Showing posts with label Pensyarah ke?. Show all posts
Showing posts with label Pensyarah ke?. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

::Habis Sudah. Buka Buku Baru::

Assalamualaikum...
Jumaat ialah penghulu segala hari dan tangga 14/09/2012 juga penghulu Latihan Mengajar 1 aku di Politeknik Shah Alam. Sangat banyak kenangan manis. Kenangan pahit tu tak ada la. Yang ada pun sedikit perbezaan pendapat. But, we can ignore it. Dun take serious. ^_^
Overall sangat best dan sangat touching when I need to say gud bye to my beloved students. Ouchh .. Rasa nak nangis teresak-esak plak.

Entry ni dah lama nak publish tapi malas benar nak mengarang ayat. Tapi gagahkan diri juga sebab nak jadikan kenangan. Kang aku lupa pula. Biasa la, dah tua ingatan makin ke laut.Grhhhh

Kita mulakan kelas yang mula-mula aku masuk then kelas yang mula-mula aku tinggalkan.

DEU3A
Rasa sedih tu ada la tapi tak sangat sebab tak ada la rapat dengan semua students. Just segelintir je. Diorang ni baik sangat. Pandai tu memang la! Kelas 1 Malaysia. Chinese, indian, malay..semua ada!hehe Cakap pun polite. So, aku relax jela. Ambik gambar semua students then salam-salam keluar. Tak ada bagi ucapan akhir pun. Haha Tapi student kelas ni yang mula-mula dapat cari Facebook aku. Memang stalker gila la!Hahaha


 Pic kelas ni banyak tapi aku letak satu jela. Tak ada pula yang aku snap ramai-ramai.


DKA3C

Kelas ni memang sedih sangat sebab walaupun aku ada la sedikit kebengangan dengan seorang pelajar tu. But overall, semua ok. Aku sayang gila kelas ni. Diorang kadang-kadang buat muka saiko kat aku time aku mengajar. Ingat tak paham padahal faham. Pastu buat muka tak bersalah. Students lelaki yang buat aku confius ingat cina tapi MELAYU. Students perempuan memang comel-comel! Ada yang malam-malam time aku dah nak tidur siap message tanya calculation nak buat macam mana. Hehe Sayang gila. Diorang pun bila aku bagi exercises memang active berdiscuss dengan rakan-rakan. Bila aku round pun diorang akan tanya-tanya apa yang tak faham. Senang cerita, semua students yang nak belajarla. Tak ada main-main. Time nak bla tu, ada la sedikit kesebakkan sebab one of the students tu sedih-sedih. Pastu aku pun dah rasa sebak. ;((



 Ni budak lelakinya. Yang kat depan tu jangan sangka Chinese ye. MELAYU okeyy. Sentap i kena tipu...huhu

Ni students perempuan. Comel-comel belake! Geram aku! Hehehe Soft je bebudak semua ni. Baik benor!hehehe 


DKA3D
Kelas yang sangat happening! Time aku mengajar, diorang diam. Muka masing-masing memang saiko habis la! Mengalahkan kelas DKA3C. Yang ni saiko tak paham. Siap aku kena paksa bagitahu kalau tak faham. Diorang ni kalau tak faham pun diam pastu pura-pura faham. Senang je aku nak tengok diorang faham ke tak. Aku bagi exercises on time dalam kelas tu juga then suruh diorang buat terus. Time tu memang tahu la siapa yang faham or tak. Tapi  kena round! Kalau tak round diorang ni TAK BUAT! Bila dah round baru la gelabah nak buat. Ingat aku tak tahu. Tapi malas la nak marah-marah. Kasi sentap sikit, kasi ugut sikit, settle. Ekekekek Time bagi ucapan nak berpisah tu, diorang tak take serious pun. Aku punyala sedih! Hampeh! Iksh...Time ambik gambar lagila kecoh! Kelas ni walaupun lemah mathematics tapi disebabkan perangai diorang yang gila-gila, happening tu, kadang-kadang tak sampai hati nak bagi fail. Bila kita panggil nak bagi kertas markah diorang pastu tanya apa yang salah, diorang sengeh-sengeh. Aduyaiii.. Orang tanya apa yang salah dia sengeh tayang gigi. Pastu tersilap nama tu toksah kira la. 1kelas ada lebih kurang 4 orang kot nama Syahirah. Bila ramai sangat aku pun confius. Yang tersalah panggil nama tu tak payah la. Memang dah selalu sangat. Diorang cam aku silap panggil bila aku sebut nama ayah diorang. Kelas ni juga paling ramai add aku kat FB. Sebab dah janji if jumpa FB aku, so aku akan approve. Tapi aku takkan bagi nama FB aku. Biasala..Stalker kan. Memang confirm la jumpa. Aishhh.. 



