Showing posts with label Bunga Telur. Show all posts
Showing posts with label Bunga Telur. Show all posts

Friday, September 13, 2013

::D.I.Y Bunga Telur SIAP!::

Assalamalaikum....
Kegigihan memang perlu untuk menyiapkan Carnation Flower untuk dijadikan Bunga Telur. Dengan tak dapat support dari roommate la. Emak yang suka sangat buat aku jadi jiwa kacau la. T_T Finally, tangga 12/9/2013 SIAP SUDAH 200pcs bunga telur setelah hampir 5 bulan aku kerjakannya. Actually dalam 2 bulan aku tak buat. Time puasa sentuh pun tak. 100 pcs aku boleh siap dalam masa sebulan je tu pun bukan tiap malam aku buat. Yang lagi 100pcs tu aku buat time aku pemalas+tengok running man+ tidur. Memang tak siap-siap la. Hihihi

Reben 2 color. Aku rasa theme kahwin aku ROJAK. T_T


Ni yang awal-awal buat dulu.Dah siap duduk dalam stor dah. Color RAHSIA...hihi

Buat Carnation Flower banyak-banyak sampai aku naik juling.. @_@

Yang ni yang dah last-last buat. Tak kembangkan sebab takut terpenyet. If tak kembangkan boleh la sumbat-sumbat dalam kotak. Tak adala susah hati takut jadi ayam penyet. huhuhu

Yang ni buat untuk hantaran pertunangan.

1st time aku publish gambar pertunangan aku kat umum!  Kat Facebook pun aku tak heboh. Actually tak ramai yang tahu aku bertunang. Sebab aku tunang diam-diam. Just jiran-jiran datang je. Saudara-mara tak datang sebab jauh.Hantaran tak sempat nak snap satu-satu. Hantaran tu DIY sendiri la. Reben+Bunga tisu carnation+bunga kain. 

Untuk kos untuk buat depend pada kedai yang nak beli barang-barang la. Kalau kat Shah Alam aku suggest pergi kat CT HANDICRAFT di Seksyen 18, dekat dengan Mydin dan Ole-ole. Memang murah. Murah daripada NILAI 3. Ambil banyak ke ambil sikit ke harga tetap harga borong.  Kalau memang tak ada masa dan malas nak buat beli jela. Kat kedai tu harga bunga telur yang pakai Artifical  Flower harga 0.60sen satu. Ada yang 0.50 sen. Cantik kot! Kedai lain RM1.00++ satu.

Ni aku beli untuk Bunga Pahar abang aku. Sekotak RM40/50pcs.. So, RM0.80sen satu. Murah ke?Boleh la tu! Aku tak ada masa nak buat bunga pahar abang aku tu sebenarnya. Thats why aku beli. HAHA

Meh aku list kan kos untuk 200 pcs bunga telur ni: 

Paper Crepe: RM5.00/10helai boleh buat 40 pcs bunga. 
5 paket x RM5.00=RM25

Lidi : RM4.00/1paket (200batang)

Reben Bunga : RM 0.80/1 gulung
30 gulung x RM0.80 = RM24

Reben Telur : RM3.80/1 gulung
5 gulung x RM3.80= RM 19.00

Dawai size 28 & 26 : RM0.50/1 paket
Size 28 : 5 paket x RM 0.50= RM2.50
Size 26 : 2 paket x RM0.50 = RM1.00 

Pelilit : RM0.50/1 gulung
8 gulung x RM 0.5 = RM4.00

Sarung telur : RM6.00/100 pcs (Beli yang segera.Bukan kain net)
2 x RM6 = RM12

Dawai sarung telur : RM1/100pcs
2xRM1=RM2

Total (200 pcs) = 25+4+24+19+2.5+1+4+12+2=RM93.50
RM79.50/200=RM0.4675 sekuntum  bunga telur

Murah tak Kak Ton sekaliannnn?Ekekekeke Kalau kat kedai tak akan dapat la bunga telur yang cantik harga below RM0.50... DIY murah tapi memang memerlukan kegigihan yang tinggi! T_T

Pensil/Surat: Next project DIY ialah PAPER BAG DOOR GIFT!


Wednesday, August 21, 2013

::Perihal Kad Pula::

Assalamualaikum.....
Phewww... Harini update blog lagi. Gigih betul.Sementara mood membuak-buak ni apa salahnya kan. Haha Ok, semalam discuss dengan En.PZ berkenaan kad kahwin. Yela, sebelum ni nak DIY, aleh-aleh semalam buat calculation rupa-rupanya kad belah aku dalam  500 pcs sebab abang aku kan kenduri sambut menantu sekali dengan aku pastu belah En. PZ pun 500pcs. Total 1000pcs. Harga DIY if 1000pcs sama dengan harga tempah. Cuma kalau DIY murah dalam RM20-RM40 aje. So, alang-alang banyak aku kena DIY aku pun nak tempah! Tapi tak pergi tempah lagi. Fuhhh Masa nan ado nak pergi. Aku survey dengan kawan-kawan aku ada satu tempat ni, nama FB dia UTUSAN SEHARI. Kawan aku tempah kad kahwin harga dalam RM0.24 sekeping. Murah lah! Aku decide nak tempah kat situ je. Cuma tak tahu bila mahu pergi HQ dia kat Kajang. Tengok la weekend next week ke.

Yang pasti bulan 10 dah kena siap!T_______T

Bunga telur DIY yang aku siap buat. Time ni excited nak buat. Tapi sekarang bila busy memang MALAS. Tapi push juga. Semangatttt!

Pensil/Surat: Semoga aku punyai kekuatan sekuat harimau.Auuummmm