Showing posts with label Me My Mine. Show all posts
Showing posts with label Me My Mine. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

::Merajuk KONON!::

Assalamualaikum.....
Sekarang asyik main games je. Kadang-kadang bosan juga. Yela,  Memula happy la juga lama-lama aish... Kenapa asyik aku je menang ni. [Eh? eh? Mengada-ngada betul]

Semalam time last paper, aku gaduh dengan ayah aku. Hahahaha  Actually, aku nak ayah aku datang ambil aku. Malas gila nak balik naik bus. Yela. Bayangkan. Naik kereta 1jam 15minit dah sampai Pontian. Naik bus 4jam okey baru sampai. Dah la kena tukar bus 3KALI. Bus lompat-lompat yang aircond pakai semulajadi tu. Yang kejap berhenti kejap jalan tu. Yang kejap laju kejap macam siput babi tu. [Sedikit beremosi ye tuan-puan sekalian =_="] Tapi ayah aku kan seorang yang sangat rajin, beliau awal-awal dah mendahului aku cakap 
"PAS EXAM NANTI BALIK NAIK BUS YE. TAK PAYAH SURUH MAK AMBIL." 

WHAT??? 
@_@

Cepat benor ayah mendahului akuuuuu! 

Aku kan anak kesayangan ayah. 
[Abaikan perut kami itu. Sekarang dah slim OKEY!*Eh? Marah pula*]

Anak kesayangan ayah yang merajuk ni yang .........

Siap mogok tak nak balik rumah.
Siap cakap kalau rajin, paling awal balik pun minggu depan.
Siap message mak cakap dah habis exam tapi tak nak balik.
[Konon mogok la tueww]

Aleh-aleh..
Cek purse, duit tinggal saki baki je.
Tak nak minta dengan ayah lagi. Kata merajuk kan.
1 hari duk rumah sewa tanpa buat apa-apa dah bosan gila.

Aku decide...
Aku mengalah. Tak jadi balik minggu depan. Tapi balik esok.
Sob sob sob.
TERPAKSA LA balik naik bus yang lompat-lompat tu~
T_T

Ye.Ye.Ye. Saya tahu saya kalah. Esok saya balik la ye. [Senyum perli je tu ayah] 
Dah tahu dah. Esok mesti kena kutuk kaw-kaw punya dengan ayah!

Pensil/Surat: MALAS GILA NAK PACKING BARANG NAK BALIK RUMAH!!

Wednesday, January 11, 2012

::RM200 untuk Buku je??::

Assalamualaikum...
Hip!Hip!Hip!HOREEEYYY!!
Okey...Kita lompat kegembiraan dahulu sebab aku telah berjaya menempuh exam untuk semester 1 ni. Alhamdulillah..... So, tinggal lagi 2 semester lagi untuk aku habiskan Master aku ni. Insyaallah..^_^ [Kejap pula aku rasa] 

Kerajaan ada bagi tahu yang semua pelajar Universiti akan dapat kupon RM200 untuk beli buku. Tapi bagi pelajar macam aku ni yang memang-suka-sangat-photostat  buku-buku tu semua, so, aku nak buat apa pula dengan kupon tu. Takkan nak pergi beli nasi lemak + Teh O ais pakai kupon pulak kan..Mahu pakcik tu lempang aku bertubi-tubi. =_=" Siapa sanggup tukarkan kupon tu dengan duit untuk aku?? Wah... Best juga tu..hohoho Berangan!!!

Pakai sopan-sopan mana tahu dia kasi kupon lebih kan..HikHikHik

Nah!Suka tak?Suka tak??Weiii~~ 
Ingat RM50 je ke???
Hello~~ Baik sikit!

4keping lagi uolssss!! [Dengan muka belagak + mendabik dada]
RM50 X 4 = RM200
Hahaha 
Suka mak nyah oiiii!
Nak pergi kedai buku beli novel banyak-banyak..
EH!!Kantoi pulaaa...
Tak baik ok menyalah gunakan wang rakyat..
Lalalalalala

Pensil/Surat: Exam dah habis apa mahu buat pula!!!


Tuesday, January 10, 2012

::1 KILOGRAM LAGI?::

Assalamualaikum...

