakai yang murah je.  Kitorang pakai perfume dia yang mahal! Kalau orang lain mesti dah marah gila tuuuu! :p

Time master ni, aku dengan Sue memang tak kisah langsung share apa-apa. Tak mengira pun. Sue senang je orang nye. Kalau minta nak pinjam nanti dia mesti cakap "AMBIK JELA!KANG AKU CEPUK KEPALA KO!" *Dengan nada petir* Hahaha Tapi dengan housemates yang lain kena minta izin la sebab Sue aku dah kenal dari kecil lagi. Ok, aku pun dengan housemates aku pun aku buat perkara yang sama macam housemates aku time degree. Diorang nak guna barang aku ke, nak pinjam ke aku tak kisah. Suka hati la. Sampaikan kasut pun aku bagi la. Kalau pergi kedai beli barang dapur aku dahulu kan duit aku. Aku bayar dulu then diorang bayar kemudian. Kadang-kadang aku lupa berapa harga barang tu aku bantai je cakap harga bawah dari apa yang aku bayar. Macam contoh harga tu RM8.70 tapi aku lupa yang sen sen tu aku terus cakap RM8 jela. Aku dah lupe. Sebab bagi aku jangan nak berkira dengan orang nanti orang berkira dengan aku. So give and take la orang cakap kan.

Tapi! Tak semua orang macam yang kita harapkan. Aku tak ada masalah pun dengan SEMUA Housemates aku. Tak. And i'm happy to know and be their housemates. But sometimes aku kecewa la juga. Benda simple pun nak mengajuk then tak nak tegur tapi bila ada kepentingan boleh pulak tegur and cakap elok-elok. Grhhhh Tolong jangan jadi childish boleh tak. Geram aku. Aku ni jenis tak simpan dalam hati. Hari ni aku geram+marah tapi hari ni juga aku cool. Asalkan orang tu ok dengan aku. Aku tak adalah nak emo sampai keesok pastu bawak kelusa pastu ketulat! Tapi 1je, aku kena cari orang untuk aku luahkan. So, dengan kuasa kredit RM0.25 untuk 10minit call Celcom ke Celcom aku pun gayut dengan Ucen. Kadang-kadang aku call Gedged tapi RM0.25 for 5minutes je la sebab Gedged pakai Maxis. Huhu Aku tak peduli! Asalkan aku dapat gayut and luah perasaan!!! Lepas tu aku ok la. Simple je.

Ok, kes harini. Aku tak paham kenapa housemate aku tetiba tak nak cakap dengan aku. Diam. Tak ada nak tegur-tegur panggil aku ALEX Madagaska ke apa. Tak ada nak panggil ANAK GHANI. Diam je, Aku pun malas nak take serious aku ignore jela. Aku lalu lalang depan bilik dia aku diam je. Aku jenis orang tak nak tegur aku pun tak tegur la. Buat apa terhegeh-hegeh kat orang tak sudi. Cehhhh...cam gitu. :p Pastu dengan housemates lain bukan main dia tegur beramah mesra. *1 rumah 4 orang je ye* Aleh-aleh petang tadi Zila and Sue bagitahu aku yang dia ni bengang dengan aku sebab aku pinjam novel dia then aku bukak ternganga. Kira macam aku bukak kan novel tu pastu aku terlekup. Actually time tu aku tak jumpa lagi penanda novel tu. Aku tak ada lipat-lipat bucu novel dia tu.Aku buat pun aku rasa dalam sekali dua je! After aku jumpa penanda buku tu aku tanda guna penanda tu je la. Tu pun kejap je aku buat sebab aku nak baca balik. If aku nak stop baca aku tutup terus. Aku pun tak tahu yang dia jenis sayang sangat novel dia tu jika nak bandingkan bilikdiayangbersepahdanmejastudytakadarupamejastudy.[Ha!Kan aku dah mengata kau! Nasib blog aku ni dah jadi diary aku je] Pasal tu dia tak nak tegur aku. YES!I'm admit kesalahan aku tu tapi before aku pinjam tu at least bagitahu aku ko tak suka orang lipat ke, penyet ke, bukak laus-luas ke novel ko tu. Kalau ko pesen macam Zila sampai novel pun balut dan bilik kemas aku tak kisah. Aku paham. Memang jenis jaga barang betul-betul. Aku pun bukannye jahanamkan novel ko tu. Elok je aku tengok. Ni sampai mengadu kat Sue bagitahu "Aku 3bulan jaga novel tu elok je, Wani pinjam 3hari dah macam gitu rupanya" [Lebih kurang ayat cam gitu la] Wei! Memang aku sentap habisssssssssssss la. Novel ko tu tak ada jahanam pun! Aku pun paham la barang orang! Aku pun bukan nak pinjam sangat! Kalau sayang sangat novel tu TAK PAYAH tunjuk-tunjuk kat orang. KAU BELI KAU BACA KAU SIMPAN ELOK-ELOK. Tak payah sampai nak tagged kat aku kat FB pastu menunjuk kat orang ko banyak novel. Ibarat macam nak bagi aku pinjam plak. Aku baca tak habis pun aku terus pulang and MULAI HARI INI AKU TAK AKAN PINJAM APA-APA BARANG MILIK DIA. AKU TAK KEBULUR BARANG ORANG LA! [Nampak kan aku bengang]. Aku tak kuar makan pun dengan housemates aku malam tadi. Aku order air je dengan Sue. After aku pulangkan novel tu elok-elok plak tegur aku and siap tanya nak pergi makan tak. Before tu CAKAP dengan aku pun tak apatah lagi nak OFFER aku! Dia tegur aku jawab la. Kan aku dah bagitahu, aku jenis bengang-bengang pun harini juga aku ok. 

