Showing posts with label Resepi Hentam. Show all posts
Showing posts with label Resepi Hentam. Show all posts

Monday, September 9, 2013

:: Kad Kahwin & Sambal Tempoyak Udang Petai ::

Assalamualaikum...
Satu beban sudah lepas. Hari Sabtu ada Pameran pengantin di PKNS, Bangi, Plaza Alam Sentral (PAS), Shah Alam dan ada jualan murah Kad Kahwin di Utusan Sehari, Kajang. Di sebabkan aku duduk Puchong, opkos aku pergi Bangi sebab doket. Pastu setelah menempuh kesesatan dan hujan ribut. Aku sampai. Tapi tak banyak choice dan tak menarik sangat. Aku kedekut then aku nak cari yang bawah RM 0.30 memang nan ado la.. Kebetulan nak cari sticker dan button badge lagi..Tak banyak. Dalam 300 pcs je. Nak pergi Utusan Sehari memang dah tak sempat sebab promotion tu dia buat dari pukul 10 pagi sampai 7 petang je. Aku sampai PKNS, Bangi dah pukul 6 petang. Bahana main masak-masak dlu. Hahaha Last-last aku dengan Ucen rushing pergi PAS. Hopefully sampai before pukul 8 malam. Alhamdulillah.. Memang sampai before pukul 8 then sempat la mengusha... Memang lebih menarik daripada kat Bangi tu. Then aku jumpa 1 promotion ni RM450 untuk 1000pcs kad kahwin, 1000pcs TQ tag, 2 banner. Aku tengok kad kahwin pun jenis tebal dan design menarik. Terus la aku grab! Kira TQ tag aku ambik 300pcs, 700 pcs bagi En. FZ. Kira untung juga la. 1 kad jatuh dalam RM0.25.. Alhamdulillah.. :) 

Kalau fikir pasal kad kahwin memang murah je dalam kepala. Nanti lepas kahwin orang buang juga. Untung la kalau ada orang nak simpan kad kahwin aku ni! Retis sangat uolssss. [Aku pun buang kad kahwin orang. Cis!]

Alkisahnya, aku tunggu Ucen balik kerja baru pergi Bangi then Kajang. Tapi sebab aku sibuk masak lauk memang tak jadila pergi awal. Masing-masing melantak makan bertambah 3 pinggan. Lapar punya pasal.Aku ni kalau kempunan terus jadi kes serius. Mana taknya, aku akan meroyan sebut makanan tu berhari-hari selagi aku tak dapat. Sampaikan orang jadi rimas dengan aku. So, biasa aku akan gigihkan diri cari barang-barang pastu masak. Kerana kempunana Sambal Tempoyak Udang Petai. Resepi aku cilok sana sini. Hentam keromon. Aku tau aku akan lupa. Baik aku taip siap-siap. Nanti senang tengok sini aje. Hihihi

Confident mesti ada nak tunjuk menu masakan.  :P Kerabu mangga tak payah taip resepi. Senang sangat! :p

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK UDANG PETAI

Bahan-bahan :
1) Bawang merah - 6 ulas*
2) Bawang putih - 4 ulas*
3) Halia - 1 cm (agak-agak)*
4) kunyit hidup - 2 cm (agak-agak)*
5) cili padi (ikut citarasa)*
6) Lada merah - 4 biji*
7) udang - 1/2 kilo
8) Tempoyak - 1 setengah sudu
9) Serai - 2 batang (di ketuk)
10) Daun kunyit - di hiris/ siat jeee
11) Gula + Garam
12) Petai

*Kisar semua bahan 

Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sampai naik bau.
2) Masukkan tempoyak dan kacau. (Kalau nak pekat letak banyak). 
3) Lepas dah sebati, masukkan air sedikit dan kacau.Air tu depend la.. Nak pekat letak sikit. Nak cair letak banyak.
4) Masukkan petai. Pastu letak garam gula. Rasa la. If ada masam-masam, lemak-lemak.. ok la tu.
5) Lepas petai dah lembut letak udang pastu daun kunyit. Kacau la sampai semua sebati.
6) Siap dihidangkan!!!! ^_^

Pensil/Surat: Petang ni kempunan ikan goreng jew..ekekeke


Wednesday, January 18, 2012

::Penyakit 'M' Menyerang::

