Tuesday, June 19, 2012

::Beban PS dilepaskan::

Bismillahirahmanirahim.....
18/6/2012 tarikh aku present PS1 (Proposal). Waduh... Nebes sungguh! Yela! Hari 1st! Nasib la yang jadi ketua panel tu lecturer aku yang microteaching. Berdebar juga la. Tapi bila dah kat depan tak nebes plak. Siap lawan panel lagi. Panel cakap A aku bantai cakap B. Aleh-aleh ketua panel juz cakap " Tak pe la. teruskan. Kalau saya cakap lagi awak jawab lagi" Hahahaha Ada la juga kena tegur yang bab 1. Bahagian Latar belakang kajian. Kena buat penambahan. Yang objektif plak ada juga salah. Aku ni kekonon nye nak buat ayat best la sikit.. Tak nak guna ayat macam biasa aleh2 ambik kau! Dia terus tegur. Padahal buat je ayat lebih kurang macam objektif yang pertama n kedua tu. Grhhhh Apela kau ni Wanie! Bab 3 yang metodologi tak ada kena tegur pun just kajian rintis je aku kena explain lebih. method yang aku guna dan kaedah analisis dah betul dah. Alhamdulillah.. Cuak juga tu sebab lecturer aku tak guard langsung bab 3! bab 1 je banyak kali kena ubah. Habis je present lecturer terus cakap ok, tq. gud presentation! Wah! Terus rasa kembang semangkuk!:p Maybe slide aku tak ada meleret dan aku explain tak tengok slide pon. Dah lecturer aku. Memang aku tahu la dia punya style macam mane...^__^

Apa-apa pun esok aku nak balik rumah! Biar la kualitatif aku tak siap lagi pun. aku nak balik gak! hoho Chaiyokkkk!



Friday, June 8, 2012

::Microteaching::

Bismilahirahmanirahim...
Rasa sesak nafas pun ye jugak. Tapi aku rasa if aku concentrate buat PS (Projek Sarjana)/ Proposal ni boleh je siap sebab aku rasa bulan terakhir ni kelas banyak cancel dan ada kelas dah habis belajar. So banyak masa free. Orang lain bersengkang mata aku kadang-kadang dengan slumbernye tidoooo...

Pagi tadi ada kelas microteaching. Kena la mengajar kat depan. Konon praktis jadi lecturer la. Rakan-rakan aku sabotaj aku betul! Diorang buat perangai! Tau la excited sangat belajar matematik. Tapi tak payah la over sampai aku dah habis mengajar pun suruh aku continue lagi! hoho Dah habis mengajar lecturer akan bagi komen. Alhamdulillah..semuanya positif. Ada juga la mistake aku buat dan memang aku tahu salah aku tu. Aku bagi soalan untuk budak-budak ni dan aku tak suruh diorang buat dulu. aku suruh diorang terus buat kat depan. Tu jela. Pastu lecturer aku cakap orangnya kecik tapi tak sangka suaranya.....*Paham-paham la sendiri* Haha aku pun terkejut juga lecturer cakap macam tu. sebab tu la time aku mengajar ada rakan-rakan aku cakap "Cik ni garang sangat.. Takut tauuuu" Ingat diorang main-main. Hehe Yang lain memang ada la perkara yang aku tak sengaja. Macam aku terperli halusss student masuk lambat. Lecturer cakap bagus jugak sebab pelajar ni kita jangan marah dia nanti lagi dia tak suka kita. So if nak tegur kena ada cara. Kesian kawan aku tu kena perli dengan aku. Aku tak sangka plak aku perli dia dan rakan-rakan lain gelak. Lupa nak say sori..huhu
Jadual exam dah keluar. Tempat praktikal dah tahu. Bila start praktikal pun dah tahu. dan yang penting, KETUA PANEL PS PUN DAH TAU JUGAKKK!! 1 week more to gooo! Cepat-cepat la lepaskan presentation PS niiiii...dah tak sanggup nak mengadap PS memanjang!



Thursday, May 10, 2012

::Jalan-jalan release tensiooonn::


Bismillahirahmanirahim...
Malam ni aku akan ke Alor Star sebab nak pergi ambil adik aku kat Kuala Nerang. Aku je yang nak ikut. Adik bongsu aku duduk rumah sebab die banyak kerja dan satu lagi dia tak suka pergi jalan-jalan! Nanti sibuk nak balik awal! Hope semuanya selamat la. Padahal aku banyak je kerja! Assignment. Proposal tapi gasakkk! Tetap aku nak pergi jugak jalan-jalan! Ponteng kelas esok! Padahal aku memang tak ada kelas esok tapi lecturer aku buat kelas ganti pulak. Nasib baik subjek Koko je...
Dah lama tak pergi Kedah ni, pastu nak jalan-jalan kat Penang pula. Hope everything is ok! 

Ya Allah selamatkan perjalanan kami sekeluarga...


Sunday, May 6, 2012

::Dua Budak Gemok::

Bismilahirahmanirahim.....
Dalam beberapa harini aku tak gaduh dengan Fizi! Suka?Harus la...Kalau gaduh aku rasa fedup gila! Nak buat ape pun BENC! hoho Sekarang lebih berhati-hati dengan dia. Jangan cuba mencari sesuatu yang boleh membuatkan suatu pergaduhan itu terjadi! Bila dia semak kita just bagi kata-kata semangat je sikit-sikit. Pastu biar dia rest. Jangan banyak tanya nanti nahas kau! Hahaha  Sekarang dia sakit lidah, tak boleh bercakap sangat tetapi boleh bahan aku! Dari mula-mula couple sampaila sekarang pantang silap taip message or chat je diamesti bahan aku! Grhhhh!

Sebenarnya bukan aku sahaja yang dah berisi tapi Fizi pun sama. Aku suka dengan berat sekarang. Biar orang cakap aku gemuk pun tapi aku happy! Cuba aku tak suka part buncit sikit! Dulu tak buncit pun... Ni jadi buncit sebab time praktikal dulu pas makan je terus meniarap! tak sampai 2 bulan amal macam tu tak pasal-pasal buncit sampai sekarang! Geram tul! Nak kempiskan balik bukan mudah! Sekarang nekad nak aerobik tiap-tiap hari. Time cuti haritu tergendala sebab laptop lama tak ada sound!Sound rosak. Laptop baru ni Fizi hadiahkan speaker lagi! Memang semangat la nak gegarkan Parit King ni! Hahaha Fizi pun berisi sebab jumpa dia aritu dia dah buncit! Tengok dia futsal! Padan muka! Bak kata ayah aku " Mu buncit sebab sokmo kata ke ayoh buncit!" Sama macam fizi jugak! dia cakap aku buncit, tu la dia buncit balikkkk! Keh keh keh Sekarang pun tak ada la nampak Fizi tu bongkok sangat. Dulu nampak la juga sikit. Bagus juga tu! Dia belagak dengan aku cakap dia tak akan gemok, ambik kau! Tak payah tunggu kahwin dah bunciiiit!!!llalalala