Showing posts with label My Asset. Show all posts
Showing posts with label My Asset. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

::Tabiat Pelupa?::



Assalamualaikum....
Lupa. Pelupa. Dah sebati dalam diri aku ni. Dah jadi darah daging pun. Dah lali. Kalau 'daging lupa' tu buat sup confirm-confrm liat nak mampus. Dulu aku ingat lagi time degree, kalau housemates pesan beli barang apa-apa ke siap buat list untuk aku sebab aku kan memang kepala pelupa. Jangan la pesan pakai air liur je, memang confirm dan di jamin halal lah aku akan balik dengan tangan kosong.Lalala

Kalau nak kira kes pelupa aku ni kadang-kadang kronik nak mampus. 

KES 1
Tempat: Rumah sepupu ayah aku during Hari Raya Aidilfitri last year kot if not mistake la..
Pelupa: Aku bawak handbag puma kecik je... Then after dah semua nak balik tu, aku slumber badak keluar rumah, salam tuan rumah terus masuk kereta. Baru gerak dalam 300meter gitu, kazen ayah aku call cakap handbag aku ada kat rumah dia. Gelabah la aku. Mau tak gelabah, aku risau la Pak Cik Ghani tu start engine bebelan dia. Bernanah telinga aku ni. So, dengan reda dan pasrah, kena la juga berdas-das dari my lovely daddy tu.. =_=" [Bukan nak risau handbag tu]

KES 2
Tempat: Dapur ibuku bukan ibumu
Pelupa: Bila dah start duk dapur dengan mak ni, harusla tolong menolong kan.. Tapi aku ni pesen kalau masak potong ikut suka time duduk umah sewa. TAPI kalau duduk dengan mak aku harapan la kan. Setiap kali masak aku akan tanya, "Mak, ni nak potong macam mana?""Mak, ni cukup tak?" "Mak, nak letak apa lagi?" "Mak,bla bla...." "Mak, bla bla...." Ha... Lama-lama mak aku pun.... "Mung ni! Sokmo masok pun dok tahu!Mendela hok mu tahu!!" Perghhh kena la tadah telinga kena marah. Apa taknya, mak aku ni ada protokol kalau nak potong memotong ni. Kalau salah potong kena marah. Walaupun dah selalu masak dan mak aku dah selalu ajar cara-cara potong style dia, tapi basa kepala pelupa+bengap macam aku ni, memang kim salam jela....

 Kita skip semua kes-kes PELUPA yang lain.... Kita go through dengan kes kronik yang niii.... 

Apakahhh??????????

Tempat: BANYAK TEMPAT
Pelupa: MOTOR! Kes ni, aku pernah buat entry lagi! Pastu kes ni kembali lagi. Wah.. Suka mak okeyyy~ [Bukan nak tayang keychin bear yang super duber i loike tu ye] Tapi nak habaq, ni aku rasa kes yang ke 10++ kot aku tertinggal kunci kat motor. Dasar orang miskin tak sedar dek untung! Ni, housemate aku send kat FB aku. Aku tak tahu pun aku tertinggal kunci kat motor.Kikikiki Semalam before balik, aku kuncila tayar Jamilah [Nama motor aku. Memang klasik okey], then aku bla macam tu je after kunci tayar tu sebab kawan aku dah sampai nak ambik aku,so memang selamat la aku kena bahan dengan kawan-kawan aku! Tadi diorang pakat bahan kat FB. Nyampah mak noksss oi!


See....memang reda jela..Hukhuk ni belum En. PZ masuk campur. Bila dia masuk campur....


Oooo..makan UNTA so daya ingatan dia kuat la?? Tak payah nak berbohong la! En. PZ tu jalan balik rumah pun boleh sesat berpuloh kali! Aku ni dah lali kalau sesat jalan dengan En PZ tu...Kuat daya ingatan KONON! Grhhh

Pensil/Surat: Memang  rasa dah kaya sangat ni!



Thursday, January 5, 2012

::Dahlah Cacat, Tak ada Nama pula::

Assalamualaikum....
Dulu sebelum tidur aku mempunyai dua peneman. Satu lelaki dan satu perempuan. Cute sangat. Masa degree memang selalu jadi mangsa buli aku. Selalu sangat la. Kadang-kadang aku tendang suruh duduk kat kaki aku. Kadang-kadang aku sayang. Kadang-kadang kalau geram aku gigit-gigit!

Sekarang pun aku ada lagi diorang. Tapi aku ada tambah lagi dua peneman. So, keseluruhannya 4!! Hehehe Suka ke? Tak suka pun. Mana la taknya.... Dollah  dan Mr. Kacak duduk kat Pontian.. Salmah dekat someone.. Kiah parut je dengan aku sekarang ni.. Tapi malam-malam yang tidur dengan aku bukan Kiah Parut pun, peneman lain.. Tapi aku pun konpius...

Aku  tengah pening juga.. Beliau ni jadi peneman aku sejak aku sekolah lagi.. Tapi nama tak ada pun... Kesian pulak... Adakah sebab beliau cacat aku telah menyisihkanya???