Ni pelajar perempuan DKA3D. See.. Contra kot dengan pelajar DKA3C. Diorang ni kecoh-kecoh. Memang bising la kelas tu.
Sama je dengan pelajar lelaki kelas diorang. Tu yang pening melayan...hoho

Ni pelajar lelaki. Nampak macam baik. MACAM okey! Tapi.. Aduyaiiii. Sabo jelah!

KELAS YANG HAPPENING!!!

DPB3C
Yang ni memang tak yah cerita. KELAS YANG SELALU KENA MARAH. KELAS YANG SELALU KENA MEMETIR. KELAS YANG SELALU LAWAN CAKAP AKU. KELAS YANG SELALU DEGIL. KELAS YANG SELALU TAK DATANG KELAS. Aiyaaa... Tak tahu nak cakap apa laaaaa.. Tapi kelas ni juga la buat aku tergelak besar!!!!!! Diorang ni mana makan saman. Time test boleh bising-bising. Meniru tu toksah cakap la! Marah arini pastu diam. Next kelas kecoh balik. Gaduh-gaduh dengan aku tu memang mainan je. Marah diam pastu sibuk panggil aku Puan.. Puan...Uh! Dah la banyak benor yang fail test math. Aduyaiiii. Sabar jela. Last kelas dengan diorang pun boleh lagi gaduh-gaduh dengan aku! Tapi aku peduli apa. Hahahahaha Bila bagi ucapan last pun sibuk menyampuk-nyampuk. Tampo kang!Grhhh


 Ni kelas yang KECOH SEDUNIA!

Btw, apa-apa pun aku kagum.. Kesemua kelas yang aku ajar, tak ada students yang datang lewat.Kalau lewat 5minit tu biasa la. Pastu diorang mesti minta maaf if datang lambat. Kalau diorang ada problem dan tak dapat datang, mesti SMS aku. Ada tu CALL aku. Aku tak kisah kalau diorang datang lambat, tapi aku pantang orang bising dan kacau pelajar lain yang nak belajar. Tu jela. Hahaha Nex sem, tak sure lagi nak mengajar kat mana. huhu Settle kan Projek Sarjana dulu!!!!


Pensil/Surat: Dah kantoi buat tak tahu aje la....


Thursday, August 16, 2012

::Walaupun Dimarah tetap Dapat Ganjaran::


Assalamualaikum....
Pelajar-pelajar ni tak kira yang primary school ke, secondary school ke, pelajar besar ke kecil ke kadang-kadang sweet juga. Kita marah-marah kadang-kadang sejuk juga hati. Kita bising-bising kadang-kadang lembut juga hati.

