Friday, September 23, 2011

::Mari Belajar Makan::

 Assalamualaikum.....
Finally balik juga aku ke rumah tercinta.. [Poyo je ayat] Rumah 1 jam je dari kampus tu pun nak kecoh. Sejak dah start belajar ni tak ada pulak aku mengomel pasal universiti baru. Suasana baru. Kawan baru. Rumah sewa baru. Transport baru.
Nak kata suasana di tempat baru ni boleh di katakan ok la. Yela, dalam kelas tu kira aku ni paling muda la. Tapi kawan yang selalu berkepit dengan aku ni umur 4tahun beza dengan aku. Tapi perangai mengalahkan orang umur sama dengan aku.Tak padan dengan dah kawin! Yang best nye 1 kepala. Suka makan.Tak main la diet-diet ni. Pantang habis kelas je, muka saling pandang memandang pastu senyum-senyum dah tau sangat la...Nak pergi makan la tu~ Tup-tup.. Tak sampai seminggu dapat pulak 1lagi kawan baru. Pesen perangai sama. Pantang habis kelas, nak makan cari kitorang. Makan nasi habis 1 pinggan pastu jalan rasa nak ngensot jee....

Activity yang selalu buat after lunch, apa lagi kalau bukan ke library. Nak jadi pelajar cemerlang kan......Kagum?Kagum?? Miahahaha! Apa tak nya... Dua subject bantai kitorang dapat group 1st kena present. Mau tak mereng sorang-sorang. Cari buku. Kalau boleh semua buku di library tu nak pinjam. Rasanya dengan rak-rak buku la nak pinjam! =_="

Ok, tu je nak update. Tak ada gambar. So, malas nak membebel lagi.

Da~

Pensil/Surat: Best juga belajar dekat dengan rumah. Tiap-tiap minggu balik.^______^


 

Tuesday, September 6, 2011

::Bukan cerita raya::

Assalamualaikum....

Masing-masing mesti sibuk update cerita raya kan?Ah, aku malas. Niat di hati memang ada nak update cerita raya tapi raya tahun ni macam tak best je. Eh. Bukan macam. Tapi memang tak best. =_=" Eh. tapi best juga, dapat balik kampung. Kalau raya di Pontian ni memang bangun tidur melanguk depan tv jela. Tahun ni tak dapat jumpa kawan-kawan sekolah. Tapi kutipan duit raya tahun ni agak memberangsangkan. Adakah umur makin meningkat wajah kelihatan makin kebudakkan? Ouh, sangat perasan la kau Wanie! [Opss....Intro pasal hari raya pula..]

8/9 ni aku register sebagai student UTHM. Persiapan untuk masuk belajar balik?Agak-agak setakat mana aku dah siap semua?Hahaha. Ok.Stop gelak. Tak payah nak gelak bagai. Semua benda penting kau tak buat lagi Wanie. Medical check-up?X-ray?Borang penjamin pertama dan kedua?Tanda tangan saksi? Barang-barang diri? Dah siap?Ha....Gelak la lagi. T_T Esok saya pergi medical check-up.

Aku dah tembam!Haha Ramai yang tegur. Pasrah. Actually, makanan ada dalam mulut aku tu. Cover baik punya! :p
 
Ghani's Family. Happy Family. ^_~
Tema Blue+Putih. Tapi ada yang terbabas. So, yang terbabas tu di panggil Adik angkat.Haha

Ha...Yang barisan belakang tu memang poyo terlebih.=p

Ok.. Dah mahu Sleeping beauty. Update blog ni pun hanya cukup syarat. Ketegaran nak berblogging seperti dulu hanya lah tinggal kenang-kenangan sahaja. Sebelum tu nak cakap Saya sayang Man Lidi.Merindui beliau.

Pensil/Surat: Merindui housemate+roomate Uitm. ;((



 

Wednesday, August 17, 2011

::Berhenti!::

Assalamualaikum.....
Bulan August sudah. Update blog macam hareeemmm... Mengigau apa update blog Rabu? Ouh. Selangor cuti kot. Nuzul Quran. Sila jangan Jeles~ Actually, aku tengah stress username untuk login Maybank online invalid. Tu la. Dah tahu diri tu memang kaki pelupa. Tak reti-reti nak take note after register online! Aigo....diri sendiri yang susah kannnn..Padan muka ko Wanie!

Semalam tinggalkan office dengan otak berserabut. Banyak kerja tak settlekan lagi tapi terpaksa balik sebab semua orang dah balik. Kebetulan kena masak untuk berbuka pulak tu. Adoyaiii.. Bos kasi kerja pukul 3.45pm. Aku kena balik around 4.30pm. Tapi semalam aku dah balik lambat dah. Pukul 5.30pm baru keluar office! [Bagi office aku tu dah kira lambat sebab kitorang pukul 4pm dah balik. =)]

Next week, 22nd August 2011 aku dah resign... Kesian pulak bos. Banyak kerja dia. Dah la plant shutdown. Assistant tak ada. Nak cari replace aku pun payah. Cerewet punya bos. Nak yang ngam je. Siap suruh aku request kekawan aku yang pesen perangai macam aku. Aduhhhh Maybe dia suka assistant yang suka melawan. Suka tido. Siap dia nak kacau aku lagi if dia tak dapat-dapat assistant. Kelakar la bos ni. ^^, ala bos... Saya berhenti sebab reason yang kukuh. Nak future study. Bukan sebab saya tak suka bos. Susah nak jumpa bos yang reda kena petir, reda kena berleter, reda kena perli dengan saya. Hahaha Sayang pulak nak tinggal kerja ni. Bukan apa. Pekerja-pekerja bawahan pun sibuk tanya kenapa nak quit.. Aduh... Diri sendiri perlu di dahulu kan... Bak kata Lidiman la... [Setelah penat beliau memberi pelbagai leteran kepadaku..]

