Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

::Sentap!::

Bismillahirahmanirahim...
Aish..minggu exam. Ya. Exam. Exam. 2papers down and 1 more to go. 3papers only??? For final exam YES! but in examination slip NO! Total subjek aku ambik dis sem dalam 5 papers + 1 Proposal + 1 latihan mengajar. So nanti time dapat result semua tu include sekali dalam GPA sem 2. Oyeahhh! T___T

Hidup ni memang tak pernah terlepas dari ujian. Ujian dari manusia. Ujian dari Maha Esa. Sometimes, bila di timpa musibah baru manusia kenal erti kehidupan. Erti ragam manusia. Aku ni rasanya simple je orangnye. But aku memang cakap banyak. Orang tanya 1 aku explain panjang lebar. Kadang-kadang rasa nak stop je bercakap. Tak nak cakap banyak lagi. But, I always FAIL. T___T Ok, dah.

Duduk rumah sewa ni macam-macam ragam kita boleh lihat. Aku sekarang kalau housemate aku mengata belakang housemate aku yang lain aku diam KALAU aku rasa benda tu bukan 1 masalah besar pun. Perlu ke nak take serious. BUT kalau aku rasa benda tu memang serious aku pun join sekali BERGOSIP. ekekek. Actually, hari ni berlaku satu perkara yang buat aku sentap. Perlu ke aku nak sentap??? YES!!! Benda simple kot Wanie. YES. Memang simple. Oleh kerana benda tu simple la aku nak sentap. >_<" Aku memang geram tahap overdos and rasa nak meletopppp je. Aku nak luah kat rumate aku, Sue tapi tak boleh sebab aku takut housemate aku dengar.

Dulu time aku duduk rumah sewa sekali dengan Ucen, Gedged, Kak Jira, Lini, kitorang share everyting! Barang-barang aku ialah barang-barang diorang dan begitu jugak sebaliknya. Kita tahu barang orang dan kita mestila guna pun dengan baik. Dulu nak pinjam apa-apa tak payah mintak. Ko nak pinjam ambik je. Nanti dah pakai baru bagitahu sebab kalau bagitahu nanti kena marah. Eh? Macam tu ke? Memang pon!Hahah so sweet diorg tu. >_<" Kitorang satu bilik habiskan perfume Britney Spears Kak Jir. Hahaha Tapi jenuh jugak nak habiskan perfume mahal tu! 1 sem tak habis-habis. Kak Jir plak pakai yang murah je.  Kitorang pakai perfume dia yang mahal! Kalau orang lain mesti dah marah gila tuuuu! :p

Time master ni, aku dengan Sue memang tak kisah langsung share apa-apa. Tak mengira pun. Sue senang je orang nye. Kalau minta nak pinjam nanti dia mesti cakap "AMBIK JELA!KANG AKU CEPUK KEPALA KO!" *Dengan nada petir* Hahaha Tapi dengan housemates yang lain kena minta izin la sebab Sue aku dah kenal dari kecil lagi. Ok, aku pun dengan housemates aku pun aku buat perkara yang sama macam housemates aku time degree. Diorang nak guna barang aku ke, nak pinjam ke aku tak kisah. Suka hati la. Sampaikan kasut pun aku bagi la. Kalau pergi kedai beli barang dapur aku dahulu kan duit aku. Aku bayar dulu then diorang bayar kemudian. Kadang-kadang aku lupa berapa harga barang tu aku bantai je cakap harga bawah dari apa yang aku bayar. Macam contoh harga tu RM8.70 tapi aku lupa yang sen sen tu aku terus cakap RM8 jela. Aku dah lupe. Sebab bagi aku jangan nak berkira dengan orang nanti orang berkira dengan aku. So give and take la orang cakap kan.

Tapi! Tak semua orang macam yang kita harapkan. Aku tak ada masalah pun dengan SEMUA Housemates aku. Tak. And i'm happy to know and be their housemates. But sometimes aku kecewa la juga. Benda simple pun nak mengajuk then tak nak tegur tapi bila ada kepentingan boleh pulak tegur and cakap elok-elok. Grhhhh Tolong jangan jadi childish boleh tak. Geram aku. Aku ni jenis tak simpan dalam hati. Hari ni aku geram+marah tapi hari ni juga aku cool. Asalkan orang tu ok dengan aku. Aku tak adalah nak emo sampai keesok pastu bawak kelusa pastu ketulat! Tapi 1je, aku kena cari orang untuk aku luahkan. So, dengan kuasa kredit RM0.25 untuk 10minit call Celcom ke Celcom aku pun gayut dengan Ucen. Kadang-kadang aku call Gedged tapi RM0.25 for 5minutes je la sebab Gedged pakai Maxis. Huhu Aku tak peduli! Asalkan aku dapat gayut and luah perasaan!!! Lepas tu aku ok la. Simple je.

Ok, kes harini. Aku tak paham kenapa housemate aku tetiba tak nak cakap dengan aku. Diam. Tak ada nak tegur-tegur panggil aku ALEX Madagaska ke apa. Tak ada nak panggil ANAK GHANI. Diam je, Aku pun malas nak take serious aku ignore jela. Aku lalu lalang depan bilik dia aku diam je. Aku jenis orang tak nak tegur aku pun tak tegur la. Buat apa terhegeh-hegeh kat orang tak sudi. Cehhhh...cam gitu. :p Pastu dengan housemates lain bukan main dia tegur beramah mesra. *1 rumah 4 orang je ye* Aleh-aleh petang tadi Zila and Sue bagitahu aku yang dia ni bengang dengan aku sebab aku pinjam novel dia then aku bukak ternganga. Kira macam aku bukak kan novel tu pastu aku terlekup. Actually time tu aku tak jumpa lagi penanda novel tu. Aku tak ada lipat-lipat bucu novel dia tu.Aku buat pun aku rasa dalam sekali dua je! After aku jumpa penanda buku tu aku tanda guna penanda tu je la. Tu pun kejap je aku buat sebab aku nak baca balik. If aku nak stop baca aku tutup terus. Aku pun tak tahu yang dia jenis sayang sangat novel dia tu jika nak bandingkan bilikdiayangbersepahdanmejastudytakadarupamejastudy.[Ha!Kan aku dah mengata kau! Nasib blog aku ni dah jadi diary aku je] Pasal tu dia tak nak tegur aku. YES!I'm admit kesalahan aku tu tapi before aku pinjam tu at least bagitahu aku ko tak suka orang lipat ke, penyet ke, bukak laus-luas ke novel ko tu. Kalau ko pesen macam Zila sampai novel pun balut dan bilik kemas aku tak kisah. Aku paham. Memang jenis jaga barang betul-betul. Aku pun bukannye jahanamkan novel ko tu. Elok je aku tengok. Ni sampai mengadu kat Sue bagitahu "Aku 3bulan jaga novel tu elok je, Wani pinjam 3hari dah macam gitu rupanya" [Lebih kurang ayat cam gitu la] Wei! Memang aku sentap habisssssssssssss la. Novel ko tu tak ada jahanam pun! Aku pun paham la barang orang! Aku pun bukan nak pinjam sangat! Kalau sayang sangat novel tu TAK PAYAH tunjuk-tunjuk kat orang. KAU BELI KAU BACA KAU SIMPAN ELOK-ELOK. Tak payah sampai nak tagged kat aku kat FB pastu menunjuk kat orang ko banyak novel. Ibarat macam nak bagi aku pinjam plak. Aku baca tak habis pun aku terus pulang and MULAI HARI INI AKU TAK AKAN PINJAM APA-APA BARANG MILIK DIA. AKU TAK KEBULUR BARANG ORANG LA! [Nampak kan aku bengang]. Aku tak kuar makan pun dengan housemates aku malam tadi. Aku order air je dengan Sue. After aku pulangkan novel tu elok-elok plak tegur aku and siap tanya nak pergi makan tak. Before tu CAKAP dengan aku pun tak apatah lagi nak OFFER aku! Dia tegur aku jawab la. Kan aku dah bagitahu, aku jenis bengang-bengang pun harini juga aku ok. 