Ragam pelajar pun macam-macam. Ada yang bila tahu quiz fail, merayu-rayu suruh luluskan. Macam-macam cara. Ada la juga pelajar aku ni, tak bagi pun lagi paper quiz tapi dah datang merayu-rayu suruh buat requiz untuk dia. Siap pujuk-pujuk. Actually, aku bukan la kejam sangat. Aku memang nak tolong diorang. Bukan dia seorang je, tetapi semua student aku. But, for him, aku bagi buat requiz and if betul semua aku bagi la full mark. Sebab dia datang dengan inisiatif sendiri nak buat requiz. Soalan aku tukar la. Bukan soalan yang sama. Pelajar-pelajar lain tak datang so diorang aku tolong suruh diorang betulkan apa yang salah then aku bagi markah. Markah depend pada aku. Hahaha


Hasil daripada budi bicara aku, tak pasal-pasal one of my student bagi kek  red velvet tauuu! Terharu gila! Dah la dia buat sendiri. LELAKI plak tu. Aku tak pandai buat!Rasa nak menangis tersendu-sendu plak. ekekek Pastu buat onar dalam FB, upload pic kek ni then tagged semua kawan aku yang mengajar kat Poli Shah Alam ni. Hehehe

Aku dengan pelajar-pelajar perempuan kelas tersebut. Comel-comel je diorang. Cute pulak tu! Hehehe :)

Pensil/Surat: Tetiba-tiba  rasa.. I LOVE TEACHING. hahaha



Friday, August 10, 2012

::Ingin Menjadi yang Disukai tetapi Ditindas::



Assalamualaikum....
Bila di beri muka di pijak-pijak.
Bila di marah di kutuk-kutuk.  


Niat kerana Allah SWT dan hala tuju aku masa mula-mula nak start mengajar pelajar-pelajar aku ni memang nak bagi diorang sukakan MATHEMATICS. Bagi yang lemah akan berusaha keras untuk sama-sama tidak ketinggalan ke belakang. Aku tak nak jadi seorang pendidik membiarkan pelajarnya ketinggalan tanpa mencuba menarik mereka bersama-sama untuk bergerak ke hadapan. 

Aku mengajar 4 kelas means ada pelbagai ragam.

1st Pelajar DEU3A (Pelajar Electronik Perubatan)
Pelajar pandai. Kelas mix. 1 Malaysia katakan. Semua bangsa ada. Senang nak ajar. Pelajar mudah faham. Tak perlu explain tigapulohempatkali benda yang sama. Tapi suka masuk kelas lambat. Suka merungut bila belajar lebih sikit. Suka nak balik awal. Aku jenis tak kisah if silibus dapat habiskan seperti yang dalam lesson plan. Masalah sekarang kelas ni banyak ketinggalan sebab diorang suka habiskan kelas awal. Aku plak tak nak la push diorang if diorang dah tak ada mood. Kebetulan kelas waktu tengah hari pastu puasa. Memang masing-masing buat muka monyok la. Itu sekian pasal pelajar, belum pasal kelas plak. Whiteboard kecik la. Whiteboard payah nak padam la. Aleh-aleh aku bawak duster sendiri pergi kelas. 

2nd Pelajar DKA3C (Pelajar Kejuruteraan Awam)
Pelajar yang sedang-sedang. Majority students memang ingin belajar. Berusaha untuk memahami apa yang diterangkan. Tapi 1 orang pelajar suka provok aku. Sebab kelas ni je satu-satunye kelas tahu aku sedang menjalani Latihan Mengajar. Pelajar ni tak padan dengan pendek, ingat pelajar pandai tapi harapan jela. Quiz pun fail. Pelajar yang rendah diri, yang mengaku dia lemah math pulak yang dapat highest dalam quiz. Dia ni belagak, suka argue apa yang aku explain. Satu hari tu aku dah tak tahan sangat dengan dia aku sound dia direct. Lantak la. Tapi budak macam tu ada dia kisah? Dia gelak-gelak je. Since tu, semua pelajar tak berani tegur aku walaupun aku tersalah tulis nombor di whiteboard kecuali pelajar yang baik dengan aku. Baru tahu tinggi rendah langit tu.

3rd Pelajar DKA3D (Pelajar Kejuruteraan Awam)
Pelajar yang lemah. Pelajar yang sporting. Kelas yang sangat happening. Tapi sesetengah pelajar yang tak serius dengan apa yang aku ajar. Diorang fikir aku mengajar pastu akan bagi jawapan dalam soalan gamaknya. Kadang-kadang aku bengang juga. Explain la banyak kali pun bukan diorang berusaha nak faham. Nak disuap je semua nya. Semalam aku tertinggikan suara, baru terdiam semua. Ingat aku kat depan boleh buat macam bola ke? 