Ha....Apa motif stoking yang gila punya cun ini 
dengannnnnnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
v

Jangan nak tengok lama sangat lah!

Ha! Oleh kerana berat telah mencecah 1 lagi angka ke hadapan...
Jadi, pada 2012 aku bernekad mahu berazam

AEROBIC SETIAP HARI!!!

Perghhh... 8 video nak pulun sehari memang semput la..
4 video pun dah boleh semput...
Aish.. Tak mengapa..Usaha-usaha-usaha-usaha dan usaha sampai bosan~

Aerobic dalam rumah sudehhh. Jimat. Peluh tak payah cerita la.. Menitik-nitik boleh buat garam kauuu!

Pensil/Surat: Esok last paper...Semoga Allah  membantu aku dan rakan-rakan yang lain..Amin..

Thursday, December 1, 2011

::Bila Lapar::

Assalamualaikum...
Ehem... Ada 2 perkara yang buat aku kadang-kadang hangin la. Eh?Bukan kadang-kadang. Tetapi apabila berlakunya perkara tersebut aku hangin. Lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan MAKANAN!

1) Perut memang dah lapar tahap kronik la kan, dalam kepala duk berfikir nak masak sekian.sekian.sekian. Balik je rumah terus prepare barang-barang nak masak then masak. Tengah-tengah masak tup tup gas habis............................................. [AGAK-AGAK NAK HEMPUK DIRI SENDIRI DENGAN SENDUK KE NAK SELAM MUKA DALAM AIR??] Perut memang duk berdondang sayang bagai. Hangin la jugak kan.! Gggrhhhh! Dugaan!

2) Perut aku memang sentiasa lapar ok. Bila dah siap masak semua tu apa lagi terus ambil pinggan nak ceduk nasi la ye. Aleh-aleh buka periuk nasi yang ada hanya BERAS+AIR. Ouh!! Kepala lutut luuuu! Masak nasi tak tekan COOK How come nasi nak masak! Tunggu beribu tahun pun memang cam gitu jeee! Rasa nak pergi kedai makan kat kedai jeh!!!

Actually, semua ni memang selalu berlaku masa duduk rumah sewa. Tengah masak tomyam lagi. Satu periuk besar!Aleh-aleh gas habis. Maghrib pula tu. Ada pula la kan service hantar gas malam-malam. Alternative lain ceduk semua tomyam tu letak dalam periuk nasi. Masak dalam periuk nasi. Canggih tak?? =_^/v..

Kalau duduk rumah parents tong gas memang ada tong gas spare. Gas habis tukar je. Senang cerita. Tapi kalau duduk rumah sewa nak buat macam gitu... ermmmm.....ermmm.... Rasanya paham-paham sendiri lah ye.
Muka-mukatahapkroniknakmampus,tunggupizzataksampai-sampai!

Pensil/Surat: Perut tengah main dram ni , tunggu makanan. Sabo jelah!

Tuesday, November 29, 2011

::Cutikah?T_T::


Assalamualaikum......
Hari ini hari Selasa. Aku masih berada di Pontian. Di rumahku syurgaku. Oh! Guane ni! Harini dah la ada kelas. Full pulak tu! Dari 8.00am sampai 5.00pm kelas aku. Betapa ruginya aku tidak dapat menuntut ilmu pada harini. Macam poyo nak mampus ayat aku. sejak bila berubah jadi konon-konon baik ni??

Ermmm.. Aku rasa tak perlu bebel panjang la. Actually, semalam aku dah bersiap dan dah SAMPAI pun di stesen bus untuk pulang ke kampus kesayanganlasangatkan di Parit Raja. Aku memang akan balik rumah sewa hari Isnin sebab Isnin tak ada kelas dan KEBIASAAN SANGAT-SANGAT, bus yang nak pergi ke Batu Pahat ni KOSONG. Baca tu, KOSONG. Tapi semalam di cermin kaunter tiket tu dah tulis siap-siap "TIKET BUS KE MELAKA, KL HARI ISNIN 28/11/11 TELAH HABIS"  Aku terkesima la jugak. Selama ni dalam bus tu hanya ada tak lebih dari 10 orang penumpang! Macam mana boleh habis! Tiket bus tu pula memang tak boleh beli awal sebab sesiapa yang nak pergi ke Batu Pahat, kena tengok kekosongan bus yang ke Melaka. If seat ade kosong boleh la tumpang. If tak ada memang selamat la.. Rupa-rupanya baru teringat, semalam kan cuti Awal Muharam, so ramai la cuti sampai Isnin.. =_=" Oleh kerana parents aku tak ada, terpaksa la aku pulang hari Rabu. Siapa nak hantar aku balik if aku nak balik juga kan... So, harini ponteng kelas dan esok pula memang aku tak ada kelas. Dah alang-alang tu, esok jela terus balik rumah sewa.