So, tadi aku kol Ucen and Gedged. Aku cerita everything. Bengang. Tu tak termasuk lagi kes dia campak pos laju aku tengah panas. [Konon bergurau. Tapi kasar sangat tu derrrr!] Campak pos laju aku tepi katil aku time aku tidur sebab dia bengang dia kena keluar ambil barang aku. Helloooo! Kalau tak nak ambil jangan keluar! Selama ni Sue ambil barang aku tak pernah sekali pun dia mengeluh. Siap offer lagi kat aku if nak suruh dia ambilkan kat post office if aku balik kampung. Siap bukak kan aku punya post laju lagi. Aku tak kisah pun. Dah kata barang aku barang dia. So, apa nak kisah kan.

Ok, over la plak kali ni aku update entry. Mau sebulan pulak aku tak update kan. Ok fine.
Esok En. Lidiman nak mai. Haisshhh.. Rasa macam excited pula tapi macam biasala. Aku time-time kul 2,3,4 pagi ni bukan mengantuk pun lagi. Aku baring awal pun nanti aku main games je. Tak mengantuk langsung! Kul 4 lebih juga aku tidur. Biasala, terbawa-bawa perangai tidur lambat sejak buat proposal aritu la! Aishhh.. Bahaya ni.

Pensil/Surat: Tabahkan hatiku Ya Allah. Berikan aku kekuatan, kesabaran. Kikiskanlah sifat negetif dalam diriku ini. Amin...


Friday, May 4, 2012

::Sila Adil::


Bismillairahmanirahim....
Plan malam ni nak tidur awal sebab dah beberapa hari tidur lambar pukul 3 tapi bangun awal. Huhu Bila buka FB bukan aku update post ke apa. Just baca apa la yang orang share di wall masing-masing.Harini orang ramai post berkenaan Allahyarham Bob kuman. Sangat simpati pasal dia sakit haritu. Allah memang sayang kan dia. Semoga dia di tempatkan di tempat orang beriman... 

Selain pasal tu.. Sekarang ni tak habis-habis lagi pasal perhimpunan BERSIH  aritu.. Adoii... Entah la. Aku malas nak pikir mana-mana. Sokong mana-mana. Dalam family aku pun sebenarnya politik campur. Hahahaha Sebab tu aku atas pagar.  Bila berita je and bila part berita pasal Bersih ni aku terus tutup. Malas aku dengar. Tak tahu yang mana yang betul.Yang mana salah. Siapa sokong kerajaan memang cakap kerajaan betul. Siapa sokong pembangkang akan cakap pembangkang betul. Aku just fikir macam ko tak suka orang tu, so apa yang dia buat ko benci, menyampah, semua tak betul. So sama juga dalam kes ni, bila goverment buat kebaikan dipertikaikan. Pembangkang buat kebaikan pun di pertikaikan. Aku dah lama pendam. Aku nampak bila orang yang memang fanatik dengan politik ni memang fikir part dia jeeeee yang betul. Surat khabar dan berita dah lama aku boikot! Malas nak layan. Sebab apa? Surat khabar banyak sangat mengampu. Takkan la goverment ni tak ada buat salah walaupun sekelumit. Takkan la semua yang pembangkang buat tu salah. Macam tak logik. Kata negara demokrasi. Tapi part mana yang demokrasi??? TV? Ada tv yang cerita pasal pembangkang?????? Tak ada pun. Pasal keburukkan pembangkang banyak la. Surat khabar harakah di haramkan jual di public. Just sesetengah kedai je ada jual. So?? Macam mana orang nak nampak siapa betul siapa salah. At least, if ada tv n surat khabar pasal pembangkang rakyat boleh menilai. Ni langsung tak ada. Aku malas nak dengar sebelah pihak je. Kalau kita suka orang tu, dia buat salah pun kita pejam mata. Cuba adil. Kalau pembangkang tuduh kerajaan, cuba siarkan berita dua-dua belah pihak. Ni tak, pembaca berita ayat nak gempak habis. Sebab tu aku tak daftar mengundi. Aku tak nampak siapa yang betul dan siapa yang salah. 