4th Pelajar DPB3C (Pelajar Perkhidmatan Bangunan)
Pelajar yang sedang-sedang dan ada yang pandai dan ada yang sangat lemah. Kelas yang suka bercakap tanpa henti. Pelajar lelaki yang berusaha nak belajar walaupun suka bercakap sangat. Tapi tadi aku naik hangin sampai rasa panas muka. Aku mana pernah marah orang, tapi disebabkan aku ni pelajar LM, pembimbing aku suruh aku buat kelas ganti untuk pelajar kelas ni. Tapi semua pelajar merungut. Sebelum ni aku ikut je apa diorang cakap. Nak rest, nak balik awal tapi tadi diorang tak nak buat kelas ganti. Bila aku tanya bila free semua cakap penat la apa la. Aku yang duk explain kat depan tak penat? Tapi ada aku merungut depan diorang? Aku puasa juga. Aku mula dah start hangin bila diorang cakap quiz susah. Aku tak ajar. Amboiiii.. Memang soalan tu tak minta lukis pie chart, tapi calculation untuk dapatkan angel and percentage tu ada. Aku dah terang dan siap suruh buat kat depan lagi tapi ajar aritu. Tu pun diorang cakap aku tak ajar lagi? Mana la aku tak bengang. 1st time semua terdiam, terkedu, aku pun keluar kelas awal. Malas nak mengamuk lama-lama lagi. Kita nak tolang dia, dia tak nak tolong kita. 

Aku yang hepi go lucky ni pun kadang-kadang boleh mengamuk juga.
Ok, fine. Bye



Saturday, July 21, 2012

::Salam Ramadhan::

Assalamualaikum.....
Pejam celik pejam celik dah tiba bulan Ramadhan bulan kemuliaan. Aku berharap Ramadhan kali ni banyak ibadat yang aku dapat lakukan berbanding tahun lalu yang aku rasa sangat-sangat lagho. Sekarang, kebetulan pula aku tengah menjalani Latihan Mengajar (LM). So, ilmu yang aku sebarkan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajarku. Aku harap kesabaran aku tak tercabarla time aku mengajar tu. Harap aku boleh kawal keadaan kelas. Setakat ni semua dengar kata. Tak ada nak melawan ke apa. Time aku mengajar diorang diam, pay attention dengan apa yang aku sampaikan.


Ya Allah,
Ampunkan dosaku samaada kecil mahupun besar, sedar mahupun tidak.
Jadikan aku hamba yang patut terhadapMu Ya Allah.
Ameen...


HAPPY FASTING!

Friday, July 20, 2012

::KAK??PUAN OK!::

Assalamualaikum....
Bersiaran langsung dari Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK). Wahhh...Gituu... Blog boleh access tapi FACEBOOK and YOUTUBE harapannnn! Ouh, aku dapat online guna staff punya. Sebab kami dapat buat email staff. Diibarat staff la.. ^_^ So far so good. Ada la juga sikit-sikit perkara yang tak kena. Tapi ok la. Lecturer semua baik and anggap kitorang ni macam lecturer juga. Sampaikan Ketua Jabatan pun panggil aku lecturer bukan pensyarah pelatih! Puan Amidah SANGAT BAIK! Humble, baik! :)

Ok, aku dapat mengajar subject Engineering Mathematics 3. Tak la susah sebab perkara basic tapi yang problemnya pelajar ni confius aku ni pelajar or pensyarah. SENTAP GILA AKU! Ada pelajar tu siap berlagak dengan aku. Ada tu tak percaya aku pensyarah. Bila dah ada yang panggil aku KAK terus aku bagitahu panggil saya PUAN!Ha! Biarla berasa tua pun asalkan diorang respect aku as their lecturer. Bila dah start mengajar ni baru aku tahu betapa susahnya nak menyampaikan ilmu! Grhhh Ingat senang, mudah, semudah A.B.C. Tapi....Urmmmm.....T_T Kita faham tapi tak semestinya kita boleh menyampaikan ilmu tu dengan baik. Tapi I'll try my best! Oyeah! 