Ingat aku tak pergi kelas hari ni dapat bangun lewat ka? Hampeh! Aku kena bangun awal sebab nak pegi settle kan medical checkup kat Klinik Kesihatan untuk biasiswa My Master. If tak settle harini tak tahu lagi bila boleh settle sebab Kementerian hanya bagi 14hari sahaja start dari hari permohonan diluluskan. Memang kena rushing la. Duit banyak betul melayang la. Kena beli setem hasil lagi. Bukan 1 keping tapi 3 keping. 1keping=RM10 so 3keping=RM30. Medical checkup pulak RM40.. Erk..hukhuk

Perut tengah lapar gila-gila. Semuanya urusan rasmi kerajaan tu settle pukul 1pm. Balik rumah je, solat pastu siap-siap barang untuk masak.Kalau aku ni duduk seorang diri kat rumah ni, aku masak simple-simple je. Ni ada adik aku pulak, dah la request nak makan paprik. Reda jela. Tengah masak-masak teringat pula masak dengan roomates time degree dulu. Macam-macam karenah. Owh.. Miss that moments so much...T________T

 Malas nak rotate. Gasak jela.

Sudah makan berat, kita makan ringan pula. Jajan orang kahwin bagi. Hehe

Pensil/Surat: Continue nak buat CFP pula. Aish..cuti pun macam tak cuti juga.hukhuk




Friday, June 10, 2011

::Confident saja::

Assalamualaikum.....
Sekarang musim cuti sekolah. Banyak benor kenduri kahwin yang kena attended. Masalahnya bukan kawan aku pun. Kawan Mr Lidiman. Hahaha Terpaksa follow. Terpaksa ke? Ok. Paksa rela dengan keadaan yang separa normal but not totally normal. Yela, dengan face yang bercium dengan jalan tar, mahu pula jadi normal pergi kenduri kahwin kan. Nasib bukan aku yang kahwin. Haha Kalau tak, mahu aku postpone my weeding. :p
Bila dah berwajah kepelikkan ke majlis kahwin ni, jangan buat muka terkejut la kalau mata semua tertumpu to ur face. Buat selumber kebadakan sahaja. Kulit badak tebal kan? So, tebalkan saja muka anda. Asalkan anda dapat makan, perut kenyang, nampak pengantin, salam, ambil berkat, ambik gambar bukti anda datang selepas tu paham2 la. Mintak diri pulang la. Jangan biarkan saham kefemesan anda melonjak ke tahap maksima.

Photobucket
Nampak tak?nampak tak cacat?Tak nampak kan?Kena la pandai cover...:P

Photobucket
Okeh.biarkan badan kiri anda mengadap camera jika anda mahu selamat.

Photobucket
Jika badan kanan anda mengadap camera jadi la seperti di atas. Hampeh.

Photobucket
Tak payah susah-susah nak intai.Memang terang lagi bersuluh la cacat nye....
Ni baru 1 kenduri kawen. Padahal aku pergi 2 kenduri kawen dan satu dinner di hotel. Tapi gambar nya tak tak ada kat aku. So tak dapat la upload....Confident je ada penampal di muka. Memang dasar tak tahu malu macam gitu la..... =_="

Pensil/Surat: Sekarang dah tak perlu pakai penampal bagai! Luka sudah kembali pulih..^_^/

Tuesday, August 31, 2010

::Orang MERDEKA tapi Saya??::


Assalamualaikum....