Salah satu lagi aku tak beli surat khabar sebab ayah kawan adik aku pernah di buang kerja *if aku tak silap la tak pun di gantung or di beri warning* sebab ayah dia reporter then dia tulis berita yang more to pembangkang la pastu tak pasal-pasal ketua editor marah. Masalah dia yang ambil berita tu, dia tahu la apa yang berlaku. Habis tu kena menipu la dalam laporan walaupun pembangkang tu ada buat perkara yang betul???

Yang berita TV aku tak tengok sebab kawan aku sendiri dan BEKAS PEMBACA BERITA SWASTA YANG MEMANG FEMES  sendiri yang cerita. Dia bukan sahaja hanya membaca berita tetapi dia juga yang kena jadi wartawan. so ada satu kes ni dia yang pergi dapatkan berita tu then dia yang buat ayat untuk dia baca time membaca berita tu, aleh-aleh time dia baca berita tu dia pelik. Kenapa ayat berita dia lain dan DI UBAHH?? Bukan sekali tapi banyak kali. Bila dia dah tak tahan sangat sebab menipu orang ramai dan ibarat memfitnah dia pun ada 1 kali tu dia tak ikut pun skrip berita tu, tapi dia baca ikut ayat dia yang betul. Tak lama lepas tu dia di panggil tapi cara dia cerita macam dia tak kena marah sebab berita betul kan. So, lepas dia fikir masak-masak dan tak nak dapat rezeki tak berkat dia pun berhenti kerja tu then sambung master sama macam aku. Gaji dia yang bulan dia ada baca berita palsu tu dia tak usik. Dia sedekah tak silap. So, sebab tu jangan percaya bulat-bulat apa dalam paper dan apa yang berita tuuu! Satu lagi, kalau kita tak nampak sendiri apa yang berlaku just depend on video, artikel, jangan percaya 100%. Ermm..

Ok, dah aku luah kan. Nak tidur. Sila bagi keamanan Malaysia ni. 


Sunday, April 29, 2012

::Erkk..Privacy::



Assalamualaikum...
Urm.. Kekok. Dah lama tak merepek tetiba nak update entry jadi kekok kelu seribu bahasa. Setting blog pun dah lain ye...Alahai..kesiannya kau Wanie..Ketinggalan rupanya. =_="
Ok, fine. Whatever lah. 
Aku dah fikir semasak-masaknya, aku memang nak private kan blog aku ni. Sampai bila? Sampai bila-bila aku suka sebab aku nak jadikan blog aku ni diary aku. Diary mestila tiada siapa boleh baca selain mereka diberi kepercayaan kan. ^_^
Actually, aku just nak buat sesuatu pekara yang terbaik dalam hidup aku. Aku tak nak sia-siakan dan asyik mengumpul dosa setiap hari. Dosa yang tanpa sedar kita sedari. Setiap hari ada dalam hati niat untuk berubah menjadi yang lebih baik tetapi tiada dorongan dari luar yang menguatkan lagi niat aku tu. Insyaallah, kita bermula step by step. Semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan dalam hati aku ni. Buang segala sifat negatif. Go Wanie Go!
Pensil/Surat: Assignment pun mesti settlekan on timeee!Oyeah!*Kekonon*




Tuesday, February 14, 2012

::Annoying::

Assalamualaikum...
Annoying. Annoying GILA okey.

Nak share something yang islamic sangat di galakkan. Sangat-sangat! Tapi if yang suka sangat share, nasihat orang, berhujah sana sini, bajet diri the best gila tapi realiti hampeh. Tetiba-tiba membuak-buak perasaan menyampah. If diri tu share article, video or whateverla pasal islamic then diri tu berubah ke arah tu tak apa. Ni share pasal islamic tapi kadang-kadang post kat wall tu duk caci maki. Tak ada nak keluar ayat yang sopan-sopan. Pastu share pasal aurat, pasal pakaian tapi gf sendiri pakai baju dedah lu**h. Free hair tu tak payah cakap la. Tak kisah nak share tapi diri tu lain kali nak post ke, nak komen ke beradab la, bajet bagus. Bila kena pressure sikit dah gelabah.

Kadang-kadang nak gelak je dengan semua post dia! Tak tahu la apa perasaan dia time tengah post tu.  


Nah muka annoying bergigi kuning!
Pensil/Surat:Maaf la, saya ni  memang suka sangat memerhati.