Subject Engineering Mathematics pula kena mengajar. Redah jew la!

Sejak dah start mengajar aku balik rumah dah malas gila! Mengantuk tok sah royah la! [Padahal selalu je ngantuk]. 2hari memula start mengajar tu balik je rumah cari tilam TIDUR terus. Lama-lama life dah stabil boleh la manage diri sendiri. Tak adala balik tu penat sangat ke apa pun. Ekekek
Ok la, duduk tempat Dora The Explorer eh Dora Natasha ni sejuk pulak.
Pensil/Surat:  Pensyarah pembimbing gila cool!!!





Friday, July 13, 2012

::Bersiap tapi tak Siap::

Assalamualaikum....
Tinggal 2 days lagi aku boleh goyang inul eh goyang kaki sebelum bermulanya LATIHAN MENGAJAR (LM)! Auchhh.. Habis la masa tidurku terganggu. Habisla games ku terabai. Habis la waktu makan ku terjejas. So sad.. Nangis sendu-sendu sambil lap hingus Aku pun tak tahu macam mana nanti. Kawan-kawan lain dah buat preparation semua. Kasut bertutup, buku LM, Fail LM, beg kelas, jumpa Ketua Jabatan, semua diorang dah. Tapi aku? HAMPEH!

Eh? Eh?Eh? Suka-suka hati pulak kan fikir aku tak buat apa-apa preparation... Please okey. Jangan ingat aku ni ambil remeh semua tu. Ni WANIE la! Kasut bertutup dah ada okey! Aku dah beli siap-siap! Susah gila kot nak jumpa kasut yang berkenan di hati. Sekali dapat! Perghhh Super beb wa cakap lu! Harga pun boleh sesak nafas! RM200! Tapi aku beli harusla ada discount. Tak ada discount mahu aku tenungsambilkelip-kelipmata aje... Ekekek LEATHER, COMFORT, CANTIK, CUTE, MIUT, TULUS MULUS, BUNGA SETOMPOK, MENGANCAM! Sampaikan nak pakai pun sayang. Boleh cam gitu? Cantik sangat ke kasut ko tu Wanie.Syok sendiri la. Eh? Peduli apa aku! Kalau tak cantik di hati takkan aku beli. Dah berapa hari cari kasut, tak jumpa-jumpa yang berkenan. Aku takkan beli kasut yang bukan aku minat. Kalau terpaksa beli, 2, 3 kali je pakai pastu biarkan! Biarla kasut tu mahal macam mana pun, kalau tak suka, aku memang jarang pakai and elakkan.

Jangan nanti pelajar aku rajin-rajin buangkan bunga tu sudah!
Ha... Ambik kau! Besar gedak aku tonjolkan! Nanti dah pakai kat kaki bau cagu pulak tak boleh la nak tunjuk. Nanti nak beli lagi pattern lebih kurang macam ini tapi color yang boleh matching dengan semua baju. Wah! Gituuu.. Nanti mak aku tengok mesti hati tersentap-sentap lagi! Mana taknya, mak aku fobia dengan perkataan BELI. Tu kalau aku yang sebut la. Duit banyak habis bershopping. =_="

Buku LM aku dah siap tampal nama semua just tak balut je lagi. Boleh la tu. Fail dah settle juga. Beg mengajar dah ada 2 bijik lagi! Jumpa Ketua Jabatan harus la tak lagi. Pergi Shah Alam pun belum, ada hati nak jumpa Ketua Jabatan dah. Harapan jela kan......



Pensil/Surat: Tawakal jela... Tak boleh buat gapo-gapo dah~~