So, tadi aku kol Ucen and Gedged. Aku cerita everything. Bengang. Tu tak termasuk lagi kes dia campak pos laju aku tengah panas. [Konon bergurau. Tapi kasar sangat tu derrrr!] Campak pos laju aku tepi katil aku time aku tidur sebab dia bengang dia kena keluar ambil barang aku. Helloooo! Kalau tak nak ambil jangan keluar! Selama ni Sue ambil barang aku tak pernah sekali pun dia mengeluh. Siap offer lagi kat aku if nak suruh dia ambilkan kat post office if aku balik kampung. Siap bukak kan aku punya post laju lagi. Aku tak kisah pun. Dah kata barang aku barang dia. So, apa nak kisah kan.

Ok, over la plak kali ni aku update entry. Mau sebulan pulak aku tak update kan. Ok fine.
Esok En. Lidiman nak mai. Haisshhh.. Rasa macam excited pula tapi macam biasala. Aku time-time kul 2,3,4 pagi ni bukan mengantuk pun lagi. Aku baring awal pun nanti aku main games je. Tak mengantuk langsung! Kul 4 lebih juga aku tidur. Biasala, terbawa-bawa perangai tidur lambat sejak buat proposal aritu la! Aishhh.. Bahaya ni.

Pensil/Surat: Tabahkan hatiku Ya Allah. Berikan aku kekuatan, kesabaran. Kikiskanlah sifat negetif dalam diriku ini. Amin...


Wednesday, January 4, 2012

::Exam Mood+Annoying!::


Assalamualaikum wbt...
Pagi tadi selamat satu paper exam aku tebas. Tunggu lagi 5hb aku bakal tebas paper ke 2 iaitu subjek Pedagogi. Pernah dengar perkataan PEDAGOGI??Kalau pernah dengar anda mesti seorang pendidik. Kalau bukan, anda mesti seorang yang suka mencari ilmu...Yela tu~~ Ok2, munurut mr Google, Pedagogi berasal daripada word PAIDAGOGOS. 

PAID : KANAK-KANAK (Bukan bayar okeh)

AGOGOS: PEMBIMBING (Bukan tarian agogo okeh)

Ni bahasa Latin la. Sebenarnya sebelum masuk ke alam Master ni aku langsung tak pernah dengar perkataan ni. So, bila dah ambil subjek ni mula la duk membuat tafsiran mengikut kehendakhatiakusendirikaupeduliape. Hohoho Rupanya, pedagogi ni sangat penting kepada sesiapa yang mengambil course Education. Bila berlakunya sesuatu kes berkaitan guru, mesti aku dan Nad akan cakap dia ni tak ambil Pedagogi la tu. Tak tahu cara mengajar yang betul. Tak tahu nak bimbing pelajar. Bla bla bla..Hahaha Bajet dah katam sangat la subjek Pedagogi tu?? =_=" Sigh!

Exam kalau kira lusa tapi aku apa pun tak study lagi. Kalau dah pandai tak apa la kan. Ni satu benda pun tak tahu. Macam mana ni? Malam tadi aku dengan roomates aku tergolek-golek tak tahu nak buat apa. Berborak, menyanyi, menonton television. Petang tadi, sepetang aku melakukan anjakkan paradigma.. mengantikan malam tadi hanya tidur 4jam..Huhu Ni aku tidur lambat bukan sebab aku study tau! Jangan salah faham pula. [Macam la orang kisah sangat kau study ke tak wanie oiii!]

Ha, aku sebenarnya annoying teramat kepada sesiapa yang post puji diri sendiri la terbagus. Belagak. Aish... Tolong la. Tak payah la nak cakap kau tu di ibarat lelaki idaman malaya KONON. Gf kau lah paling untung dapat lelaki macam kau. Eh? Hello!! Dari aku tak rasa apa-apa dekat kau sampai aku rasa annoying+menyampah+meluat kat status kau. Tak payah la post status BODOH macam tu. Orang lain ramai lagi terbagus dari kau tapi aku tengok tak pula dia nak cakap "saya beruntung dapat gf bla bla bla sebab saya pun bf yang bla bla bla" Aku rasa kan nak delete je post kau dari Home FB aku tapi tak boleh. Menyemak je duk naik kat home aku. Ada juga rasa nak Delete then Block ko terus sebab tak nak bagi status BODOH kau macam tu naik kat wall home aku. Boleh cam gitu?? Ekekekek Status kau before ni aku tak tahu la macam mana kan sebab aku tak ambil kisah sangat tapi status terbaru kau tu buat aku tertanya-tanya masa mula-mula aku baca. First ayat yang terlintas dalam kepala aku, "Siapa yang bodoh gila buat status macam HAREEEMMM ni??" Aleh-aleh tengok nama kau! Rasa nak gelak guling-guling pula. Ni aku ni, dah kenal kau luar dalam, dah leh bayang muka belagak kau tu. Muka bangga kau tu. Bila orang kutuk hangin. Nak orang pujiiiii memanjang. Puih!Puih! Eh... dah-dah. Cukup. Hehehe Agak-agak kalau kau post status bodoh macam tu lagi aku rasa kau tak layak ada dalam list friends aku lah. Tu je lah aku boleh cakap.Hohoho

Nak juga la try buat status ala-ala gedik tapi bukan BODOH macam kau.

