Wednesday, December 28, 2011

::2 Kek Kembali::

Assalamualaikum...
Minggu ni ialah study week. Tapi harapan la kan aku nak ber'study'. Actually, hari ini baru boleh rehat serehatnya. Dari last week tak boleh nak rest apa pun lagi. 

Last week on 22nd Dec, birthday aku. Aku dapat 2 surprise from my housemates and my classmates. Sangat HAPPY! Tak sangka betul! Fyi, this year is the 1st year my birthday jatuh pada hari bukan cuti sem. Before ni, dari masa sekolah lagi sampai la masuk U, sesiapa yang lahir pada bulan DECEMBER dia lah orang yang terselamat dari terkena balingan telur, taburan tepung, dll. Hehehe Biasanya bila sambut birthday di rumah, parents aku akan belanja makan. Tapi pernah mak aku beri kejutan belikan 2 cakes untuk aku. Memang happy gila time tu. hehe bukan satu tapi DUA! Hehehe 

Ha!! Kan betul dua kek mak aku bagi!hehehe

Chocolate moist & Blueberry cake! Best sangat!!hehe

Tahun ni aku dapat 2 cakes juga!hehe Tak sangka sangat-sangat! Dah la masa birthday aku tu aku memang busy sangat. Present proposal pastu habis present terus balik rumah sebab malam tu ada kelas ganti. Tengah duduk kat meja study aku tetiba housemate aku, Ashu & Kak Mas balik rumah dengan perasaan marah-marah. 1st time aku tengok Kak Mas marah gila-gila macam tu.Huhu Dah reda semua, pastu semua duduk menunggu cerita Tentang Dhia, Ashu tetiba tunjuk aku pinggan-pinggan. Aku pulak baru lepas makan before balik rumah tu memang tak layan la. Tetiba Kak Mas pusing bagi kek untuk aku! Apa lagi terkejut la... Suke sangat. Nak snap picture dengan kek tapi seksi sangat time tu so snap picture kek jela. Tu pun selepas aku dah potong.Hehehe
Walaupun nampak simple tapi serius bagi aku kek sponge dia memang best! Rasa padat je. Krim dia pun ok. Tak da la tebal. Thanx my housemates!!hihi

Selepas dah makan kek tu, aku siap-siap nak pergi kelas. Kelas pula start lambat, apa lagi merepek la kami di luar kelas tu. Pastu aku pula kena present using Smartboard. Huru hara jadi nya. Jadi badut sebentar aku kat depan tuh!Huhu Before kelas habis Ika dan Farah mintak tolong hantarkan diorang punya proposal.. Aku tak da hal la sebab keesokkan harinya aku memang nak hantar report dan CD presentation aku. Sampai-sampai je kat kereta Ika aku nampak kotak tapi aku tak pikir apa-apa pun sebab aku memang dalam kepala tunggu proposal je. Aleh-aleh Farah keluarkan kek!Perghhh! Time tu juga rasa terharu gila-gila!Nak nangis time tu juga! Mana tak nya, dah la baru kenal diorang tapi diorang dah celebrate birthday aku! Terpeluk-peluk aku pintu kereta Ika sebab terlampau terharu! Dah la time tu pukul 11pm. Tak ada orang kat Fakulti dah.. Hehehe Apa-apa pun thanx guys!:))

Blueberry Cake!! Sedap sangat!! Blueberry tu macam gel lagi!Sedap sangat!!hehehe

Ika yang tengah-tengah tu! Dayana & Peanut kebetulan tumpangkan aku datang kelas. Alang-alang ajak diorang celebrate sekali!!hihihi

Pensil/Surat:Keesokkan harinya aku pergi la Kem Bina Diri! Best juga sebab aku pergi kerana rela hati bukan paksaan..hihi



Thursday, December 22, 2011

::17th + 7 =??::


Assalamualaikum....
Tak boleh tidur lagi. Kerja banyak sangat. Tapi bila di listkan sikit la pula. Kenapala malam ni aku rasa sangat berserabut?? Ouh...Yela. Kerja datang last minit. Mana la tak huru hara hidup aku nih! Lecturer bagitahu next week yang kena present. Aleh-aleh. tadi lecturer bagi tahu balik, ESOK kena present! Perghh.. Kelam kabut la kannn... Tapi aku rasa lepas aku tahu kena present esok aku boleh pergi bukak printer then print proposal. =_="

Eh. Eh. Tujuan utama update blog malam ni sebab nak nak cakap HARI NI HARI KELAHIRAN AKU YANG KE......24..=_=" Ok, please jangan nak tanya aku nak kahwin bila. Memang aku tahu umur aku ni patut dah kahwin dan dapat anak dah kannnnn! Ah!Belajar tak habis lagi ok. Tapi hari tu aku pun pelik mak aku bagi permission aku kahwin. Siap cakap tak pe la kahwin time belajar. Ramai je buat macam tu..Huhu Tapi mak....Bukan anak mak ni tak nak..Tapi mak nak support ke kesemua majlis saya nanti walaupun saya TAK NAK PELAMIN, TAK NAK SANDING, TAK NAK BUNGA TELOR, NAK BUAT KAD KAHWIN SENDIRI, NAK BUAT MAKANAN MEWAH-MEWAH UNTUK TETAMU. Mak sanggup ke nak support??Hohoho
Dah-dah..tak perlu nak merepet kerepet lagi! Di hari ulang tahun kelahiran aku ini.. Aku nak wish kata-kata yang bermakna sikit..@_@"...

