Monday, July 2, 2012

::Sepetang Bersama::

Bismillahirahmanirahim....
Wah...tajuk harini macam ada apa-apa je. Biasala.. Hikhikhik



Shopping Time!!
Belt - 4. (1 for me & 3 for him). *Iksh...Bila nak pakai tuuu.~*
Wallet and Purse. (Me & Him)
Body Scrub. (Of kos for ME!)


My new purse.
 I loike it!
 Actually, I really like da purple color. But....Urm.. No have new ones. Tinggal yang display je..huhu 
En. PZ marah aku ambik yang display..hoho

Pensil/Surat:  Thank Allah  temukan saya dengan seorang insan yang begitu mengambil berat tentang diriku.Alhamdulillah... :)




Sunday, July 1, 2012

::Sentap!::

Bismillahirahmanirahim...
Aish..minggu exam. Ya. Exam. Exam. 2papers down and 1 more to go. 3papers only??? For final exam YES! but in examination slip NO! Total subjek aku ambik dis sem dalam 5 papers + 1 Proposal + 1 latihan mengajar. So nanti time dapat result semua tu include sekali dalam GPA sem 2. Oyeahhh! T___T

Hidup ni memang tak pernah terlepas dari ujian. Ujian dari manusia. Ujian dari Maha Esa. Sometimes, bila di timpa musibah baru manusia kenal erti kehidupan. Erti ragam manusia. Aku ni rasanya simple je orangnye. But aku memang cakap banyak. Orang tanya 1 aku explain panjang lebar. Kadang-kadang rasa nak stop je bercakap. Tak nak cakap banyak lagi. But, I always FAIL. T___T Ok, dah.

Duduk rumah sewa ni macam-macam ragam kita boleh lihat. Aku sekarang kalau housemate aku mengata belakang housemate aku yang lain aku diam KALAU aku rasa benda tu bukan 1 masalah besar pun. Perlu ke nak take serious. BUT kalau aku rasa benda tu memang serious aku pun join sekali BERGOSIP. ekekek. Actually, hari ni berlaku satu perkara yang buat aku sentap. Perlu ke aku nak sentap??? YES!!! Benda simple kot Wanie. YES. Memang simple. Oleh kerana benda tu simple la aku nak sentap. >_<" Aku memang geram tahap overdos and rasa nak meletopppp je. Aku nak luah kat rumate aku, Sue tapi tak boleh sebab aku takut housemate aku dengar.

Dulu time aku duduk rumah sewa sekali dengan Ucen, Gedged, Kak Jira, Lini, kitorang share everyting! Barang-barang aku ialah barang-barang diorang dan begitu jugak sebaliknya. Kita tahu barang orang dan kita mestila guna pun dengan baik. Dulu nak pinjam apa-apa tak payah mintak. Ko nak pinjam ambik je. Nanti dah pakai baru bagitahu sebab kalau bagitahu nanti kena marah. Eh? Macam tu ke? Memang pon!Hahah so sweet diorg tu. >_<" Kitorang satu bilik habiskan perfume Britney Spears Kak Jir. Hahaha Tapi jenuh jugak nak habiskan perfume mahal tu! 1 sem tak habis-habis. Kak Jir plak pakai yang murah je.  Kitorang pakai perfume dia yang mahal! Kalau orang lain mesti dah marah gila tuuuu! :p

Time master ni, aku dengan Sue memang tak kisah langsung share apa-apa. Tak mengira pun. Sue senang je orang nye. Kalau minta nak pinjam nanti dia mesti cakap "AMBIK JELA!KANG AKU CEPUK KEPALA KO!" *Dengan nada petir* Hahaha Tapi dengan housemates yang lain kena minta izin la sebab Sue aku dah kenal dari kecil lagi. Ok, aku pun dengan housemates aku pun aku buat perkara yang sama macam housemates aku time degree. Diorang nak guna barang aku ke, nak pinjam ke aku tak kisah. Suka hati la. Sampaikan kasut pun aku bagi la. Kalau pergi kedai beli barang dapur aku dahulu kan duit aku. Aku bayar dulu then diorang bayar kemudian. Kadang-kadang aku lupa berapa harga barang tu aku bantai je cakap harga bawah dari apa yang aku bayar. Macam contoh harga tu RM8.70 tapi aku lupa yang sen sen tu aku terus cakap RM8 jela. Aku dah lupe. Sebab bagi aku jangan nak berkira dengan orang nanti orang berkira dengan aku. So give and take la orang cakap kan.