Ehem. Ehem. "Saya, Wanie beruntung gila dapat bf macam Mr. Lidiman kerana dia sempoi, sporting, tak mengongkong saya, suka bahan saya, suka kutuk-kutuk saya pendek,  rendah. suka panggil saya bon bon. Kadang-kadang panggil saya bonzai. Saya berasa untung gila! Tak macam sesetengah couple tu suka maki hamun gf dia. Suka caci maki gf dia. Suka memaksa gf dia buat apa yang dia suka, apa yang dia nak. Tak suka tau. Tak suka tau dapat bf macam gitu. Menci!Menci! Ekekekeke" Buleh ke macam gini?? [Rasa nak lempang gak diri sendiri] Tak payah aku buat status macam gini, baru nak post dah kena spam dengan Mr. Lidiman! Hohohoho

Nah!Aku kasi tepek KHAS muka loya aku terhadap status kau yang BEST sangat tu!!
*Rolling eyes*

Sebelum mengundur diri aku mintak ampun dulu ya Pak! LARIIIIIKKKKKKK setempat.Hahahaha

Pensil/Surat:Nak exam pun sempat buat status cari pasal dengan orang..!hoho


Wednesday, December 28, 2011

::2 Kek Kembali::

Assalamualaikum...
Minggu ni ialah study week. Tapi harapan la kan aku nak ber'study'. Actually, hari ini baru boleh rehat serehatnya. Dari last week tak boleh nak rest apa pun lagi. 

Last week on 22nd Dec, birthday aku. Aku dapat 2 surprise from my housemates and my classmates. Sangat HAPPY! Tak sangka betul! Fyi, this year is the 1st year my birthday jatuh pada hari bukan cuti sem. Before ni, dari masa sekolah lagi sampai la masuk U, sesiapa yang lahir pada bulan DECEMBER dia lah orang yang terselamat dari terkena balingan telur, taburan tepung, dll. Hehehe Biasanya bila sambut birthday di rumah, parents aku akan belanja makan. Tapi pernah mak aku beri kejutan belikan 2 cakes untuk aku. Memang happy gila time tu. hehe bukan satu tapi DUA! Hehehe 

Ha!! Kan betul dua kek mak aku bagi!hehehe

Chocolate moist & Blueberry cake! Best sangat!!hehe

Tahun ni aku dapat 2 cakes juga!hehe Tak sangka sangat-sangat! Dah la masa birthday aku tu aku memang busy sangat. Present proposal pastu habis present terus balik rumah sebab malam tu ada kelas ganti. Tengah duduk kat meja study aku tetiba housemate aku, Ashu & Kak Mas balik rumah dengan perasaan marah-marah. 1st time aku tengok Kak Mas marah gila-gila macam tu.Huhu Dah reda semua, pastu semua duduk menunggu cerita Tentang Dhia, Ashu tetiba tunjuk aku pinggan-pinggan. Aku pulak baru lepas makan before balik rumah tu memang tak layan la. Tetiba Kak Mas pusing bagi kek untuk aku! Apa lagi terkejut la... Suke sangat. Nak snap picture dengan kek tapi seksi sangat time tu so snap picture kek jela. Tu pun selepas aku dah potong.Hehehe
Walaupun nampak simple tapi serius bagi aku kek sponge dia memang best! Rasa padat je. Krim dia pun ok. Tak da la tebal. Thanx my housemates!!hihi

Selepas dah makan kek tu, aku siap-siap nak pergi kelas. Kelas pula start lambat, apa lagi merepek la kami di luar kelas tu. Pastu aku pula kena present using Smartboard. Huru hara jadi nya. Jadi badut sebentar aku kat depan tuh!Huhu Before kelas habis Ika dan Farah mintak tolong hantarkan diorang punya proposal.. Aku tak da hal la sebab keesokkan harinya aku memang nak hantar report dan CD presentation aku. Sampai-sampai je kat kereta Ika aku nampak kotak tapi aku tak pikir apa-apa pun sebab aku memang dalam kepala tunggu proposal je. Aleh-aleh Farah keluarkan kek!Perghhh! Time tu juga rasa terharu gila-gila!Nak nangis time tu juga! Mana tak nya, dah la baru kenal diorang tapi diorang dah celebrate birthday aku! Terpeluk-peluk aku pintu kereta Ika sebab terlampau terharu! Dah la time tu pukul 11pm. Tak ada orang kat Fakulti dah.. Hehehe Apa-apa pun thanx guys!:))

Blueberry Cake!! Sedap sangat!! Blueberry tu macam gel lagi!Sedap sangat!!hehehe

Ika yang tengah-tengah tu! Dayana & Peanut kebetulan tumpangkan aku datang kelas. Alang-alang ajak diorang celebrate sekali!!hihihi

Pensil/Surat:Keesokkan harinya aku pergi la Kem Bina Diri! Best juga sebab aku pergi kerana rela hati bukan paksaan..hihi



Monday, December 5, 2011

::Cakap-cakap yang Habuk pun Tak ada::

Assalamualaikum...
Rasa malas sangat nak face dengan orang yang sangat berhipokrit ni. Cakap bukan main buat orang nampak dia ni la the best. Dia lah yang paling bagus. Tolong la. Kalau orang tak kenal kau memang orang tak tahu la kan perangai kau tu macam mana. Tapi kalau dah kenal luar dan dalam, jangan harap nak kelentong. Eleh, cakap bukan main tak buat itu ini, sebab tak suka la, sebab jiwa tak boleh terima lah. Padahal hati pesen tak reti nak hargai orang, selfish. Hei, kadang-kadang geli baca statement kau. Bukan takat geli-geli je, gelak guling-guling sekali la juga. Yang tak boleh terima tu, cakap tak minat, tak suka tapi statement dah terbentang luas duk tunjuk dia pun pesen duk heboh sekampung. Kapoci gila. Grhhh...


Pensil/Surat: Kan dah buat aku bebel. 

Thursday, October 27, 2011

::Kegembiraan Dalam Kesedihan::

Assalamualaikum....
Selamat sudah cuti panjang aku. Orang lain cuti just weekend je. Tapi aku dari Khamis minggu lepas sampai Rabu this week aku bercuti. Melepak di Shah Alam. Memang best! Walaupun kadang-kadang aku just tinggal dalam rumah je tapi tetap best sebab aku berada di Shah Alam. [Gila belagak bunyi! Tapi ada aku kisah!??]

