Monday, February 28, 2011

::Terjadi!::

Assalamualaikum..........
Perghhh... Harini 28hb..1jam lagi masuk bulan Mac.KAGUM! Bulan ni sempat update 2entry. Hahahaha Betapa hancur luluh nya diri ini.Malas. Itu saja jawapan yang layak diberikan.

Setelah beberapa minggu menutup blog dari tatapan umum.Saje2.Daripada biar tanpa di update, baik tutop je. 

Last week memang minggu TERBAEK! 3hari dapat MC. Actually, 2 hari dapat MC dan setengah hari dapat pelepasan... Entah mengapa, segala bagai penyakit remeh temeh datang menyerang 1 by 1. Perghhh! Memula selesema. Pastu selesema tak ok lagi batuk pulak. Pastu selesema+batuk masih menyerang, tetibe demam panas pula!Tak terbangun aku!2tahun semua penyakit tu xdatang tup tup bila datang memang terus teruk la! Yang tak boleh bla, food poisoning pun sibuk nak menempek! Mane la pening muntah cirit birit tak mai... 
Jadinye... 
SELESEMA+BATUK+DEMAM+PENING+MUNTAH+CIRIT=TERBAEK!

Baru plan nak turun KL weekend tu, tapi bila pikir sakit datang pastu mak dah warning so rasa macam cancel sume plan. Sedih gilas.....En.PZ sudah moody.Hakhakhak Sebenarnye food poisoning datang tu sebab aku bantai makan jeruk time sakit2.. Dah le makan ubat pastu makan jeruk, TERBAEK WOK! En. PZ dah warning tapi saya kan degil. Suka hati saya la..hoho Ape2 pun weekend lepas memang suka sangat!
Next entryyyy.. Nak tunggu Pic dari CC bonget dulu...

Pensil/Surat:Report praktikal bila la nak jalan da~

Sunday, February 6, 2011

::Keciwa::


Assalamualaikum...
Perlu menerima hakikat yang aku sudah tidak lagi addicted dengan blog!Owh.. Mengapakah ini semua berlaku...huhu Actually, malam ni ada la sedikit seciput sezarah mood nak update blog. Bukan tak ada cerita, BANYAKKKKKK sangat cerita tapi MALAS dan MOOD tiada langsung!

Pepagi tadi time nak siapkan breakfast, mak aku dah sound aku awal2... "AWAK TAK BOLEH MAKAN BANYAK! BADAN DAH NAIK!PIPI DAH BULAT!" Perghh sedih gila! Sekarang nak makan je kena bebel. Semua makanan untuk aku di catu. T___T Ni semua angkara nafsu makan la..! Mak aku nampak nafsu makan aku melampau2. Siap sound cakap semua nampak kembang! Aduh!=__=" Kat FB tak payah cerita la!Memang kena bahan je sebab nampak berisi! Pastu mula la memasing buat spekulasi sendiri. Cakap aku tengah bahagia dats why aku berisi. huhu Kat chat FB pun ramai yang cakap aku berisi..ayooo..

Tapi ada betul jugak! Rasanya semua ni salah seseorang. Dia penyebab utama aku jadi kuat makan! Tapi dia, empunya diri tak gemok! Suruh aku je jadi tembam!Cis! 

Photobucket
Pic terbaru yang nampak gemok PENDEK! Mak aku cakap nampak ketara sangat!T__T

Photobucket
Tembam kah!?? Makan..makan...Best..best...Tapi...sob sob sob

Photobucket
----------Pipi tembam-----------

Photobucket
Tak mau jadi buncit macam sugar daddy!

Photobucket
Pakai tudung bawal pun still nampak tembam!uh! T__T

Eh?Berapa post dah aku cakap pasal aku gemok ni??Eh!AKU KURUS LA!!! *Memberi semangat untuk diri sendiri* :p


Pensil/Surat:Bahagia sangat2. Makan pun banyak sangat2!

Monday, January 24, 2011

::Parah::

Assalamualaikum...
Penangan tidur selepas asar memang malam mata payah gila nak lelap. Esok kerja. Terbaek la wok!