------------------------------------------------------------------------


DOLLAH [warna kuning]
Kacak tak? *Sambil urut janggut*


SALMAH [warna biru]
Sweet tak?? *Sambil kenyit-kenyit mata*


------------------------------------------------------------------------
KIAH PARUT 
Cantik tak??? *Sambil kembang-kembang hidung*


------------------------------------------------------------------------
MR. KACAK aka MR. RIGHT
Hensem tak???? *Sambil selak-selak jambul*



Bukan main senyum je mereka semua ini....

TAPI..Peneman aku yang ni....

------------------------------------------------------------------------
??????
Sedih tak?????????? *Erkkk..Ermmm Nak kata menangis tak nampak. Nak kata senyum tak jelas..*


Tapi beliau la setia denganku sejak kecik lagi..Sob Sob Sob...
Akanku cari nama yang Best-best untuk mu..
Miss Cinderella ke..
Sofia Jane ke..
Siti Nurhaliza ke...
Mesyuarat senat mesti luluskan lah!!

^_^


Pensil/Surat: Tak ada kerja kan.. Dua exam sudah berlalu.. Alhamdulillah...^_^

Saturday, April 30, 2011

::Tak Kisah::


Assalamualaikum....
Ni la masalah bila nak start menaip. Intro tak tahu nak taip apa. Grrrhhhh! 
Tak tahu la nak cakap kalau ada sifat TAK KISAH dalam diri ni bagus ke tak. Banyak benda aku buat tapi aku tak kisah. Tak endah. 

1) Laptop
Laptop aku sedia maklum dah jadi Mr. OKU. [Ada aku cerita dalam entry ini dan entry ini] T_T Balasan terlampau 'sopan' membelainya. Pastu mula la menyusahkan orang.If nak bawak Mr. OKU tu, mesti kena naik kenderaan yang melebihi 2 tayar. Ni aku balik Johor, Mr. Lidiman kasi pinjam Mr. Black dia. Bukan aku minta nak pinjam. Ouh. TQ dear.. ^_^/v Ni la bila ada sifat TAK KISAH. Sanggup berpelukkan ke hulu hilir bawa  Mr. OKU tu. Bukan tak nak baiki tapi susah la nak baiki.. Dah boleh guna lagi kan, so guna la sampai tak boleh guna..=p

Photobucket
Mr. Black dalam gengamanku..Hohoho


2) Handphone
Handphone aku dah lama speaker rosak. Bila ada orang call kena buat loudspeaker. Tak pun pakai earphone. Bukan aku tak nak baiki tapi dulu la [2, 3 tahun lepas] aku pernah pergi kedai, ingat nak baiki tapi tuan kedai tu cakap kalau baiki around RM100++..Emmm... Kedekut pula time tu.. Terus cancel nak baiki. So, sampai sekarang la pakai handphone tu. Dah nama TAK KISAH kan. Asal boleh message, call, snap picture ok la... >__<

3) Mandi
Sekarang tabiat aku mandi lewat-lewat. Tak kisah la mandi pagi ke, malam ke. Kalau pagi mandi nya pukul 12pm ke atas. Malamnya mandi pukul 9pm ke atas. Mak aku selalu bising. Tapi aku tetap TAK KISAH. Mak aku cakap malam jangan mandi lewat-lewat, nanti dapat sakit. Aku bidas balik, "Kalau mandi air suam tak dapat la sakit." Pandai melawan pulak..=__="

4) Bilik
Bilik aku ni bukan privacy sangat. Adik-adik aku suka suki masuk buat macam bilik diorang. Kalau aku tak ada, bilik ni macam jadi hak milik Si Gulung. Dan barang-barang dia la yang buat space bilik aku ni bertambah kecik. Pastu mula la sound aku di Facebook cakap balik rumah lambat sikit la, jangan balik rumah la. Sigh =_=". Masalahnya, aku pun TAK KISAH pula walaupun barang-barang dia menyemak dalam bilik aku. Tak ada la nak ambil pastu pergi campak dalam bilik dia. 

Photobucket
Sebelum ni ada gitar letrik je dalam bilik aku. Semalam Si Gulung lepak dalam bilik aku boleh pulak dia bawak masuk gitar kapok tu pastu tinggalkan dalam bakul aku. Hampeh! Barang-barang lain macam tu juga, pastu mula la tanya aku, Kak Nurul nampak earphone tak? Nampak USB tak? Nampak surat mara tak? Nampak tu tak? Nampak ni tak.? Uh!

5) Masak
Aku biasa masak bila aku rasa lapar. Bukan orang lain rasa lapar.  =D So, bila adik-adik aku mengadu cakap lapar, baru aku pergi masak.Macam hari ini, aku dah umpan diorang dengan breakfast burger. Aku bangun awal buat burger untuk diorang, pastu aku naik bilik sambung tidur. Pukul 12pm aku baru bangun. Haha Pukul 2pm baru start masak. Pukul 4pm siap masak. Lunch diorang pukul 4pm la. Sebab perut aku TAK KISAH makan lambat. Dan perut aku sentiasa kenyang if dapat tidur sahaja. [Buruk perangai!]