21hb Oktober 2011 selamat sudah parents aku pergi ke Mekah. Alhamdulillah....Semuanya berjalan lancar. Parents aku pun dah selamat tiba di sana hope nanti diorang selamat pulang ke tanah air dan beroleh haji mabrur..Sedih sangat-sangat time hantar parents aku. Semua adik-beradik mak aku datang hantar termasuk la cousins aku. Memang meriah juga la sebelum bertolak pergi Kelana Jaya untuk hantar parents aku tu. Gerak 5buah kereta. Sampai tersesat-sesat sebab hujan lebat sesangat!! 9.30pm parents aku dah kena siap-siap pergi KLIA. So, kitorang dapat jumpa sampai pukul 9.30pm je la. Memang saat-saat nak pergi tu semua menangis! SEDIH SANGAT-SANGAT! Adik aku yang last memang dah tersedu-sedu dah. Kesian pulak aku tengok. Dia dah la paling rapat dengan parents aku sebab bongsu kan. Aku dah tak leh nak bercakap ape dah. Adik-adik aku yang lelaki semua tu yang agak-agak nampak jiwa kental semuanya bercucuran air mata lah! Tapi kena bersyukur, sampai juga seruan parents aku pergi haji. Alhamdulillah.

 Ni wajah-wajah kesedihan. Picture dengan parents aku tak sempat nak transfer dalam laptop aku.


23hb Oktober 2011 aku pun selamat berkonvokesyen. Happy memang happy tapi part UiTM pasang video hargailah ibubapa tu memang aku dah kering tekak habis.Tahan air mata. Gila kau!Mana la tak rasa sedih+hiba+sebak! Parents aku dah la tak datang, yang datang just abang aku dan pakcik aku je. Tahan la juga aku ni dari air mata bercucuran jatuh... Tup tup ayah aku bagi message said Congrates on my convocation! Waaaaaaaa T_____T Macam mana nak buat ni! Sedih yang amat tau!Tau! Sabar-sabar. Tapi yang terbaiknya, aku punya seat dalam dewan tu depan sekali. Tak boleh la nak gedik-gedik ambik gambar! Depan Naik canselor, Dekan-dekan. Uish..Sopan habis aku duduk Siap kepit bagai! 

Btw, aku nak nak ucap TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA kepada
1) Abang, Ayah Cik, Adik aku Fareez sebab sudi menggantikan parents aku dan menunggu sehingga habis konvokesyen dan juga sehingga semua orang balik!hehe
2) Nurazreen & Ifzan Mohd kerana datang awal gila!Tq sebab bagi bebear purple. Boleh aku buat pukul ko Gedged.Hehehe
3) Hafiz Hamzah & Ina (adik Ina & housemate Hafiz sekali) kerana datang sampai tersesat-sesat baru boleh jumpa. Tq juga sebab mung Topih tak habis-habis mengutuk aku ye!Tq juga bagi bebear blue dan bebear kuning. Boleh buat pukul mu Topih! Haha
4) Lini & Najwa kerana sanggup datang walaupun invitation aku last minit. Hahaha Tq juga sebab bagi bunga kain tu!hehe
5) DANNNNNNNNN SPECIAL VVIP aku time konvokesyen kali ni ialah Husna, Kak Azira & HAFIZI PIZIE.haha Ha!Ni sebab diorang aku tunggu lama baru sampai pastu sempat lagi bagi Fresh Flower beserta BEBEAR KATAK BERPARUT! Main kasar nampak korang ni!Nasib la aku pasrah je time tuuuuu!huhuhu

Apa-apa pun Arigatorgozaimasu sesangat!Hehehe ^_^/v Terubat kesedihan aku...:)

 Ladies Nite! Pergi makan steamboat di Tupai-tupai! Beshhhh!! ^_^
Ni malam before aku convo. Ex-rumates tercayang~


 Mata ucen terbaek!hahaha
*sabotaj*



 Abang, Me, Fareez si pencinta yangs setia.Hahaha

 Kan aku dah cakap Topih Gila! Keje nak buli aku!!


 Bersama pasangan kapel seiras!haha

 Ambik KAU!!

 Mr. Lidiman sabotaj sayaaaa!!!!

 Ucen kantoi! Ingat ko tinggi sangat ke!haha

 Wink Wink ^_^



Sampai malam okey kitorang bergambar!

Owh, sori tak inform entry ni banyak gambar. Hahaha

Pensil/Surat: Bakal  merasai hunjung minggu di Parit King! Best kewww?? huhu

Thursday, April 28, 2011

::Cari pasal nampak::


Assalamualaikum...
Masa sekolah dulu, mesti kita fikir apa yang cikgu cakap tu betul. Kira macam Teacher always right la..Macam gitu. Tapi bila besar ni, bila fikir balik kadang-kadang ada juga yang tak betulnya.. Bukan nak mengungkit kisah time sekolah. Aku tahu, time sekolah dulu aku memang pediam, pemalu, penyopan.. [Kalau rasa nak tolong lempang dipersilakan] ^0^ Tapi ni kes adik bongsu aku yang gemok lagi comel lagi kuat merajuk lagi suka memberontak lagi kuat makan..Ok2..Stop.!

Harini adik aku  ada Hari Kantin. Jadi murid-murid kena beli makanan pakai kupon. Dan kupon tu kena BELI! 1 kupon= RM4. Ok fine. Murid-murid kena beli kupon dengan GURU beberapa hari sebelum Hari Kantin ni. Tak kisah la kan. Ayah aku kasi la duit untuk beli kupon tu. Then, masa adik aku bagi duit untuk beli kupon tu dengan guru kelas dia, boleh guru tu cakap "Beli 1 kupon je?NI LA ORANG KAYA KEDEKUT!Same je dengan Ali [Bukan nama sebenar]" Ah!???Apakah?? 

Ali tu kawan adik aku tapi dah tukar sekolah. Kebetulan ayah dia sama kerja dengan ayah aku. Masalahnya, kenapa sampai dia sebut nama budak tu padahal budak tu dah tak sekolah kat situ dah? Kenapa perlu mention ORANG KAYA KEDEKUT?? Apa masalah guru tu nak suruh beli kupon banyak2? RM4 tu tak cukup ke nak beli makanan? Adik aku pergi sekolah bawak RM2. Cukup je makan. Tak ada plak selama ni dia bersunggut duit tak cukup nak beli makanan. Siap adik aku boleh beli jajan lagi time balik sekolah. Tak paham dengan guru tu. Adik aku tu dah la gemuk, nak suruh makin gemuk ke beli makanan banyak2?? Tak pasal2 keesokkan harinya ayah aku kasi lagi duit suruh beli 1 lagi kupon. Adik aku kasi RM5 tapi boleh pulak guru tu cakap "Balance ni derma je la ye kat sekolah" Ouh? Pulak? Aish... Sebenarnya, bukan adik aku je yang pernah kena. Ibubapa lain yang kerja macam ayah aku pun ada yang kena. Entah kenapa la dia aim sampai macam tu sekali.. Aish....=_=" Tak paham den. Nak bebel lebih2 abang aku seorang guru juga.huhu
Pensil/Surat:Esok bermula kerjaya sebagai IBUBAPA kepada si gemok dan si kurus....