Dengan itu,
Ingatan tulus ikhlas untuk diriku,
1 angka lagi bertambah, semakin dekat ajalku.
Semakin hampir diriku dengan mautku..
Tapi, adakah diriku makin merapati  Allah yang satu??

Teguhkan Imanku.
Tetapkan keimananku.
Islam agamaku.
Al-Quran kitabku.
Kaabah Kiblatku.
Ya Allah,
Jauhilah aku dari fitnah dajal.
Jauhilah aku dari seksa api neraka.
Jauhilah aku dari fitnah sebelum dan sesudah mati.
Amin..

 22nd December 1987
until 
22nd December 2011
Thank You Allah...

Berangan nak jadi kurus balik..^_^

Pensil/Surat: Dah!Pergi buat  slide teknologi pula!

Sunday, December 18, 2011

::18.12.10 to 18.12.11::


Assalamualaikum w.b.t!!

Uh!Kena taip sepantas kilat!!Bukan ape dah nak dekat 19.12.2011 dah! Sepanjang mengenali Mr. Lidiman selama 1tahun macam-macam benda berlaku.

Update:
Saya suka dia sebab dia.......
Cakap sopan sangat. Walaupun dia marah, dia geram, dia tak pernah tinggikan suara. Dia tak pernah tengking-tengking. Dia tak pernah caci maki. Kalau dia geram sangat, dia hanya cakap "Nurul Hazwani... Ikut awak lah nak buat apa pun.." hehe

1st time jatuh hati kat dia pun bila dengar dia order makanan. Perghhh... Sopan santun sangat. Suara soft sangat-sangat. Dengan kawan-kawan pun cara dia cakap tak ada kurang ajar pun. ^_^

Dia suka saya sebab..........
Ermmm... Patutnya dia jawab la kan. Tapi tak apa, saya bagi tahu sikit-sikit..Hikhik Dia mula jatuh hati dengan saya bila tengok saya gelak macam orang gila time tengok cerita Hantu Kak Limah. Dia cakap saya be my self. Tak ada nak control ayu ke apa walaupun dat time kami bukan lagi bercinta. Haha
Picture wajib kami snap ialah pic dalam kereta. Dan kenduri kahwin adalah 1st place dating kami selepas bercouple dan kenduri kahwin berikut-berikutnya tempat saya dan dia mengenali rakan-rakan masing-masing.

1) Malu-malu tahi kambing lagi. Otw pergi kahwin Maul & Zura di Rembau. ^^<

2) Otw pergi kenduri kahwin Lalang & Ecah di Bangi. 
(Walaupun muka bertampal tetap gagahkan diri pergi!) >_

3) Otw pergi kenduri kahwin Akmal & Lisa di Melaka (selang sehari selepas kenduri Ecah)
4 ) Otw kenduri kahwin Faizal & .....(lupa nama wife dia) di Banting


5) Weeding adik Capek..Pic dalam kereta masih dengan Mr. Lidiman..Hoho




6) Otw pergi kenduri Yana & Adam di Telok Panglima Garang.. Auuum!! Hehehe

Semoga Allah panjangkan perhubungan kami.
Amin..

Saturday, December 17, 2011

::Eh?Hai Lemak::


Assalamualaikum....

Perasaan nak menimbang-nimbang berat badan tadi sangat berkoba-koba. Apa taknya, sekarang dah makan nasi 1 kali sehari. Rasa boleh la turun 1 or 2 KG. Walaupun semua seluar jeans ketat bila dipakai. Confident kena la mencanak naik. Baru ada style..-_-" Apa lagi... Naik penimbang, yang munculnya..... Angka yang tak ku sangka! 4KILO NAIK!! Apa nak jadi dengan badan aku ni! Sebab tu la aku rasa perut aku berlemak sangat!
Oleh kerana terlampau happy dengan bacaan penimbang tadi, aku pun singgah kedai beli nasi lemak ayam. Alang-alang dah berlemak tu, tak salah la kan nak menambahkan berat lagi.T_T

P ergi kenduri Yana & Adam. Ambil nasi banyak sangat. Pernah pergi kenduri orang kahwin makan nasi dua pinggan. Nasib la orang tak perasan. T_T

Muka mintak pelempang! Lepas kenduri pergi beli tiket bus di TBS pastu pergi cari kek sebab lapar.
Terima kasih nafsu makan kerana membenarkan lemak bertandang. hukhukhuk

Pensil/Surat: Berjaya juga pujuk Pakcik Ghani datang ambik aku..:P