Happy 53rd Anniversary of Independence Day Malaysia!!^__^/v


Semalam belakang rumah aku pung pang pung pang bunyi bunga api...1st bunga api yang di lepaskan menyebabkan kawasan rumah aku di landa gempar bumi berscala kecil.. Alarm rumah orang kaya jiran2 aku ni ape lagi.. Saut menyaut la...hohoho Tu la duduk lagi rumah belakang i-city.. Huhu

Malaysia dah merdeka.. Tapi aku masih lagi di belengu masalah diri.. Susah sangat nak buat sesuatu keputusan.. Susah sangat nak terima yang dulu kita ada someone yang betul2 boleh luahkan everything... Boleh bercerita, bergosip, berlawak...Tapi sekarang... Kita lepaskan dia pergi mungkin sebab kita bukan yang terbaik untuknya...

Sekarang... Aku memang perlukan kawan2... Thanx to Tataq Iqa... Kite luahkan semuanya kat awak.. Macam ganggu pagi awak plak... Tapi nasihat awak sangat berguna... Kita lalui benda yang sama... Kite penat dah tahan sedih but finally kite nangis when u give me support... Really2 appreciate... Kite pun enjoy bile dengan Tataq Ucen sebab die buat kite ketawa.. Dia layan karenah kite walapun die tak tahu kite tengah sedih... Apa problem kite.. Thanx a lot Tataq Iqa!!! [Sekarang pun kite tengah nangis lagi..]


Photobucket
Tataq Iqa yang sempoi~~

Tak guna jugak aku macam ni.. Sampai bile nak macam ni. Aku ada life aku.. Aku kena go on je.. Merdekakan diri aku!!Hehehe [Mentang2 hari merdeka..wakakaka] Org luar mungkin tengok aku hepi2 mcm org gile.. Tapi memang aku macam tu.. Ibarat tak ada masalah.. Tapi sebenarnye berlambak... Saje tak nak masuk campur masalah diri dengan keadaan sekeliling...

Pensil/Surat: Hari ni aku dah rumate akan start buat kerja gile...Hohoho.. Sapa punya idea ini!!



Monday, August 30, 2010

::Rasa Dah Malas Sangat2::


Assalamualaikum...
3hari pergi rumah Pakcik kat Kapar, Klang pastu tak boleh online sebab rumah Pakcik pakai berukband.. Giler lembab! Baik tak payah online.. Nasib ada budak2 boleh gak join diorg main bunga api...masak2...warna2....[Berasa budak lagi!cis!]

3hari menghilangkan diri dari dunia online.. Banyak tengok tv.. Banyak berfikir.. Bukan berfikir nak masak resepi ape ye sebab duk rumah pakcik asyik makan kedai aje.... Sodap! [Habiskan duit pakcik]

Tapi aku asyik fikir aku perlu teruskan ke tak... Kadang2 rasa tak nak tapi kena masih berharap? Perlu ke aku terima semuanya? Org tengok senang la..Tapi kita yang merasai.. Kita dah buat apa yang dia nak tapi kenape dia masih tak berubah.? Kenapa dia buat kite ibarat TUNGGUL? Kita salah kita berubah.. Dia salah? Dia mengaku... Siapa cakap dia tak nak mengaku!! Kalau die tak nak mengaku aku luku2 kepala dia.. Tapi dah mengaku salah kenapa tak nak berubah?

Macam2 benda dah aku pendam.. Sampai tak larat dah.. Sabar2 pun ada had nye.. Terlebih had kelajuan kereta kena saman kan? terlebih had kesabaran?? Lu pikir la sendiri!!![melalut2] Orang laen makin lame kenal lebih memahami satu sama laen... Ni dah dekat 5tahun kenal tapi masih sama....=___="

Dulu2... Time raya.. Dia siap post kad raya uollllss...Siap bagi CD!wa... Sekarang?Nak bagi kad jauh skali la...Nak WISH selamat hari raya pun idak...Wish selamat berpuasa pun idak.. Laen kan??? Bukan raya je... Birthday pun mcm tu.. Dulu time birthday siap tempah pic karikatur u.. bangga kejap.. Letak atas meja semua org tegur....Cakap cantek la..Mahal la...huhu Sekarang... Tak payah mengharap tu semua... Jumpa time birthday kita pun dia tak wish... Nak celebrate tu memang JANGAN harap la ye tuan2 puan2...