Thursday, January 26, 2012

::Dunia Cyber Halal & Tak Halal::

Assalamualaikum....
Sekarang macam-macam kita boleh tengok di FB.. Memang bagus la kan bila kita share post yang berilmiah, berfaedah yang boleh di kongsi dengan orang ramai. Tapi kita perlu fikir juga, apa yang kita post or share di FB tu betul atau tidak. Atau hanya sekadar kita baca dan kita rasa betul kita pun share. Padahal kita tak tahu sumber tu betul ke tak.

Sekarang kecoh pula perang ROTI. Boikot sana. Boikot sini. Yang ni kata ada gelatin babi. Yang ni pula cakap Cina nak bankrup kan Company melayu. Pastu mula la orang ni post pastu ada yang share. Ada yang sokong. Ada yang hentam. Tapi bagi aku la.. Tak salah kita nak share sesuatu post tu tapi kita perlu ada bukti yang kukuh. Biar betul-betul ada link yang JAKIM approve kan. JAKIM. Bukan sahabat Jakim ke, Kawan Jakim ke tapi website JAKIM dan memang pegawai-pegawai JAKIM yang pantau website tu. [Kalau boleh tunjuk kad pekerja lagi bagus.haha] Ni FB JAKIM sebonar... [Rajin la pula aku cari FB Jakim kan..Macam ada share pulak..:p] Dunia dah canggih jadi sesiapa boleh menyamar jadi pegawai JAKIM. Create page yang ada nama JAKIM pastu semua orang boleh LIKE. Bila sorang dah post "nah bukti ni halal", ada pula cakap "nah bukti tak halal"..  Tapi buktinya hanya lah PRINT SCREEN. Pastu orang ramai yang memang kaki FB ni pun mula la share sana sini. Padahal tak tahu betul ke tidak. Jakim pun tak cakap apa-apa lagi. Mula la ramai menyokong apa yang kita share tu. Di buatnya apa yang kita share tu TAK BETUL.?Tak pasal dapat dosa fitnah!Grhhhh 

Banyak kali dah terjadi macam ni. Bab isu halal ni memang kes serius. Makanan kan akan jadi darah daging kita. Kadang-kadang ada strategi untuk menjatuhkan orang lain. kira macam marketing strategy la. Ni salah satunya. Tapi if seseorang yang berhati mulia nak selamatkan orang Islam dari lebih jauh terpesong mungkin juga dia share something yang memang dia tahu. Maybe dia lakukan analysis then tahu makanan tu tak halal tapi ada sijil halal dan nak selamatkan orang Islam so dia post something like that. Kadang-kadang ada company BELI logo halal tu padahal ingredient dalam tu ada CIK BI. ha...Who knows right??

Kita sibuk share post yang pasal islam sana sini, tapi diri kita tak ada nak perbaiki kepada lebih baik. Benda yang jelas terang-terang salah macam minum arak, dedah aurat tak ada pula kita nak kecoh sekecohnya. Peringatan untuk aku juga ni. Dats why aku tak berani nak share something yang aku rasa tak ada approve dari pihak yang bertanggung jawab. Tak salah nak share something yang berilmiah tetapi perlu lah ada bukti yang KUKUH. Jangan sekadar print screen semata-mata atau pun dari luahan blog-blog pastu kita share. Pasni bawak roti, tepung, minyak tu pergi Jakim. Ha...cek betul halal ke tak. Puas hati. Keh keh keh

Minta maaf dulu ye.. Mak luahkan ape yang mak rasa je.. Jangan la kome-kome sekalian terase...Keh keh keh
*Terasa ceria habis pula aku time salam dengan pengantin ni*

Pensil/Surat:Sama la kes isu Hotdog cap RAMLY.. Nasib Jakim dah approve halal. Ada bukti baru aku percaya. Jangan cakap saja tapi habuk tak ada.

Saturday, December 17, 2011

::Eh?Hai Lemak::


Assalamualaikum....

Perasaan nak menimbang-nimbang berat badan tadi sangat berkoba-koba. Apa taknya, sekarang dah makan nasi 1 kali sehari. Rasa boleh la turun 1 or 2 KG. Walaupun semua seluar jeans ketat bila dipakai. Confident kena la mencanak naik. Baru ada style..-_-" Apa lagi... Naik penimbang, yang munculnya..... Angka yang tak ku sangka! 4KILO NAIK!! Apa nak jadi dengan badan aku ni! Sebab tu la aku rasa perut aku berlemak sangat!
Oleh kerana terlampau happy dengan bacaan penimbang tadi, aku pun singgah kedai beli nasi lemak ayam. Alang-alang dah berlemak tu, tak salah la kan nak menambahkan berat lagi.T_T