 

Thursday, December 2, 2010

::Sudah Lama meninggalkan::


Assalamualaikum..........
Wah! Gila la! Lama la plak tak update blog. Terasa janggal sudehhh... [Bonget kau wanie!] Bukan ape, semenjak menjadi WANITA BEKERJAYA, masa untuk menglagho agak kureng. Fokus adalah mencari rezeki! Lalalala

Best kerja walaupun kadang2 boring if tak ada customers. Tapi bila ada customers mau aku gila meroyan! Mula gelabah! Sekarang dengan partner aku pun dah kamceng. Dengan pekerja lain pon ok. Alhamduillah.. Jadi sekarang ada 1bulan je untuk bekerja sebelum buka sem baru. Pastu kena balik Johor la plak continue untuk praktikal. Urusan praktikal tak settle2 lagi. Tak jumpe lecturer lagi untuk ambil surat offer praktikal. Mesti kena marah nanti! Huhuhu Dah la kena buat surat penolakkan untuk company yang aku tak nak. Aduyaiiiii....  Pening! Kena settle slow2 la macam ni.

Rasa dalam seminggu ni hidup tidak terurus. Dengan streamyx nye xde. Aish.... Kalau cakap pasal streamyx mau aku naik GILA. Susah berurusan dengan orang yang suka buat keputusan sendiri. Naik bengang je rasa. So sekarang kalau nak online kena pinjam berukband Si Ged. Nasib aku kerja. Kalau tak kerja boleh gila duduk rumah tanpa internet! Huhuhu

Pensil/Surat: Sekarang saya ada mangsa buli baru! ^____^/

Thursday, November 18, 2010

::So stop talkin'. Can I??::


Assalamualaikum....
Masa bercintan cintun pernah tak situasi macam ni  :

Photobucket
Shy2 Cat.. Hakhak Gila cool aku rasa... (^^,)

1) Keluar dengan si dia dan kawan2 si dia then dia ignore kan kita.. Kita rasa gila tersisih tapi tup tup kita dapat message dia cakap I LOVE U. Aik?? Bukan dia depan kita ke? Dia pandang sambil jeling. Ok, faham... ^_^
2) Kita call dia, kita dengar bunyi tup tup tup pastu diam... Line terputus ke? Si dia angkat ke? Tapi kenapa diam.. Cuak.. Bila nak letak fon tetiba dengar suara kartun. Pastu gelak. Rupanya dia kenakan kita. Dia diam nak tengok apa kita cakap. So, bercakap macam kartun suda la ketika itu...
3) Tengah2 YM dia invite webcam.. Suruh tengok dia. Tengok2 diri dia penuh dengan barang2 yang kita bagi. Pastu dia tunjuk satu per satu barang2 yang kita pernah kasi. Gila terharu. Masih di jaga dengan elok. T_T <---Terharu ok!
4) Tengah2 malam dia call say sori dengan apa salah yang telah dia lakukan dulu pastu menangis. Kita jadi cuak! Tak tahu nak buat apa sebab tak pernah lelaki menangis depan kita. What should we do? [Hahaha Pujuk la! Takkan gelak plak! Dish2!]

Semua orang ada situasi yang buat dia rasa di awan-awangan kan? Biasala.. Kadang2 kita tak sangka dia akan buat macam tu. Bila dah berlaku perasan berbunga2 taik ayam, taik itik bercambah la... hakhakhak But, can i stop talking and forget about him and delete all memories between us?? Yes! I can do it! But all this need a time. Not just today i say, " U're not my boyfriend anymore" So, tomorrow he will lost in my mind....  Ok. Now, stop it.

Amacam? Meriah raya korban tahun ni?? Aku? Of kos la meriah walaupun tanpa lembu dan kambing untuk di jadikan korban. Hehehe Bagi peluang untuk binatang2 tersebut hidup lebih lama. Tiadala bergelumbang dengan daging2 for raya korban dis year. ^__^ Kebetulan raya kan bukan jatuh pada weekend, kami sekeluarga tidak pulang ke kampung la. Tapi raya aidiladha memang dah biasa raya di Johor. Dan acara wajib akan di lakukan OPEN HOUSE. Buat untuk orang2 yang tak dapat pulang ke kampung macam kami... Ingat nak suruh mak aku buat Nasi Dagang tapi mak aku dah beli barang2 buat Nasi Tomato. Semalam sesampai je di rumah, mak dah sound2.. "Ha, banyak kerja malam ni." Tak dapat la aku nak golek2 depan laptop macam kebiasaan.. =__="

Acara korban tiada tapi di ganti dengan acara bergambar secara berjemaah...Hihohu

Photobucket
Acara snap pic secara bebas.. Sebab tu la baju aku pun color bebas. Gila kau!

Photobucket
Semua tak nak kalah!

Photobucket
Ni namanya GILA KUASA! Ingat pergi betulkan camera rupanya saje nak mencapap!

Pensil/Surat: Esok  kena masak untuk kenduri aqiqah plak! Aduh.. nasib mak dah panggil orang tolong..hihi


Sunday, November 14, 2010

::Aish..Mood ni::


Assalamualaikum.....
Serius tak ada mood nak mengupdate blog. Gila malas. Keji betul la mood ni! Time aku tengah busy dengan perjuangan mood nak mengupdate berkobar2. Balik je dari library mengadap laptop tangan mengetuk2 manja keyboard. Mengarang story2 yang gila banyak punya syok sendiri.  Habis je exam mood berblog menurun secara mendadak sebanyak 99.8%. [0.02% masih ada sebab tu la aku boleh update ni]
Padahal bukan aku tak buat apa2. Banyak kot aktiviti aku 2hari ni. Biasala.. Dah habis exam..[Eh..terbelagak plak...Sori la kepada yang baru nak start exam Isnin nanti.]

Aku bazirkan banyak duit. Tapi apa boleh buat taraf kehidupan semakin tinggi. Hari Jumaat di katakan weekend. Kalau di pantai timur memang la betul tetapi kalau di Shah Alam bumi yang panas ini, Jumaat itu adalah hari minggu KAH? Tak pasal2 terpaksa bayar lebih untuk karoke. Salahkan dirinya tidak memberi tumpuan ketika bersekolah.