Photobucket
Motif kepala lebih besar dari badan!!!


Tapi..aku bukan demand dengan semua tu pun.. TAK KISAH pun dia tak bagi apa2.. At least wish la kan... Tu je... Ni....Emmm...=__="Bukan pasal tu je... Itu hanyalah sebahagian kecil ibarat molekul2 zarah yang terbebas...Banyak lagi... Tapi malas nak ungkit.. [Eh..tadi tu ungkit!??Shut up u wanie!] Mungkin dia tengok aku jenis tak kisah.. So dia buat la apa yang dia suka.. [Berasa muda lagi la tu!] Sekarang memang aku malas nak mengharap.. Orang cakap dalam hubungan tu kena banyak berbincang.. Siapa cakap aku tak berbincang.. Siap duduk face to face wei... Tapi conclusion nye??? Aku jugak kena mengalah..... Aku jugak konon2 kena memahami dia...

So now...Aku kena fikir pasal aku jugak.... 3hari aku hilangkan diri.. Dia pun nak hilangkan diri sama.. Ok fine. Aku tak ada nak msg pujuk ke. Msg merayu ke. It's not ME! Suke hati kau la! Kau nak macam tu... Let's do it...We'll do what u want... Okiesss??? Kita biar je dia buat apa yang dia nak buat.. Mungkin dia fikir hidup ni selama2nya...Aku??? Mestila buat apa yang aku nak.. Nak golek2 ke.. Nak lompat2 ke.. Nak guling2 ke... Semua boleh...^___^ [Tapi kena kuat la!]

KITA HARUS KUAT!!

INI LA BARISAN KITA!YANG IKHLAS BERJUANG...keh keh keh
Merdeka!!

Pensil/Surat: Malas plak nak pergi kelas 10.30am ni...nak Kroghh kroghh kroghh la..



Friday, August 27, 2010

::Tak Boleh!!::



Assalamualaikum Mina-san....
Semalam pergi hantar kedai laptop aku tu.. Ingat boleh la baiki.. Aleh2...Aishhhh.. Tuan kedai tu cakap bukak la laptop tu sampai bile2.. Memang xboleh nak tutup dah..T___T Tak boleh baiki la! Sedih! Kena paw En. Ghani kah?? Laptop baru kah??? Boleh kah??[Sambil kelip2 mata terhadap En. Ghani..Hahaha] <------ Dish2!! Mau kena ketuk sampai benjol dgn En.Ghani kalau mintak laptop baru...

So skrg laptop aku dah jadi macam komputer la.. Tak leh tutup....Apa boleh buat~~~

Semalam before pergi kedai laptop aku berbuka puasa dengan Tataq Iqa di A&W... Tak sangka Tataq Iqa nak belanja.. Terharu sambil meraung2 tanda terharu..<--Pang kang kau wanie! Malam plak pergi terawih kat Masjid Besar Shah Alam balik pukul 11.30pm sebab ada ceramah Nuzul Quran.. Balik sembahyang pergi pam tayar.. Aleh2 bukan masukkan angin tapi buang angin! Giler la... Nasib ade sorg brader ni tolong.. Sampai rumah dah pukul 12am.. Janji dengan Tataq Iqa nak pergi bersahur kat McD..So balik terus siap2 nak kuar lagi.. Makan bubur McD ajor...^_^


Photobucket
Pembuka Selera..Keh keh keh

Photobucket
Aku punya menu... Dap2 tau!

Photobucket
Tataq Iqa Lapo~~~Gruuuuppp

Photobucket
Saya yang sedayyy memikirkan laptop..huhu

Photobucket
^__^


Photobucket
Dah bis~~~


Photobucket
Saya lapo!!!

Photobucket
McD time~~

Photobucket
Di malam hari menjadi bibik..haha

Photobucket

Bibik bersama bubur!!!

Aku akan menghilangkan diri sampair hari ahad.. Hope tak meroyan la tak online... Malas benor nak merempit tengah2 panas ni.. Barang2 tak kemas2 lagi.. Kang pakcik aku kol.. Mau gelabah!