P ergi kenduri Yana & Adam. Ambil nasi banyak sangat. Pernah pergi kenduri orang kahwin makan nasi dua pinggan. Nasib la orang tak perasan. T_T

Muka mintak pelempang! Lepas kenduri pergi beli tiket bus di TBS pastu pergi cari kek sebab lapar.
Terima kasih nafsu makan kerana membenarkan lemak bertandang. hukhukhuk

Pensil/Surat: Berjaya juga pujuk Pakcik Ghani datang ambik aku..:P

Wednesday, December 7, 2011

::Bila Musim Cuti Sekolah::

Assalamualaikum....
2 weeks lagi dah start study week.. Tapi 2 weeks before study week ni rasa dah nak magrin jeee! Semua assignment kena submit before 24hb Dec. Lecturer pula bagi last minutes. Pasrah je la. Esok ada lawatan then report pulak kena buat. Proposal next week kena present, concept paper for falsafah lagi, mini proposal untuk physiology lagi. Aduyai... Orang lain time cuti sekolah ni sibuk buat persiapan nak kahwin. Aku sibuk buat persiapan nak habiskan sem 1 ni. Sekejap pula rasa. Tup tup dah nak habis 1 sem. Tinggal 2 sem lagi dan ini bermakna aku ada lagi 1tahun untuk habiskan master ni. Insyaallah..

Group members aku ada yang tengah sibuk buat persiapan untuk weeding beliau bulan February tahun depan. Kesian pula aku tengok. Dulu happy go lucky je bila datang kelas tapi sekarang nampak sangat dia kuat berfikir. Tapi respect gak la, bab study dia maintain je. Tak ada la assignment, report tak siap ke. Ramai pula kawan-kawan baik aku nak kahwin. Yang aku tumpang gembira best friend aku time Diploma, Tasha. Tadi baca blog dia. Sekarang ni pun tengah sibuk buat persiapan kahwin dia. Dulu ingat lagi, keluar dating dia pinjam baju aku aleh-aleh kantoi dengan bf dia bila ada picture aku pakai baju sama, Haha Adat la tinggal kat hostel duduk pinjam baju kan..=_=" Sampai juga jodoh dia kahwin dengan Asri. Aku tahu dari dulu lagi Asri tu memang baik. hihi

Picture time Pre-Graduation Part 6 Diploma...^_^/

Minggu ni aku dan Mr Lidiman insyaallah akan attend weeding kawan dia. Sejak couple dengan Mr. Lidiman ni aku rasa banyak benor la pulak aku pergi kenduri orang kahwin dan mostly semua kawan-kawan Lidiman! Iksh3... 1st time keluar dating selepas couple pun pergi kenduri kawan dia kat Rembau. Perghh.. Hoho

<3

Pensil/Surat:  Dah-dah pergi sambung buat proposal la Wanie oiii!

Saturday, December 3, 2011

::Serabut dah::


Assalamualaikum...
Esok pagi 3hb Dec, eh?Dah masuk 3hb kot!Ok-ok, pagi nanti..=_=" Aku ada test Philosophy. Macam mana orang otak Math ni nak merembes idea untuk subjek Falsafah? Aku rasa mahu esok keluar calculation je. Dulu time degree pernah ambil subjek Philosophy of Sciences. Ni time master kena ambil pulak Falsafah dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Jem kepala otak gua...~_~!

Please la... Dah la selepas test kena rushing pergi bus stand nak pergi KL pula. Malam esok parents aku balik dari Mekah. Abang dan adik aku dah pergi KL harini. So, esok aku perlu gerak ke KL naik bus je la. Bercampur-campur dah perasaan ni.


Tokoh falsafah:
1) Sacrates- Pembentukan pengetahuan yang murni amat penting bagi mencapai kebijaksanaan.
2) Cicero- The mother of all art.
3) John Wild - Usaha untuk memahami faktor-faktor dasar sesuatu yang kita alami.
4) John Dewey- Usaha manusia untuk membuat penyesuaian sesuatu yang lama dengan yang baru.
5) Al-Farabi - Cintakan kebijaksaan dan falsafah ialah pokok segala ilmu.
6) Ibnu Sina - Dapat mengawal pemikiran manusia daripada terpesong.

Mazhab Falsafah:
1) Idealisme
2) Realisme
3) Pragmatisme
4) Prograsivisme
5) Eksistensialisme

Ni jela kot aku boleh ingat. Padahal soalan dia tak ada la sedirect macam gini. Eh? Rasa berilmiah pula kan entry aku harini. =_="

Eh, sempat pula la kan update blog!
Pensil/Surat: Wish me gud luck..Baru nak sedar diri oi!