Assalamualaikum....
Cuti sem bermula je penyakit M.A.L.A.S pun datang membiak-biak. Update blog pun malas. Dah paham sangat la. ....=_=" Tapi sekarang asyik kena MASAK pula. Mentang-mentang jadi anak tunggal disiang hari.. Apa-apa pun, aku suka gila sebab tak payah kena sound dengan mak suruh masak cepat-cepat. Hohoho Ni kira masak ikut perut aku je. Aku nak makan pukul 3,4,5..hoho Mak memang lepas tangan je sekarang. Yela... Tak perlu nak fikir nak masak apa sebab bukan ada adik-adik aku bukan ada duduk rumah pun.. . Masalahnya, aku pula yang pening fikir nak MAKAN apa..Aish... [Kalau perut dah selera buaya ni memang susah jugak]
Siakap suka hati nak rasa apa. Masak seekor tapi yang yang duduk kat rumah berapa kerat je. Aishh~

Kek Coklat kala bosan. Ni pun sekian hal. Tak tahu nak buat apa, godak-godak dapur jumpa tepung serbuk koko.. Apa lagi follow ayah aku pergi kedai pastu paw beli barang tambahan. Haa...Jimat duit aku.HAHAHA 

Pensil/Surat: Masak ni kalau paw duit ayah beli barang-barang baru rasa bahagia even masak ala kadar jee.... Keh keh keh 

Friday, April 29, 2011

::Masak Makan Montel::



Assalamualaikum.....
Harini bermula lah kerja sebagai IBUBAPAK, BIBIK, SURIRUMAH dan TUKANG MASAK kepada Si Montel, Si Kurus dan Si Gulung.Ni gara-gara parents aku pergi honeymoon tanpa membawa anak2. Eh? Dah nama honeymoon buat pe nak bawa anak2 kan.. Huhu Sian kami di tinggalkan oleh ibu ayah..Tsk Tsk Tsk T_T

Parents aku bertolak pagi tadi pergi KLIA tapi flight aku tak sure pukul berapa. Yang pasti pukul 4petang sudah sampai Vietnam... Semalam mak aku pergi memborong barang2 dapur sebab kalau nak harapkan aku pergi beli barang dapur? Jangan harap! Lesen ada tapi tak reti bawa kereta. Kesian. =__=" Macam2 mak aku beli.. Ikan, ayam, sayur, buah, makanan segera, makanan kering, makanan basah.. Beratus2 juga la habis semata2 tak nak kami adik beradik kebulur. Hahaha Mak aku ni takut sangat aku biarkan adik2 aku kebulur. Sampaikan ikan mak aku dah buang isi perut. Ayam mak aku siap potong. Simpan dalam freeze. Ayooo.. Mak sayang..... INI NURUL LA. JANGAN PANDANG TAK ADA MATA. SEMUA ITU BISA SAYA URUSKAN. ^0^

Mak aku siap pesan,"Masak kena sedap2, nanti Si Motel complaint. Tomyam awak masak dulu tu yang pahit tu, sampai sekarang dia ungkit" Perghhh.. Tomyam tu aku masak zaman sekolah dulu. Lupe letak garam! Time tu memang haram jadah la aku reti masak. Boleh pulak Si Montel tu ingat. Padahal time tu dia tadika lagi! @__@"

Tengah hari tadi macam biasala.. Membongkang sampai pukul 12. Ayah aku call suruh pergi ambik Si Montel di sekolah baru aku tersedar. Tu pun aku suruh adik aku, Si Kurus tu pergi ambik. Aku keluarkan ikan. Mandi semua baru start masak. Kena masak cepat nanti Si Montel bising makanan tak ada. Pukul 2pm masak kul 3pm siap. Pakai campak2 saja. Dah berapa bulan tak mengasah skill memasak. Sejak balik rumah memang tak pernah aku masak. Mak kan ado.... =P


Photobucket
Menunya simple saje. Ikan Masam Manis Mulut Ternganga.[Wajib ternganga okey!], Sayur kobis masak campak2, Telur Dadar Terlebih2. huahuahua Menu orang malas. Asal perut kenyang sudahhhh! Rasanya?? Ni adik aku la yang cakap. " Macam mak masak je..." Uh?? *Sambil angkat kening -_^*


>Photobucket
Motif pic di atas ni?? Ha.. Tak payah la bagai nak pergi gym.. Isi je air dalam botol sabun basuh selepas tu angkat la... Ouh? Actually, aku pun tak tahu adik aku guna botol tu untuk senam. Nasib aku tak buang botol tu....=_="

Photobucket
Snap pic senyap2 dari bilik aku. Kebetulan langsir aku terselak.  Si Kurus tak tahu..Hoho

Photobucket 
Jimat duit ayah aku. Boleh kasi aku duit tu pergi shopping!! Lalala


Pensil/Surat: Menaip entry bersebelah Si Gulung. Rimas ouh bunyi gitar tu!