Pensil/Surat:First time merasa berbuka di rumah biar la umah pakcik pun..^_^





Tuesday, August 24, 2010

::Nak percaya ke tak::



Assalamualaikum Mina-san...
Hari ni kena buat resume..Esok lecturer Latihan Industry nak check.. Dah siap buat just nak edit2 sikit2 lagi.. Jenuh gak nak bukak semua sijil2 perkahwinan...Opss... Sijil keaktifan ketika diploma dulu.. Time degree ni ade la 2,3 activities je aku join...Huhuhu

Pastu aku pernah join jadi PEMBANCI before masuk degree.. Lecturer time diploma aku offer.. 2 weeks kerja banci aku boleh dapat RM1000++.. Masyuk giler... Rasa jadi org kaya jap..keh keh keh Ni nak tulis dalam resume yang aku pernah kerja pembanci.. Tapi tak tahu plak pembanci in english apa.. Tanya SI GED yg terer english pun die tak sure ape... Tanya Kak Mie yang memang english gempak pun jawapan die still sama macam GED kasi... Aleh2 aku teringat adik aku yang memang duk speaking je dekat U die.. Dia bagitahu pembanci tu

ENUMERATORS

Aku kureng percaya dia sikit... Dah la macam ala2 robot je jawapannya ... Huhuhu Dia selalu kena kan aku!So kena hati2 la sikit... Aku pun msg kawan aku yang ambik Pure English kat UPM... Jawapan dia sama mcm adik aku tu, Enumerators... Owh... Boleh percaya la cakap adik aku tu..hehe =_=" Bonget!

Photobucket
Geng2 banci area JOHOR..^_^ Sangat kamceng! Budak2 laki yang otak giler2 dan sempoi...

Photobucket
Bila malam je.. Mesti nak makan besar... Duit berkepuk2 dalam poket..hehehe

Photobucket
Makan2 lagi!!!Best!!!


Pensil/Surat: Bestnye layan lagu raya.. Tak sabar nak rayooo!!![mcm budak2 la plak..]


Monday, August 23, 2010

::Kedekutnyaaa::


Assalamualaikum...
Hari ini dah lepas seksa sikit..Esok ada presentation Islamic Banking pastu boleh relax2 goyang kaki sampai raya... Heaven nye...Hehehehe

Tadi pergi kelas basah kuyup! Pakai baju hujan pun still basah giler2 sebab hujan nye lebat yang teramat lebat! Gigih aku pergi ke kelas walaupun hujan.. Pelajar cemerlang betul! <--Eh?Yela tu.. Kalau tak ada presentation tak ada makna ko pergi kelas time hujan2 wanie oii...=_="

Aku ni bab shopping memang giler la.. Tapi benda dua ni dah lama rosak tapi aku still tak beli2 lagi yang baru.. Tetap nak tunggu habis degree gak...

Photobucket
Pencil box anok sapo la ni....Huhuhu Ni pencil box aku la.. Dah tak boleh nak zip.. Gigih dari sem lepas zip dengan berhati2.. Tapi sem ni dah tak boleh zip langsung dah... Wa.... Tak nak cari pencil box baru!!! Memory siot pencil box ni... Dah dekat 7tahun aku guna pencil box ni.. Dari awal FORM 4 sampai la sekarang! Lame tak?? Ayah aku kasi..Tengok!Betapa cermatnye aku guna! [Bluweekkk!] Sebenarnye aku susah nak jumpe pencil box yang kecil macam ni.. Aku tak suka pencil box besar2... Dah banyak kali cari yang baru tapi semua yang ada, yang besar2 gedabak! Aku ada pencil box laen..Tapi sebab besar aku still guna yang ni gak walaupun dah tak boleh zip..Huhuhu


Photobucket
Ha! Ni beg kuliah aku! Sem ni mentang2 dah tau last sem, dia buat perangai da.... Dah koyak lapisan luar nye...