Thursday, December 1, 2011

::Mungkin Boleh Dimulakan Kembali::

Assalamualaikum....
Semalam aku mula update 1 entry setelah sekian lama tak update dan tetiba rasa banyak sangat kan masa terluang [padahal CFP merayu-rayu suruh dilengkapkan]. Aku pun dengan rajin pergi click entry aku yang lepas-lepas. Bukannya pergi jelajah blog orang. Lepas tu mula la rasa macam nak delete semua entry lama-lama. Rasa malu pun ada, tapi bila baca entry lama-lama ni terimbas-imbas kenangan dulu masa degree. Aku mula blogging time degree. Masa tu blog ni tak femes mane pun. Aku blogging pun sebab ada baca blog senior-senior dulu macam Puan Lifesaver, Yanie Putrajaya Budak Gebu. Serius suka baca blog senior-senior ni. Kelakar. Tapi sekarang diorang dah tak blogging. Yang ada sekarang ramai budak-budak baru. Dulu diorang blogging bukan kejar duit pun sebab dulu Nuffnang mana wujud pun lagi. Haha 

Mungkin orang tak suka share pasal diri mereka diorang pikir blog ni mengarut. Mungkin la. Depend pada individu tersebut. Tapi bagi aku la, bila kita cerita apa yang menarik berlaku pada diri kita dan jarang berlaku pada hari lain dan kita coretkan dalam blog, mungkin suatu hari nanti bila kita baca, kita akan imbas kembali. Lebih-lebih lagi pesen orang macam aku ni, pelupa yang amat. So, bila baca balik peristiwa tu akan refresh la kembali. Macam aku pernah buat entry aku sorok baju anak ayam gedged, benda tu akan menyebabkan aku teringat peristiwa yang berlaku dalam bilik 5, Jalan Plumbum. Pastu mula la pergi post di wall ex-rumates cakap rindu. Sekarang mula rasa menyesal sebab tak update blog masa kerja dulu. Tak cerita pasal aku gaduh dengan bos, dengan orang Proton. Pasal aku accident keling langgar aku, aku langgar housemate aku. Kang dah lupe bila semua tu berlaku.huhu

Tapi tak bermakna aku nak mula blogging macam dulu pergi jelajah blog orang. Kalau setakat baca blog-blog yang memang dah di link kan dalam blog aku ni mungkin aku baca la. Kalau rajin aku komen kalau tak ada idea aku baca sahaja..:) Sebenarnya leceh juga nak update blog ni. Nak kena resize picture then need to put watermark bagaila. Leceh ok. Update blog tak letak gambar pula macam tak menarik. Ok, sebab aku tak letak lagi gambar-gambar orang yang rapat aku masa Master ni so sekarang mungkin masa yang sesuai untuk munculkan diri-diri mereka. Kalau sekarang aku start sebut nama Nadiah tu boleh kira dia lah teman rapat setakat ni. Walaupun dah kahwin tapi lagaknya macam budak-budak. Kalah aku yang muda remaja ni. Erk?? =_="


Members group. Apa-apa presentation je, ni la group aku. Gila?Memang pun... Dats why aku lebih suka sesi pembelajaran time Master. Eh, time Diploma suka juga ok! Time degree banyak mengajar aku erti INDEPENDENT. Ouh...T_T


Takat-takat ni jela, aku pun esok kelas pagi. Sabtu pagi, 3hb Dec 2011 ada test. Malam sabtu tu pula parents aku pulang dari menunaikan haji. Hope, everything will be ok. Insyaallah...

Pensil/Surat: Sayangilah  ibubapa anda selagi mereka masih hidup. 

Monday, October 17, 2011

::Saat gembira datang dan pergi::


Assalamualaikum...
Update blog dengan perasaan sedih menyelubungi diri.. Sob sob sob.. Baru balik dari Shah Alam.. Dis wik, habiskan sisa-sisa hujung minggu dengan kawan-kawan lama.. Pergghhh syok habis!! Aktiviti penuh.Full.! Jumaat pergi KL lewat petang sebab ada taklimat pulak dengan penasihat. Nasib ada kawan. Sampai-sampai je TBS Mr. Lidiman la ambik dengan Miss red aka Madu aku. Dah lama tak jumpa Lidiman aku pun paw Mcd.. Dap-dap! Bukan nak kata Parit Raja ni tak ada McD tapi harus la aku tak pergi beli McD dengan seorang diri.