 

Sunday, August 22, 2010

::Terlajak Plak!::



Assalamualaikum....
Semalam berbuka 3org je..sedih kan?sob..sob..sob.. Housemate semua berbuka kat luar n beli kat luar... Aku, Ged dan Farah je b'buka.. Pikir2 nak masak ape...Aleh2 dapat menu nak buat nasi goreng.. Tapi..Takkan nasi goreng je... Walaupun b'buka b'3 tapi kita kena gak berbuka dengan sedap2...hehe

Last2 dapat idea nak buat Nasi Goreng USA.. Tapi malas nak buat lauk daging... Nanti kena rebus bagai la..So..Decide nak buat ayam je... Pergi beli barang pukul 5.45pm.. Pastu masak pukul 6.30pm.. Tak sedar waktu berbuka sebab time azan tu kitorg sibuk masak ayam lagi..huhu Aleh2 berbuka la pukul 7.45pm...hehe


Photobucket
Nak buat telur dodey dodey tapi tak jadi...huhu ;(

Photobucket
Ayam masak merah... Sepatutnye daging la lagi sodap...

Senang je nak buat ayam tu:
500 gram isi ayam (potong dadu)
5ulas bawang putih (diketuk)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji capsicum (potong halus)
Carrot (potong halus)
3 sudu besar lada boh/giling
3 sudu sos cili
sedikit garam dan gula

1) Mula2 tumis bawang putih sampai naik bau dan letak lada boh..Tumis sampai lada boh tu kering dan masak.
2) Masukkan ayam dan sedikit air. Masak sampai air kering.
3) Masukkan sos cili dan gaul.
4) Letak sedikit garam dan gula.. Secukup rasa la.
5) Last sekali masukkan bawang besar, capsicum dan carrot. Kacau2 sampai semua nya masak. SIAP!!

Rajin la plak nak tulis resepi hari ni..hehe Sebab test Risk Management dah habis tadi.. Esok plak ada presentation Bel dan test Simulation.. Hari Selasa ada presentation Islamic Banking plak... Banyaknye presentation...huhu

Pensil/Surat: Petang ni tak payah masak!! Berbuka dengan geng2 blogger!Miss them so much!!!^_^



Saturday, August 21, 2010

::Cabaran Setiap Hari Jumaat::



Assalamualaikum W.T.B.....
Kenapa lah setiap hari Jumaat mesti ada je cabaran nak memasak... Kalau kita masak tapi tak dapat rasa sebab berpuasa memang cuak gile! Bayang kan...Kita dah sudah masak Nasi Ayam, siap hidang lagi pastu bile kite makan Nasi Ayam tu tetibe rasa Double Cheese burger.. Tak ke cuak tu! Mesti kite tertanya2..Siapa la yang pandai GILE2 masak ni....[Motif Nasi Ayam rasa Double Cheese!Cis!Bedebah kau wanie!]

Ok2..Malas nak melalut2.[Padahal dah melalut!] Semalam turn aku masak dengan Cen [Husna].. Minggu lepas hari yang sama aku busy sangat2.. So, banyak la cabarnnya.. Tapi semalam aku dengan Cen sangat2 la TAK BUSY.. Time beli barang2 siap memikirkan resepi tambahan untuk memasak lagi.. Mula2 juz plan nak buat Daging Black Paper n Kobis Masak Lemak je.. Pastu pikir2 balik, kuih muih tak ada.. Kitorg pun pikir nak buat Samosa Daging...

Balik je rumah kena start masak dah walaupun baru pukul 2.30pm.. Yela..Nak buat inti samosa lagi.. Nanti nak rebus daging lagi... So.. Semua take time... Dah siap buat inti Samosa.. Nak buat daging black paper lak.. Dah la Cen kena pergi jumpe dentistry.. Gigi die kena cabut.. Aku masak la sorang2.. Dah la tak boleh rasa cukup bahan ke tak... Before ni, ada jugak budak2 yang tak boleh puasa.. Boleh la suruh rasa..