Photobucket
Yang laen masih elok! Tak ada rosak langsung! Zip pun elok lagi! Aku suke giler beg ni! Mak aku hadiah kan... Mak aku bagi masa awal masuk degree sebab mak aku risau aku pakai beg tepi time bawak moto.. Skuter mana ada bakul.. So, mak pilihkan beg ni untuk aku... Giler suke! Ramai gak tanya beli kat mana.. Diorg cari tak jumpe...hehehe Harga pun boleh tahan.. Tapi sekarang dah koyak!! Sedihh.. Dah nampak cacat walaupun yang laen masih elok.. Color beg ni pu dah pudar.. Berpanas berhujan sesama dengan aku..Tu la aku rasa jadi macam tu... Mak siap pesan time bagi aku beg ni.."Gune beg ni sampai habis belajo.. Jangan nak sibok beli beg lagi pasni!" hehehe tengok!Aku guna sampai dah nak bis belajor lagi ni! Kagum tak mak!?? ^_~ [Sambil kenyit mata]..


Pensil/Surat:Tak ada entry makan2 da~~Hahaha


Monday, August 16, 2010

::Membazir!!::


Assalamualaikum..
Sila kagum! Aku boleh siapkan dua report hari ni!!wa...sungguh tak sangka!!![padahal just tambah2 apa2 yang patut je..lala]

Sebenarnye nak cakap tetibe rasa menyesal je hari ni. Bile dah boros membeli pastu jarang guna memang la menyesal!!

Ok..Before ni aku ada cakap kan aku dah beli eyebrow. Esokkan hari nya aku pergi beli eyeline balik mengantikan eyebrow..So dah berlaku pembaziran kan?kan?kan?Ah!Benci!


Photobucket
Nampak tak dah terang2 tulis EYEBROW!Tapi kalau dah buta mata memang tak nampak la...
Yang atas tu beli balik eyeliner brand Elianto..huhu


Pasal eyeshadow sekian hal gak! Dulu aku pakai 1 jenis je. Pakai sampai habis...Sekarang ni, tak habis pun lagi eyeshadow tu aku dah bantai beli eyeshadow yang laen. Memang la color lain2 tapi masalahnya, aku bukan pakai eyeshadow tu tiap2 hari! Sebulan sekali pun belum tentu!So, buat apa aku beli kan?kan?Grrrrrrr.. <---Bunyi geram!



Photobucket
Yang pink n purple tu murah giler!1 rm6 beli dua RM 10..Brand Elianto..So...aku rembat la...=_=" pastu baru menyesal..

Ha!ni satu lagi!Memang ketara sangat2!!Pakai kat kaki je tapi byk giler la plak!Pasal heel....Aku dah ada 3 heel.. Memang boleh kira dgn jari je bile aku pakai, tapi time pergi Times Square aku ada mention yang aku beli lagi satu wedges...

Photobucket

Ni wedges yang baru beli. Wedges raya..haha

So, sekarang rasa menyesal la plak pergi beli heel+wedges..huhu T_T"...[update : kak husna dah tegur so, kena wat correction.Kalau tak aku suka hati je nak panggil heel ke wedges ke..haha] Satu heel or wedges RM50++... 4 heel RM200++...Wei2..Banyak tu..kalau boleh gadai balik leh aku beli barang kemas pakcik Habib!!! Eh???[ada kaitan?] Tak termaksud lagi sandals-3pairs, shoes-2pairs yang jarang dipakai....Sandals yang ayah aku kasi dari diploma sampai skrg tak rosak..[memang la..harga nak dekat RM100!Laen kali beli murah2 cepat sikit rosak!!] kasut plak setiap satu harga nak cecah RM50..Giler membazir!Serius menyesal!!!! Tu la mengatai nak buat rule sendiri, pergi kelas pakai kasut lain pergi jalan pakai kasut laen.. Keluar dengan member pakai kasut laen, keluar dgn En.Pjg pakai heel. So memang memerlukan byk heels,kasut,sandals..Mana la Mak Wan tak membebel..Nak balik raya dah plan nak bwk balik 3heels 1shoe...Agak2 Mak Wan tengok die hepi tak??\^_^/!!<---Sumpah kena maki!!




Photobucket
Yang ni tak membazir!Ni home chocolate!!!Kawan aku buat!Best tau!Aku beli kasi En. Pjg sebab die sangat Gila Coklat!Sangat2!!

Pensil/Surat:Saya sudah sihat so tadi saya makan mcm naga+buaya yang kebuluran!!!