Walaupun dah 1bulan lebih duduk di Parit Raja ni...Ermmm...No komen la.. Aku rasa not bad la kat sini. Tapi kalau ada kawan-kawan gila aku di Shah Alam tu, maw lagi best!Kucar kacir Parit Raja ni!Ha.... Tapi harapan tinggal harapan la... T_T

Semalam pergi ambil jubah konvo aku dengan Mr. Lidiman. Tak jumpa kawan-kawan kelas aku langsung sebab aku datang lambat. Janji nak datang pukul 9am.Aleh-aleh aku pukul 9am tu aku tengah syok lepak dengan Ucen dan Jir lagi!haha Dah lama tak luang kan masa sebegitu rupa.. Pas ambil jubah terus jumpa diorang lepak kedai mamak pastu pergi karok!Dengan Mr. Lidiman sekali aku angkut!Ha!Memang terbaik la!! Walaupun Gedged tak ada..Hari-hari bahagia mesti diteruskan. Dah lama tak karok memang sekejap je dah semput..Habis je karok pergi Pavilion pulak! Tengok movie dengan kawan-kawan Mr. Lidiman.Tengok movie Real Steel!Perghhh!Terbaik.! Plan aku mula-mula nak tidur dalam panggung tu sebab aku memang langsung tak pernah baca sinopsis or hura-hura orang hebohkan pasal movie tu.. Tapi pas tengok cancel plan nak tido!hahaha

Best lepaking dengan rumate lame!!Dah lama tak macam ni!!!

Sempat lagi nak kena kan GEDGED..Nyanyi lagu Aisheteru yang Ifzan Mohd Saya tuju kat Gedged..Litang pukang kami kerjakan lagu  ni!

Mr. Lidiman yang reda terpaksa follow kami karok.HAHAHA

 Tapi..Bila dah otw balik Parit Raja terus tak da semangat....huhu  Tak pa..Tak pa..This week turun KL lagi!! Hantar parents pergi Haji pastu lepak dengan rumate lame pastu KONVO!!Yeaaappppiii!! Walaupun parents tak ada..Aku paksa rakan-rakan aku datang!Hoho!! ^__^

Pensil/Surat: Hope selamat semuanya...:))



Friday, April 8, 2011

::Mulut Juga yang Cakap.Mulut Juga yang Makan::

Assalamualaikum....
Sesungguhnya makanan yang lazat itu sungguh menggodakan...Aiyak!! Apa nak jadi ni!! Rasa dah bosan asyik update pasal diri aku yang makin berisi. Dah akhirnya, berat telah telah maintain pada 41.9KG..hahaha Sebelum ni 36.5KG...uh! Berjaya juga misi untuk gemokkan pada..:p [Poyo.Padahal mulut bising bile berat naik!]

Memula berat naik, muka la yang start nampak tembam la..Badan still maintain slim ala-ala model gitu..ahakkk! [Rasa nak lempang kat diri sendiri jek!] Pastu, ingat hujan sampai ke petang rupanya ribut petir telah melanda.... Lemak-lemak aku telah turun ke arah perot!!Ayok! Berlemak sudah~  ;((

Actually, aku tak ada la kisah sangat badan berisi tapi yang jadi prob besar bapok jing ni.... Baju aku habis sume terkubur... Baju kurung la paling mengecewa kan..Sob Sob Sob.. Baju aku banyak baju kurung moden. Baju kurung biasa kebanyakkan yang zaman tok kaduk.. So, bila badan dah naik berat ni memang parah la... 

  1. Zip kain baju kurung n baju kebaya semuanya tak boleh nak zip habis. Just half je then tak boleh nak kacing.. [Kantoi sudah~]
  2. Baju kebaya [Bukan kebaya nyonya ye] bila pakai dah nampak spare tyre.... [Padahal dulu pakai kebaya tak ketat pon]
  3. Seluar jeans yang biasa pakai dah ketat di peha pastu sudah makan dan perot full jadi senak perut. [Sedih...]
  4. Baju t-shirt kebanyakkan sudah ketat bila pakai dan sekarang tengah mengumpul koleksi baju-baju muslimah....[Alhamdulillah]
Conclusion nye... TAK SEDIH mahupun KECEWA sebab aku tetap makan malam selepas jam 9malam. Mulot memang bising tapi mulot jugak yang sibok mengunyah!hoho!

Ni picture before Berisi..

Photobucket

Photobucket
Walaupun pakai shawl..Aku tetap nampak slim...Ahakkzz!

Photobucket
Apatah lagi pakai tudung bawall.Mestila muka aku lagi maintain kurus~ :p

Ha...Yang di bawah ni pulak picture time sudah berisi..

Photobucket
Pakai shawl confirm la nampak tembam... Sadis~

Photobucket
Memang muka aku dah jadi besor daripada En.Pz..=_="


Photobucket


Photobucket
Pakai tudung bawal pun still nampak berisi..Aduhhhh~


Membebel berbakul-bakul pun tak guna kalau diri sendiri tak mahu insaf!Huuuu~

Pensil/Surat:1 week more to gooo!sedih!