Ouh... 11.8.11 Nice date rite??Hehe Bufday Lidiman.. Nanti birthday aku 22.12.22..chantek gak..tapi tahun 2022???perghhh...entah idup ke idok lagi.... Penat pikir nak kasi apa. Nak buat suprise macam mana.. Ingat nak bagi cupcake tapi cream banyak aku tak suka sangat, [Macam la bagi kat aku] Pastu sekarang memang trend orang buat homemade chocolate...Ha...cari la blog-blog chocolate yang best tapi payah benor. Aleh2..Jumpe la satu blog ni..Kak Rina owner die. Sangat baik! Penat bergaduh+kol kekawan Lidiman semata-mata nak plan beli kek.. Finally berjaya juga!! Cume kempunan nak beli Secret Recepi tak berjaya..Plan last minutes kan..huhu

 Memula nak bagi 1 present je.. Aleh-aleh time cari kotak jumpe plak hadiah lain...hoho

 Homemade Chocolate! Sedap!Chantek! Suke sangat!




 Selepas dapat kek baru mood Lidiman kembali normal!haha

Terpaksa tambah sorry. Bergaduh dah teruk gila!Hahaha But Happy Ending!! Thanx a lot untuk kekawan Lidiman~

<3



 

Sunday, July 17, 2011

::Happy. Excited::

Assalamualaikum.....
Rasanya sejak akhir-akhir ni, tak ada apa nak cerita sangat walaupun banyak benda berlaku. Jejari aku dah malas nak mengetuk keyboard dan otak aku dah malas nak memerah idea-idea untuk ayat yang mengarut.

Ok, actually aku dah jadi penduduk Puchong Hartamas. Tahu?Tak tahu google sendiri. En.Lidiman cakap Puchong hujung2. Gasak la!Yang aku tahu, aku balik kerja 10minit dah sampai kalau bawak ala-ala minah ayu sleeping. Tapi kalau bawak ala-ala adnan sempit maw 5minit dah sampai. Tapi jangan tanya aku time pergi kerja. Maw 30minit tau! Kalau dah habis pulas minyak moto tu 15minit boleh la sampai. Tapi kena la keluar umah pukul 7pagi TEPAT!!Ok, malas lagi mahu pikir pasal pergi kerja. 

Oleh kerana aku dah pindah rumah so bekalan streamyx memang terputus la untuk sekian kali nya. Hidup tanpa online? Ah sangat laaaaa aman. Balik rumah tidur. Balik rumah pergi mengajar tuisyen. Tu jela rutin harian aku untuk seminggu yang lepas. Tapi aku kan ada bos yang sporting, ada ke patut dia bagi aku broadband company suruh aku bawak balik rumah. Ha!TQ boss!!!Laju plak tu...hahaha Sayang bos tau.:p *bodek*

Semalam Malaysia lawan Liverpool. Aku tengok bola?? Kenyataan yang manis untuk di telan. Di sebabkan En. Lidiman memang hantu raya kepada BOLA, dan juga fan of Liverpool terpaksa la beliau membelanjakan sejumlah wang untuk aku dan dia pergi tengok bola di Stadium Bukit Jalil semalam!Wah!Excited gila! Bila sampai2 je rasa nak meroyan gila. Mana taknya, dengar sorakkan penonton dalam stadium tu. Gila potato chiplah!Nasib aku tak sawan semalam. Hehehe best la tengok Live!Pasni mahu follow lagi la tengok bolaaa!!!
Semalam time dah habis kerja, mak aku call. Aku ingat saja-saja mak call nak mengadu ke apa. Aleh2 mak aku cakap ada offer letter dari UTHM untuk aku. Owh, aku dapat continue Master. Alhamdulillah. Aku dapat la course yang aku nak tu. TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION. Spesific to MATHEMATICS. 3semester so bermakna 1tahun setengah. 8/9/2011 aku start register. Kena start belajar balik la ni... Aduyaiiii.. Nasib la skarang aku ada mengajar tuisyen so tak ada la blur-blur sangat. Hope gitu la... At least, dapat juga la aku merasa pengalaman kerja walaupun xsampai setengah tahun. Huhu Lagi 2bulan jela aku dapat gaji selepas tu terpaksa mengharapkan elaun Pak Cik Ghani ler tiap-tiap bulan...Huhu


Ramai pakai baju merah. Tapi time Malaysia dapat jaringkan gol diorang sokong jugak. Gud guys!!

Muka belagak dapat tengok bola live!

 Tq En. Lidiman for the M'sia's tshirt, Handbag PUMA and football ticket!^_^

Pensil/Surat: Kena start belajar cara-cara menjadi student..huhu