Tapi! Tak semua orang macam yang kita harapkan. Aku tak ada masalah pun dengan SEMUA Housemates aku. Tak. And i'm happy to know and be their housemates. But sometimes aku kecewa la juga. Benda simple pun nak mengajuk then tak nak tegur tapi bila ada kepentingan boleh pulak tegur and cakap elok-elok. Grhhhh Tolong jangan jadi childish boleh tak. Geram aku. Aku ni jenis tak simpan dalam hati. Hari ni aku geram+marah tapi hari ni juga aku cool. Asalkan orang tu ok dengan aku. Aku tak adalah nak emo sampai keesok pastu bawak kelusa pastu ketulat! Tapi 1je, aku kena cari orang untuk aku luahkan. So, dengan kuasa kredit RM0.25 untuk 10minit call Celcom ke Celcom aku pun gayut dengan Ucen. Kadang-kadang aku call Gedged tapi RM0.25 for 5minutes je la sebab Gedged pakai Maxis. Huhu Aku tak peduli! Asalkan aku dapat gayut and luah perasaan!!! Lepas tu aku ok la. Simple je.

Ok, kes harini. Aku tak paham kenapa housemate aku tetiba tak nak cakap dengan aku. Diam. Tak ada nak tegur-tegur panggil aku ALEX Madagaska ke apa. Tak ada nak panggil ANAK GHANI. Diam je, Aku pun malas nak take serious aku ignore jela. Aku lalu lalang depan bilik dia aku diam je. Aku jenis orang tak nak tegur aku pun tak tegur la. Buat apa terhegeh-hegeh kat orang tak sudi. Cehhhh...cam gitu. :p Pastu dengan housemates lain bukan main dia tegur beramah mesra. *1 rumah 4 orang je ye* Aleh-aleh petang tadi Zila and Sue bagitahu aku yang dia ni bengang dengan aku sebab aku pinjam novel dia then aku bukak ternganga. Kira macam aku bukak kan novel tu pastu aku terlekup. Actually time tu aku tak jumpa lagi penanda novel tu. Aku tak ada lipat-lipat bucu novel dia tu.Aku buat pun aku rasa dalam sekali dua je! After aku jumpa penanda buku tu aku tanda guna penanda tu je la. Tu pun kejap je aku buat sebab aku nak baca balik. If aku nak stop baca aku tutup terus. Aku pun tak tahu yang dia jenis sayang sangat novel dia tu jika nak bandingkan bilikdiayangbersepahdanmejastudytakadarupamejastudy.[Ha!Kan aku dah mengata kau! Nasib blog aku ni dah jadi diary aku je] Pasal tu dia tak nak tegur aku. YES!I'm admit kesalahan aku tu tapi before aku pinjam tu at least bagitahu aku ko tak suka orang lipat ke, penyet ke, bukak laus-luas ke novel ko tu. Kalau ko pesen macam Zila sampai novel pun balut dan bilik kemas aku tak kisah. Aku paham. Memang jenis jaga barang betul-betul. Aku pun bukannye jahanamkan novel ko tu. Elok je aku tengok. Ni sampai mengadu kat Sue bagitahu "Aku 3bulan jaga novel tu elok je, Wani pinjam 3hari dah macam gitu rupanya" [Lebih kurang ayat cam gitu la] Wei! Memang aku sentap habisssssssssssss la. Novel ko tu tak ada jahanam pun! Aku pun paham la barang orang! Aku pun bukan nak pinjam sangat! Kalau sayang sangat novel tu TAK PAYAH tunjuk-tunjuk kat orang. KAU BELI KAU BACA KAU SIMPAN ELOK-ELOK. Tak payah sampai nak tagged kat aku kat FB pastu menunjuk kat orang ko banyak novel. Ibarat macam nak bagi aku pinjam plak. Aku baca tak habis pun aku terus pulang and MULAI HARI INI AKU TAK AKAN PINJAM APA-APA BARANG MILIK DIA. AKU TAK KEBULUR BARANG ORANG LA! [Nampak kan aku bengang]. Aku tak kuar makan pun dengan housemates aku malam tadi. Aku order air je dengan Sue. After aku pulangkan novel tu elok-elok plak tegur aku and siap tanya nak pergi makan tak. Before tu CAKAP dengan aku pun tak apatah lagi nak OFFER aku! Dia tegur aku jawab la. Kan aku dah bagitahu, aku jenis bengang-bengang pun harini juga aku ok. 

So, tadi aku kol Ucen and Gedged. Aku cerita everything. Bengang. Tu tak termasuk lagi kes dia campak pos laju aku tengah panas. [Konon bergurau. Tapi kasar sangat tu derrrr!] Campak pos laju aku tepi katil aku time aku tidur sebab dia bengang dia kena keluar ambil barang aku. Helloooo! Kalau tak nak ambil jangan keluar! Selama ni Sue ambil barang aku tak pernah sekali pun dia mengeluh. Siap offer lagi kat aku if nak suruh dia ambilkan kat post office if aku balik kampung. Siap bukak kan aku punya post laju lagi. Aku tak kisah pun. Dah kata barang aku barang dia. So, apa nak kisah kan.