Sunday, April 3, 2011

::2weeks More To go::

Assalamualaikum....
Aku rasa, sepanjang sem ni..Aku malas gila nak update blog nak cerita kan whatever thing yang berlaku during my practical... Entah la... I'm hepi..So hepi... Aku hanya ada lebih kurang 2 minggu lagi untuk say gud bye after then i need to focus on my report and presentation.. Sedih plak.. Mana tak sedih.. Mula2 datang lapor diri.. Ada 3 org je students practical but after a week datang sorang lagi  pastu datang lagi 2 org.. Total sumenye 6 org. Semua jenis otak gila, otak sewel, otak mereng. Bab bergambar no 1. Bab mengutuk no 1. Bab buat kerja no 1. [Eh..tu aku jela...yang lain keje nak merungut..:p]

Before aku dimasukkan ke Financial Department, macam2 cerita seram aku dengar. Ada yang cakap bos kat sana garang. Pekerja diorang sombong. Cuak gak.. Masa aku kena di hantar ke sana seram sejuk gak.. Sampai2 je department tu aku tengok semua kusyuk buat kerja. Tak hiraukan aku langsung. Muke semua nak makan orang. Tengok orang macam ada buat salah besar je. Tapi lama2 diorang ok je. Diorang memang jenis kerja kuat. Balik after 6pm. Tak ada yang pukul 5pm dah lesap. Ada yang cakap kerja di government goyang kaki. Tapi aku tak.. Kadang2 aku pun sampai tak sempat nak siap kan kerja. If aku balik dengan mak aku tak kisah la. Aku suruh datang lambat.. Tapi aku balik dengan bebudak practical ni.. So, paling lewat pukul 5.30pm dah kena lesap..[Pergi melagho+bazirkan duit]

Tetiba sedih plak bila mengenangkan kembali memory time practical. Rindu gurau staff kat sana. Memula aku masuk practical semua tanya asal mana. Bila diorang tahu aku orang Terengganu semua terkejut. Semua try untuk cakap Terengganu dengan aku but as usually.. memang FAIL..hakhakhak Memula aku sorang je di Jabatan Kewangan tapi seminggu lepas tu aku dapat partner, Fieza. Budak yang sengal habis. Kerja nak dengkikan aku. Kerja susah2 staff2 sane suruh aku buat.. Kerja2 simple minah Fieza buat.. Tapi nak buat macam mana, aku dapat meja n computer sebijik, so kena la buat kerja! Tapi Fieza lagi power.... Die siap dapat counter dan loceng lagi.. Siap boleh tayang muke depan customers yang datang mengadu gitu..hahaha Tapi next week Fieza dah tak ada.. Dia kena tukar di unit ICT.. Tinggal la aku kembali sorang dan kerja2 yang Fieza buat dulu aku kena take over balik..huhu Aku juga bakal pulang lambat seperti memula aku masuk....;((

Photobucket
Suke benor bergambo~

Photobucket
See!Everywhere..Anywhere..

Photobucket
Karoke time! Aktiviti WAJIB everyweek!

Photobucket
Shopping!!!!Window Shopping!!We love toooo~

Pensil/Surat:Aish... Buat apa aku nak emo lagi! Tunggu la 2minggu lagi! Pastu emo la sepuasnye!! Aish.. Bonget tul~ Report in progress.. 70% project dah siap dan dah boleh siap just nak edit data je sikit lagi...\^__^/

Monday, January 24, 2011

::Parah::

Assalamualaikum...
Penangan tidur selepas asar memang malam mata payah gila nak lelap. Esok kerja. Terbaek la wok!

Bukan itu yang mahu di ceritakan. Apa perubahan ketara sangat ialah aku sudah TEMBAM! Ouh no... Sesetengah orang cakap ok sebab berat aku sebelum ini 36.5 kg. So sangat2 ler underweight. But now, setelah sebulan lebih berat aku 41kg. Perlu suka kah?Gembira kah? Ketawa kah? Mahu salahkan siapa? Apa puncanya? Damn! Diri sendiri yang bersalah!

1) Dulu punya la makan setengah senduk tapi acap kali makan. 
Now, penuh satu pinggan dan tetap acap kali makan. Sigh.

2) Dulu tak ambik apa2 supplement.
Now, mak aku bising suruh ambik Vitamin C. Aduyaii..

3) Dulu pergi kelas belajar.
Now, pergi kerja bekerja. Perghh

4) Dulu merana.
Now, bahagia. [Eh?ada kaitan ke??]

Photobucket 
Picture terbaru yang obvious nampak aku berisi. Ayok..Ayok..Ayok.. 

Pensil/Surat:Hati mudah sensetif benor le sekarang.