Showing posts with label KadKahwin. Show all posts
Showing posts with label KadKahwin. Show all posts

Monday, September 9, 2013

:: Kad Kahwin & Sambal Tempoyak Udang Petai ::

Assalamualaikum...
Satu beban sudah lepas. Hari Sabtu ada Pameran pengantin di PKNS, Bangi, Plaza Alam Sentral (PAS), Shah Alam dan ada jualan murah Kad Kahwin di Utusan Sehari, Kajang. Di sebabkan aku duduk Puchong, opkos aku pergi Bangi sebab doket. Pastu setelah menempuh kesesatan dan hujan ribut. Aku sampai. Tapi tak banyak choice dan tak menarik sangat. Aku kedekut then aku nak cari yang bawah RM 0.30 memang nan ado la.. Kebetulan nak cari sticker dan button badge lagi..Tak banyak. Dalam 300 pcs je. Nak pergi Utusan Sehari memang dah tak sempat sebab promotion tu dia buat dari pukul 10 pagi sampai 7 petang je. Aku sampai PKNS, Bangi dah pukul 6 petang. Bahana main masak-masak dlu. Hahaha Last-last aku dengan Ucen rushing pergi PAS. Hopefully sampai before pukul 8 malam. Alhamdulillah.. Memang sampai before pukul 8 then sempat la mengusha... Memang lebih menarik daripada kat Bangi tu. Then aku jumpa 1 promotion ni RM450 untuk 1000pcs kad kahwin, 1000pcs TQ tag, 2 banner. Aku tengok kad kahwin pun jenis tebal dan design menarik. Terus la aku grab! Kira TQ tag aku ambik 300pcs, 700 pcs bagi En. FZ. Kira untung juga la. 1 kad jatuh dalam RM0.25.. Alhamdulillah.. :) 

Kalau fikir pasal kad kahwin memang murah je dalam kepala. Nanti lepas kahwin orang buang juga. Untung la kalau ada orang nak simpan kad kahwin aku ni! Retis sangat uolssss. [Aku pun buang kad kahwin orang. Cis!]

Alkisahnya, aku tunggu Ucen balik kerja baru pergi Bangi then Kajang. Tapi sebab aku sibuk masak lauk memang tak jadila pergi awal. Masing-masing melantak makan bertambah 3 pinggan. Lapar punya pasal.Aku ni kalau kempunan terus jadi kes serius. Mana taknya, aku akan meroyan sebut makanan tu berhari-hari selagi aku tak dapat. Sampaikan orang jadi rimas dengan aku. So, biasa aku akan gigihkan diri cari barang-barang pastu masak. Kerana kempunana Sambal Tempoyak Udang Petai. Resepi aku cilok sana sini. Hentam keromon. Aku tau aku akan lupa. Baik aku taip siap-siap. Nanti senang tengok sini aje. Hihihi

Confident mesti ada nak tunjuk menu masakan.  :P Kerabu mangga tak payah taip resepi. Senang sangat! :p

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK UDANG PETAI

Bahan-bahan :
1) Bawang merah - 6 ulas*
2) Bawang putih - 4 ulas*
3) Halia - 1 cm (agak-agak)*
4) kunyit hidup - 2 cm (agak-agak)*
5) cili padi (ikut citarasa)*
6) Lada merah - 4 biji*
7) udang - 1/2 kilo
8) Tempoyak - 1 setengah sudu
9) Serai - 2 batang (di ketuk)
10) Daun kunyit - di hiris/ siat jeee
11) Gula + Garam
12) Petai

*Kisar semua bahan 

Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sampai naik bau.
2) Masukkan tempoyak dan kacau. (Kalau nak pekat letak banyak). 
3) Lepas dah sebati, masukkan air sedikit dan kacau.Air tu depend la.. Nak pekat letak sikit. Nak cair letak banyak.
4) Masukkan petai. Pastu letak garam gula. Rasa la. If ada masam-masam, lemak-lemak.. ok la tu.
5) Lepas petai dah lembut letak udang pastu daun kunyit. Kacau la sampai semua sebati.
6) Siap dihidangkan!!!! ^_^

Pensil/Surat: Petang ni kempunan ikan goreng jew..ekekeke


Tuesday, September 3, 2013

::D.I.Y= NO Kad kahwin + Sticker Murah& Blogger Lyaa::

Assalamualaikum...
Berangan nak D.I.Y banyak benda kan. Akhirnya satu persatu tak jadi D.I.Y! Kesnya bila memang susah nak dapat support En. PZ+Roommate+Ibunda. Grhhhhh Mula-mula nak D.I.Y kad kawen, aleh-aleh bila calculate kena buat kad kawen 1000pcs terus kira beza DIY dengan tempah. Kalau DIY murah sikit je. Tapi take time and banyak kerja sikit jela. So, confirm-confirm En. PZ sokong tempah. Punah harapan... Weekend ni ada Wedding Festival kat PKNS, Bangi. Boleh la terus order..Alhamdulillah...