Cabarannya...
Mula2 time beli daging tu, tengok macam byk.. Yela.. dah RM20++ dah harganya.. Mesti la banyak... Time potong pun nampak byk je... Aleh2 bile masak nampak sikit giler! Cukup2 nak makan 5org.. Perghh.. Kitorg dah la 11org... Kena agih2 la daging tu sikit sorang...

Inti samosa dah siap... Pastu nak membentuk samosa plak tak pandai! Siap tengok video pon tak jadi gak.. Kadang2 jadi segitiga sama kaki.. Kadang2 jadi segitiga sama sisi.. Last2 jadi senapang patah!
-_____-"

Kobis masak lemak pun ada cabarannye gak! Padahal masak lemak la paling2 senang.. Letak semua bahan pastu tinggal je.. Tapi.. Semalam satu santan tu member aku dah guna 2hari lepas. So, ada la lagi sikit... Time nak letak dalam periuk dah bau2 takut tak boleh guna.. Aku dah was2 takut masam tapi Cen cakap ok.. Boleh guna lagi.. Bile masak semalam rasa la sikit hujung lidah... Macamada rasa masam2.. Tapi tak sure la sebab kita tak boleh rasa sepenuhnya.. So, meroyan la semalam!Cuak kalau tetibe tak boleh makan!Kena buat backup menu la.. Nyaris nak masak Sup cendawan campak2!! Bile dah nak masak tu.. Aku try rasa lagi hujung lidah.. Macam dah tak masam.. So, aku pun decide tak payah la buat backup menu..

So..


Photobucket

Semalam SAMOSA DAGING tak ada tapi POPIA DAGING ada..[Gulung macam popia ajo..]
DAGING BLACK PAPER cukup2 makan je.. Tak ada langsung lebihan... [Pandai semua..Tak ada pembaziran ye..Padahal tak cukup...huhu]
KOBIS MASAK LEMAK menjadi tapi tak berlemak macam biasa buat... Frust gak la..

--------------------------------------------------------------------------------------------


Pensil/Surat:Esok ada test Risk Managment!!tapi tak study lagi...Pandainye ko wanie!!~~



Thursday, August 19, 2010

::Ting Tang Ting Tang Alexander~~::


Assalamualaikum W.T.B...
Pernah tengok cite KAMTUME (Come To Me)?? Serius lawak giler! Aku tak boleh tahan gelak bile Johan start buat suara mirip Dato' Fazilah Kamsah pastu Chef Wan... Mule2 tu mati2 ingat suara Chef Wan tapi bile member tunjuk video tu baru tau tu kerja Johan!huhuhu

Bile time memasak je mesti buat nada Ting tang ting tang Alexander~~.... Tak pun mari2 datang dekat !!!Shiela Rusly.... Entah pape..hoho Tapi meriah la sikit dapur tu kan?Hehehe Tak ada la rasa lapar kalau memasak untuk berbuka...

Semalam turn aku jadi Ketua Chef... Tak tahu nak buat menu ape... Before ni dah buat Nasi Minyak... Kali ni ingat nak buat simple2 je... Aku dengan Ucena suke usha resepi2.. Cakap je nak makan ape.. Mesti search resepi.. Suka masak daripada beli... Puas hati makan..^^ Dua hari lepas aku ada blogwalking pastu terjumpa satu blog ni.. Menarik gile.. Banyak resepi2 best.. Tengok pun dah terliur...huhu Blog POTRET KASIH... Ape lagi..Aku pun cari la resepi yang simple2.. Pastu terjumpe resepi Sambal Sotong Cili Padi.. Macam menarik sebab bahan2 yang digunakan bukan macam kita buat sambal sotong biasa... Sebab semua bahan dikisar macam serai tomato...Tu la yang buat aku suke giler.. Bukan saja pakai campak tapi pakai kisar je sekali gus! Tak payah la penat aku nak masuk kan satu persatu bahan2..huhu [Dasar pemalas ko wanie!] Pastu semalam ada plak resepi baru time aku nak salin bahan2.. Bebola Roti Goreng... Aku tengok macam menarik.. Kebetulan plak aku memang tak buat ape2 kuih muih... Apa lagi!Try jugak!!