Aku bazirkan banyak duit. Aku tak dapat install The Sims 3. So, aku pergi mencari CD The Sims yang baru. Aku beli dua CD. 1CD berharga RM10. 2 CD berharga RM20. Aku telah membazir RM20 semata2 mahu membeli CD games untuk mengisi kekosongan waktu terluang. Tetapi sampai sekarang aku tak dapat menginstall nya. Kekangan masa katanya.

Aku bazirkan banyak duit. Sejak bebas dari exam aku jarang masak. Eh? Tak sempat nak memasak kerana aku sibuk membeli makanan di luar. Jadi, duit aku mengalir bak air sungai yang deras. Apa boleh buat. Mak sudah pesan, duit habis untuk makan tidak apa2. Aku hanya menjalankan tanggung jawab yang ibunda katakan sahaja.

Ok, tajuk hanya sesuai untuk jalan cerita perenggan yang pertama sahaja. 

Pensil/Surat:  Siap juga mengupdate blog walaupun gila punya cincai update. 




Tuesday, November 9, 2010

::Menangis tapi Alhamdulillah::


Assalamualaikum...
Aku sangat2 bersyukur. Sangat2 tak sangka Allah makbulkan doa aku... Berbaloi2 dua kali aku menangis kerana paper Risk Management. Serius aku memang dah give up pagi tadi. Semalam semasa makan malam aku menangis memikirkan paper Risk Management. Aku rasa otak aku 0%. Ilmu langsung tak ada. Makan bertemankan air mata. Cis! Sudah je makan, balik bilik, aku tidur. Pukul 9pm aku dah tidur. Memang dah tak boleh nak study. Ingat nak bangun balik. Tak ada maknanya. Pukul 1.30pm bangun solat isyak+hajat pastu study 1jam sambung tidur. [Memang kaki tidur, biar la exam ke ada assignment ke, memang tidur mesti cukup!]

Pagi tadi bangun tidur terus pergi library sebab exam pukul 2.15pm. So, sempat lagi la kan absorb sikit2 ilmu tu walaupun dikira last minutes. Aleh2, dalam pukul 10.30am menangis lagi! Menangis sebab dah tak larat nak study. Takut soalan susah. Past year memang mengsaiko aku gila2! Cik Ucen dah bagi support tapi aku pergi juga kat Jira sebab dah tak tahan nak nangis. Cik Ucen marah kita nangis!! Sob..Sob..Sob... [Gasak la orang tengok aku menangis pun!huhu] Thanx to someone yang tolong bagi support masa aku menangis di library sampaila aku nak pergi exam. Thanx also 4 ur pray... [Walaupun pakai SMS je..huhu]

Pergi exam dengan bertawakal... Allah maha kuasa... Aku buka je soalan aku pun tanda mana2 soalan aku rasa boleh jawab. Kena jawab 5soalan daripada 7soalan. Aleh2 dari Question 1 berserta anak2nya sampaila Question 5 aku rasa aku BOLEH JAWAB! So, Question 6 and 7 aku dah tak tengok...hehe Soalan direct. Tak ada putar2 macam kentang putar! Alhamdulillah.. Rasa nak buat sujud syukur serta merta je time exam! Thank You Allah..^__^ Walaupun aku tak tahu la result macam mana tapi at least tak adala aku rasa nanti repeat ke. Insyaallah.. Everythin' gonna be Orait! 1 more paper to go! Dun Give up!


Photobucket
Si Ged dan Cik Ucena yang tak habis2 memberi semangat walaupun Cik Ucen nak pukul saya sebab saya dah give up...hehehe TQ!

Pensil/Surat: Ayah saya ni garang betul..Hoho



Monday, November 8, 2010

::Perlu ke Nak GIVE UP??::


Assalamualaikum.....
Setelah berlalunya 2 tahun setengah tak kan aku nak give up semata2 kerana paper RISK MANAGEMENT?? Serius! Final year ni memang mencabar! Esok 2nd last paper aku. Selepas tu 11hb last paper, Simulation. Aku tak pernah rasa se GIVE UP ni! Tak stress tapi memang tak tahu nak study apa lagi. Bukan sebab otak dah tepu banyak study! Tapi sebab study2 pun HAPRAK tarak ada! Tak pernah2 jadi macam ni sepanjang aku ambik degree mahupun diploma. Subject major aku Mathematic tak ada masalah sangat tapi subject minor aku Management memang kadang2 buat aku stress. Kalau Math study 30% subject Management kena study 70%! Eeeeeeeee..

Subject baca MEMANG aku tak suka tapi biasanya aku takkan hafal sebab kalau aku hafal pun nanti lupa balik. Aku just faham dan nanti time exam aku goreng je. Aku ingat point dan contoh2nya. Tapi kali ni aku banyak gila kot nak study. OK fine. Aku tak kisah kalau banyak nak study tapi sejak dari hari kuliah lagi subject ni la yang paling banyak problem. Problem dengan jadual waktu, problem dengan lecturer, problem dengan kelas, problem dengan students. Ingat boleh skor la tapi tengok je past year soalan memang nak belit2! Bagi direct je tak boleh ke?? Selama ni subject bisness yang aku ambik tak ada plak nak bagi soalan belit2. [Sampai berbelit2 usus kecil aku tengok past year]

So, tadi oleh kena aku memang dah nak give up sangat2! Aku buat note untuk diri sendiri! Bagi semangat diri sendiri. Cik Ucena memang dah bagi semangat untuk aku sebab esok pun dia ada exam. Masing2 bagi semangat. Si Ged dah habis exam hari ni. Aku umpan dia cakap nak belanja dia pastu suruh dia stay dengan aku di library semata2 nak dia tolong terangkan. Dia memang selalu jadi mangsa aku walaupun dia tak ambik subject tu tapi aku akan suruh dia study subject tu!Hohoho

KENA SEMANGAT! ESOK JE!! PASTU TAKKAN JUMPA DAH FINAL EXAM! Gambatte Kudasai Wanie-san!!!!

Photobucket
Note pemberi semangat! Si Ged ada exam ke tak ada exam ke memang nak tidur je!!Huhu

P ensil/Surat:Tak sabar betul nak  tunggu hari Khamis!!

Sunday, October 31, 2010

::Dia Datang Lagi::


Assalamualaikum.....
Hai..Saya tak pergi library harini. Salahkan Si Ged.. hahaha Tak ada la, tetiba hari ini macam malas plak. Kebetulan nak study subject mathematic je. Tak perlu suasana sunyi sepi dan hanya bertemankan bunyi2 cengkerik.Ha? Ok. Stop mengarut.