Photobucket
Minum petang untuk hari ini. Tomyam + Terung masak GEDGED + Ayam goreng pedas.

6) Perasaan
Aku kurang alert tentang perasaan orang. Maybe bagi aku benda tu simple, so buat TAK KISAH je la. Sometimes kita rasa simple, tapi orang tu dah makan hati. Auucch.. Mesti sakit makan hati tu. -__-" Kita terasa if orang buat kita, tapi kita TAK KISAH pula if kita buat orang. Adooii... Sorry sangat-sangat kepada yang terasa saya buat dia. Tak sengaja la.



Pensil/Surat: Ouh! Pamplet, poster, slide untuk presentation aku masih belum buat! Mentang-mentang lambat lagi present buat TAK KISAH pulak!


 

Friday, August 27, 2010

::Tak Boleh!!::



Assalamualaikum Mina-san....
Semalam pergi hantar kedai laptop aku tu.. Ingat boleh la baiki.. Aleh2...Aishhhh.. Tuan kedai tu cakap bukak la laptop tu sampai bile2.. Memang xboleh nak tutup dah..T___T Tak boleh baiki la! Sedih! Kena paw En. Ghani kah?? Laptop baru kah??? Boleh kah??[Sambil kelip2 mata terhadap En. Ghani..Hahaha] <------ Dish2!! Mau kena ketuk sampai benjol dgn En.Ghani kalau mintak laptop baru...

So skrg laptop aku dah jadi macam komputer la.. Tak leh tutup....Apa boleh buat~~~

Semalam before pergi kedai laptop aku berbuka puasa dengan Tataq Iqa di A&W... Tak sangka Tataq Iqa nak belanja.. Terharu sambil meraung2 tanda terharu..<--Pang kang kau wanie! Malam plak pergi terawih kat Masjid Besar Shah Alam balik pukul 11.30pm sebab ada ceramah Nuzul Quran.. Balik sembahyang pergi pam tayar.. Aleh2 bukan masukkan angin tapi buang angin! Giler la... Nasib ade sorg brader ni tolong.. Sampai rumah dah pukul 12am.. Janji dengan Tataq Iqa nak pergi bersahur kat McD..So balik terus siap2 nak kuar lagi.. Makan bubur McD ajor...^_^


Photobucket
Pembuka Selera..Keh keh keh

Photobucket
Aku punya menu... Dap2 tau!

Photobucket
Tataq Iqa Lapo~~~Gruuuuppp

Photobucket
Saya yang sedayyy memikirkan laptop..huhu

Photobucket
^__^


Photobucket
Dah bis~~~


Photobucket
Saya lapo!!!

Photobucket
McD time~~

Photobucket
Di malam hari menjadi bibik..haha

Photobucket

Bibik bersama bubur!!!

Aku akan menghilangkan diri sampair hari ahad.. Hope tak meroyan la tak online... Malas benor nak merempit tengah2 panas ni.. Barang2 tak kemas2 lagi.. Kang pakcik aku kol.. Mau gelabah!

Pensil/Surat:First time merasa berbuka di rumah biar la umah pakcik pun..^_^





Thursday, August 26, 2010

::Alahai... Sian dia..::



Assalamualaikum Mina-san....
Hai Selamat Hari Raya...Eh...Silap2...hoho Sekarang ni tengah layan lagu raya.. Bestnyoooo...hihi Semangat nak balik beraya ni berkobar2... Pak cik aku siap call semalam suruh balik kampung kat Terengganu cuti nanti.. Jangan balik Johor.. Hehehe Mana boley... Nak tolong mak so kena balik Johor dlu.. Sehari before hari raya baru kami balik kampung ye Ayah De...hehe
Tengah pikir barang ape yang perlu di bawak balik.. Macam banyak.. Aduh... Tapi yang memeningkan kepala aku.. Ni ha... My lappy..<---Mau kena maki dengan rumate kalau diorg dengar aku panggil Lappy..Giler gediksss U!! wakaka Dah nak dekat 3bulan tak boleh nak tutup... [Skru dalam laptop aku patah.. Tu la ko wanie!Ganaz benor!=_="]

Photobucket
Nampak??Dah nak terbelah dua dah screen aku..huhu


Photobucket
Skru kat dalam dah terpatah..T_T


Photobucket

So..Aku tak boleh tutup la..Setiap hari kena biar bukak mcm ni je..kalau ada org nak turunkan screen laptop aku mesti aku dah terjerit2 tak nak kasi..hoho

Aku dah guna laptop ni dari Part 4 diploma.. Kira2 dalam 3tahun la dah guna.. Aku nak laptop Compaq.. Sebab nampak smart.. Tapi ayah aku belikan Acer.. Time tu plak memang ramai org pakai Acer.. Huhuhu [bersyukurla wei..demand2 pergi beli sendiri!] So, petang nanti kena pergi kedai laptop la..nak baiki..kalau tak macam mana mau bawak balik kampung???erkkkk..bengang2...mesti around RM100++..Melayang lagi money2!!!

Pensil/Surat: Esok merempit pergi Klang rumah pakcik...huhu