Sebenarnye aku cuak gak nak masak untuk ramai2 ni.. Yela.. Kalau untuk rumate aku.. Gasak jela...Diorg telan je.. Tapi untuk satu rumah ni yang seramai 12-14org.. Jenuh gak.. Bahan2 yang digunakan bukan sikit... Banyak wo... So, kalau tak menjadi membazir plak... Nah!Tengok sajo hasil nye...\^_^/


Photobucket
Bebola Roti Goreng.. Bebudak ni ramai yang suka! Siap nak buat sendiri! Simple but Delicious

Photobucket
Sambal Sotong Cili Padi... Simple tap Berapi!

Photobucket
Mushroom Soup... Simple je.. Campak2 sambil pejam mata pun boleh buat...^_-

PhotobucketAlign Center
Ni baru 1 hidang.. Kitorg ramai so ada 3 hidang....hehe

Resepi semua ni boleh ambik kat blog POTRET KASIH.. Malas nak tulis..hehe
------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Selasa lepas aku juz jadi assistant je.. Member aku nak buat kuah kari pastu alang2 nak buat roti jala skali.. Perghhh.. Mantop la! Senang giler buat roti jala! Before ni Mak Cik Wan buat aku bukan tolong bancuh bahan pun.. Juz tolong kirai je... [Pemalas!] So, tak tahu la letak ape... Time kawan aku buat aku pun tolong la menyibuk nak tau bahan2 apa.. Senang gile bahan.. Tepung+telur+air+majerin+garam+pewarna [kitorg pakai serbuk kunyit je..pewarna enggak ada dong.haha] Masuk dalam blander kisar sampai rata.. Ha!Senang kan???lalala


Photobucket
Tak perlu pukat tunda.. Jala saja sudah cukup..hehehe


Photobucket
Kari ayam mantop!^^


Pensil/Surat: Esok ada presentation!!! Satu ape pun tak buat lagi! Gasak la ko Wanie!!




Saturday, August 14, 2010

::Kecabaran Hari ke 3::


Assalamualaikum...[bulan puasa bg lak salam..hoho]
Sebelum puasa hari tu dah ada sesi perjumpaan satu rumah nak tgk turn masak..Semua ahli rumah kena MASAK! Tak kira la ko pandai masak ke, tak pandai ke..Tapi semua di wajibkan mengambil hari2 yang mereka free untuk m'jadi tukang masak... Aku tak paham jugak... Kenapa jadual masak aku boleh dikatakan MAJORITI..Selasa, Rabu,Khamis,Jumaat...Konpius jugak.. Nak kata aku sangat2 free dis sem, Nampak sangat menipu!

Tapi, hari ni punya masak memang mencabar giler babeng! Budak2 rumah dah demand nak makan nasi ayam o nasi minyak... Aku malas nak buat nasi ayam sebab nanti leceh nak goreng ayam.. So aku decide nak masak nasi minyak..

Kelas aku dari pagi pukul 8.30 until 12.30pm. Balik dari kuliah memang jalan sesak giler2..Paham2 la orang nak pergi solat jumaat.. Jenuh gak aku nak mencelah.. Sampai je rumah angkut rumate aku pergi cari bahan2 nak masak. Dah la nak buat kuih melaka or nama glamornye ondeh2 jugak.. Mau meroyan aku.. Nasib kawan aku yang buat kuih tu. dah la barang2 masak bukan 1 kedai je cari.. Tapi 3kedai..Pening kepala... Balik rumah dah pukul 2pm.. Pukul 2.30pm kena pergi fakulti balik sebab ada discussion pasal project..Dah la member sekolah aku msg cakap nak datang Shah Alam tido rumah aku.. Aku suh jela die dtg...Habis discussion tu around 5.30pm...Balik rumah capai periuk nasi!Terus masak nasi minyak dua periuk... Jenuh jugak terkejar2...tut2 kul 6.30pm kwn aku dah msg ckp die dah sampai Komuter Padang Jawa..Kena merempit tengah2 hujan nak pergi ambik die...Waaaa....Gile penat!Dah la b'mandi hujan!!!Harini memang non-stop la buat keje...xada masa nak rest langsung..

Eh..Bukan aku kena buat mathematic Modelling ke??Owh..Membebel plak kat blog..Takpe..Luah perasaan yang b'serabut....

Pensil/Surat:Esok nak pergi berbuka di special place...Alamak!