Sebenarnya, kesakitan yang dia buat datang kembali. Rasa sakit kembali. Rasa sedih kembali. Serius hari ini tak tahu kenapa datang rasa itu. Semalaman asyik bangun tidur bangun tidur. [Nyamuk punya pasal la tu!] 

Aku dah tahu reason dia tinggalkan aku. Dia cakap aku membosan kan sebab aku tak melayan lelaki lain dan dia rasa tiada cabaran dalam hubungan tu. Ok, aku bukan tak nak layan lelaki lain, dulu time aku baik2 dengan semua lelaki, dia mengamuk2 marah2 kan aku. Bila aku dah tak layan dia nak suruh layan plak. So sekarang, salah aku la tak melayan lelaki dan salah aku la setia dengan dia saja?

Dia couple dengan perempuan lain ketika hubungan kitorang masih ok dan TIADA MASALAH LANGSUNG! So, sapa yang curang sekarang???Siapa yang merosakkan hubungan? Siapa yang cari pasal?? Dan sekarang dia cakap perempuan tu macam aku. Whatthef%^&?? Perempuan tu ikut cakap dia. Setia dengan dia. Buat je apa dia suruh buat. Kenapa nak cari perempuan seperti aku lagi? Padahal dah buang aku! Shit!!

5tahun aku dengan dia tapi hanya tak sampai setahun dia jauh dari aku terus dia berubah hati. Selama 3tahun aku jauh dari dia tak pernah pulak aku nak berubah hati. Aku tak pandang lelaki lain. Aku tak melayan lelaki lain sebab aku tahu aku ada dia. 3tahun aku sanggup turun ke KL dari Jengka Pahang semata nak jumpa dia. Sekarang bila dia di Penang hati dia terus berubah. Hanya sebab kitorang tak boleh jumpa setiap bulan dia berubah hati??? Kenapa aku boleh setia?Kenapa dia tak boleh setia? Kenapa dia berjanji dengan aku tapi akhirnya dia yang mungkiri? Aku tiada paksa2 dia untuk berjanji dengan akula sebab aku tahu, sekali dia berjanji aku akan mengharap dia menunaikan janji2 dia.

Aku tahu kenapa dan mengapa perempuan tu setia dengan dia. Sebab dia ada rupa, ramai peminat dan perempuan tu memang dah lama minat dia. Tapi aku tak salahkan perempuan tu pun, tapi aku salahkan dia! Dia tamak,selfish! Semua perempuan nak sapu! 

Masalahnya sekarang, kenapa kau nak sibuk2 tahu hal aku lagi? Nak tahu siapa aku contact!Nak tahu aku baik dengan lelaki mana!Nak tahu lelaki mana usha aku!Nak tahu apa kitorang msg!Kenapa? Kau sendiri dah cakap dah TAK NAK AKU. Kau cakap kau sedih dengan apa yangberlaku kat aku. Tapi kau tak perlu sedih la dengan apa yang aku rasa sebab kau yang buat semua ni. Kau buat aku macam ni! Biar aku saja yang tempuh sendiri. Kau bahagia la dengan apa yang telah kau buat. 

Photobucket
Aku terima semuanya sebab aku tahu ada lagi yang lebih baik dari kau. Cuma aku rasa selama ni pergorbanan aku sia-sia sebab akhirnya kau berpaling tadah. Semua  cinta, sayang yang aku berikan supaya kau lebih menghargai aku rupanya hanya di pandang sebelah mata kau. Terima Kasih.

Pensil/Surat: Allah s.w.t Maha Adil. Semua yang berlaku ketentuannya. Hati aku masih sakit dengan manusia bernama LELAKI!.


Thursday, October 28, 2010

::Beremosi::


Assalamualaikum...
Taip2 delete.. Taip2 delete. Idea? Ada. Seperti mahu menceritakan sesuatu. Tapi tak tahu macam mana.

Walaupun dia bukan yang terbaik tetapi dia mengambil berat tentang saya.
Walaupun dia menyakiti hati saya tetapi dia tidak dapat kehilangan saya.
Walaupun dia punya kekasih hati tetapi dia tidak mahu lost contact dengan saya.
Walaupun dia cakap dia bosan dengan saya tetapi dia masih cakap sayang saya.

Dia seorang yang sangat2 ....................................... [Tak boleh diucapkan dengan kata2]

Dah la. Tak ada mood tetibe.

Pensil/Surat:Tidur.

Wednesday, October 27, 2010

::Terlajak Perahu boleh Di Undur::


Assalamualaikum....
Orang cakap kalau naik kereta kalau terlajak jalan boleh kita reverse kan. Terlajak moto boleh reverse tak??Ok2...Kalau kita tersalah study macam mana??

 Hari ini memang plan nak pergi fakulti aku. Yela....Sebelum ni study di library. Library tu plak di fakulti Sains Gunaan. [Ex-Fakulti aku jugak la tu] Kira macam menumpang di fakulti orang la..... Ceh! [Jangan emo Wanie]. Alang2 dah pergi fakulti tu, nak tengok la tempat exam di mana. Bila check satu2 hari, waktu, tempat, subject.. Terus rasa macam naklempangdirisendirije. 3hb bukan subject Risk Management yang aku beria2 study semalamla!!! 3hb ialah paper Islamic Banking! OMG! Rasanya terharu gila...+___+" Adakah usaha aku study bersungguh2 dan menghafal sampai terlentang2 semalam berbaloi2???

Selepas tu terus naik lift pergi ambik surat tawaran praktikal pastu turun bawah balik pergi check lagi sekali. Ok, rupanya saya memang tidak bermimpi. Apa kes! Aku dah penat2 bawak buku Risk Management pastu ingat nak terus pergi library tapi bila sudah berlaku perselisihan faham di antara otak aku dan website UiTM, terus kena tukar plan. Balik rumah tukar buku pastu baru pergi library balik! Ingat naik motor tu guna minyak masak ke? [Emo lagi]

Tapi! Balik je rumah, buka je pintu contact lens pun jatuh! Dah macam orang buta duk terkial2 mencari lens! Terpaksa pakai contact lens color! Gila tak suka! $___$ <---Motif???Owh.. Tanda nak suruh ayahanda bank in kan elaun la tu. huhu


Pensil/Surat: Penjimatan duit terus berlaku. Sesi masak memasak bermula  hari ini.