Bukan itu yang mahu di ceritakan. Apa perubahan ketara sangat ialah aku sudah TEMBAM! Ouh no... Sesetengah orang cakap ok sebab berat aku sebelum ini 36.5 kg. So sangat2 ler underweight. But now, setelah sebulan lebih berat aku 41kg. Perlu suka kah?Gembira kah? Ketawa kah? Mahu salahkan siapa? Apa puncanya? Damn! Diri sendiri yang bersalah!

1) Dulu punya la makan setengah senduk tapi acap kali makan. 
Now, penuh satu pinggan dan tetap acap kali makan. Sigh.

2) Dulu tak ambik apa2 supplement.
Now, mak aku bising suruh ambik Vitamin C. Aduyaii..

3) Dulu pergi kelas belajar.
Now, pergi kerja bekerja. Perghh

4) Dulu merana.
Now, bahagia. [Eh?ada kaitan ke??]

Photobucket 
Picture terbaru yang obvious nampak aku berisi. Ayok..Ayok..Ayok.. 

Pensil/Surat:Hati mudah sensetif benor le sekarang.


Saturday, January 22, 2011

::Rindu::

Assalamualaikum...
Aku ni online tetiap hari.. Balik kerja online tapi nak update 1 entry sehari bapak gila malas. Bukan setakat sehari tapi seminggu pun semput2 je aku boleh buat. Tapi tak mengapa. Usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Tak gitu? Eh.Ade kaitan?

Actually, malam tadi aku chat dengan Cik Ucen.. Really2 miss her. Bukan dia sahaja, Si Gedged, Miss Jira.. Ouh.. My lovely rumates! Susah wo mau dapat rumates seperti mereka. Hati kental, jiwa keras. Kena kutuk, kena perli, kena petir diorang tak da hal ler. Tak ada nak tacing2. Nak menangis. [Tapi Si Gedged selalu nangis dalam toilet..opss]

Aku nak bagitahu aku.....
1) Rindu mahu naik moto TAF pakai gear 1 sahaja pastu budak lelaki kat kedai mamak sound kitorang!
2) Rindu mahu study di PTAR sambil snap picture gila sebab tak nak bagi mengantuk!
3) Rindu mahu buat kerja gila pakai cantik2 dalam bilik pastu snap picture!
4) Rindu mahu keluar karok pada awal sem dan selepas final!
5) Rindu mahu karok dalam bilik bila kekurangan duit!
6) Rindu mahu masak bersama dan pening memikirkan menu!
7) Rindu mahu bagi rumates stress bila aku tidur pakai kasut baru!
8) Rindu mahu berkomplot dengan Cik Ucen buli GEDGED!
9) Rindu mahu 'memetir' dengan rumates!
10) Rindu mahu bergosip dengan Si GEDGED dan Miss Jira tapi Cik Ucen jadi pembangkang yang tegar!
11) Rindu mahu menangis depan diorang dan kena marah dengan mereka!
12) Rindu mahu ber'medan' dengan diorang!
13) Rindu mahu buli ROZABEDAH Si Gedged dan KUMALASARI Cik Ucen!
14) Rindu mahu beli barang dapur yang gila punya banyak termasuk beras dan minyak masak hanya dengan naik motor!
15) Rindu mahu buat rules untuk diri sendiri tapi kena perli dengan rumates!
16) Rindu mahu cakap Si Gedged GEMOK dan Miss Jira GELAP!
17) Rindu mahu bershopping bersama Si Gedged!
18) Rindu mahu kena hempap dengan Miss Jira!
19) Rindu mahu jadi batu api bila Miss Jira gaduh dengan Cik Ucen!
20) Rindu mahu rambut aku yang chantek kena kutuk dengan diorang!

Rindu mahu kembali bersama mereka................sob sob sob

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tak tahu la dapat rumates gila macam ni lagi ke tak.... ......
Pensil/Surat: Mata sila bertahan sampai jam 6.30am!