Thursday, July 1, 2010

::Spaghetti Kampung::




Saya memang untuk mengingati sesuatu benda yang jarang di buat...Apatah lagi subject membaca... memang lemah gemalai betul la!

Saya suke memasak!Saya suke masak apa yang saya nak makan...Tapi apabila tinggal di rumah sewa jela... Kalau duduk kat rumah..Mak la yg selalu masak.. Saya prefer menguyah sampai kenyang je....huhuhu -___-"

Tapi oleh kerana saya lemah untuk mengingati resepi2 yang saya jarang masak.. So, saya akan call mak saya... Bertanya itu ini... Kadang2 takut jgk kena marah...Yela...Tahun lepas dah tanya..Pastu tahun ni tanya lagi...Mesti mak bengang..huhu

Jadi saya kena ambil alternative untuk menulis resepi didalam blog saya ini... Erkkk...Lantak la!Asalkan saya tak lupa dan tak perlu bertanya lagi!!

Ya...Tuan2 dan Perempuan2... Sekali lagi saya dipilih untuk menjadi tukang masak kepada pasangan yang hangat bercinta yang suka main tutup2 mulut...Razman & Dot Dot Dot... Oleh kerana saya tidak mahu memasak Mee Goreng Pedas lagi dan bajet yang Razman bagi agak TINGGI walaupun tidak la setinggi saya...Jadi saya telah memilih untuk memasak Spageti Kampung...Yela...Spageti yang tidak masam tapi Pedas...Ya...PEDAS mesti ada didalam masakn ku...hahahaha

Ok...Kita mula kan dengan Bismillah...^^

Bahan2 yang di lanyak..

Daging Cincang..Basuh dulu ye..Ni tak basuh agi..Ada darah lagi skit2.

Sos Spageti Kimball tapi aku guna yang original dan cendawan ye..Korang punya spageti ikot korang la!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan sebenar yang tiada kepura2an.
[Bahan2 ni untuk 10 org makan ye..Kira cam dua paket spageti la]

Bawang Besar : 2ulas [Potong ikut suka..tapi aku prefer potong dadu la]
Bawang Putih : banyak ulas...hahaha Aku dah lupa letak byk mana [Potong dadu...Cincang la senang!]
Cendawan Butang : 1 tin [Hiris nipis]
Tomato : 2 biji [Potong dadu buang biji]
Daging cincang : 1 bungkus.[Aku suka guna Cap Abg Ramlee]
Sos Spageti : 2 tin [aku suka campur original+cendawan]
Lada Boh or lada giling tapi bukan tenggiling...haha


Cara-cara memasaknya......


1)Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga baunya harum menyelubungi rumah anda..
2)Lada boh letak la 3,4 sudu..Suka hatila!Nak pedas letak banyak..Tapi jgn byk sgt...Sekeh kang!Kacau2 sampai pening....
3)Letak daging cincang..Kacau2 sampai lenguh.Hehe kacau sampai ratala!
4)Letak sos spageti..Kacau2 lagi..Biarkan seketika..Biar daging tu masak dan mengelegak.
5)Pastu letak la cendawan butang tu..Kacau2..Rasala..Kalau masam dan tawar letak la garam..Boleh hilangkan rasa masam.tapi kalau dah letak lada boh..tak adala masam..
6)Last sekali, letak tomato yang didadu ya tuan2 dan perempuan2..Kacau2..Biarkan mengelegak dan rasa2 dah masak...SIAP LA!tu pun susah ka!

Extra:Kalau nak tambahan..boleh letak meatball dalam kuah spageti tu..

Percaya atau tidak resepi saya ini..Hanya saya dan sesiapa yang merasa sahaja tau sebab saya buat ikut suka saya!Lalala

Saya tak snap pic spageti yang di masak sebab En.Razman tak sabar nak celebrate birthday dot dot dia sampaikan aku yang tengah masak pon dia sibok call,msg suruh cepat..nasib aku tak letak racun tikus dlm kuah spageti tu!Iksh!Nasib Si CC dtg tlg dgn Nadia..Thanx my buddy...:))

Hepi Birthday Azza Cayunk!
Love U!
Jgn gaduh2 lagi dengan Si Tong Oksigen tu ye!
Jadi matang..Matured..:)




Pensil/Surat:Esok pergi Kem Motivasi..Kena motivate budak sekolah..Aduh..Mesti jahanam2 budak2 tu....