Tuesday, October 12, 2010

::Awak nak APA lagi?::


Assalamualaikum....
Hati agak tenang setenang air di laut. Wah!Rindu plak nak balik Terengganu.=__=" Kalau kita di beri barang baru, mesti kita hepi kan. Contohnya macam aku, kalau dapat pencil box baru pengganti pencil box yang 7tahun aku guna sampai zip tak boleh tutup sudah pasti saya suka gembira dan akan melupakan jasa yang lama. Eh, manusia memang macam tu kan? Dapat yang baru yang lama diabaikan. Sedih kan? T___T

Tapi, barang2 lama ni antik tau. Kalau jual tinggi nilainya. Sama jugak dengan manusia, bila kita dah sehabis mungkin menjadi yang terbaik tapi tak di layan. Tapi satu hari nanti, mungkin dia akan sedar. Pastu baru nak menyesal. Time tu nak menyesal dah tak berguna. Heh. Sori, tiada maaf bagimu. [Ceh. Ayat nak poyo kau wanie!]

Time kita suka barang tu, kita jaga sebaik mungkin. Tapi bila kita dah tak nak kita campak ke tepi je. Pandang pun tidak. Bila nak baru cari balik. Aish, sedih sungguhla buat macam tu. Baik campak dalam tong sampah saja pastu biar lori sampah bawak ke tempat pelupusan sampah. Habis cerita. 

Tapi kan.. Nak tahu jugak, kenapa awak cari saya lagi? Awak dah buang saya kan? Awak dah ada orang baru. Awak jaga elok2. Jangan mengejar benda yang tak pasti milik awak. Hargailah benda yang ada di depan awak.


Awak suruh saya jangan tinggalkan awak tapi in da same time awak enjoy2 dengan perempuan lain. It's fair for me?
Awak buzz saya kat YM. Tapi awak ada call saya?SMS saya?Dekat situ saya dah nampak effort awak macam mana.
Awak suruh saya kasihan kat awak. Tapi ada tak awak kasihan kat saya walaupun secebis? Malah awak lebih kejam dengan saya.
Awak suruh saya kenang kenangan yang lalu tapi ada tak awak ambil kenangan yang lalu pastu pulihkan hubungan kita?

Saya tahu jawapan awak. "ENTAHLA, SAYA PUN TAK FAHAM DENGAN DIRI SAYA". Jawapan yang paling TAK LOGIK dan BODOH.

Sekarang life saya dah ok. Saya ada kawan2 yang sangat supportive. Thanx guys. Kata2 nasihat korang saya akan ingat sampai bila2. Korang tak ada nak blame dia mahupun saya. Saya paling ingat kata ini "Jangan kita marah orang gila kalau kita bukan gila. Tak guna nak marah orang gila sebab dia memang tak akan faham apa yang kita gilakan" dan "Janganlah kita memaki hamun dia sebab diala dulu yang kita sayang, yang kita cinta, yang kita sanjung." So, apa yang paling bagus kita buat, IGNORE kan sahaja. Biarkan dia dgn hidup dia. Kita dengan hidup kita. 

Maaf. Ym, no.fon, FB semua saya delete. Jangan cari saya lagi jika awak masih tidak berubah. Dan jangan harap kita dapat bertemu lagi walaupun awak yakin masih ada peluang. Peluang sudah tertutup kerana awak sendiri yang sengaja menutupnya. Saya akan pastikan peluang tu tertutup selamanya. 

Photobucket
Biarkan saya boleh?Jangan nak sakitkan hati saya lagi.





Pensil/Surat: Dua tempat praktikal  dah call. Masih menunggu yang lain. Takut nye~hehe






Tuesday, October 5, 2010

::Buat Apa Nak Pandang Lagi?::


Assalamualaikum...
Betul juga sebenarnya Allah temukan kita dengan orang yang salah dahulu baru kita temu dengan orang yang betul. Kalau tak, kita takkan tahu erti kehidupan. Mungkin kita leka dengan duniawi. Bila dah terkena baru la terkial2 nak gelabah... T___T 

Kadang2 lelaki ni sangat SELFISH. Dia nak kita tunggu dia macam tunggul kayu. Boleh di pijak, boleh di ketuk. Dia senang2 suka2 je buat hal dia. Tapi perempuan ni sekian hal jugak, BODOH. Dah kau duk layan dia lagi buat apa! Dah dia buat kau macam tu nak terhegeh2 lagi! Jangan jadi bodoh boleh tak! Owh.! Saya sedikit beremo. Maaf.

Dia bukan kisah hal kau pun wahai perempuan!Sila sedar diri la! Dia nak kau tapi apa dia buat? Ada dia setia dengan kau? Ada dia jujur dengan kau? Ada!!?? Tak ada bukan? So? Kenapa kau sibuk2 lagi nak tahu hal dia? Kau sibuk2 nak perbaikikan hubungan kau. Dia?Ada cuba berubah?? Cukup la dengan apa yang kau telah korban kan. Cukup la. Dia tak kan pandang lagi. Kau telah buat yang terbaik. Selama ni kau mudah berlembut hati. Kau mudah cair dengan kata2nya. Bila kau mahu bangkit? Bila!!?? Jangan di kenang kenangan yang lampau kalau dia masih jauh dari kenangan itu.

Dulu dia mungkin agung2kan cinta kau. Tapi masa telah berubah. Hati manusia juga berubah. Cinta kau dia hanya pandang sebelah mata.Sedarlah.Pujuk rayu dia hanya manis di bibir sahaja. Janji2 dia akan pergi bersama angin yang bertiup. 

Kau wahai lelaki, takkan sedar selagi kau tidak terkena. Kau perempuan, sedarlah masih ada yang mencintai kau.. Tapi mungkin selama ini kau lupa akanNya. Sekarang bukalah mata.. Dia sentiasa ada disisi kau. 

Pensil/Surat:Fokus!Fokus!Tak sabar nak balik rumah!!!


Wednesday, September 29, 2010

::Mood Rutin Setiap Rabu::




Assalamualaikum...
Kalau dah pandai pinjam barang org tu pandai la pulangkan.

Kalau dah pandai sangat menggunakan barang org tu pandaila letak kat tempat asal.

Kalau tak bagi pinjam cakap kedekut. Bila dah bagi bagi bau kentut plak kitorg.

Kalau sound direct kang cakap tak de adab. Tapi ape kitorg nak buat kalau ko da terlampau biadap?

Kalau marah2 sesuka hati kang ada yang terasa hati sampai tak nak kawan.

Dah tu nak suruh aku hepi bila dah penat naik turun naik turun tangga cari hanger dan payung baju n seluar kecik? Aleh2 sampai ke sudah tak jumpe. Eee....Marah tau ni.

Dah penat nak marah so dah tak tahu nak letak tanda seru ke tak.

Pensil/Surat:Keja,Assignment, test dah start menyerang.