Ok, over la plak kali ni aku update entry. Mau sebulan pulak aku tak update kan. Ok fine.
Esok En. Lidiman nak mai. Haisshhh.. Rasa macam excited pula tapi macam biasala. Aku time-time kul 2,3,4 pagi ni bukan mengantuk pun lagi. Aku baring awal pun nanti aku main games je. Tak mengantuk langsung! Kul 4 lebih juga aku tidur. Biasala, terbawa-bawa perangai tidur lambat sejak buat proposal aritu la! Aishhh.. Bahaya ni.

Pensil/Surat: Tabahkan hatiku Ya Allah. Berikan aku kekuatan, kesabaran. Kikiskanlah sifat negetif dalam diriku ini. Amin...


Tuesday, June 19, 2012

::Beban PS dilepaskan::

Bismillahirahmanirahim.....
18/6/2012 tarikh aku present PS1 (Proposal). Waduh... Nebes sungguh! Yela! Hari 1st! Nasib la yang jadi ketua panel tu lecturer aku yang microteaching. Berdebar juga la. Tapi bila dah kat depan tak nebes plak. Siap lawan panel lagi. Panel cakap A aku bantai cakap B. Aleh-aleh ketua panel juz cakap " Tak pe la. teruskan. Kalau saya cakap lagi awak jawab lagi" Hahahaha Ada la juga kena tegur yang bab 1. Bahagian Latar belakang kajian. Kena buat penambahan. Yang objektif plak ada juga salah. Aku ni kekonon nye nak buat ayat best la sikit.. Tak nak guna ayat macam biasa aleh2 ambik kau! Dia terus tegur. Padahal buat je ayat lebih kurang macam objektif yang pertama n kedua tu. Grhhhh Apela kau ni Wanie! Bab 3 yang metodologi tak ada kena tegur pun just kajian rintis je aku kena explain lebih. method yang aku guna dan kaedah analisis dah betul dah. Alhamdulillah.. Cuak juga tu sebab lecturer aku tak guard langsung bab 3! bab 1 je banyak kali kena ubah. Habis je present lecturer terus cakap ok, tq. gud presentation! Wah! Terus rasa kembang semangkuk!:p Maybe slide aku tak ada meleret dan aku explain tak tengok slide pon. Dah lecturer aku. Memang aku tahu la dia punya style macam mane...^__^

Apa-apa pun esok aku nak balik rumah! Biar la kualitatif aku tak siap lagi pun. aku nak balik gak! hoho Chaiyokkkk!



Friday, June 8, 2012

::Microteaching::

Bismilahirahmanirahim...
Rasa sesak nafas pun ye jugak. Tapi aku rasa if aku concentrate buat PS (Projek Sarjana)/ Proposal ni boleh je siap sebab aku rasa bulan terakhir ni kelas banyak cancel dan ada kelas dah habis belajar. So banyak masa free. Orang lain bersengkang mata aku kadang-kadang dengan slumbernye tidoooo...

Pagi tadi ada kelas microteaching. Kena la mengajar kat depan. Konon praktis jadi lecturer la. Rakan-rakan aku sabotaj aku betul! Diorang buat perangai! Tau la excited sangat belajar matematik. Tapi tak payah la over sampai aku dah habis mengajar pun suruh aku continue lagi! hoho Dah habis mengajar lecturer akan bagi komen. Alhamdulillah..semuanya positif. Ada juga la mistake aku buat dan memang aku tahu salah aku tu. Aku bagi soalan untuk budak-budak ni dan aku tak suruh diorang buat dulu. aku suruh diorang terus buat kat depan. Tu jela. Pastu lecturer aku cakap orangnya kecik tapi tak sangka suaranya.....*Paham-paham la sendiri* Haha aku pun terkejut juga lecturer cakap macam tu. sebab tu la time aku mengajar ada rakan-rakan aku cakap "Cik ni garang sangat.. Takut tauuuu" Ingat diorang main-main. Hehe Yang lain memang ada la perkara yang aku tak sengaja. Macam aku terperli halusss student masuk lambat. Lecturer cakap bagus jugak sebab pelajar ni kita jangan marah dia nanti lagi dia tak suka kita. So if nak tegur kena ada cara. Kesian kawan aku tu kena perli dengan aku. Aku tak sangka plak aku perli dia dan rakan-rakan lain gelak. Lupa nak say sori..huhu
Jadual exam dah keluar. Tempat praktikal dah tahu. Bila start praktikal pun dah tahu. dan yang penting, KETUA PANEL PS PUN DAH TAU JUGAKKK!! 1 week more to gooo! Cepat-cepat la lepaskan presentation PS niiiii...dah tak sanggup nak mengadap PS memanjang!