Untuk sticker plak. Memang tak ada fikir nak order pun. Aleh-aleh bila fikir nak design, pastu printer ink habis terus kira harga buat dan harga tempah. Cari yang memang paling murah habis la. Siap dapat button badge free 40pcs. Macam-macam promotion ada. Harga sama tapi free masing-masing lain la. Memang semua RM0.15/pcs. Ada yang tempah 1000pcs sticker free 20 button badge la...free 30 button badge la..Aleh-aleh aku dapat tadi 40 button badge if bayar full payment. Aku ape lagi bayar full la. Kalau tak free 30 pcs je.. Yang lain kalau nak add nama Ayah, Ibu, brother etc tu kat button badge tu kena extra charge so mahal la. Tu yang ak terus cari yang murah yang tak payah bayar kalau tambah nama semua. Search jumpa stickerku.com kat Facebook tanya-tanya semua then dia cakap tak ada charge apa-apa kalau nak tambah nama just kalau guna design lain je kena extra charge. Aku pun tak kuasa nak tukar design just pakai design dia yang memang dah cantik tu, apa lagi order la!!Oyeahhh! Untung mak nok oiii!



Banyak lagi design yang cantik-cantik..Pening nak pilih!hoho

Weekend aritu jumpa blogger Lyaa kat weeding dia. Memang gigih juga pergi. Kebetulan suami dia memang kawan baik En. PZ. Dia pula memang dah kenal lama tapi tak jumpa. Padahal duduk Shah Alam juga. Tak ada rezeki. Finally dapat jumpa juga! Kecik je orang nye. Ramah sangat!hehehe Terus jadi tak segan.. Ingat aku ni je orang selalu tertipu ingat tinggi. Padahal Lyaa pun sama. Ingat tinggi padahal alahaiii..Rendahh je..Comel+cantik gituu..hehe

Geng En. PZ.. Semua ada. Yang dah kahwin ada anak. Yang sudah kahwin. Yang baru kahwin. Yang bertunang. Yang single. Opsss..hehehe

 Pengantin Baru yang cantik !!!!!

Ingat tinggi rupanya rendah ajeee!hihi

Pensil/Surat: Sesi mengagihkan duitttt!


Tuesday, August 27, 2013

::Nak yang Murah Aje::

Assalamualaikum....
Malas betul aku nak fikirkan hal kahwin kalau duit dah tinggal senipis kulit bawang. En.PZ kena pergi Tawau. Tak lama pun. Hari ini sampai Jumaat. Pastu Sabtu plan nak pergi tempah kad kahwin sebab pertengahan bulan 10 dah nak pickup. Design yang aku nak mostly more than 0.30/pcs. Geram pula. So, nak pergi tengok dan tanya sendiri. If ada design yang menarik less than 0.30/pcs terus ak grab. Aku nak design boarding pass tapi kalau untuk sebelah pihak boleh la bawah 0.30/pcs tapi kalau dua pihak terus jadi 0.39/pcs. Membazir tu. Aku kan kedekut! Nak design cadbury ramai dah buat. Nak design cek sama macam boarding pass. So aku rasa design yang valid ialah design post card. Tapi dah macam lama dah orang buat. Aku nak yang nampak ala-ala vintage style and color pastel. Gitewww... Cerewet+kedekut=Complete! Kau buat la sendiri wani oii!

Pastu fikir pasal sticker plak. Sticker aku nak 2000pcs. Tapi aku 1000 pcs dan abang aku 1000 pcs. Aku nak harga bawah 0.10/pcs. Memang payahla nak cari!HAHA Kalau ada aku tempah kalau tak ada aku D.I.Y!sebab aku dah kira, kalau D.I.Y harga jatuh dalam 0.05 sen ajeee.. Gila kau tak murah!Wakakaka

Button Badge pun sekian hal. Nak yang bawah rm1.50. Nak dalam 100 pcs. Design same je sbb 50 belah aku dan 50 belah En.PZ. Untuk sibling and parents ada la tulis Father, mother, brother yang lain tulis Family pastu friend. Actually, kalau buat 100 pastu aku guna semua dulu pun tak kisah sebab belah En. FZ pun semua adik lelaki. Sama dengan aku.Haha *Niat keji*. Usha pun paling murah RM1.80 je. Design pun biasa-biasa aja. Penat dah nak cari ni!

Progress bunga telur memberangsangkan. Haha. Balik kerja biar la ada masa dalam 10 minit pun, aku gigih buat! Minggu lepas push my self boleh siap dalam 27 kuntum. Minggu ni rasa lagi banyak kot boleh siap. Malam ni tak payah buat reben, bunga semua..Just combine je. So, kalau combine memang sekejap dah siap! InsyaAllah... Allah permudahkan semuanya.. ^_~

Weekend aritu jumpa blogger pencen yang dah lama tak jumpa. Still maintain macam dulu. Cuma aku je yang gemok.HAHA *Kuang asam masing-masing kutuk aku!*


Pensil/Surat: Kerja tak ada. Kebosanan.